• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Adam Malik dalam Hubungan Indonesia-Malaysia (1963-1978).

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Peranan Adam Malik dalam Hubungan Indonesia-Malaysia (1963-1978)."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

9

th

International Conference on

Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9)

Faculty Of Social Sciences

Yogyakarta State University, 15-16 September 2015

Peranan Adam Malik dalam Hubungan Indonesia-Malaysia (1963-1978)

Ridayani Simanjuntak Universiti Kebangsaan Malaysia

Juntakrida26@gmail.com

Mohd Bin Samsudin Universiti Kebangsaan Malaysia

moss@ukm.edu.my

ABSTRAK

Kertas ini bertujuan membincangkan peranan Adam Malik dalam menjalin hubungan baik antara dua buah negara pada saat-saat zaman kesukaran antara 1963-1978. Adam Malik ialah seorang tokoh politik dan diplomatik yang memiliki pengaruh dalam kabinet Presiden Soekarno hingga Presiden Soeharto. Tujuan penulisan ini adalah untuk menilai sejauh mana pengaruh yang dimainkan oleh Adam Malik dalam merapatkan kembali hubungan kedua negara ini terkhusus kala kerajaan Indonesia memutuskan untuk melancarkan dasar konfrontasi. Walau tidak keseluruhan petinggi di Indonesia menyetujui keputusan Presiden Soekarno untuk berkonfrontasi dengan Malaysia. Hasil kajian ini mendapati Adam Malik sebagai tokoh yang sangat penting untuk tidak meneruskan dasar konfrontasi. Adam Malik selalu mengaplikasikan konsep rakan tetangga untuk merasionalisasikan kembali hubungan Indonesia dan Malaysia. Selepas tamatnya konfrontasi bersama dengan keempat Negara yang lain terbentuk pertubuhan di Asia Tenggara yang disebut dengan Association of South East Asian Nations (ASEAN). Dengan telah ditubuhkan ASEAN menjadikan Indonesia dan Malaysia komitmen untuk memelihara keamanan serantau. Peranan Adam Malik dalam dunia politik yang bermula menjadi seorang wartawan, politikus, Menteri Luar Negara hingga menjadi seorang Timbalan Presiden Indonesia pada masa orde baharu.

Kata Kunci : Adam Malik, Peranan, konfrontasi, serantau, orde lama, orde baharu, ASEAN.

(2)

1 PENGENALAN

1. Latar Belakang Kajian

Perbincangan tentang Adam Malik sangat jarang didengar. Pelbagai ragam ahli sejarah di Indonesia tidak banyak membincangkan mengenai beliau. Bahkan untuk masyarakat awam tidak mengenal siapa sosok Adam Malik itu. Dokumen-dokumen yang berada di Kerajaan Indonesia tidak banyak diperolehi. Kebanyakan dokumen yang diperoleh berasal daripada ahli keluarga, yang merupakan dokumen peribadi Adam Malik sendiri. Perbincangan mengenai Adam Malik sangat sedikit kelihatan. Tulisan-tulisan yang didapati iaitu autobiografi yang tulis sendiri oleh Adam Malik dan beberapa biografi Adam Malik.1 Padahal sumbangan beliau kepada Indonesia

tidak terkira. Namun penghargaan yang diberikan kerajaan kepada Adam Malik hanya sebatas penghargaan menjadi pahlawan Nasional sahaja. Bahkan muzium Adam Malik yang sengaja dibina oleh ahli keluarga terpaksa ditutup kerana tidak sanggup untuk membayar kos pembinaan dan penjagaan barang-barang yang berada di dalam muzium. 2 Kenyataan tersebut sangat ironi.

Maka itu, Adam Malik sepatutnya diulas kembali untuk menyegarkan ingatan bahkan memperkenalkan kepada masyarakat awam tentang sumbangan dan peranan beliau dalam membina Negara.

Begitu juga dengan perbincangan mengenai perdamaian atas konfrontasi yang tidak terlepas daripada peranan Adam Malik. Terbukti daripada pendapat Tun Razak yang menyatakan bahawa Des Alwi yang menjambatani hubungan awal Indonesia dan Malaysia namun Adam Malik yang meneruskan hubungan baik untuk menyelesaikan konfrontasi tersebut.3 Adam Malik

adalah seorang mantan Menteri luar yang juga sempat menjadi jurnalis, revolusioner, politikus, dan seorang negarawan. 4 Peranan penting pemuda seperti Adam Malik yang telah ikut serta

dalam dunia politik Indonesia faham ke arah mana Indonesia akan dibawa. Adam Malik ialah seorang anak muda yang berasal dari Pematang Siantar, Sumatera Utara, Indonesia yang mengawali politik pada tahun 1930-an yang dilanjutkan lagi pada masa penjajahan Jepun di Indonesia hingga kemerdekaan. Adam Malik tergolong generasi yang lahir dalam fasa ketiga5

iaitu fasa di mana benih-benih nasionalisme yang mulai tumbuh terutama dalam mewujudkan berdirinya pertubuhan-pertubuhan nasionalis yang telah bermula sejak masa pertubuhan Budi

1 Djamily, Bachtiar. 1978. Hidup dan Perjuangan Adam Malik. Kuala Lumpur : Pustaka Melayu Baru

Harahap, Basyral Hamidy. 1998. Kejuangan Adam Malik (1917-1984). Jakarta: Penerbit Yayasan Adam Malik Salam, Solichin. 1990. Adam Malik dalam Kenangan. Jakarta : Penerbit Yayasan Adam Malik

2 Muzium Adam Malik dibuka pada tahun 1986 oleh isteri beliau Nelly Adam Malik. Namun sekitar tahun

2005-2006 muzium tersebut ditutup. Ada 5000 koleksi yang berada di dalam Muzium tersebut. Pihak keluarga sempat menawarkan keseluruhan koleksi tersebut kepada Kerajaan Indonesia tetapi tidak mendapat respon yang positif. Jadi sekarang ini, sebahagian daripada koleksi dihebahkan ke Muzium Fathillah, sebahagian dijual dan selebihnya dirawat oleh anak dan cucu Adam Malik.

3 Paridah Abd Samad, A Political Biography, a Phenomenon in Malaysian Politics (Kuala Lumpur : Affluent Master

Sdn. Bhd, 1988) hlm 39.

4 Jones, Howard Palfrey. Indonesia : the Possible dream (Singapore : Ayu Mas PTE.LTD, 1977) hlm 430.

5 Berdasarkan tulisan Manuel Kaisiepo dalam Bernhard Dahm, fasa yang pertama adalah akhir abad 19. Sedangkan

(3)

Utomo pada tahun 1908.6 Kemudian beliau mengalami proses sosialisasi politik pada fasa yang

keempat, fasa di mana telah tercapai nya gerakan-gerakan nasionalis moden. Ketika itu pula cita-cita kemerdekaan telah mencapai sesuatu yang konkrit menuju Indonesia yang merdeka. Maka itu, penggolongan yang telah ditetapkan di Indonesia iaitu Angkatan ’08, angkatan ’28, dan angkatan ’45. Adam Malik lebih kepada golongan generasi angkatan ’28. Kerana pada saat pertama kali Adam Malik bergabung dalam dunia politik masih berusia 17 tahun. Keputusan yang telah dibuat beliau dijalankannya dengan baik hingga akhir hidupnya. Pada tahap awal pada tahun 1931, Adam Malik bergabung dengan kepanduan Hisbul Wathan, sebuah pertubuhan yang bernaung di bawah Muhammadiyah. Muhammadiyah adalah satu-satunya pertubuhan semi politik di Pematang Siantar. 7

Dengan usia yang masih muda, Adam Malik bergabung dengan pemuda-pemuda hebat seperti Tan Malaka. Adam Malik menghayati dan mempelajari bahkan mencungkil pemikiran Tan Malaka. Kekaguman beliau terhadap pemikiran Tan Malaka pun tumbuh yang menjadikan beliau pengikut setia Tan Malaka dalam ertian bahawa Adam Malik ialah salah satu pengikut gaya hidup Tan Malaka namun seorang murid Soekarno. Seluruh hidup Adam Malik ialah seorang nasionalis yang cenderung sosialis.8 Pada tarikh 7hb November 1948, Adam Malik

bersama rakan sejawatnya menubuhkan sebuah pertubuhan yang bernama Parti Murba. Parti Murba muncul ketika Parti Komunis Indonesia (PKI) tersingkir pasca peristiwa Madiun 1948.9

Parti Murba dianggap sebagai Parti Komunis yang baru. Pada masa orde lama,10 demokrasi

6 Budi Utomo ditubuhkan pada 20 May 1908. Budi Utomo ialah pergerakan yang mengikut perkembangan

Nasionalisme Indonesia dan hanya untuk kebudayaan orang Jawa dan Madura sahaja. Pertubuhan ini telah diwujudkan di atas idea-idea Tjipto Mangunkusumo sebagai suatu pergerakan sosial menentang kedudukan kaum priyayi atasan dalam sistem kemasyarakatan Jawa. Tujuan Budi Utomo diisytiharkan untuk mencipta satu pertubuhan umum bagi semua orang Jawa dan Madura dan tugasnya adalah berusaha supaya dapat membangun tanah dan rakyat Jawa di Hindi Timur dengan cara harmoni. Maklumat lanjut, rujuk Bernhard Dahm, terj.Abd Aziz Hitam, Sejarah Indonesia Abad ke dua puluh (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988) hlm 37-38.

7 Merasa tidak puas dengan penggabungan Adam Malik ke Hisbul Wathan, Adam Malik pun mendirikan cabang

Indonesia Muda di Pematang Siantar. Sebagai pemuda, resmi menubuhkan cabang Indonesia Muda di Pematang Siantar, dan untuk pertama kalinya meneriakkan “sumpah pemuda”. Kebanggaan Adam Malik dalam mengumandangkan sumpah pemuda, yang terdiri daripada tiga poin iaitu kami, putera-puteri Indonesia mengaku berbangsa satu, bangsa Indonesia. Kedua, kami putera puteri Indonesia mengaku bertanah air satu, tanah air Indonesia. Ketiga, kami putera puteri Indonesia mengaku berbahasa satu, bahasa Indonesia. Adam Malik, Mengabdi Republik Jilid 1 Adam dari Andalas (PT Gunung Agung: Jakarta, 1978) hlm 17.

8 Menurut pandangan seorang sejarawan Indonesia iaitu Taufik Abdullah pada pembentangan Asean Public Intellectual (API) Public Forum, 2008.

9 Pada tahun 1948 di Madiun daerah Jawa timur Indonesia berlaku peristiwa kekerasan yang terjadi antara Parti

Komunis Indonesia (PKI) dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Peristiwa berdarah ini dipelopori oleh Muso, seorang komunis yang sempat belajar di China dan membentuk sebuah pertubuhan yang mengatas namakan Komunis. Peristiwa ini menelan banyak korban yang tidak bersalah. Manuel Kaisiepo, Prisma (Jakarta: Lembaga Penelitian Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3ES), 1982) hlm 80.

10 Orde lama iaitu masa kerajaan Presiden Soekarno di Indonesia. Orde lama berlangsung dari tahun 1945 hingga

1966. Presiden Soekarno memerintah dengan demokrasi terpimpin yang merupakan suatu sistem yang tidak tetap. Pada masa orde baru ini juga terjadinya PRRI dan Permesta, yang pada 5 May 1958 PRRI di Bukittinggi Sumatera

Barat berjaya diambil oleh Kerajaan. Kemudian gerakan PRRI ini berubah menjadi perang gerilya di wilayah

(4)

terpimpin memberikan peluang bagi Parti Murba.11 Kongres Murba kelima pada Disember 1959

dihadiri langsung oleh Presiden Soekarno. Soekarno menempatkan Chaerul Saleh dan Prijono masuk dalam kabinet orde lama. Sedangkan Adam Malik dan Sukarni menjadi Duta besar di Moskow dan Beijing. Tan Malaka diiktiraf menjadi Pahlawan Nasional pada 1963. Keterlibatan Adam Malik dalam berbagai jawatan di bidang politik mengukuhkan dan menjadikan beliau lebih pintar dalam menyelesaikan masalah-masalah politik.

Zaman Presiden Soeharto iaitu orde baru,12 Adam Malik dilantik menjadi Menteri Luar

selama 11 tahun. Dengan pengalaman beliau menjadi seorang diplomat sejati, beliau selalu menjalin dan membina hubungan baik dengan negara-negara jiran. Misalnya seperti Malaysia. Persoalan-persoalan yang diturunkan oleh orde lama ke masa orde baru menjadi catatan dan pekerjaan yang sangat penting untuk diselesaikan segera oleh Adam Malik. Beberapa persoalan politik luar negeri yang harus diselesaikan oleh Adam Malik seperti persoalan konfrontasi dengan Malaysia,13 keluarnya Indonesia dari pertubuhan Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB), 14

juga persoalan mengenai integrasi Timor-Timor. Kemudian beliau adalah antara tokoh penting menubuhkan ASEAN.15 Adam Malik dipercayai untuk jawatan sebagai Menteri Luar. Kebijakan

luar demokrasi terpimpin diserahkan sepenuhnya kepada Adam Malik selaku Menteri Luar. Kebijakan luar yang baru bertujuan untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh negara-negara Barat bagi memperoleh bantuan ekonomi yang pada masa itu memang sangat diperlukan.16

11 Parti Murba ialah parti yang ditubuhkan oleh Tan Malaka yang salah satunya beranggotakan Adam Malik. Parti

Murba ditubuhkan pada 3 Oktober 1948 sebagai peleburan daripada Parti sebelumnya iaitu Parti Rakyat, Parti Rakyat Djelata dan Parti Buruh Merdeka. Garis daripada parti baru ini iaitu anti fasis, anti imperialis, anti kapitalis, dan mendasarkan perjuangan rakyat jelata. Parti ini merupakan wadah Adam Malik dan kawan sejawat melakukan kegiatan politik setelah wafatnya Tan Malaka. Kaisiepo, PRISMA (Jakarta : Lembaga Penelitian Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3ES), 1984) hlm 83.

12 Orde baru adalah masa kerajaan Presiden Soeharto di Indonesia. Orde baru menggantikan orde lama yang merujuk

kepada era kerajaan Soekarno. Orde baru berlangsung dari tahun 1966 hingga 1988. Presiden Soeharto memulai orde baru dalam dunia politik Indonesia dan mengubah kebijakan dalam negara dan luar. Orde baru mampu membangun ekonomi nasional tetapi tidak mampu meningkatkan taraf pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Ricklef, Sejarah Indonesia Modern 1200-2008 (Serambi: Jakarta, 2008) hlm 587-8.

13Pada tahun 1964, Soekarno telah menetapkan untuk berkonfrontasi dengan Malaysia. Banyak pihak yang tidak

menyetujui keputusan tersebut. kerana penyertaan PKI dalam keputusan tersebut membuat Adam Malik kecewa atas apa yang telah ditetapkan oleh Soekarno. Memang diketahui, Soekarno dengan Tunku Abdul Rahman memiliki prinsip yang berbeza. Soekarno yang anti kolonial sedangkan Tunku Abdul Rahman yang pro kolonial maknanya pihak Malaysia selalu berdiskusi dengan British. Peranan Adam Malik dalam Hubungan Indonesia-Malaysia (1955-1978). Naskhah, tulisan tangan Adam Malik mengenai Diplomasi Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia, (koleksi Peribadi Adam Malik:1963).

14 Pada Januari 1965 dalam raksasa, Indonesia menyatakan keluar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hal ini

disebabkan sikap PBB yang telah menerima Malaysia untuk masuk dalam PBB dianggap oleh Pemerintah Indonesia sebagai anggota tidak tetap Dewan Keamanan PBB kerana Malaysia merupakan kerajaan boneka bentukan British. Djamily, Bachtiar, Kejuangan Adam Malik (1917-1984) ( Jakarta: Penerbit Yayasan Adam Malik, 1998) hlm 48.

15 Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) adalah sebuah organisasi geo-politik dan ekonomi yang

didirikan oleh negara-negara di kawasan Asia Tenggara pada tarikh 8 Ogos 1967 di Bangkok Thailand dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mengembangkan kebudayaan negara-negara anggotanya, menjaga stabiliti dan perdamaian serta memberikan kesempatan kepada anggota-anggotanya untuk membahas perbezaan dengan damai. Pada awal pembentukan ASEAN jumlah anggota adalah 5 negara iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina. Kelima negara tersebut adalah pendiri ASEAN. Solichin Salam, Adam Malik dalam Kenangan. Jakarta : Penerbit Yayasan Adam Malik, 1990) hlm 18

(5)

2. Rumusan Masalah dalam Kajian

Dalam kajian ini hanya ada satu persoalan kajian besar ialah sejauhmanakah pengaruh Adam Malik dalam membina kembali hubungan antara Indonesia dan Malaysia (1963-1978)?

3. Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk meninjau peranan Adam Malik dalam hubungan Indonesia-Malaysia (1963-1978). Kajian ini mengandungi tiga objektif yang saling berkait rapat antara satu sama lain, iaitu :

1. Menganalisis terjadinya konfrontasi Mengganyang Malaysia (1963-1966)

2. Meneliti usaha-usaha yang dilakukan Adam Malik dalam mendamaikan Indonesia-Malaysia.

3. Menganalisis usaha Adam Malik selaku pencetus atas penubuhan ASEAN.

4. Metodologi Kajian

Metodologi atau kaedah kajian ini bertujuan untuk menjelaskan, memaparkan dan menghuraikan fenomena, data mahupun peristiwa yang sedang dikaji untuk ditemukan jawapannya secara kualitatif. Adapun kaedah kajian yang digunakan dalam tajuk ini ialah kaedah kajian analisa dokumen termasuk kepada kajian Arkib dan kajian perpustakaan dan kaedah kajian sejarah lisan iaitu kajian lapangan termasuk kepada temu bual.

A. HASIL KAJIAN

Dalam kertas kerja ini telah didapati sebuah hasil kajian yang menyatakan bahawa peranan Adam Malik sangat besar dibuktikan dari beberapa dokumen baik dokumen peribadi sendiri, akhbar mahupun dokumen daripada negara luar. 17

Indonesia berkonfrontasi dengan Malaysia

Pada tahun 1963, Indonesia melancarkan dasar konfrontasi kepada Malaysia. Banyak yang tidak menyetujui keputusan tersebut. Termasuk kepada Adam Malik sendiri. Seorang ahli politik dan diplomat yang ikut serta dalam mendamaikan kedua negara tersebut yang Malaysia sendiri menganggap bahawa Indonesia adalah abang untuk mereka dan Malaysia adalah adik untuk Indonesia. Namun, menjadi terpecah ketika Presiden Soekarno memaklumkan untuk

17 Naskhah, tulisan tangan Adam Malik mengenai Diplomasi Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia,

1963.

Memorandum From Micheal V.Forrestal of the National Security Council Staff to President Johnson; The Attorney General’s Trip to the Far East, Washington, 13 Januari 1964, FRUS.

Memorandum From Secretary of State Rusk to President Johnson ; Aid to Indonesia, Washington, 7 January 1964, FRUS

Statement to be made to mark the end of confrontation, FO 371/187567

Confrontation account of Ghazalie’s press statement on his return from Djakarta, FO 371/187566 Confrontation : US Ambassador discussions with Malik & Suharto, FO 371/187566

(6)

melakukan ganyang Malaysia. Terdapat dua alasan utama Soekarno berkonfrontasi dengan Malaysia. 18 Pertama, beliau menganggap bahawa penubuhan Malaysia adalah projek

Imperialisme British. Kedua, Soekarno menganggap Malaysia akan dipergunakan untuk mengepung Indonesia dan akan menghancurkan Revolusi Indonesia juga merobek-robek Indonesia. 19 Walau bagaimanapun, Adam Malik tidak menerima dua alasan tersebut. Beliau

menganggap Soekarno sudah menceburkan dirinya dalam suasana ingin memperlihatkan kekuatan yang ada dalam tangannya, ditambah dengan sanjungan yang tidak berhenti daripada sekumpulan ahli yang dialu-alukan oleh PKI yang ditambah sokongan daripada negara Komunis/Sosialis. Hal serupa juga dituliskan oleh Sekretaris Negara Dean Rusk ketika mengirimkan memo kepada Presiden Johnson juga memaparkan bahawa Soekarno menganggap Malaysia sebagai Neo-Kolonis dan mengancam keamanannya. Soekarno menganjurkan untuk melancarkan Konfrontasi kepada Malaysia dan mendukung sepenuhnya kegiatan gerila di Kalimantan Utara. 20 Maka itu, bulatlah tekad Soekarno untuk “mengganyang” Malaysia yang

tidak boleh dirobohkan lagi.

Ketidaksetujuan terkait konfrontasi yang dilancarkan oleh Soekarno juga dikemukakan oleh Micheal V. Forresttal. Departemen Negara mendeskripsikan pertemuan dengan Presiden Soekarno dengan tiga tujuan utama. Tujuan yang pertama ialah untuk mendapatkan ketegasan daripada pihak Soekarno mengenai kebijakan militer untuk konfrontasi dengan Malaysia yang akan memiliki konsekuensi berbahaya kepada negaranya. Singkatnya, kejaksaan Agung akan memaparkan beberapa pendapat untuk menghentikan Soekarno terutama dalam pengiriman para militer di Kalimantan atau setidaknya Amerika tidak menyetujui genjatan senjata. Tujuan kedua, untuk membawa Presiden Soekarno, Macapagal dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman kembali kepada meja perundingan. Setidaknya Kejaksaan Agung menjamin tidak adanya hambatan dan cabaran kepada ketiga negara tersebut untuk berunding kembali. Terakhir iaitu jika perbincangan berjalan dengan lancar, Jaksa Agung akan pergi ke London untuk memaklumkan hasil daripada perundingan dan perbincangan di Timur Tengah dan telah mampu bekerja sama kembali. 21

Memang diketahui bahawa Presiden Soekarno menghindari perang terbuka namun tetap melanjutkan dasar konfrontasi dengan tujuan untuk mengganyang Malaysia. Amerika Syarikat juga ikut membujuk Presiden untuk menghentikan konfrontasi atau melakukan genjatan senjata agresi militer di Kalimantan Utara. Amerika Syarikat memberikan amaran kepada Kerajaan

18 Berdasarkan Dokumen yang didapat oleh pengkaji daripada keluarga Adam Malik. Ketika alasan tersebut yang

diajukan oleh Soekarno, Adam Malik menjawab “Jika cara berfikir Bung seperti itu, bagaimana erti India merdeka, Pakistan merdeka, Sri Langka merdeka dan lain-lain negara yang mendapat hadiah kemerdekaan daripada Inggeris itu? Apakah juga akan menghancurkan negara-negara sekitarnya?” lalu Adam Malik melanjutkan lagi “nama Indonesia dan nama Bung Karno ialah nama yang sakral bagi bangsa Malaysia sebagai pejuang dan rakyat Malaysia sangat mencintai Soekarno”. Peranan Adam Malik dalam Hubungan Indonesia-Malaysia (1955-1978). Naskhah tulisan tangan Adam Malik mengenai Diplomasi Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia, (koleksi Peribadi Adam Malik:1963)

19 Naskhah, tulisan tangan Adam Malik mengenai Diplomasi Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia, 1963.

20 Amerika juga mengkhuatirkan akibat daripada permusuhan Indonesia dengan Malaysia tersebut, seperti

kemungkinan adanya kekerasan dan kepentingan terhadap U.S, lalu boleh membahayakan perniagaan asing yang ada di Indonesia termasuk aset minyak Amerika dan pencabutan pengaruh Barat di mana Jones sebagai Duta Besar Amerika untuk Indonesia. Memorandum From Secretary of State Rusk to President Johnson ; Aid to Indonesia, Washington, 7 January 1964, FRUS, hlm 14

21 Micheal V. Forrestal adalah salah satu seorang ajudan Mc. George Bundy (Penasihat Keamanan Nasional Presiden

(7)

Indonesia apabila terjadi penyerangan langsung, Malaysia akan membawa persoalan ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat akan berpihak kepada Malaysia. 22

Peranan Adam Malik

Dengan berjalannya masa dalam berkonfrontasi, banyak pihak yang menginginkan untuk mengakhiri ganyang atas Malaysia tersebut. Bahkan Jeneral Soeharto sendiri masih belum berani secara terbuka untuk mengusulkan mengakhiri konfrontasi.23 Pertemuan sulit yang telah

dirancang oleh Adam Malik menjadi titik awal untuk segera mengakhiri permusuhan dan mencari jalan agar konfrontasi harus segera diselesaikan. Adam Malik menemui Soekarno untuk mengusulkan secara terbuka segera menyelesaikan dan mengakhiri konfrontasi dengan Malaysia. Namun, Soekarno menganggap bahawa penyelesaian konfrontasi itu merupakan kekalahan daripada pihak kita (Indonesia). Adam Malik memberikan pendapat bagaimana jika semangat dan posisi ABRI24 kita mahupun rakyat sudah tidak menyokong, apakah harus diteruskan? Oleh

kerana momentum untuk menyelesaikan secara baik telah terbuka. Maka, pihak kita Indonesia harus mempergunakan kesempatan itu sebaik-baiknya sehingga tidak ada yang kalah dan tidak ada yang menang. Soekarno berpendapat bahawa momentum yang tepat menurut Adam Malik belum tentu tepat, sebab di Malaysia akan terjadi perselisihan satu sama lain dari negara yang baru bergabung itu, perlawanan gerila komunis akan lebih hebat dan dunia ketiga akan memihak Indonesia dan tidak akan membenarkan imperialism Inggeris mempergunakan Malaysia mengacaukan Indonesia.

Suasana umum pada masa itu berpihak kepada penyelesaian cepat konfrontasi dan penghapusan PKI yang menonjol. Kerana alasan demikianlah Adam Malik tidak memiliki alasan untuk menunda penyelesaian konfrontasi tersebut. Dalam masa itu juga ABRI secara spontan dan demonstratif mengirimkan goodwill misi ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang Hercules yang terdiri daripada berbagai Angkatan dan para wakil rakyat pejuang.

Ada beberapa angkatan bersenjata yang mendukung mahupun tidak mendukung mengenai keputusan Presiden tentang konfrontasi Malaysia. Seperti Jeneral tinggi Ahmad Yani. Jeneral Ahmad Yani25 resah dengan keadaan di Asia tenggara.26 Beliau melihat bahawa konfrontasi di

Asia Tenggara memberi peluang besarnya pengaruh komunisme dan akan membahayakan Indonesia. Walaupun di kalangan komunis telah terjadi perselisihan yang mendasar antara Moskow dengan Beijing, ternyata PKI telah pun banyak dipengaruhi oleh Beijing. Ahmad Yani

22 Memorandum from Secretary of State Rusk to President Johnson, Washington 6 Januari 1964, FRUS, hlm 5.

23 Berdasarkan tulisan Adam Malik terkait masalah diplomasi penyelesaian konfrontasi Indonesia-Malaysia. Banyak

pihak yang ketika itu eksponen orde baharu seperti KAMI dsb, masih menyerukan untuk Ganyang Malaysia. Adam Malik mengatur kepergian ke Bangkok untuk menemui Menteri Luar Thailand iaitu Thanat Khoman, yang secara sulit Adam Malik telah pun mengatur pertemuan dengan Sekjen Departemen Luar Malaysia iaitu Tan Sri Ghazali. Pertemuan yang tersebut disulitkan, jika ada yang bertanya pertemuan, Adam Malik akan menjawab itu hanya kebetulan, bertemu di Bangkok kerana Tan Sri Ghazali ialah keluarga Adam Malik dan untuk kesempatan itu Adam Malik dan Tan Sri Ghazali pergunakan untuk bertemu baik membincangkan soal keluarga juga soal situasi dan konfrontasi. Tan Sri Ghazali kembali ke Kuala Lumpur dan Adam Malik kembali ke Jakarta dan mengadakan pertemuan dengan Soeharto, Sri Sultan Hamungkubowono dan belum langsung menemui Soeharto di Bogor. Setelah semua dipersiapkan terutama persiapan di kalangan ABRI dan juga pemimpin-pemimpin masa perjuangan, seperti KAMI, KAPI dan lain-lainnya, barulah Adam Malik menemui Soekarno. Naskhah, tulisan tangan Adam Malik mengenai Diplomasi Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia, (koleksi Peribadi Adam Malik:1963).

24 Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI)

25

(8)

ingin menyudahi konfrontasi tersebut. Salah satu langkah yang dilakukan Ahmad Yani adalah harus melakukan pendekatan dengan pemimpin-pemimpin di Kuala Lumpur. Salah seorang yang boleh melakukan pendekatan dengan Malaysia ialah Des Alwi.27 Kemudian Des Alwi menjumpai

dan melaporkan usul untuk penyelesaian konfrontasi kepada Kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur. Berdasarkan analisis pengkaji berdasarkan akhbar tersebut bahawa Jeneral Ahmad Yani dan Des Alwi yang telah memiliki peranan penting dalam menyelesaikan konflik konfrontasi dengan Malaysia. Kerana tidak disebutkan dalam akhbar tersebut peranan Adam Malik untuk persoalan penyelesaian konfrontasi Malaysia.

Menurut tulisan Tun Razak,28 langkah awal untuk menjalin hubungan kembali dengan

Indonesia, pada tahun 27hb Mai 1966 Malaysia memilih Des Alwi untuk menjadi asisten Tun Abdul Razak. Tun Razak memilih Des Alwi sebagai asisten daripada pihak Malaysia untuk melakukan perundingan sulit dengan Indonesia. Dan dua hari kemudian iaitu pada tarikh 29hb Mei 1966, Tun Razak dan Adam Malik menghadiri perbincangan tentang perdamaian Malaysia dan Indonesia di Bangkok, dengan makna untuk mengakhiri konfrontasi tersebut. Kemudian pada tarikh 1hb June 1966, Tun Razak dan Adam Malik kembali ke negara masing-masing untuk memberikan laporan terhadap kejayaan atas perundingan kerajaan masing-masing. Tun Razak juga menilai bahawa Des Alwi yang menjambatani hubungan tersebut namun Adam Malik lah yang meneruskan hubungan baik itu demi menyelesaikan konfrontasi.

Sebaliknya Jeneral Abdul Haris Nasution mendukung sepenuhnya keputusan Presiden untuk memerangi dan menyerang Malaysia.29 A.H Nasution memberikan ultimatum kepada Adam

Malik bahawa tidak semua ABRI (Angkatan Bersenjata Republik Indonesia) bulat pendapat untuk memberhentikan konfrontasi tersebut. A.H Nasution bimbang Adam Malik-lah yang akan dikorbankan begitu sahaja. Baik oleh Soekarno, PKI mahupun ABRI. Tetapi, perkara ketidaksetujuan A.H Nasution tersebut tidak menurunkan semangat Adam Malik untuk memperbaiki hubungan kedua negara. Kerana dukungan dari beberapa perwira-perwira tinggi daripada ABRI yang sebahagian tidak menyetujui terjadinya menghancurkan Malaysia. Para perwira berpendapat bahawa jika situasi ini dilanjutkan, situasi dalam Negara akan bertambah berat dan kemungkinan kesempatan itu dipergunakan untuk kepentingan PKI baik memanfaatkan kekuatan bahkan merebut kekuasaan.

Penandatanganan Perdamaian

27 Akhbar Mutiara 31 Ogos – 13 September 1983. Pada Juni 1965, Des Alwi berada di Bangkok bersama Prof.

Soemitro. Pada saat itu, mereka berada dalam pengasingan untuk membuka perusahaan niaga yang bermarkas di Bangkok. Ali Moetopo mengunjungi Des Alwi ke Bangkok. Mereka telah saling mengenal pada tahun 1951 ketika mereka bertemu di Pejabat Gabenor Semarang. Pada akhirnya Oktober 1965 di kediaman Perdana Menteri Tun Abdul Razak dikunjungi oleh Ali Moetopo dan Willy Pesik yang didampingi oleh Jabit Ali dan Des Alwi.

28 Tun Razak, 1952, “Political Biography” a phenomenon in Malaysia politics, Kuala Lumpur : Affluent Master

Sdn.Bhd.

29 Berdasarkan dokumen yang ditulis oleh Adam Malik dituliskan bahawa ketika Adam Malik menemui A.H

(9)

Dengan kegigihan dan kelincahan beliau selalu melakukan perundingan dengan musyawarah dengan pemimpin-pemimpin Malaysia. Hasilnya, jalan fikiran yang disajikan oleh Adam Malik dapat diterima oleh golongan besar, sehingga kontak-kontak antara pemimpin Indonesia dan Malaysia dilangsungkan di Bangkok dan di beberapa tempat lain demi mengakhiri konfrontasi tersebut. 30

Pada tarikh 11 Ogos 1967, Delegasi Malaysia yang dipimpin oleh Tun Razak tiba di Jakarta untuk menandatangani persetujuan penyelesaian konfrontasi Indonesia-Malaysia. Penandatangan itu dilakukan oleh Tun Razak untuk Malaysia dan Adam Malik untuk Indonesia di gedung Pancasila Pejambon, Jakarta. Penandatanganan ini dihadiri oleh Soeharto, Hamongkubowono dan lain-lainnya. Pada akhirnya kedua negara yang berjiran itu kembali menjalin hubungan kembali dengan menyudahi konfrontasi.

Pada tahun 1978, setelah Presiden Soeharto dilantik kembali menjadi Presiden Indonesia. MPR (Majelis Permusyawaratan Rakyat) menetapkan dan memilih Adam Malik untuk mendampingi Presiden Soeharto menjadi Timbalan Presiden setelah Sultan Hamengku Buwono tidak ingin dilantik lagi menjadi Timbalan Presiden. Pada 24hb Marc 1978, Adam Malik rasmi dilantik menjadi seorang Timbalan Presiden Indonesia.

Penubuhan ASEAN

Adam Malik dan Association of South East Asian (ASEAN) seperti tidak dapat dipisahkan. Adam Malik sendiri mengakui di beberapa tulisannya seperti dalam autobiografi beliau yang menyatakan bahawa membincangkan mengenai ASEAN sangat menyeronokkan kerana eksistensi daripada ASEAN itu sendiri sangat dihayati betul oleh beliau. Di mana para Menteri Luar dari negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Singapura bersatu dalam mengisytiharkan perhimpunan regional atau serantau dengan tujuan harus mampu menampung dan memecahkan persoalan terutama persoalan yang melibatkan kelima negara tersebut. Selain itu Adam Malik menilai perkembangan pokok di bidang politik dan ekonomi dunia juga sebagai alasan pembentukan satu badan regional khusus untuk Asia Tenggara yang harus dapat menampung dan menyerap ke arah yang lebih baik terhadap kedua perkembangan tersebut. Penubuhan ASEAN ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesejahteraan dan kerukunan di peringkat Asia Tenggara. 31 Penubuhan ini juga diharapkan boleh mencapai stabilisasi ekonomi

di Asia Tenggara serta kerjasama di bidang kebudayaan dan sosial yang merupakan faktor penentu bagi keamanan kepada Asia Tenggara.32

Pada akhir tahun 1966, Indonesia mengusulkan agar dibentuk sebuah perhimpunan kerjasama regional atau serantau di Asia Tenggara. Menteri Luar Filipina Narciso Ramos memberikan pujian atas prakarsa Indonesia untuk mengadakan kerjasama regional atau serantau yang baharu. Hal ini penting justeru Indonesia yang mengambil prakarsa mengingat bahawa Indonesia pernah terasing daripada negara-negara jiran di Asia. 33 Indonesia tidak mempunyai

hubungan diplomatik dengan Malaysia dan Singapura. Sebelum pembentukan kerjasama

30Berdasarkan dokumen yang ditulis sendiri oleh Adam Malik menjelaskan bahawa pertemuan yang dibuat oleh

beliau dan Menteri Luar negeri Thailand sebetulnya siasat untuk menemui Departemen Luar Malaysia Tan Sri Ghazalie. Pertemuan itu dirahsiakan, jikalau pun ada yang bertanya beliau akan menjawab pertemuan itu kebetulan dan Tan Sri Ghazalie adalah keluarga kami. Pertemuan ini yang membuka kemungkinan untuk segera mengakhiri permusuhan dan jalan agar konfrontasi harus segera diselesaikan.

31 Leifer, Micheal, Asean and the security of South-East Asia (New York : Routledge, 1990) hlm vii

32 Harian Akhbar Antara, 31 Ogos 1967

(10)

tersebut, Adam Malik menegaskan bahawa Indonesia menentang pasukan asing di kawasan Asia Tenggara, dan beliau berharap hal ini tidak akan menjadi cabaran bagi usaha dan upaya dalam pembentukan Pertubuhan baharu bagi kerjasama serantau Asia. Pertubuhan ini harus bersifat non politik dan non militer, hal ini hanya dapat terjadi dengan perginya pasukan asing yang berada di Asia Tenggara. Pada masa itu juga diadakan perbincangan dengan mesyuarat antara petinggi-petinggi di Asia Tenggara, yang pada akhirnya diadakan kesepakatan untuk mengadakan perbincangan pada tarikh 5-8 Ogos 1967 tepatnya di pesisir Bangsaen lebih kurang 50 mil dari Bangkok. 34 Ada lima negara di Asia Tenggara, iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura,

dan Filipina. Association South East Asian Nations (ASEAN) diisytiharkan di Bangkok pada tarikh 8 Ogos 1967. Pertemuan dari lima negara antara lain :

Indonesia diwakili oleh Adam Malik selaku Menteri Luar

Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Filipina diwakili oleh Narciso Ramos selaku Menteri Luar

Thailand diwakili oleh Thanat Khoman selaku Menteri Luar Singapura diwakili oleh Rajaratnam selaku Menteri Luar

Dengan adanya keempat Menteri Luar dan satu Timbalan Perdana Menteri tersebut, terbentuk lah ASEAN. Pertemuan pertama yang berlangsung dengan suasana kekeluargaan dengan niat yang bulat. Dengan tujuan untuk mengikat negara masing-masing ke dalam satu kerjasama regional demi perdamaian, kemerdekaan dan kemakmuran. Kelima perwakilan tersebut disebut sebagai pengasas Deklarasi Bangkok. Kelima pengasas Deklarasi Bangkok berpendapat bahawa negara-negara di Asia tenggara harus memikul sesama tanggung jawab untuk memperkuat dan membina kestabilan ekonomi dan sosial kawasan tersebut. Selain itu, juga berkewajiban untuk menjamin berkembangnya pembangunan nasional dengan aman. Adam Malik memaparkan dalam tulisan autobiography nya bahawa kelima pengasas idea ASEAN tersebut juga bertekad untuk menjaga kestabilan dan keamanan kawasan daripada segala cabaran daripada luar dalam bentuk apa pun, untuk memelihara masing-masing keperibadian nasional.35

Dalam Deklarasi Bangkok tersebut kelima pengasas itu menandaskan bahawa ASEAN membuka pintu bagi semua negara-negara di kawasan Asia Tenggara untuk memasuki ASEAN dengan ketentuan harus menghormati dan tunduk kepada tujuh pokok strategi yang dicetuskan dalam Deklarasi Bangkok. Strategi yang nadanya moderat dan terkendali dan tidak bersifat kontroversial sehingga dapat diharapkan akan mudah dapat diterima oleh negara-negara lain di lingkungan Asia Tenggara juga negara-negara maju lainnya. Tersusun Deklarasi Bangkok yang menjadi landasan kerjasama bagi ASEAN, mengedepankan usaha bersama untuk :36

1. Mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di kawasan ASEAN atas kegiatan-kegiatan bersama yang dipupuk oleh rasa perdamaian rumpun bangsa Asia Tenggara.

2. Memajukan perdamaian dan kestabilan regional dengan memegang teguh asas hukum dan keadilan yang mengikat rumpun tersebut serta menghormati prinsip-prinsip Piagam Undang-Undang Antarabangsa (United Nations Charter)

3. Memajukan kerjasama yang aktif dan saling membantu di bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknik ilmu pengetahuan dan administrasi.

34 Indonesia berusaha mengajak Birma dan Kamboja, namun kedua negara tersebut telah menolak. Akhbar Antara, 4

Ogos 1967.

35 Adam, Malik, Mengabdi Republik jilid III (Jakarta: PT Gunung Agung, 1978) hlm 80-1)

36 Dokumentasi, ASEAN dalam Berita, Harapan dan Kenyataan 1967-1977 (Jakarta : Centre For Strategic and

(11)

4. Memberikan bantuan satu sama lain untuk mempermudah penyelidikan di bidang pendidikan, keahlian, teknik dan administrasi.

5. memajukan kerjasama yang lebih efektif guna memperluas bidang pertanian dan industri serta memperbesar volume perdagangan mereka sambil mempelajari permasalahan perdagangan komoditi international dan juga untuk memperbaiki taraf hidup rakyatnya. 6. Memajukan Pendidikan di Asia Tenggara.

7. Memupuk hubungan erat yang saling menguntungkan dengan lain-lain badan antarabangsa dan regional yang mempunyai persamaan tujuan sejalan dengan usaha untuk lebih mempercepat hubungan di antara kelima negara ASEAN.

Adam Malik memberikan huraian ketika menghadiri pertemuan lima negara Asia Tenggara. Beliau mengatakan bahawa negara-negara lain boleh ikut serta memberikan tenaga dan kekuatan kepada Persekutuan yang akan dibentuk. Berbincang mengenai batas-batas geografi serta persoalan yang terperinci dari persekutuan yang akan dibentuk dikatakan bahawa hal tersebut akan ditetapkan dalam perundingan yang berlangsung. 37 Dengan terlaksananya

penubuhan ASEAN ini ada banyak tanggapan dan komen daripada negara-negara luar terutama akhbar di Asia Tenggara sendiri. Salah satu akhbar di Malaysia memberikan perhatian dan menyatakan harapan agar segera dipulihkannya hubungan diplomatik formal antara Indonesia-Malaysia. Harian Straits Times menuliskan, bahawa hubungan bilateral yang terlalu dibatasi oleh Dr.Soebandrio dahulunya, sekarang telah berganti dengan politik luar negeri berdasarkan kerjasama serantau yang diaplikasikan oleh Adam Malik.

Indonesia dan Idea ASEAN

Setelah Kerajaan orde lama digantikan oleh orde baharu, semua sistem Kerajaan baik asas yang tertulis di dalam mahupun di luar Kerajaan mengalami perubahan dan khususnya harus

memperbaiki keadaan Kerajaan baik dalam bidang politik, ekonomi, sosial terutama dalam konsep keserantauan dengan Malaysia, Singapura. Pada masa orde baharu, peranan Adam Malik memang sangat berpengaruh dalam memajukan bangsa dan kerajaan. Adam Malik yang diisytiharkan sebagai Menteri Luar Indonesia menjalankan politik luar negeri bebas aktif. Dasar daripada pelaksanaan politik luar negeri Indonesia tertuang dan tertulis pada Pembukaan Undang-Undang alinea ke I dan ke IV. Pada alinea pertama iaitu“…kemerdekaan adalah hak segala bangsa dan oleh sebab itu maka penjajahan di atas dunia harus dihapuskan kerana tidak sesuai dengan peri kemanusiaan dan peri keadilan” selanjutnya pada alinea IV dinyatakan bahawa “…dan ikut melaksanakan ketertiban dunia berdasarkan kemerdekaan, perdamaian abadi dan keadilan sosial”. Berdasarkan kutipan di atas, jelas bahawa politik luar negeri yang dianut dan diaplikasikan oleh Pemerintah telah disusun dan diatur di dalam pembukaan Undang-Undang Dasar 1945.

Politik luar negara yang bebas dan aktif bukan suatu asas yang baharu, akan tetapi satu asas yang lahir hampir bersamaan dengan kemerdekaan Indonesia. Konsepsi politik luar negara bebas dan aktif sebagai etika dalam menjalin hubungan dan pergaulan dengan negara-negara lain, tampaknya sudah tersimpan dalam benak pemimpin-pemimpin Indonesia ketika menyongsong lahirnya kemerdekaan. Satu etika yang akan dapat menjamin kepentingan nasional kita di satu pihak, dan yang akan memberi keleluasaan gerak dalam usaha meningkatkan perdamaian dunia di lain pihak. Etika bebas aktif tidak hanya diterapkan dan diaplikasikan dalam hubungan politik luar akan tetapi juga dalam hubungan ekonomi luar yang dilakukan awal era

(12)

pembangunan. Dasar falsafah negara iaitu Pancasila dan Undang-Undang Dasar ’45 menjadi pedoman supaya menjalankan politik luar negara yang bebas dan aktif.38

Pelaksanaan daripada instruksi Presidium Kabinet Ampera 15 Ogos 1966 Bab IV-sub bidang luar negara fasal C tentang pedoman kerja kabinet Ampera yang berbunyi : “Mengusahakan kerjasama regional Asia Tenggara dalam erti yang luas untuk mencapai stabilisasi”. Hal yang serupa juga dihuraikan oleh Presiden Soeharto dalam pidato kenegaraan di depan DPR-GR pada tarikh 16 Ogos 1967 yang mengatakan “Kerjasama regional atau serantau di Asia Tenggara merupakan usaha yang nyata ke arah penciptaan peri kehidupan yang mantap, aman, selesa,, dan maju di belahan dunia baik di bidang ekonomi, sosial mahupun kultur, juga politik berjiran dan hidup berdampingan secara damai, diisi dengan politik gotong-royong dan kerjasama yang erat dan menguntungkan tanpa syarat-syarat yang dapat merugikan kepentingan nasional kita dan terlepas daripada sistem politik yang dianut masing-masing. Dengan demikian bangsa-bangsa Asia Tenggara, baik secara individual mahupun secara kolektif dapat membangun untuk mencapai kemajuan bagi menciptakan masyarakat yang adil, makmur baik di negara masing-masing mahupun di lingkungan Asia Tenggara. 39

Pembentukan ASEAN telah mendapatkan sambutan baik di Kuala Lumpur. Pembentukan ASEAN diharapkan dapat mempercepat pulihnya hubungan diplomatik Indonesia-Malaysia, kerana Malaysia mengkhuatirkan tertunda nya pemulihan hubungan diplomatik tersebut yang mengakibatkan masuknya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahkan kembali hubungan kedua negara ini. 40 Menurut harian Jepun Tokyo Shimbun menuliskan

bahawa pulihnya hubungan diplomatik tersebut merupakan kemenangan diplomatik Adam Malik. Adam Malik telah berhasil membekukan politik Soekarno yang berlandaskan poros Peking-Hanoi-Phenompenh-Jakarta. Dengan peranan yang dimainkan Adam Malik dalam pembentukan ASEAN juga telah berhasil mengkoreksi kesalahan-kesalahan pada masa lampau dengan politik yang realistik dan idealis. Tugas yang harus dijalankan Adam Malik adalah memperkuat diplomasi Indonesia dan menjayakan ASEAN. 41 Namun, pada akhirnya tarikh 1

Oktober 1977, Adam Malik harus memangku tugas baharu sebagai ketua MPR/DPR. Dengan berat hati Adam Malik terpaksa melepaskan kegiatan yang berhubungan langsung dengan ASEAN. 42

B. KESIMPULAN

Adam Malik ialah seorang tokoh pragmatis perdamaian khususnya peringkat Asia Tenggara. Beliau mempunyai pengaruh yang penting dan sangat besar dalam menyelesaikan konflik antara Indonesia dan Malaysia. Kehidupan politik beliau yang telah bermula sebelum kemerdekaan Indonesia hingga Indonesia merdeka. Keikutsertaan beliau dalam memperjuangkan demi mencapai hak-hak kemerdekaan untuk bangsa memang tidak diragukan lagi. Peranan beliau dalam dunia politik sangat berpengaruh terkhusus ketika beliau menjadi Menteri Luar Negeri. Persoalan-persoalan luar mampu beliau selesaikan dengan cara damai. Terlebih ketika Kerajaan Indonesia menyatakan konfrontasi dengan negara jiran Malaysia.

38 Malik, Adam, Mengabdi Republik jilid III (Jakarta: PT Gunung Agung, 1978) hlm 91.

39 Harian Akhbar Antara, 21 Ogos 1967.

40 Harian Akhbar Antara, 12 Ogos 1967. 41 Harian Akhbar Antara, 31 Ogos 1967.

(13)

Keterikatan batin antara Adam Malik dengan ASEAN memang tidak dapat dipisahkan. Penubuhan dan lahirnya ASEAN bersama dengan kelima negara yang memiliki tujuan yang serupa menjadikan pertubuhan ini layak diperhitungkan di mata dunia. Dengan berlatar belakang terjadinya konfrontasi Indonesia dan Malaysia menjadikan Adam Malik dan Kerajaan orde baharu membuat sebuah asas untuk membuat sebuah pertubuhan yang menyatukan negara-negara di Asia Tenggara. Hingga jadilah Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, dan Singapura mengisytiharkan penubuhan ASEAN dengan adanya deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967. Penghayatan Adam Malik dalam perjalanan ASEAN beberapa tahun itu harus terhenti pada tahun 1977, kerana beliau diangkat sebagai ketua MPR/DPR itu ertinya beliau harus melepaskan seluruh kegiatan beliau yang berhubungan langsung dengan ASEAN. Namun, Adam Malik sempat mengemukakan kebanggaan beliau terhadap ASEAN yang merupakan satu persekutuan rukun tetangga pertama yang daripada berbagai-bagai bangsa yang berlandaskan oleh kepentingan bersama bukan hanya secara sepihak yang juga akan memberikan bantuan kedamaian kepada pergaulan bangsa-bangsa sedunia.

RUJUKAN

Sumber Primer

Anon. 1983. Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Mutiara 302, 31 Agos-13 September Anon. 1968. Statement kebijaksanaan politik luar negeri oleh Adam Malik, diterbitkan oleh

Kedutaan Besar Washington D.C. Warta dan Tinjauan

Front Nasional no.42. 1963: Pidato Presiden Soekarno dalam hal program ganyang semua tantangan

Front Nasional no.34. 1964: Pidato Presiden Soekarno dalam hal jalankan politik konfrontasi Malaya

Front Nasional no.42. 1963: Pengurus Besar Front Nasional, instruksi pengurus besar front nasional ‘mengganyang Malaysia dan mensukseskan ganefo’

Ghazali Shafie’s Memoir. 2004. On the Formation of Malaysia. Bangi : Penerbit UKM

Jones, Howard Palfrey. 1977. Indonesia : The Possible Dream. Ayu Mas PTE.LTD : Singapore Kumpulan Pidato Soekarno oleh Departemen Penerangan Republik Indonesia yang diberi tajuk

Gelora Konfrontasi Mengganjang Malaysia. 1964.

Malik, Adam. 1980. In the Service of the Republic. Jakarta : PT. Gunung Agung ibid. 1977. Mengabdi Republik Jilid I. Jakarta PT. Gunung Agung

ibid. 1978. Mengabdi Republik Jilid II. Jakarta PT. Gunung Agung ibid. 1979. Mengabdi Republik Jilid III. Jakarta PT. Gunung Agung

Memorandum From Micheal V.Forrestal of the National Security Council Staff to President Johnson; The Attorney General’s Trip to the Far East, Washington, 13 Januari 1964,

FRUS.

Memorandum From Secretary of State Rusk to President Johnson ; Aid to Indonesia, Washington, 7 January 1964, FRUS

Naskhah, ekubang no.786. 1966: statement kebijaksanaan politik luar negeri oleh Menteri Naskhah, tulisan tangan Adam Malik mengenai Diplomasi Penyelesaian Konfrontasi

Indonesia-Malaysia, 1963.

(14)

Anwar, Dewi Fortuna. 1994. Indonesia in ASEAN, foreign policy and regionalism. New York: ST.Martin’s Press

Brackman, Arnold C. 1966. Southeast Asia’s Second Front : the Power Struggle in the Malay Archipelago. New York : Modern Indonesia Project

Djamily, Bachtiar. 1978. Hidup dan Perjuangan Adam Malik. Kuala Lumpur : Pustaka Melayu Baru

Harahap, Basyral Hamidy. 1998. Kejuangan Adam Malik (1917-1984). Jakarta: Penerbit Yayasan Adam Malik

Johan Saravanamuttu. 2010. Malaysia’s Foreign Policy the First Fifty Years. Singapore: Institute Southeast Asian Studies

Jones, Matthew. 2002. Conflict and Confrontation in South East Asia, 1961-1965. UK : Cambridge Press

Kunaseelan Muniandy. 1996. Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Leifer, Micheal. 1981. Asean and the Security of South-East Asia. London & New York : Routledge

Poulgrain, Greg. 2014. The Genesis of Konfrontasi Malaysia, Brunei and Indonesia 1945-1965. Malaysia : Strategic Information and Research Development Centre

ibid. 2015. The Incubus of Intervention, Conflicting Indonesia Strategic of John F.Kennedy and Allen Dulles. Malaysia : Strategic Information and Research Development Centre

Ricklefs, M.C. 2008. Sejarah Indonesia Modern 1200-2008. Jakarta : Serambi

Salam, Solichin. 1990. Adam Malik dalam Kenangan. Jakarta : Penerbit Yayasan Adam Malik Surjomiharjo, Abdurrachman. 1973. Budi Utomo Cabang Betawi. Jakarta : PT Dunia Pustaka

Jaya

Weinstein, Fraklin B. 1969. Indonesian Abandons Confrontation : an Inquiry into the Function of Indonesian Foreign Policy. New York : Modern Indonesia Project

Referensi

Dokumen terkait

Dengan berpijak pada pendapat para pakar dan uraian tersebut, maka dapat disimpulkan bahwa bahasa jurnalistik merupakan bahasa yang digunakan oleh para wartawan, redaktur, atau

Siganus javus adalah salah satu jenis ikan laut yang memiliki banyak potensi yang masih kurang dimanfaatkan secara maksimal dimana ikan ini mengandung protein

Yang digunakan dalam skripsi ini adalah penelitian hukum normatif. Metode yang digunakan adalah metode penelitian normatif yang

Tekanan darah sistolik lansia penderita hipertensi di Posyandu Lansia Wreda Pratama Bangunjiwo Kasihan Bantul setelah pemberian rebusan daun alpukat masuk kategori pre

Pada hari ini Selasa tanggal Tiga Bulan Juli Tahun Dua Ribu Dua Belas, kami yang bertand atangan di bawah ini Panitia Pengadaan Jasa Pelaksanaan Kosntruksi di Lingkungan

Demikian berita acara ini dibuat dengan sebenarnya untuk diketahui oleh seluruh calon peserta lelang pekerjaan Pengadaan Inventaris Asrama tahun anggaran 2016.. Batam, 15

Harapan peneliti selanjutnya adalah dapat memberikan pengetahuan kepada pembaca baik itu pengetahuan tentang adat dan kebudayaan yang ada di Kecamatan Paloh

Sebelumnya ustadz/ustadzah menjelaskan tujuan mempelajari ilmu tajwid beserta hukumnya kepada santri agar santri senantiasa membaca Al-Qur’an sesuai dengan kaidah