• Tidak ada hasil yang ditemukan

STRATEGI PEMBANGUNAN

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 78-81)

Strategi pembangunan mempunyai implikasi penting terhadap prestasi ekonomi dan kualiti kehidupan di Semenanjung Malaysia. Strategi pembangunan yang dipilih bermatlamat untuk menjadikan negara ini suatu tempat yang menarik untuk didiami, bekerja, berekreasi, melabur, berniaga dan melancong. Untuk mencapai matlamat tersebut, tanah yang mencukupi dan bersesuaian perlu disediakan bagi menyokong inisiatif perniagaan, mengekalkan pertumbuhan ekonomi serta menyediakan infrastruktur dan utiliti. Pada masa yang sama, mempertingkatkan kesesuaian untuk didiami, memudahcara pembangunan semula bandar, melindungi alam sekitar dan menggunakan sumber asli secara berhemah.

Pada tahun 2020, dianggarkan hampir 75% daripada jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia akan menetap dalam kawasan bandar. Justeru, peruntukan perlu disediakan untuk menampung kira-kira 4.7 juta tambahan penduduk antara tahun 2010 hingga 2020. Kira-kira 1.92 juta pekerjaan baru, kebanyakannya perkhidmatan tertiari perlu diwujudkan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini bagi menyokong pertambahan peratusan penduduk dalam kumpulan umur bekerja serta kebarangkalian berlakunya pengurangan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan beberapa industri pembuatan berintensifkan buruh dan industri perkilangan bernilai tambah rendah. Secara keseluruhannya, dianggarkan kira-kira 200,000 hektar tanah bandar diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan di Semenanjung Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang. Dalam menentukan strategi yang dipilih, isu-isu di peringkat negara dan global, peluang serta keperluan telah diambilkira sebagai asas utama dalam pembentukan dasar-dasar perancangan spatial negara.

4.1 Konsep Strategi Pembangunan

Strategi pembangunan RFN telah dikaji semula dan ditambah baik untuk menyediakan satu ekspresi geografi dan tindak balas spatial yang proaktif terhadap perubahan semasa termasuk komitmen konvensyen antarabangsa seperti biodiversiti dan perubahan iklim. Masalah kelembapan ekonomi global semasa, pengurangan perbelanjaan awam oleh Kerajaan, konsep 1Malaysia dan ekonomi berpendapatan tinggi, koridor pertumbuhan wilayah dan lain-lain teras pembangunan strategik utama negara seperti RRJP3, RMKe- 9, Dasar Perbandaran Negara (DPN), Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3), Dasar Pertanian Negara Ke-3 (NAP3), perhutanan, pelancongan, pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti, pengangkutan, tenaga dan teknologi hijau telah dikaji dan dianalisis. Bagi merealisasikan objektif sosio-ekonomi nasional untuk berdaya saing di peringkat global, perpaduan negara, pembangunan mampan dan kualiti hidup yang tinggi, terjemahan rancangan-rancangan dan dasar sektoral negara ke dalam dimensi spatial memerlukan negara untuk:

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 

4‐2  i. Merasionalisasi dan memperkukuhkan rangka kerja perancangan spatial negara

yang disokong oleh infrastruktur strategik utama; ii. Mencapai ekonomi berpendapatan tinggi;

iii. Mempromosikan pembangunan wilayah yang lebih seimbang; iv. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber alam semula jadi; v. Melindungi kualiti dan kepelbagiaan spatial dan alam sekitar; dan

vi. Memudahcara perhubungan dan integrasi sosial di antara negeri secara bersepadu. Dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN adalah berdasarkan Strategi

Pembangunan Tumpuan Terpilih yang merupakan tindak balas perancangan fizikal

untuk menangani persaingan sengit daripada peningkatan ekonomi global dan liberalisasi perdagangan. Pra syarat utama adalah untuk menjanakan kadar pertumbuhan mampan yang tinggi, khususnya melalui perindustrian yang pesat bagi mencapai Wawasan 2020. Sehubungan ini, fokus pembangunan khusus ditumpukan kepada tiga wilayah geografi, iaitu Pantai Barat, Pantai Timur dan Banjaran Tengah yang mengemukakan ciri-ciri, isu dan potensi pembangunan yang hampir sama.

Strategi pembangunan untuk Wilayah Pantai Barat adalah untuk memudahcara perkembangan perbandaran dan industri serta memastikan penggunaan infrastruktur yang optimum. Pembangunan tertumpu di tiga conurbation pertumbuhan utama iaitu Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Infrastruktur strategik utama di pintu masuk antarabangsa utama dan hab negara seperti rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang akan dibangunkan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi nilai ditambah tinggi di setiap conurbation utama. Sektor swasta, khususnya pelaburan langsung asing akan memacu pertumbuhan pesat tersebut.

Penumpuan bagi Wilayah Pantai Timur adalah dalam Conurbation Kuantan untuk pembangunan sektor industri dan perkhidmatan, manakala inisiatif pembangunan di Kota Bharu akan ditumpukan kepada perdagangan merentas sempadan dengan Thailand. Potensi pelancongan wilayah ini juga akan diekploitasikan dan dipertingkatkan dengan penglibatan aktif para penduduk dalam ekonomi moden melalui program pembangunan pendidikan dan sosial. Terdapat juga potensi yang tinggi untuk meletakkan Kuala Terengganu sebagai pintu masuk pelancongan antarabangsa bagi Wilayah Pantai Timur berdasarkan kesediaan pelbagai produk pelancongan dalam negeri tersebut dan mempertingkatkan lapangan terbang sedia ada ke taraf antarabangsa.

Tumpuan pembangunan bagi Banjaran Tengah adalah untuk mewujudkan dan melindungi Central Forest Spine (CFS) melalui integrasi rizab-rizab hutan bagi memulihara biodiversiti, mengawal dan menghadkan perkembangan bandar dan pertanian serta mempertingkatkan potensi pelancongan di kawasan tanah tinggi.

Selaras dengan transformasi struktur ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi ekonomi berasaskan tertiari dan penggalakan konsep 1Malaysia, struktur spatial negara perlu dirasionalisasi dan disesuaikan untuk memudahcara pencapaian pertumbuhan ekonomi tinggi secara berterusan dengan penyatuan sosial yang kukuh. Dalam hal ini, strategi pembangunan RFN telah ditambahbaik dan diperkukuhkan dengan

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 

4‐3  memperkenalkan strategi pembangunan Serakan Tertumpu dalam Koridor

Pembangunan. Konsep koridor pembangunan diperkenalkan berlandaskan trend

pembangunan semasa yang dipengaruhi oleh pasaran dan keperluan untuk mengoptimumkan penggunaan infrastruktur dan perkhidmatan perbandaran sedia ada dan komited dalam pusat-pusat bandar strategik disebabkan kekangan kewangan bagi penyediaan infrastruktur berintensifkan modal.

Teras utama bagi strategi pembangunan yang dikaji semula adalah untuk menumpukan sumber negara yang terhad kepada beberapa pusat bandar terpilih dengan potensi pertumbuhan tertinggi untuk penjanaan pekerjaan di sepanjang koridor ekonomi utama seperti Bentong dan Temerloh-Mentakab, di samping memelihara kawasan luar bandar dan alam sekitar. Pengagihan sumber-sumber terhad ini secara menyeluruh ke seluruh negara, akan menghasilkan outcome yang kurang berkesan dan membawa kesan negatif kepada alam sekitar.

Oleh itu, pembangunan baru dan pembangunan semula bandar pada masa hadapan, akan bertumpu terutamanya di conurbation bandar terpilih dan nod-nod bandar strategik utama dalam koridor-koridor pertumbuhan untuk mengelakkan rebakan bandar, memulihara kawasan desa dan luar bandar serta mempercepatkan pembangunan di wilayah kurang maju.

Sebagai enjin pertumbuhan utama, pusat-pusat bandar terpilih ini akan menjanakan kesan sampingan untuk memangkin pembangunan dalam lingkungan kawasan pedalamannya, justeru memperkukuhkan hubungkait fungsi dan sinergi ekonomi bandar- luar bandar. Kerajaan akan berusaha untuk menyokong pertumbuhan pusat bandar strategik terpilih melalui pelaksanaan inisiatif projek flagship berimpak tinggi dan kemudahan infrastruktur utama. Beberapa contoh inisiatif tersebut adalah Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Pertanian dan Taman Industri Halal. Koridor-koridor pembangunan ini akan dipromosi dan dibangunkan sebagai Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan untuk memenuhi fungsi rangkaian pembekal atau pengeluar dan pasaran yang berbeza. Koridor pembangunan utama dikenal pasti melalui conurbation dan nod bandar utama yang dihubungi oleh lebuh raya, cadangan rel berkelajuan tinggi dan disokong oleh pelabuhan serta lapangan terbang utama. Sebagai pintu masuk antarabangasa dan zon ekonomi utama, inisiatif dan enterpris berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan seperti aktiviti multimedia, penyelidikan bioteknologi, industri kreatif dan pembangunan pelancongan khusus iaitu MICE, akan dipromosi dan disokong untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran eksport negara yang khusus dan spesifik.

Koridor Sub-Pembangunan merupakan koridor wilayah yang penting untuk menyebarkan pembangunan dan menambah baik kualiti hidup ke seluruh negara, terutamanya dalam wilayah yang kurang aktiviti ekonomi. Ini melibatkan terutamanya bandar-bandar bersaiz sederhana dan kecil, termasuk bandar ciri khas. Koridor Sub-Pembangunan akan dihubungi oleh lebuh raya yang akan mewujudkan perhubungan mudah antara conurbation dan bandar-bandar besar dengan kawasan desa dan luar bandar yang di

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 

4‐4  sekitarnya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan tempatan, pusat pekerjaan, pintu masuk bagi bekalan dan pasaran untuk mengeksploitasi dan mengakses sumber-sumber ekopelancongan dan pertanian di kawasan pedalaman. (Jadual 4.1 dan Rajah 4.1).

Jadual 4.1: Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 78-81)