• Tidak ada hasil yang ditemukan

NURUL AFIDAH

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 129-135)

kerana saya dan adik-adik tidak mempunyai sebarang latar belakang pendidikan atau pengalaman kerja dalam bidang fesyen, tetapi tekad, minat dan semangat darah muda kami adik beradik ketika itu sangat mendalam.

Ibu bapa kami juga tidak berapa setuju dengan keputusan kami pada mulanya. Tambahan lagi ibu saya satu ketika dahulu merupakan seorang tukang jahit dan beliau sering berkongsi cerita mengenai pembuatan pakaian yang semestinya bukan sesuatu yang mudah. Ayah kami pula ingin kami meneruskan perniagaan keluarga di Johor. Tetapi kami tetap bertekad, hari ini mereka adalah penyokong terbesar kami dan tanpa mereka Mimpikita mungkin tidak sampai ke tahap ini hari ini. Alhamdulilah.

Memulakan sesuatu itu mungkin lebih mudah dari mencari jalan untuk menjadikan Mimpikita terus relevan, kekal dan mendapat sambutan, terutama dalam industri fesyen yang berlalu begitu pantas ini – its all about what’s next.

Kami bermula kecil-kecilan di Dataran Sunway dengan menjual baju dan aksessori menerusi blog, di kedai dan menyertai pelbagai bazaar hujung minggu.

Melihat terdapat banyak permintaan dan setelah cukup modal kami berpindah ke Bangsar dan mula berjinak mengambil tempahan, menghasilkan batik dan membuat beberapa helaian untuk dijual. Hari ini, Mimpikita mengikut format rumah fesyen antarabangsa dengan mengeluarkan tiga koleksi utama sedia pakai (Ready-to-wear) mengikut musim iaitu Spring/Summer, Fall/Winter dan Lebaran, serta koleksi gaun perkahwinan, helaian basic menerusi jenama MKita, dan tudung. Pada masa yang sama kami juga menerima tempahan. Sepanjang perjalanan Mimpikita, kami memang bergerak sendiri tetapi kami juga turut mencari peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak lain bagi jenama seperti kami.

Sebenarnya, jenama fesyen juga memerlukan ekosistem yang baik, dan mengatakan pencapaian yang kami kecapi adalah atas kami sendiri adalah tidak betul. Agensi seperti Martrade dan PUNB memainkan peranan dalam mengerakkan usahawan tempatan ke peringkat antarabangsa, penganjur-penganjur minggu fesyen dan banyak lagi memainkan peranan. Sememangnya bukan mudah, kami lihat terdapat banyak perkara yang kami masih perlu lakukan dan pelajari, ini akan sentiasa menjadi work in progress.

peringkat antarabangsa, kami berbangga dapat diterima dan diberi peluang mementaskan koleksi musim Spring / Summer 2015 di pentas berprestij London Fashion Week yang mendapat reaksi dan sambutan positif dari media antarabangsa, tetapi untuk bersaing dan menempa nama di London bukan sesuatu yang mudah.

Perkara yang lebih penting adalah untuk terus kekal di London dengan jualan yang memberangsangkan mengambil masa, suntikan modal dan usaha yang lebih banyak lagi.

Ada beberapa langkah yang kami ambil dan tidak mendatangkan hasil positif seperti yang dijangkakan, kami cuba beberapa tahun yang lepas melancarkan jenama kedua tetapi tidak menjadi dan hanya kekal satu koleksi sahaja.

Kami juga cuba memasuki bidang perniagaan kafe dengan Calories KL di Hartamas tetapi terpaksa ditutup selepas hanya hampir setahun beroperasi.

Terdapat pula, beberapa bulan kami terpaksa mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk membayar gaji para perkerja dan pelbagai lagi.

Ya, mungkin dari timeline instagram atau media sosial tampak glamor dan indah. Sebetulnya, bukan sesuatu yang mudah dan jenama fesyen adalah bisnes dan bisnes memerlukan model yang betul dan kerja keras untuk menjadi lebih baik.

Ada satu tahap mungkin terasa mahu mengalah dan mungkin hanya menjadi suri rumah, tetapi kami adik beradik dan ahli keluarga saling menyokong antara satu sama lain. Mungkin ini salah satu kelebihan berkerja bersama adik beradik sendiri dan Mimpikita telah membawa

kami sekeluarga bersama dan menjadi lebih rapat lagi.

Apa pun cabaran yang mendatang, Mimpikita adalah impian dan telah menjadi sebahagian hidup kami adik beradik oleh sebab itu kami perlu mencari jalan untuk mengharungi cabaran tersebut. Saya juga bertuah dengan adanya barisan staff yang passionate dengan apa yang mereka lakukan.

Kalau ada tips penting yang saya boleh kongsikan dalam perniagaan fesyen adalah bagi mengenali dan memahami pasaran dan pelanggan jenama anda dengan mendapatkan maklum balas, lihat trend pembelian mereka dan letak diri anda di tempat mereka dalam setiap rekaan atau keputusan yang dibuat.

Ada beberapa pelanggan setia kami yang kini telah menjadi sahabat baik dan sangat terbuka berkongsi maklum balas mengenai koleksi-koleksi kami dan sebagainya.

Saya bukanlah pakar dalam bidang keusahawanan, tetapi bagi saya keinginan untuk berjaya itu memang penting dalam memotivasi diri. Terus buka minda untuk terus belajar dari orang sekeliling, jangan kekok belajar dari orang yang lebih muda atau yang lebih bawah dari anda. Perjalanan dan pengalaman saya sebagai usahawan mungkin berbeza, malah saya percaya usahawan kini boleh berjaya dengan lebih pantas dengan peluang yang ada pada hari ini.

“Satu percubaan pasaran dengan hanya menjual aneka bijirin kepada pelanggan di Kilang Bateri, Johor Bharu dengan sistem pemasaran yang berbeza. Let’s Cereal bermula dengan kedai pertama di Bateri JB pada Ogos 2015. Selepas setahun, purata hasil jualan sebulan adalah sekitar RM15 ribu. Mereka bercadang membuka perniagaan sama di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.”

“Betul ke nak jual cereal? Ada ke orang nak beli?”

“Dah buat market study ke? Kan boleh buat di rumah je... apa istimewanya

kedai kau?”

“Bukan ke cereal untuk sarapan?”

Soalan-soalan ini dilemparkan kepada saya pada mula saya memberitahu rakan-rakan dan keluarga bahawa saya ingin memulakan perniagaan bijirin sarapan yang akan dijual sepanjang hari.

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 129-135)

Dokumen terkait