• Tidak ada hasil yang ditemukan

SATU AGENSI PUSAT PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENERBITKAN SECARA BERKALA MAKLUMAT PEMBANGUNAN GUNA TANAH

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 175-179)

Pusat Pekerjaan

SATU AGENSI PUSAT PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENERBITKAN SECARA BERKALA MAKLUMAT PEMBANGUNAN GUNA TANAH

Langkah-langkah:

i. Agensi pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan maklumat secara berkala mengenai pembangunan guna tanah adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

ii. Setiap Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) perlu mengemukakan kepada agensi pusat, secara berkala, maklumat mengenai kelulusan perancangan dan pemberian Certificates of Completion and Compliance (CCC) di kawasan masing-masing.

iii. Setiap Pejabat Tanah dan Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri perlu membekalkan kepada agensi pusat secara berkala, maklumat kelulusan tukar syarat tanah di dalam daerahnya.

iv. Agensi pusat perlu menetapkan kekerapan penerbitan melalui rundingan dengan pihak- pihak yang berkepentingan dan kekerapan laporan yang perlu dikemukakan oleh PBPT dan Pejabat Tanah dan Daerah.

v. Agensi pusat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan perlu menentukan format pelaporan dan penerbitan serta jenis maklumat yang dikehendaki. vi. Kesemua rancangan pemajuan perlu mengandungi jadual bagi menentukan masa tanah

tersedia untuk pembangunan dan untuk ditukar syarat kepada kegunaan bandar. Kelulusan bagi tukar syarat tanah daripada pertanian kepada kegunaan bandar perlu diselaraskan dengan jadual tersebut. Sekiranya tanah yang ditukar syarat telah melebihi keperluan pembangunan, penangguhan tukar syarat perlu dikenakan. Kadar pertukaran syarat perlulah tidak melebihi 5 tahun daripada unjuran pembangunan.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-53

5.6 Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia dengan kekayaan biodiversiti yang meliputi pelbagai jenis habitat hutan, habitat air tawar dan marin. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat sekitar 8,300 spesies tumbuhan vaskular, 229 spesies mamalia, 742 spesies burung, 1,031 spesies serangga dan 290 spesies ikan air tawar. Perairan tropika di Semenanjung Malaysia juga mempunyai rangkaian terumbu karang, tanah lumpur, paya bakau dan kawasan rumput laut yang luas, yang mengandungi spesies marin yang signifikan di peringkat global. Antara spesies terancam yang didapati adalah penyu hijau dengan populasi terbesar di dunia, penyu hawksbill, dugong dan ikan yu paus.

Pemuliharaan spesies, habitat, ekosistem dan proses ekologi yang berkaitan adalah penting untuk kesinambungan kesejahteraan manusia sejagat. Biodiversiti membekalkan sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidupan yang amat diperlukan untuk kewujudan manusia. (Jadual 5.3)

Jadual 5.3 : Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem Biodiversiti & Ekosistem

Perkhidmatan Pembekalan Perkhidmatan Pengawasan Perkhidmatan Budaya

Produk yang diperolehi daripada ekosistem

Manfaat yang diperolehi daripada pengawasan proses ekosistem

Manfaat bukan material yang diperolehi daripada ekosistem

 Makanan  Air Bersih  Kayu Balak  Kayu Api  Serat  Biokimia  Sumber Genetik

 Peraturan Mengenai Iklim

 Peraturan Mengenai

Makhluk Perosak  Peraturan Mengenai Air

Larian Permukaan/ Banjir

 Penulenan Air

 Pendebungaan

 Peraturan Mengenai

Hakisan

 Keagamaan & Kerohanian  Rekreasi &

Ekopelancongan  Nilai Estetika & Inspirasi

 Pendidikan

 Warisan Budaya

Perkhidmatan Sokongan

Perkhidmatan yang Diperlukan untuk Pengeluaran Khidmat Ekosistem Lain

Pembentukan Tanah

Kitaran Nutrien Pengeluaran

Utama

Penyediaan Habitat Penghasilan

Oksigen

Sumber: A Common Vision on Biodiversity (NRE, 2008)

Malaysia telah mempraktikkan pemuliharaan habitat sejak akhir 1900-an. Pada tahun 1994, Malaysia telah memeteraikan Konvensyen PBB Mengenai Biodiversiti dan pada tahun 1998 juga telah menggubal Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan yang memberi arah tuju dan strategi dalam pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti negara. Pada masa kini, kawasan hutan masih lagi merangkumi sekitar 44.8% daripada kawasan daratan Semenanjung Malaysia, manakala kawasan perlindungan (termasuk rizab hutan simpan kekal yang mempunyai status perlindungan) meliputi 13%. Sistem taman laut pula merangkumi kawasan perairan seluas 2,199 km2 mengelilingi 71 buah pulau.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-54

Walau pun terdapat banyak usaha pemuliharaan dijalankan, kehilangan habitat serta pemecahan spesies dan perkhidmatan ekosistem masih berterusan di Semenanjung Malaysia.

Secara umumnya, kawasan perlindungan merupakan kawasan yang diwartakan, namun kawasan rizab hutan ini dengan mudahnya dinyah wartakan dan ditukar syarat kepada tanah pertanian atau kegunaan lain. Antara tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar kawasan hutan simpan telah ditebang di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kawasan dalam rizab hutan yang ditanami dengan pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain meningkat daripada 4,686 hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar tahun 2007. Kehilangan dan pemecahan hutan telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan ekosistem, penurunan populasi hidupan liar serta peningkatan kejadian konflik manusia- hidupan liar. Oleh yang demikian, usaha untuk menangani kehilangan litupan hutan dan masalah pemecahan hutan merupakan langkah penting dalam pemuliharaan warisan biologi negara.

Nilai pemuliharaan ekosistem yang berada di luar kawasan perlindungan sering diketepikan demi untuk mengeksploitasi sumber. Sebagai contoh, bukit batu kapur yang menempatkan bilangan spesies endemik yang tinggi, sering kali dianggap hanya sebagai sumber asli yang dieksploitasi untuk agregat atau batu marmar. Oleh itu, kajian di peringkat negara yang mengutamakan kawasan-kawasan tersebut bagi tujuan pemuliharaan atau penggunaan sumber asli amat diperlukan.

Zon persisiran pantai Semenanjung Malaysia sedang mengalami proses perbandaran yang pesat, termasuk penambakan laut pada skala besar untuk pembangunan pelabuhan, zon industri dan akuakultur, yang kesemuanya mengakibatkan kehilangan habitat dan pencemaran. Kawasan perairan dan terumbu karang di taman laut juga mengalami kemerosotan secara berterusan akibat pembangunan dan pencemaran dari pulau-pulau taman laut. Kesemua faktor tersebut menjejaskan nilai perkhidmatan ekosistem yang dihasilkan oleh zon persisiran pantai seperti perikanan dan pelancongan.

Banyak ekosistem persisiran pantai dan marin yang penting seperti kawasan rumput laut, tapak pendaratan penyu dan kawasan habitat burung perlu dilindungi untuk mengurangkan kejadian kehilangan habitat yang lebih tinggi.

Kawasan tanah tinggi pula mempunyai ciri-ciri yang unik yang menjadi tarikan untuk pelancongan dan pertanian. Namun, pembangunan tidak terkawal, terutama di kawasan tanah tinggi seperti Lojing dan Cameron Highlands, menyebabkan masalah seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemendapan sungai. Ini seterusnya menjejaskan biodiversiti akuatik dan fungsi sungai untuk membekalkan air bersih, rekreasi dan pelancongan. Pengawalan tegas perlu dijalankan ke atas perkembangan kawasan bandar dan pertanian di kawasan tanah tinggi, di samping melaksanakan amalan pengurusan yang lebih baik dan merangka rancangan-rancangan pemajuan berstatus untuk kawasan stesen bukit yang utama.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-55

Perlindungan kawasan tadahan air, sungai dan zon recharge air bawah tanah amat penting untuk memastikan penawaran yang mencukupi untuk bekalan air berkualiti tinggi dan perancangan guna tanah secara mampan. Di samping itu, nilai ekonomi sebenar bagi kawasan hutan tadahan dan sungai-sungai yang bersih perlu dikenal pasti dan diiktiraf. Pembangunan empangan, yang menimbulkan impak alam sekitar dan sosial yang amat tinggi, tidak harus dianggap sebagai satu-satunya pilihan untuk pembangunan sumber air. Sebaliknya, langkah-langkah pengurusan permintaan air dan mempertingkatkan rangkaian pengagihan perlu diberi keutamaan yang sama penting. Malaysia perlu pro-aktif dalam menangani impak-impak yang diramalkan akibat perubahan iklim global. Walaupun negara ini bukan penyumbang utama kepada perubahan iklim, Malaysia tetap terdedah kepada kesannya. Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) meramalkan bahawa tanpa tindakan lebih lanjut untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau, suhu global akan naik secara purata 1.8°C sehingga 4.0°C dalam abad ini. Pemanasan global ini diramalkan akan mempunyai kesan serius, termasuk kenaikan paras air laut antara 18 dan 59 cm, yang akan membahayakan kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau kecil. Perubahan iklim juga dijangka akan meningkatkan lagi frekuensi dan kemusnahan cuaca melampau, mengakibatkan kehilangan biodiversiti, serta memberi kesan kepada sumber air dan pertanian.

Kewajipan utama Malaysia sebagai anggota Non-Annex 1 - Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), termasuklah merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan menggalakkan pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap karbon.

Pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai keadaan iklim dan impak yang berkaitan dengannya (Jadual 3.1) adalah penting bagi membentuk langkah-langkah yang lebih spesifik. Bagaimanapun langkah-langkah awal adaptasi juga adalah kritikal untuk mengekang kerosakan dan kos ekonomi akibat impak-impak perubahan iklim.

Secara keseluruhannya, perancangan guna tanah yang lebih berkesan, pengurusan dan perlindungan yang lebih ketat bagi kawasan sensitif alam sekitar di setiap peringkat amat penting untuk menjamin penggunaan secara bijak ke atas sumber asli, biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri juga perlu diberikan peluang untuk mengubah kebergantungan mereka kepada sumber pendapatan yang amat terhad, iaitu eksploitasi sumber asli dan cukai tanah, kepada sumber baru. Oleh itu, adalah amat penting untuk mewujudkan dasar dan insentif-insentif ekonomi yang mencukupi untuk memastikan program perlindungan persekitaran dan pemuliharaan biodiversiti dilaksanakan di peringkat negeri.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-56

RFN 22

KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR PERLU DIINTEGRASI KE DALAM PERANCANGAN

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 175-179)