• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mengintegrasikan Hubungan Antara Negeri yang Lebih Efisien dan Peruntukan Ruang Awam Bagi Interaksi Sosial dan Komuniti Mampan

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 37-45)

Selaras dengan Konsep 1 Malaysia

Kerajaan berpendapat bahawa masa hadapan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya bergantung kepada kemampuan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa, agama atau budaya untuk bekerja dan hidup bersama dalam keadaan aman damai dan harmoni. ‘Bangsa Malaysia’ merupakan objektif muktamad seperti yang diilhamkan dalam Wawasan 2020, dan konsep 1Malaysia pula merupakan pelengkap kepada pendekatan utama ke arah pencapaian objektif tersebut. Kerajaan menjelaskan bahawa 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep ini menekankan sikap penerimaan dan saling menghormati di kalangan rakyat berbilang kaum dan bangsa dengan keunikan dan kelebihan setiap kumpulan etnik. Asas utama kepada perpaduan adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

Perancangan fizikal berupaya untuk menyumbang secara signifikan dalam memupuk integrasi sosial dan perpaduan negara yang lebih kukuh melalui penyediaan kemudahan awam dan sistem pengangkutan berkapasiti tinggi, khususnya kereta api berkelajuan tinggi, yang menghubungkan kesemua bandar ibu negeri seterusnya membolehkan rakyat untuk bertemu dan berkumpul dengan cepat dan mudah mengikut kemampuan. Selain daripada itu, perancangan spatial perlu mewujud dan mengekalkan komuniti bercampur, kawasan hijau dan awam di kawasan kediaman, contohnya kemudahan sukan, taman awam dan sekolah, di mana semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dapat berkongsi kemudahan tersebut dengan selesa dan sejahtera. Penyediaan kawasan hijau dan kemudahan awam akan menggalakkan interaksi sosial dan hubungan sesama masyarakat dengan lebih erat. Rakyat Malaysia yang bersatu padu berupaya untuk menyelesaikan masalah secara bersama, termasuk mengatasi cabaran ekonomi, maju bersama dan menambah baik taraf kehidupan.

2.3 Prinsip

RFN Ke-2 merupakan hasil daripada beberapa prinsip utama; di mana perpaduan negara merupakan pra syarat utama dalam pencapaian objektif pembangunan mampan. Kesemua objektif RFN Ke-2 perlu diterimapakai bersama dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan. Langkah-langkah mitigasi dan perlindungan yang bersesuaian perlu ada bagi memastikan dasar-dasar spatial adalah konsisten dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan. Secara umumnya, dasar yang lebih bersesuaian dengan prinsip akan diberikan pemberat dan keutamaan yang lebih tinggi.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-12

Di dalam membuat keputusan mengenai strategi spatial dan dasar-dasar RFN Ke-2, prinsip-prinsip berikut telah dilaksanakan:

P1 Membangunkan Negara Sebagai Satu Unit yang Bersepadu

Untuk mencapai perpaduan negara dan menjadi efisien di dalam persaingan global, adalah sangat penting bagi membangunkan negara sebagai satu unit yang bersepadu, berbanding dengan pembangunan negeri-negeri yang bersaing di antara satu sama lain. Demi kepentingan negara, semua sumber, sama ada semula jadi, tenaga buruh dan kewangan, perlu digunakan secara lebih efisien dan berkesan untuk membolehkan negara menumpukan kepada aktiviti dan bidang tertentu yang mempunyai kelebihan bersaing.

P2 Mewujudkan Perancangan dan Pembangunan Guna Tanah Mampan

Prinsip asas yang menyokong perancangan fizikal adalah pembangunan mampan. Ianya merupakan faktor penentu bagi tahap kualiti sesuatu kawasan dan kehidupan masyarakat. Faktor tersebut membantu dalam membentuk petempatan yang selesa didiami, mewujudkan masyarakat mampan yang memahami keperluan setiap rakyat, melindungi kawasan luar bandar yang produktif dan mengekalkan persekitaran alam semula jadi. Pembangunan mampan juga menyokong ekonomi yang cergas dan makmur, serta penting di dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Dalam membentuk bandaraya, bandar dan luar bandar, prinsip pembangunan mampan perlu diterap dan diintegrasikan ke dalam semua dasar-dasar sektoral dan langkah-langkah pelaksanaan sebagaimana yang dimaksudkan dalam RFN Ke-2. Antaranya adalah:

 Meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, peluang pekerjaan dan pendapatan;

 Menyediakan rangkaian pengangkutan yang bersepadu serta infrastrutkur strategik yang utama;

 Mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan keterangkuman sosial;

 Melindungi persekitaran secara berkesan dan menggunakan sumber alam secara bijaksana;

 Mewujud dan memelihara sumber-sumber pertanian dan pelancongan.

Penilaian kemampanan perlu dilakukan untuk mengenal pasti dasar-dasar spatial yang bercanggah dan akan menjejaskan prinsip pembangunan mampan.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-13

P3 Menggalakkan Pembangunan di Kawasan yang Mempunyai Potensi

Pertumbuhan yang Tinggi

Wilayah bandar seperti Shanghai, Shenzhen, Hong Kong, Singapura dan Bangkok merupakan pusat daya tarikan pelaburan di Asia Tenggara. Hanya kawasan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi di Malaysia, iaitu conurbation di sekitar Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan yang mampu bersaing dengan bandar-bandar wilayah antarabangsa ini, terutamanya bagi pelaburan dalam sektor berasaskan teknologi dan pengetahuan, khususnya ICT, bioteknologi, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, perkhidmatan kewangan dan perniagaan, serta perkhidmatan pembekal luar dan kreatif. Dalam konteks persaingan global yang semakin sengit untuk pelaburan, perdagangan dan pasaran, langkah yang bijak adalah dengan memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sokongan berkualiti tinggi yang menjana aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi di kawasan- kawasan conurbation utama. Ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan rakyat yang berpendapatan tinggi untuk merealisasikan Wawasan 2020.

P4 Memaksimumkan Penggunaan Infrastruktur Sedia Ada dan Komited

Dalam jangka masa pendek,sumber-sumber negara adalah sangat terhad dan tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua isu spatial negara, terutamanya rangkaian infrastruktur utama. Di dalam usaha untuk memaksimumkan penggunaan pelaburan infrastruktur secara efisien, perkembangan bandar perlu disasarkan ke kawasan yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan sosial mencukupi atau komited, atau di kawasan yang boleh disediakan dan diselenggara secara ekonomik. Peningkatan taraf infrastruktur sedia ada perlu dijalankan. Alternatif lain yang lebih ekonomik juga perlu dipertimbangkan untuk dasar sedia ada, contohnya penggunaan pengangkutan awam.

Usaha juga harus diambil untuk menggalakkan pembangunan semula bandar dan pembangunan infill untuk mengurangkan spekulasi pembukaan tanah baru. Langkah ini akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan melindungi hutan penyerap karbon dalam menangani perubahan iklim. Pada masa yang sama, budaya penyelenggaraan infrastruktur harus dipupuk di dalam pentadbiran bandar.

P5 Melindungi Kawasan Warisan Negara dan Mengelakkan Gangguan ke atas Kestabilan Ekologi

Pembangunan mampan merupakan asas utama di dalam perancangan spatial. Usaha yang gigih diperlukan daripada semua pihak untuk memulihara sumber- sumber asli dan biodiversiti negara yang semakin berkurangan dan menguruskannya secara mampan, seperti kawasan sensitif alam sekitar dan ekosistem hidupan laut. Secara khususnya, sikap menghargai dan bangga terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai keindahan alam semula jadi dan kekayaan ekologi, tapak sejarah dan yang berkaitan dengan kebudayaan perlu dipupuk di negara ini. Kawasan dan tapak tersebut meliputi hutan asli, bukit-bukau dan tanah bencah, habitat bagi hidupan liar

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-14

dan fauna Malaysia, landskap desa, tapak dan lokasi khas, termasuk bangunan individu dengan merit seni bina dan berkepentingan sejarah. Pemuliharaan perlu diselaraskan dengan mempromosikan kawasan, lokasi tapak dan bangunan berkenaan sebagai tarikan pelancongan antarabangsa dan tempatan.

Kekayaan biodiversiti (kelompok ekosistem, habitat, tumbuhan dan haiwan serta spesiesnya) yang didapati di seluruh negara merupakan sebahagian daripada kelangsungan hidup dan warisan alam semula jadi kita. Kepelbagaian biodiversiti ini turut memberikan negara satu kelebihan daya saing dalam bidang pelancongan dan bioteknologi.

Lebih penting, terdapat peningkatan dalam penerimaan umum bahawa biodiversiti merupakan asas utama dalam perkhidmatan ekosistem, yang merupakan barangan dan perkhidmatan utama yang dihasilkan oleh ekosistem yang memberangsangkan. Kehilangan atau gangguan terhadap perkhidmatan ekosistem seperti bekalan air mentah dan bersih, bekalan makanan dan serat, perubahan cuaca dan kawalan haiwan perosak, akan menimbulkan kesan yang memudaratkan kelangsungan hidup manusia dan ekonomi serta keselamatan dan kualiti hidup manusia.

Walaupun nilai sebenar perkhidmatan ekosistem masih belum dapat diserapkan ke dalam kos pembangunan masa kini (ini diandaikan sebagai externalities oleh pakar ekonomi), adalah penting untuk memastikan perancangan spatial dapat mengekalkan biodiversiti, kestabilan ekologi dan seterusnya berupaya untuk menawarkan perkhidmatan ekosistem. Secara amnya, ini dapat dicapai menerusi integrasi perancangan dan pembangunan spatial dengan kesediaan data yang terbaik serta penyediaan pelan pembangunan dan garis panduan yang komprehensif dan tegas oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan agensi-agensi yang berkaitan. Garis panduan pembangunan baru harus diterapkan ke dalam dasar dan strategi spatial. Pendekatan pengurusan hutan secara mampan, pengurusan sumber air berdasarkan konsep Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan pengurusan persisiran pantai iaitu Sistem Pengurusan Zon Persisiran Pantai Bersepadu (ICZM), harus dilaksana dan dikuatkuasakan.

Kawasan semula jadi dan landskap yang terletak di pinggir kawasan bandar perlu dipulihara sebagai kawasan pembekalan oksigen, rekreasi dan dinikmati oleh penduduk bandar yang semakin meningkat, khususnya peningkatan bilangan kanak- kanak bandar dan secara umumnya untuk meningkatkan kepelbagaian spatial dan kualiti keseluruhan persekitaran kehidupan.

P6 Menggalakkan Pembangunan Wilayah Mengikut Potensi Masing-masing

Wilayah-wilayah perlu dibangunkan dan dipromosikan berdasarkan potensi dan kelebihan daya saing masing-masing dan pelaburan-pelaburan awam di dalam infrastruktur sokongan perlu ditumpukan untuk mengukuhkan lagi potensi wilayah ini. Wilayah pantai timur yang telah dikenal pasti berpotensi tinggi dalam pelancongan

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-15

persisiran pantai dan ekopelancongan, aktiviti berasaskan hutan dan pertanian perlu menerima pelaburan infrastruktur awam yang bersesuaian bagi menyokong pembangunan tersebut, manakala duplikasi pembangunan yang lebih sesuai dilaksanakan di pantai barat perlu dielakkan.

P7 Mengutamakan Pengangkutan Awam daripada Kenderaan Persendirian untuk Pergerakan Antara Bandar dan Dalaman Bandar

Perancangan spatial perlu memainkan peranan positif bukan sahaja untuk membantu mengurangkan pembebasan gas karbon tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi hijau, seperti penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, dalam usaha mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim. Satu langkah utama adaptasi adalah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi berbanding kenderaan persendirian. Ini memerlukan pembangunan sistem pengangkutan awam antara bandar yang lebih efisien merangkumi rel berkelajuan tinggi, penerbangan domestik tambang rendah, penggunaan bas awam di lebuh raya dan pewujudan hab pengangkutan di pusat bandar. Bagi perjalanan dalaman bandar, usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk memperluaskan dan mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kereta api, teksi dan bas dan saling hubungan antara mod-mod tersebut. Aktiviti berjalan kaki dan berbasikal di peringkat tempatan perlu digalakkan di tempat-tempat yang bersesuaian.

Untuk mencapai pengangkutan awam yang ekonomik serta berdaya maju, bandaraya dan bandar perlu dibangunkan dalam bentuk yang lebih padat dan berdensiti tinggi seperti Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Sistem pengangkutan pelbagai dan antara mod perlu disediakan dengan sebaiknya, contohnya perkhidmatan bas perantara ke stesen LRT.

P8 Menggalakkan Reka Bentuk Bandar Padat dan Cekap Tenaga dengan Identiti yang Jelas

Pengezonan guna tanah berdasarkan impak dan pendekatan intensification dalam pembentukan pelan dan sequential test untuk proses pembangunan perlu diguna pakai.

Keutamaan harus diberikan kepada pembangunan semula tapak brownfield berbanding dengan pembangunan di kawasan greenfield yang berkemungkinan menjejaskan alam sekitar. Di kawasan pusat bandar dan pinggir bandar sedia ada, projek pembangunan yang bersepadu, pelbagai fungsi dan berkepadatan tinggi dapat meningkatkan kecekapan, keselesaan, keceriaan dan imej kawasan bandar. Contohnya, hab pengangkutan yang digabungkan dengan kegunaan pejabat, kediaman dan pusat membeli belah. Ini juga akan membawa kepada pembentukan bandar yang padat dan cekap tenaga, serta dapat membendung rebakan bandar yang tidak terkawal, mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan bersesuaian dengan pembangunan sistem pengangkutan awam berasaskan rel.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-16

Pengagihan spatial, lokasi dan reka bentuk pembangunan bandar baru harus dirancang dengan teliti untuk meminimumkan pendedahan terhadap perubahan iklim pada masa hadapan. Pertimbangan ke atas usaha mitigasi dan adaptasi yang bersesuaian dalam menangani perubahan iklim perlu diintegrasikan dalam semua strategi perancangan spatial dan proses pembentukan cadangan pembangunan. Dalam proses perluasan conurbation, perpaduan dan hubungan erat komuniti sedia ada perlu dikekalkan dan tidak harus diganggu. Cadangan pembangunan yang tidak saling melengkapi di luar had pembangunan bandar perlu mengemukakan justifikasi perancangan yang kukuh dan tertakluk kepada kelulusan oleh PBT dan bantahan awam selaras dengan keperluan perundangan bagi RT.

P9 Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi)

Selaras dengan langkah Kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi, sektor perkhidmatan dijangka akan memainkan peranan yang lebih menonjol dan agresif dalam menjana aktiviti ekonomi. Penumpuan dan promosi terhadap inovasi, kreativiti dan unsur-unsur nilai ditambah tinggi amat penting untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sektor pendidikan tinggi yang berasaskan pengetahuan dan teknologi dengan jayanya. Oleh itu, kawasan conurbation dan pusat bandar yang besar menawarkan persekitaran yang paling kondusif dari segi kemudahan infrastruktur, tenaga kerja mahir, pasaran dan sokongan perniagaan, serta perkhidmatan profesional untuk menarik pelabur dan menubuhkan pengkalan operasi seperti ibu pejabat wilayah, pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat inovasi, pusat perkhidmatan dan pembekal luar, pusat perolehan, pusat siber, taman bioteknologi dan taman teknologi tinggi.

Untuk mewujudkan pemangkin kepada pertumbuhan negara dan mempertingkatkan daya saing negara, perluasan rangkaian dan perhubungan ICT ke semua kawasan di seluruh negara perlu dilaksanakan. Usaha perlu dijalankan untuk mempromosikan pembangunan jaringan infrastruktur ICT bertaraf dunia, terutamanya rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara dan langkah-langkah perlu diambil untuk meningkatkan bilangan pekerja ICT yang berkemahiran tinggi.

P10 Mengukuhkan Hubungan Bandar dan Luar Bandar

Kerajaan perlu mengadakan program-program bagi menyokong usahawan- usahawan baru dan sedia ada dalam Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) dari pusat pertumbuhan desa, kampung tradisi, kampung baru, bandar kecil dan sederhana, untuk memulakan projek-projek pertanian bagi membekalkan makanan dan bahan- bahan mentah ke kawasan bandar serta industri kecil dan sederhana yang akan memberi perkhidmatan kepada industri yang lebih besar di kawasan bandar.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-17

Selain daripada itu, kesalinghubungan yang baik di antara desa-desa utama ke tempat pekerjaan di kawasan pusat bandar yang bersaiz kecil dan sederhana perlu disediakan untuk masyarakat desa. Ini untuk membolehkan mereka memperolehi pendapatan bukan dari hasil pertanian bagi mempertingkatkan pendapatan isi rumah mereka.

Ko nte ks Pe ra nc a ng a n

BAB 3

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-1

BAB 3

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 37-45)