Pusat Pekerjaan
Jadual 4.9 Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun
Jadual 4.9 : Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun 2020
Negeri Tambahan Penduduk
Bandar 2008-2020 (‘000)
Tambahan Tanah Bandar yang Diperlukan
(’000 hek)
Anggaran Tanah Bandar/ Kawasan Tepubina, 2020 (‘000 hek) % Perlis 20.2 0.8 6.6 8.1 Kedah 333.1 13.3 65.5 6.9 Pulau Pinang 474.6 13.6 49.7 47.7 Perak 509.1 20.4 98.7 4.7 Selangor 1,880.9 60.7 204.4 25.7 W.P. Putrajaya* 225.8 0.7 3.9 88.6 W.P. Kuala Lumpur* 331.7 0.1 22.5 93.0 Negeri Sembilan 130.2 5.2 62.3 9.4 Melaka 122.7 4.9 34.1 20.6 Johor 857.2 34.3 196.7 10.3 Pahang 514.6 20.6 100.8 2.8 Terengganu 258.6 10.3 60.4 4.7 Kelantan 386.2 15.5 54.7 3.6 Jumlah 6,044.9 200.4 960.3 7.3
Nota : Kepadatan bandar yang telah dianggarkan berdasarkan kepadatan bandar sedia ada dan juga sasaran kepadatan dalam RSN dan RFN, atau mana yang lebih tinggi. Kepadatan 25 orang per hektar digunakan untuk negeri-negeri yang mempunyai kepadatan kawasan tepubina sedia ada yang lebih rendah. Bagi negeri Selangor, W.P Putrajaya, W.P Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kepadatan sedia ada digunakan untuk menganggarkan keperluan tanah bandar.
(*) Keseluruhan W.P Putrajaya dan W.P Kuala Lumpur merupakan kawasan yang dibangunkan sepenuhnya untuk kegunaan bandar pada tahun 2008 (92.6% dan 72.7%). Pembangunan semula bandar dengan kepadatan yang sama atau lebih tinggi diperlukan bagi menyokong sasaran penduduk bandar pada tahun 2020.
Sumber : RFN Ke-2, 2010
ii. Penawaran Tanah untuk Pembangunan
Keperluan tanah untuk kegunaan bandar pada masa depan perlu disediakan tanpa mencerobohi kawasan kegunaan khas atau spesifik seperti KPU dan KSAS. Sebahagian besar daripada keperluan tanah boleh ditampung dengan pembangunan semula kawasan brownfield atau pembangunan infill dengan kepadatan tinggi dan pembangunan bercampur tanpa menjejaskan kawasan greenfield di kawasan pinggiran bandar.
Dengan menggunakan kriteria yang sama di peringkat negeri, analisis menunjukkan bahawa lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka perlu menggunakan tanah yang telah ditetapkan sebagai KPU atau KSAS.
Bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang demi kepentingan kawasan jelapang padi dan pelaburan tinggi dalam skim pengairan, penggunaan tanah KSAS tahap rendah mungkin diberi keutamaan berbanding penggunaan tanah KPU dalam mengatasi kekurangan tanah untuk pembangunan bandar masa depan. Namun begitu,
Rancangan Fizikal Negara Ke-2
4‐28 pertimbangan yang amat teliti perlu diambil, terutamanya dalam penggunaan kawasan tadahan air dan kawasan recharge air.
Analisis keperluan tanah masa depan dan tanah yang tiada halangan pembangunan bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, menunjukkan bahawa walaupun sebahagian daripada tanah KSAS tahap rendah akan diperuntukkan bagi kegunaan bandar, namun masih terdapat keperluan untuk menggunakan tanah KPU bagi tujuan kegunaan bandar. Berasaskan corak pembangunan guna tanah sedia ada di negeri-negeri ini, keutamaan perlu diberi kepada pengukuhan penggunaan tanah bandar berbanding penggunaan tanah KPU demi kepentingan penggunaan sumber negara secara efisien dan efektif.
Langkah-langkah perancangan spatial yang inovatif perlu diambil untuk mengurangkan kehilangan tanah KPU dan KSAS tahap 3 secara berterusan, termasuk mengguna pakai kepadatan kasar yang lebih tinggi, menggalakkan pembangunan bercampur di pusat bandar, pembangunan infill, pemulihan dan pembangunan semula tapak bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya, terutamanya kegunaan institusi seperti tanah kereta api dan penjara. Lain-lain langkah perancangan fizikal termasuk pewujudan dan perkongsian ruang, pengezonan guna tanah yang fleksibel dalam kawasan tepubina, penempatan semula kegunaan bukan berpusat dan menyelerakkan aktiviti yang menggunakan saiz tanah yang luas ke negeri-negeri yang mempunyai lebihan tanah untuk pembangunan. Rebakan bandar perlu dikekang manakala pembangunan baru terutamanya perbandaran di kawasan greenfield, hanya dibenarkan jika pembangunan tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam kawasan pusat bandar atau pinggiran bandar sedia ada. Rancangan pembangunan untuk kawasan conurbation perlu menentukan secara terperinci kawasan-kawasan yang perlu diperkukuhkan, menentukan had pembangunan bandar serta penyediaan koridor hijau dan jaluran hijau sebagai salah satu keperluan untuk memulihara dan melindungi KPU dan KSAS.
iii. Perumahan
Penilaian keperluan perumahan semasa dan unjuran perumahan sehingga 2020 menunjukkan bahawa keperluan ini boleh ditampung di dalam pusat-pusat bandar yang telah ditentukan tanpa memerlukan tukar guna tanah hutan atau kawasan sensitif alam sekitar kepada perumahan. Namun begitu, kekurangan perumahan mampu milik di dalam conurbation dan bandar-bandar besar merupakan isu utama yang perlu diselesaikan segera. Spekulasi tanah juga perlu dikurangkan dengan menguatkuasakan peruntukan Seksyen 24, Akta 172 berkaitan luputnya kebenaran merancang.
Satu cabaran utama dalam perancangan spatial ialah untuk mengubah persepsi iaitu semua tanah berhampiran kawasan bandar perlu dibuka untuk pembangunan. Pembaziran sumber yang banyak boleh berlaku apabila kelulusan tukar syarat tanah dijalankan tanpa penilaian permintaan secara terperinci. Proses perluasan
Rancangan Fizikal Negara Ke-2
4‐29 kawasan bandar telah meningkatkan penawaran berbanding dengan permintaan sebenar. Pengurusan dan penyebaran maklumat yang efektif mengenai penawaran dan permintaan bagi kegunaan bandar kepada pihak berkuasa yang berkaitan, kesesuaian tanah, serta penerapan KPU dan tanah hutan dalam conurbation sebagai jaluran hijau, perlu dilaksanakan untuk mengelakkan ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan perumahan, lebihan hartanah dan penggunaan tanah tidak efisien di sekitar kawasan bandar.
Penentuan laluan koridor pengangkutan awam perlu dibuat segera untuk memastikan operasi pengangkutan awam yang efisien pada masa depan. Ia perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa secara terurus melalui penyediaan tanah untuk pembangunan bandar baru terutamanya di kawasan conurbation. Penilaian perlu mengambilkira keupayaan dan kos menaiktaraf infrastruktur dan utiliti sedia ada seperti bekalan air, elektrik dan ruang jalan untuk pertumbuhan bandar masa depan.
iv. Industri
IMP3 mensasarkan untuk memacu perindustrian ke satu tahap daya saing global yang lebih tinggi dengan pendekatan integrasi pembangunan perindustrian dan ekonomi. Pelan pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah yang bertujuan untuk mengimbangkan potensi ketidakseimbangan dalam outcome.
Dalam sektor perindustrian, fokusnya adalah untuk membangunkan kluster industri atau ekonomi utama di semua lokasi yang mempunyai kelebihan daya saing. Kawasan kluster utama ditunjukkan dalam IP5. Kawasan-kawasan tersebut akan dibangunkan selaras dengan faktor pemboleh yang bersesuaian seperti infrastruktur, kemahiran dan dasar kerajaan yang kondusif untuk mempertingkatkan daya tarikan kluster-kluster tersebut.
Aktiviti perindustrian akan dipromosikan di sepanjang koridor pertumbuhan utama yang telah dikenalpasti dalam pelan di mana aktiviti perindustrian asas bandar akan ditempatkan. Selain itu aktiviti perindustrian ini juga akan dipromosikan di dalam zon atau nod industri terpilih di kawasan conurbation. Infrastruktur, utiliti dan sokongan logistik yang mencukupi perlu disediakan dalam jaluran kawasan perindustrian ini bagi memaksimumkan potensi guna tanah tersebut dan juga sebagai zon penampan untuk kawasan kediaman.
Industri pembuatan umum akan dipromosikan di bandar-bandar sederhana dan pusat bandar sekunder untuk mempelbagaikan asas ekonomi wilayah dan menyediakan peluang pekerjaan bukan asas pertanian. Industri asas sumber akan dibangunkan di kawasan sumber berkenaan bergantung kepada jenis industri. Industri desa pula akan ditempatkan di pusat petempatan kecil dan PPD untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat luar bandar serta memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan yang tersedia di bandar-bandar kecil ini.
Rancangan Fizikal Negara Ke-2
4‐30
4.6.5 Pelancongan
Pelancongan akan dipromosikan sebagai enjin pertumbuhan kedua bagi negara, terutamanya dengan liberalisasi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saing global. Malaysia, sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan, kini dipakejkan mengikut pelbagai jenis kategori produk tarikan dan dipromosikan secara agresif oleh setiap negeri. Jadual 4.10 memaparkan sumber tarikan pelancongan dan kekuatan lokasi mengikut negeri masing-masing. Adalah amat penting kepada setiap negeri untuk memastikan sumber pelancongan tersebut diurus dan dipelihara dengan sebaiknya.