Pusat Pekerjaan
PI 1 Rangka Spatial Negara
Langkah- langkah:
i. Rancangan Pemajuan (RS dan RT) atau rancangan-rancangan dan dasar-dasar sektoral perlu mematuhi peruntukan RFN.
ii. Untuk mewujudkan keseragaman, rancangan pemajuan perlu menggunapakai piawaian dan kriteria RFN Ke-2 dalam:
a. Klasifikasi Guna Tanah b. Hierarki Bandar
c. Klasifikasi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) d. Klasifikasi Kawasan Pertanian Utama (KPU)
Rancangan Fizikal Negara Ke-2
5-3
iii. Rancangan-rancangan pemajuan sedia ada (RS dan RT) perlu dikaji semula supaya selaras dengan peruntukan RFN.
iv. Sasaran penduduk RFN Ke-2, dalam lingkungan perbezaan +/- 5% atau seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Perancang Negeri, hendaklah dijadikan asas penyediaan RS. Lingkungan +/- 5% ini boleh juga digunakan dalam perancangan infrastruktur awam dan kemudahan sosial utama negara serta kelulusan permohonan pembangunan yang berkepentingan negara.
v. RFN Ke-2 akan menyediakan rangka kerja spatial bagi pembentukan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) terutama dalam menentukan pelaburan awam untuk kemudahan infrastruktur utama, pemuliharaan dan pembangunan bandar.
vi. Dasar-dasar dan strategi yang relevan daripada RFN Ke-2 perlu diterjemah dan diintegrasikan ke dalam dasar-dasar sektoral negara yang dihasilkan oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri.
vii. Keutamaan dalam membuat pelaburan modal negara terutamanya dalam projek-projek infrastruktur utama perlu selaras dengan RFN Ke-2.
5.2 Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara
Rancangan Malaysia Ke-Sembilan mempunyai lima teras yang akan mempertingkatkan pembangunan Negara. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:-
Teras 1 : Menaikkan Ekonomi ke Tahap Atas Rantaian Nilai;
Teras 2 : Meningkatkan Keupayaan untuk Pengetahuan dan Inovasi;
Teras 3: Bertindak Terhadap Ketidaksamaan Sosio-Ekonomi yang Berterusan; Teras 4 : Meningkatkan Kualiti Kehidupan; dan
Teras 5 : Mengukuhkan Keupayaan Kerajaan untuk Perlaksanaan.
Strategi pertumbuhan bandar RFN Ke-2 akan bertumpu kepada empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Strategi ini disokong dengan ibu negeri dan kawasan bandar baru yang akan menjadi pusat utama untuk pertumbuhan ekonomi asas bandar.
Pusat-pusat bandar yang terpilih ini akan menjadi penerima utama untuk pelaburan sektor swasta, sama ada dari pelabur asing ataupun tempatan. Sektor-sektor sedia ada seperti elektrik dan elektronik, ICT, sektor perkhidmatan baru berasaskan pengetahuan, dan perkhidmatan lain seperti pengangkutan, logistik, kesihatan, pendidikan, kewangan, perkhidmatan perniagaan dan pengurusan juga akan diberi tumpuan. Terdapat banyak peluang bagi sektor-sektor ini untuk membina hubungan antara industri bagi jangka panjang, yang akan memberikan kelebihan ekonomi kepada sektor perkhidmatan asas bandar. Terdapat dua komponen bagi strategi ini iaitu perkhidmatan eksport secara langsung atau mewujudkan perkhidmatan eksport supaya firma-firma antarabangsa akan menempatkan semula operasi mereka di negara ini.
PI 1 : Rangka Spatial Negara 2020
Rancangan Fizikal Negara Ke-2
5-5
Teras strategik IMP3 mengenai daya saing global akan dipertingkatkan dengan memperkukuhkan keupayaan perdagangan dan perindustrian, menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor pengeluaran dan perkhidmatan, dan juga mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan pelaburan. Asas teknologi bagi industri- industri Malaysia akan diperkukuhkan dengan mempertingkatkan hubungan antara universiti dan industri, penggunaan ICT dan kemajuan dalam teknologi hijau, serta penubuhan pusat-pusat kecemerlangan. IMP3 juga telah mempertimbangkan ekuiti dan keseimbangan pembangunan wilayah.
Dari aspek dimensi spatial, RFN Ke-2 juga mencadangkan bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan oleh IMP3 ditempatkan di kawasan conurbation (contohnya, sektor berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan) dan kawasan luar bandar (contohnya, pertanian dan industri berasaskan sumber). Bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan akan dipromosi dengan mengalakkan syarikat-syarikat multinasional untuk melabur atau memperluaskan perniagaan, serta memberi sokongan kepada firma-firma tempatan untuk mengambil peluang ke atas kedekatan lokasi dan potensi untuk pertumbuhan.
RFN Ke-2 juga memperuntukkan integrasi koridor pembangunan wilayah ke dalam Rangka Kerja Spatial Negara, mengalakkan pembangunan di kawasan bersempadan dan memperkukuhkan kerjasama ekonomi serantau dengan negara-negara ASEAN. Kerajaan telah mengenal pasti tiga koridor pembangunan wilayah di Semenanjung Malaysia, iaitu NCER, ECER dan Iskandar Malaysia, untuk menggalakkan pembangunan wilayah, serta mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Strategi spesifik dan inisiatif projek telah dikenal pasti mengikut pelan induk masing-masing untuk dilaksanakan mengikut tempoh masa rancangan berkenaan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengintegrasikan kesemua cadangan tersebut ke dalam rangka kerja spatial negara secara keseluruhannya.
Pendekatan pembangunan koridor RFN Ke-2, mengutamakan inisiatif-inisiatif pembangunan di pusat-pusat terpilih. Objektif utamanya adalah untuk menjana pertumbuhan di Wilayah Pantai Timur yang kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Negeri-negeri ini mempunyai sumber tanah dan sumber asli yang banyak dan warisan kebudayaan yang menarik yang perlu dibangunkan secara optima. Penambahbaikan perhubungan dan rangkaian ke wilayah ini melalui jalan raya, kereta api dan udara akan membantu wilayah ini menjadi lebih berdaya saing, dalam penawaran barangan dan perkhidmatan ke kawasan bandar dan pasaran eksport. Dalam keadaan yang sama, kawasan-kawasan bersempadan menawarkan peluang dari segi kerjasama wilayah antarabangsa. Malaysia dan jiran-jirannya akan memperolehi manfaat dengan perluasan wilayah ekonomi untuk pelaksanaan strategi masing-masing. Sebagai contohnya, membangunkan projek insfrastruktur secara usahasama bagi mengintegrasikan wilayah-wilayah ini atau menggalakkan perdagangan, untuk meningkatkan faedah berbanding masing-masing. Rantau ASEAN membentuk satu pasaran yang besar dengan jumlah penduduk melebihi 500 juta orang. Malaysia perlu
Rancangan Fizikal Negara Ke-2
5-6
memainkan peranan yang aktif bagi memanfaatkan potensi ekonomi rantau ini terutamanya dalam bidang pendidikan, perancangan bandar, pengangkutan, pelancongan wilayah, aktiviti berkaitan dengan pelabuhan dan kemudahan penghantaran.
RFN 2
PUSAT PERTUMBUHAN BANDAR MASA DEPAN PERLU DITUMPUKAN DI CONURBATION
STRATEGIK