• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perhubungan Hierarki Bandar

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 71-77)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-28

Sistem infrastruktur seperti jalan, rel, pelabuhan dan lapangan terbang menyokong sistem petempatan negara. Walau bagaimanapun, pada amnya jaringan perhubungan dan pengangkutan adalah lebih maju di Pantai Barat berbanding Pantai Timur. Satu lebuh raya (Lebuh Raya Utara-Selatan) telah tersedia digunakan di sepanjang zon Pantai Barat manakala satu lagi lebuh raya (Lebuh Raya Pantai Timur) ke Pantai Timur kini telah pun disediakan. Terdapat landasan kereta api yang mengunjur sepanjang Pantai Barat, sementara landasan kereta api di Pantai Timur hanya meliputi sebahagian kawasan pantai timur yang melalui bahagian tengah Semenanjung dan tidak meliputi kawasan di sepanjang pantai timur. Selain dari itu, terdapat tiga pelabuhan utama (Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang) dan Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Pantai Barat. Sistem infrastruktur ini menggambarkan tumpuan ekonomi yang kuat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Semenjak beberapa dekad yang lalu, Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar perbandaran yang pesat dengan peratusan penduduk menetap di kawasan bandar meningkat daripada 26.7% pada tahun 1970 kepada 65.4% pada tahun 2000. Penduduk bukan sahaja telah berpindah ke kawasan bandar, malah telah bertumpu di beberapa conurbation, iaitu di sekitar Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Jumlah penduduk di ketiga-tiga conurbation ini adalah hampir 54% daripada jumlah penduduk Semenanjung dan dijangka akan meningkat kepada 75% menjelang tahun 2020.

Perbandaran tidak hanya bercirikan migrasi luar bandar ke bandar, tetapi juga migrasi terus ke kawasan conurbation, yang mengakibatkan pengurangan ketara ekonomi penduduk di kampung-kampung dan kawasan luar bandar. Walaupun kebanyakan kampung-kampung dapat mengekalkan penduduk yang sudah berusia, kampung- kampung terpencil dijangka akan mengecil dan lupus. Pusat-pusat bandar utama dan kecil di luar conurbation, kecuali beberapa bandar sahaja, turut mengalami kehilangan peratusan penduduk bandar kepada conurbation.

Corak petempatan seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Perbandaran Negara (DPN) adalah seperti berikut:

i. Conurbation Pertumbuhan Negara : Conurbation Kuala Lumpur

Conurbation Kuala Lumpur merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Nilai dan Seremban, dicadangkan sebagai Conurbation Pertumbuhan Negara. Secara dasarnya, kawasan Conurbation Kuala Lumpur menganjur daripada Kuala Selangor di utara ke Port Dickson di selatan. Conurbation Kuala Lumpur berpotensi untuk menampung penduduk seramai 10.37 juta orang atau 37% daripada jumlah penduduk Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020.

Isu utama bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah keperluan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menangani keperluan penyediaan dan perkongsian lebih banyak ruang, terutamanya guna tanah bercampur dan berkepadatan tinggi di kawasan pembangunan terdahulu serta sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) dengan mengambil perhatian terhadap aspek alam persekitaran dan implikasi

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-29

terhadap kualiti hidup penduduk di dalam conurbation. Kajian ini perlu juga mewujudkan zon kawasan hijau untuk memberi identiti kepada komuniti serta kawasan rekreasi wilayah.

ii. Conurbation Pertumbuhan Wilayah

Matlamat untuk mengukuhkan Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah untuk keberkesanan pengagihan peluang ke arah merealisasikan keseimbangan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk mengimbangi semula aktiviti ekonomi dan penduduk yang terlalu tertumpu di Conurbation Kuala Lumpur. Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah berskala spatial tahap wilayah-bandar, di mana kawasan pusat bandar menarik penduduk untuk bekerja dan memperolehi perkhidmatan, seperti membeli-belah dan riadah. Untuk memacu pembangunan di wilayah bersebelahan, kawasan tersebut perlu mempunyai saiz ruang dan critical mass yang mencukupi. Justeru, prestasi ekonomi wilayah-bandar akan meningkat secara signifikan melalui hubung kait fungsi yang lebih kuat dalam rantaian penawaran and aglomerasi ekonomi. Tambahan pula, Conurbation Pertumbuhan Wilayah seperti Kuantan, akan dihubungi dengan kawasan pedalaman yang lebih luas dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), untuk memangkin dan menyokong pembangunan bandar-bandar kecil, perkampungan dan kawasan desa. Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah seperti berikut;

Wilayah Utara - Conurbation George Town

Conurbation ini merangkumi negeri Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation ini dirujuk sebagai Conurbation George Town.

Dalam konteks Conurbation George Town, cadangan kawasan conurbation akan merentasi tiga negeri: Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation George Town dijangka akan menampung penduduk berjumlah 2.42 juta menjelang 2020.

Wilayah Selatan - Conurbation Johor Baru

Conurbation Johor Baru dijangka menampung penduduk 2.4 juta menjelang 2020, dijangka akan meliputi bahagian selatan negeri Johor dari Tanjung Pelepas di sebelah barat sehingga ke Pasir Gudang di sebelah timur.

Wilayah Timur - Conurbation Kuantan

Lokasi yang strategik, infrastruktur dan kelebihan faedah berbanding yang terdapat di Kuantan membolehkannya dikategorikan sebagai conurbation pertumbuhan wilayah, walaupun dapat dilihat dari segi saiz ia berfungsi di peringkat yang lebih rendah. Conurbation Kuantan dijangka

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-30

berkembang ke arah selatan Terengganu dengan anggaran penduduk 1.4 juta dan akan berfungsi sebagai pusat fokus pertumbuhan pantai timur.

iii. Conurbation Separa Wilayah

Ipoh dan Melaka akan berperanan sebagai Conurbation Separa Wilayah untuk menyokong Conurbation Pertumbuhan Wilayah.

Dalam tempoh masa selepas tahun 2020, bergantung pada pembangunan rangkaian rel berkelajuan tinggi, Melaka berpotensi menjadi satu connective conurbation pertumbuhan selatan kepada Conurbation Kuala Lumpur.

iv. Conurbation Pertumbuhan Negeri

Ibu-ibu negeri sedia ada seperti Alor Setar, Kangar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu termasuk di dalam hierarki di peringkat ini. Ibu-ibu negeri ini akan berperanan sebagai pusat pentadbiran utama, komersial, kewangan, sosial dan pusat kebudayaan untuk negeri. Walau bagaimanapun dari segi ekonomi kebanyakan ibu negeri ini mungkin tidak dapat berkembang dari segi ekonomi akibat dari persaingan global yang sengit.

v. Conurbation Pertumbuhan Daerah

Dalam konteks Semenanjung, terdapat sebilangan pusat bandar yang berada di peringkat yang lebih rendah, yang mempunyai aktiviti pembuatan dan perkhidmatannya sendiri. Pusat-pusat bandar ini membekalkan perkhidmatan dan barangan bukan sahaja kepada pasaran antarabangsa, malahan juga kepada kawasan luar bandar. Contoh bagi bandar-bandar yang telah membangun ini ialah Muar-Batu Pahat-Kluang, dan pusat-pusat yang sedang muncul ialah Temerloh- Mentakab dan Sitiawan-Lumut-Manjung.

vi. Pusat Petempatan Utama dan Kecil

Bandar-bandar dengan bilangan penduduk di antara 10,001 hingga 100,000 dikategorikan sebagai Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil. Kebanyakan daripada bandar-bandar ini didapati tidak berkembang, kecuali bagi bandar-bandar yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation dan bandar- bandar berciri khas seperti Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung atau bandar-bandar yang lebih besar seperti Muar-Batu Pahat-Kluang. Ini adalah kesan daripada perubahan struktur ekonomi Malaysia.

Pusat Petempatan Utama dan Kecil yang juga dikenali sebagai bandar Kecil dan Sederhana, telah membangun berasaskan perdagangan dan perkhidmatan dengan kawasan pedalaman masing-masing, termasuk perkhidmatan pentadbiran. Ekonomi kawasan pedalaman ini yang berasaskan pertanian didapati tidak berkembang. Sekiranya bandar-bandar tersebut tidak mampu membangunkan aktiviti

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-31

perindustrian seperti bandar-bandar lain yang terletak di dalam lingkungan pengaruh conurbation, atau mengembangkan ekonomi mereka berdasarkan kepada ciri-ciri khas, maka pertumbuhan bandar-bandar tersebut akan terus terhad. Pada masa yang sama, disebabkan peningkatan pendapatan di pusat-pusat bandar besar, petempatan kecil ini berhadapan dengan tekanan migrasi keluar terutamanya di kalangan golongan muda. Pada amnya, ini mengakibatkan pengurangan penduduk, walaupun keseluruhan keadaan ekonomi bandar tersebut mungkin tidak merosot. Proses kemerosotan bandar-bandar ini berkemungkinan agak perlahan kerana peniaga generasi tua akan terus menjalankan perniagaan mereka walaupun menghadapi marginalisasi yang berterusan. Bagaimanapun, anak-anak peniaga- peniaga ini dijangka tidak akan meneruskan perniagaan ini dan akan lebih cenderung untuk berpindah keluar, dan seterusnya menyumbang kepada pergerakan penduduk ke conurbation.

Sebaliknya, pusat petempatan utama dan kecil yang terletak di dalam kawasan pengaruh conurbation adalah lebih cenderung untuk diserapkan dan menjadi bandar satelit atau kawasan pinggiran metropolis utama di dalam conurbation tersebut. Bandar-bandar ini dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat dan perubahan yang mendadak dalam asas pekerjaan. Pada dekad yang lepas, beberapa bandar seperti Nilai, Rawang, Balakong, Senai dan Ulu Tiram telah mengalami perubahan ini. Dengan kemudahan pengangkutan seperti lebuh raya dan perhubungan kereta api komuter mengunjur keluar dari conurbation ke kawasan luarnya, lebih banyak pusat petempatan utama dan kecil akan mendapat faedah daripada perkembangan pembangunan dari pusat bandar.

Suntikan pelaburan buatan di bandar-bandar yang sedang merosot tidak akan menghasilkan keberkesanan ekonomi. Dasar kerajaan tidak sepatutnya menghalang perubahan demografi ini tetapi perlu membantu pusat petempatan utama dan kecil menjadi maju. Bandar-bandar ini masih diperlukan oleh penduduk luar bandar walaupun ia hanya dapat menampung sebilangan penduduk berniaga. Pengusaha dari bandar-bandar ini perlu mewujudkan perhubungan di antara ekonomi perbandaran di bandar dan kawasan luar bandar. Sokongan perlu diberi kepada pengusaha pertanian, perkhidmatan dan lain-lain enterpris. Program pendidikan dan latihan bagi menyediakan golongan muda untuk berhijrah keluar dan diintegrasikan dengan ekonomi bandar hendaklah digalakkan.

vii. Pusat Pertumbuhan Desa

Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan desa merupakan petempatan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang. PPD merupakan pusat desa utama yang boleh menyediakan perkhidmatan kepada sesebuah kawasan pedalaman yang terdiri daripada beberapa kawasan petempatan desa. Pusat-pusat ini dilengkapi dengan kemudahan awam asas dan perkhidmatan setempat untuk petempatan di sekitarnya. Petempatan-petempatan ini merangkumi perkampungan tradisional, perkampungan baru di luar kawasan bandar, perkampungan nelayan,

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-32

petempatan estet pertanian, petempatan Orang Asli, petempatan FELDA dan juga FELCRA. Pada masa kini, kawasan petempatan desa termasuk dalam kategori tanah yang dikenali sebagai ‘pertanian’.

Sumber pendapatan utama bagi petempatan ini adalah pertanian, terutamanya penanaman kelapa sawit, getah, padi dan dusun buah-buahan. Pertanian sayur- sayuran dijalankan di lokasi yang spesifik seperti Cameron Highlands, Lojing, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Tumpat dan juga Sepang; manakala tanaman lain seperti tanaman ladang, rempah dan herba ditanam di kawasan yang lebih kecil. Untuk pendapatan sambilan, mereka turut memelihara binatang ternakan dan terlibat dalam pengeluaran akuakultur. Bagi nelayan, kebanyakan mereka terbabit dengan penangkapan ikan persisiran pantai.

Dalam proses perbandaran dan migrasi keluar luar bandar, sebilangan besar petempatan desa dijangka mengalami kekurangan penduduk dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi. Keadaan ini mungkin memerlukan pengumpulan penduduk luar bandar di PPD, di mana penyediaan perkhidmatan boleh ditambah baik dan dipertingkatkan. Perkhidmatan desa khususnya pendidikan dan kesihatan, perlu dinilai semula agar dapat dipadankan dengan struktur baru penduduk luar bandar. Isu atau cabaran utama di kawasan petempatan desa adalah pendapatan yang rendah di kalangan penduduk luar bandar yang bergantung tinggi kepada hasil pertanian. Ini disebabkan oleh saiz tanah pertanian yang dimiliki atau dikerjakan oleh setiap petani adalah terlalu kecil untuk membolehkan mereka memiliki pendapatan yang memuaskan. Walaupun peneroka FELDA yang merupakan contoh terbaik bagi golongan petani berpendapatan memuaskan, mereka hanya memiliki tanah seluas 3.2 hektar bagi setiap keluarga, manakala purata pegangan bagi pekebun kecil RISDA adalah 2.3 hektar. Kebanyakan petani di perkampungan tradisional pula bekerja di kebun dengan keluasan kurang dari 2 hektar.

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 71-77)