• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkhidmatan Asas Utama untuk Bandar Sesuai Didiami dan Masyarakat Mampan

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 34-37)

• Kepelbagaian Pengangkutan  Alternatif, Seperti MRT dan LRT 

• Mengurangkan Kesesakan Lalu  Lintas 

• Integrasi Perancangan Guna Tanah  dan Pengangkutan

• Pembebasan Gas Rumah Hijau  yang Rendah 

• Pembangunan Berorientasikan  Transit (TOD) 

• Rangkaian Jalur Lebar yang  Berkelajuan Tinggi 

• Kemudahan Teknologi Bersih 

• Kitar Semula 

• Tenaga Boleh Diperbaharui

• Pemuliharaan Air  

• Berkelayakan Tinggi dan Peluang Pekerjaan  Berpendapatan Tinggi

• Intelektual – Persekitaran yang 

Memberangsangkan dan Sistem Ganjaran  Berasaskan Merit

• Menarik Pekerja Asing yang Terlatih 

• Mengekalkan Golongan Intelektual dan  Profesional Tempatan 

• Pendidikan Berkualiti  

• Meningkatkan Daya Saing Ekonomi Global

• Menarik FDI dan MNC

• Perniagaan dan Perkhidmatan Kewangan  Bernilai Tambah Tinggi

• Industri Berteknologi Tinggi 

• Pelaburan Infrastruktur Awam Khusus di  Kawasan‐kawasan Perdagangan dan 

Taman Hi‐Tech  

• Kadar Jenayah yang Rendah 

• Udara dan Air yang Bersih 

• Ruang Awam dan Kawasan Hijau 

• Kemudahan Pendidikan dan Kesihatan 

• Kemudahan Seni dan Riadah  

• Peluang  Kediaman dan Kepelbagaian Pilihan 

• Kejiranan yang Mementingkan Pejalan Kaki 

• Komuniti Bercampur 

• Persekitaran yang Bersih, Selamat dan Hijau 

• Ruang Awam untuk Interaksi dan Perpaduan Sosial  Modal Insan  Berkepakaran dan  Berkemahiran   Pusat Pengetahuan  yang Berkualiti    Pengangkutan  Awam yang Cekap 

Perumahan  Mampu Milik  Persekitaran  Menarik yang  Menonjol    Infrastruktur dan  Utiliti Sokongan    

Bandar yang Sesuai   Didiami dan Masyarakat             

yang Mampan 

 Perancangan Bandar Padat dengan  Pembangunan Bercampur Berkepadatan  Tinggi  

 Pembangunan Semula Bandar Dalam  Kawasan Brownfield 

 Kualiti Hidup yang Tinggi 

 Pertumbuhan dan Kemakmuran  Ekonomi  

 Berdaya Maju dan Inovasi 

 Keterangkuman Sosial 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-9

Pewujudan Bandar yang Sesuai Didiami dan Masyarakat yang Mampan akan memperlihatkan peranan kerajaan dalam menyediakan persekitaran pelaburan yang paling kondusif, infrastruktur yang strategik dan insentif-insentif untuk inisiatif swasta dan enterpris supaya mereka akan menerajui sektor tersebut dan berkembang pesat. Usaha mentransformasikan kerajaan tempatan untuk menawarkan perkhidmatan bandar dan pengurusan guna tanah yang lebih berkesan di peringkat tempatan merupakan salah satu aspek utama dalam bandar yang sesuai didiami dan masyarakat yang mampan. Sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat PBT perlu dipertingkatkan untuk memastikan polisi-polisi negara dan negeri dilaksanakan secara efektif. Sehubungan itu, kerajaan pusat telah memperkenalkan Unit Pusat Setempat (OSC) untuk mempercepatkan tempoh proses kelulusan perancangan untuk lesen dan kebenaran merancang. Tahap kompetensi di kalangan pegawai dan kakitangan PBT juga perlu ditambah baik untuk menghasilkan akauntabiliti yang lebih tinggi.

Penyertaan awam dan keterangkuman sosial akan digalakkan untuk memastikan perancangan inklusif di peringkat tempatan. Bandar yang sesuai didiami berupaya untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang berinovasi dan berpengetahuan. Mereka ini menjadi tarikan kepada firma-firma yang terkemuka yang akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi. Salah satu daripada komponen kritikal dalam perancangan spatial bagi mencapai bandar yang sesuai didiami adalah untuk menerap bentuk dan reka bentuk bangunan bandar padat berbanding dengan rebakan bandar semasa yang berselerak.

Penglibatan orang ramai dan pihak swasta amatlah penting memandangkan setiap komuniti lebih arif mengenai keperluan dan aspirasi komuniti masing-masing. Secara keseluruhannya, gabungan dan kombinasi enam komponen asas seperti yang dijelaskan, akan saling melengkapi fungsi masing-masing untuk membentuk sebuah bandar yang sesuai didiami dan masyarakat yang mampan, justeru menyumbang ke arah merealisasikan konsep 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi.

Masyarakat secara umumnya, telah menyatakan keinginan untuk memiliki identiti tersendiri bagi persekitaran fizikal yang berbeza-beza, umpamanya pembangunan berkepadatan tinggi dan rendah yang kreatif, konsep ruang terbuka dan tertutup, kehidupan bandar dan pinggiran bandar yang selesa berbanding dengan susunatur dan reka bentuk bangunan semasa yang monotonous dan seragam.

Sebaliknya, mercu tanda unik yang mudah dikenal pasti dan menjadi kebanggaan orang ramai adalah penting, contohnya keindahan alam sekitar seperti sungai, paya bakau dan pokok, bangunan ikonik, nodus aktiviti, titik fokal, laluan-laluan warisan dan tempat tumpuan masyarakat. Oleh itu kawasan-kawasan terpilih dalam Kampung Baru Melayu, Old Chinatown dan Little India perlu dikekal dan diintegrasikan dengan rancangan pembangunan baru bagi kawasan masing-masing. Selain itu, amat penting untuk mengembalikan ketenangan dan kepercayaan awam terhadap keselamatan nyawa dan harta benda, terutamanya jenayah pecah rumah dan jenayah jalanan, menerusi perancangan bandar dan kawasan kediaman yang selamat, seterusnya membendung

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-10

keperluan untuk menyisihkan mereka dengan pembinaan tembok tinggi, kamera litar tertutup dan rondaan pengawal keselamatan.

Seperti negara-negara maju di seluruh dunia, dijangkakan bahawa sebahagian besar daripada penduduk di Semenanjung Malaysia akan tinggal di kawasan bandar menjelang tahun 2020. Pada masa kini, tren perkembangan bandar yang pesat telah mengakibatkan persekitaran fizikal berubah kepada pembangunan yang tersebar atau rebakan bandar, pusat bandar yang usang serta peningkatan dalam kesesakan lalu lintas, pencemaran dan kemiskinan bandar. Oleh itu amat penting untuk mengkaji semula bentuk dan had bandar, piawaian, institusi perancangan tempatan dan proses kawalan pembangunan untuk memastikan persekitaran bandar yang berkualiti akan terlaksana. Karektor dan integriti setiap bandar perlu dilindungi dan dijana semula dengan memperkenalkan langkah-langkah yang bersesuaian. Ini untuk memastikan wujudnya kesalinghubungan yang baik di antara bandar-bandar yang terpisah dalam conurbation, serta langkah-langkah untuk memandu dan mengawal rebakan conurbation. Sehubungan itu, bandaraya dan bandar akan menjadi satu tempat yang dinamik lagi berdaya maju, di mana penduduk memilih untuk menetap, bekerja, melabur, menjalankan perniagaan, melancong dan beriadah.

Fenomena perubahan iklim diramal akan memberikan impak yang besar terhadap negara dalam abad ini. Sekiranya langkah mitigasi tidak diambil, dijangkakan impak yang bakal terjadi akan merangkumi bidang yang lebih luas dan meninggalkan kesan bukan sahaja ke atas kesihatan dan keselamatan manusia sejagat, bahkan ekonomi negara. Kesan kenaikan paras laut, kejadian ribut, banjir dan perubahan dalam pola air hujan adalah berkait rapat dengan aspek spatial, maka ianya perlu diambilkira dalam konteks perancangan spatial supaya negara berkeupayaan untuk menghadapi sebarang perubahan iklim. Sehubungan itu, RFN Ke-2 menjurus ke arah pembentukan langkah berjaga-jaga bagi memastikan perancangan guna tanah negara menerap langkah- langkah adaptasi dan mitigasi dalam menghadapi perubahan iklim.

Penurunan bilangan penduduk di kawasan luar bandar bakal menimbulkan kesan yang membimbangkan, maka perancangan perlu dijalankan untuk mengatasi isu tersebut. Pada masa yang sama, penukaran kegunaan tanah daripada tanah pertanian kepada kegunaan perbandaran harus dilaksanakan secara teratur, telus dan efisien. Hasil kajian mendapati bahawa tidak ada kekurangan tanah pertanian berkualiti rendah untuk ditukar syarat kepada kegunaan perbandaran. Oleh itu, persekitaran semula jadi yang masih wujud perlu dipulihara demi keutuhan dan kelangsungan generasi masa kini dan akan datang serta untuk mempertingkatkan persekitaran negara.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-11

Objektif 5 : Mengintegrasikan Hubungan Antara Negeri yang Lebih Efisien dan

Dalam dokumen 2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB (Halaman 34-37)