• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ajaran Sesat Di Malaysia Sejarah Ringkas.

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 44-51)

9. Guru Tegh Bahadar (1664-1675) 10 Guru Govind Singh (1675-1708)

2.5 AJARAN SESAT 1 Pengenalan

2.5.4 Ajaran Sesat Di Malaysia Sejarah Ringkas.

 Antara ajaran sesat yang terawal yang dikesan di Malaysia ialah ajaran Taslim.  Ia dibawa oleh Mohamad bin Shafie @ Mohammad Matahari pada akhir abad ke 19

di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan berkembang ke negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

 Di Kelantan wujud ajaran Subud yang disebarkan pada tahun 1950an dan ajaran

Martabat Tujuh pada tahun 1960-an.

Beberapa Peristiwa Ajaran Sesat di Malaysia

 Pada 19 Oktober 1974 seorang ahli ajaran sesat Empat Sahabat pimpinan Syed

Mutalib di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

 Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut ajaran ilmu Kashaf pimpinan Hj.

Kamarudin @ Abdullah Sani Kajang, Selangor mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.

 Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah

mencederakan Tuan Haji Damanhuri Hj. Abdul Wahab, imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak.

 Pada 16 Oktober 1980, 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir

Nabi Ismail a.s (Kemboja) yang mengaku Imam Mahdi telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat, Johor.

Ciri-Ciri Ajaran Sesat

1. Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.

2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam al Mahdi.

3. Mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam al Mahdi.

4. Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.

5. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.

7. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup dan roh si mati juga boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

8. Mendakwa pengikut ajarannya dijamin masuk syurga dan gurunya adalah pemegang kunci pintu syurga.

9. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.

10. Memohon hajat kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan seumpamanya kerana mempercayai azimat tersebut boleh memberi kesan.

11. Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah s.a.w. secara jaga (yaqazah).

12. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah s.w.t s.w.t. melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya oleh itu dia pasti masuk syurga.

13. Memansuhkan sebahagian syariat Islam seperti sembahyang (termasuk sembahyang Jumaat), puasa, haji dengan anggapan seseorang yang telah sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat (mengamalkan suluk).

14. Mendakwa bahawa ibadat haji boleh ditunaikan di tempat lain dan tidak semestinya di Mekah.

15. Mengubah dengan sengaja ayat al Quran dan maksudnya seperti mentakwil setiap ayat al Quran dengan dakwaan ‘setiap yang zahir ada batinnya.’

16. Mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan tidak sampai kepada matlamat sebenar (hakikat).

Faktor-Faktor Ajaran Sesat

Antara faktor-faktor utama penyebaran ajaran sesat di Malaysia ialah: i. Tasawuf Falsafah (Teosofi, Wujudiah, Martabat Tujuh)

ii. Ajaran Batiniah iii. Ajaran Syiah

iv. Khurafat, amalan bomoh dan tradisi

v. Usaha pihak lain menjauhkan umat Islam dari al Quran dan al-Sunnah.

i.Faktor Pertama: (a)Tasawuf Teosofi

 Tasawuf Teosofi menjadi punca utama kepada penyelewengan dalam ilmu tasawuf

menyebabkan munculnya ajaran-ajaran sesat. Ia banyak dipengaruhi oleh Greek, Parsi, Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha.

 Mengandungi berbagai konsep seperti wahdatul wujud dan ajaran martabat tujuh

dari karangan Syeikh Mohammad b. Fadhlullah Al-Burhanipuri, (W 1029H / 1619M)

Antara rujukan golongan ini ialah;

1) Al-Tohfah Ila-Mursalah Ila Roh Al-Nabi (Syeikh Mohammad b. Fadhlullah al Burhanipuri, (W 1029H @ 1619M)

3) Daqaiq al-Huruf (Abdul Rauf Singkel, Acheh 1661M)

4) Kitab Asrar al-Arifin, Syarb al ‘Asyikin dan al Muntahi (Syeikh Hamzah Fansuri (W 1606M)

5) Kitab al Durr al Nafis (Syeikh Mohammad Nafis al-Banjari (W 1778M)

6) Kasyr Al-Asrar (Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah al Mengkabau 1922M)

(b) Tasawuf Wahdatul Wujud

 Percaya alam ini adalah penyataan Allah s.w.t s.w.t. yang qadim azali lagi abadi.  Alam ini seperti ombak dan Tuhan seperti laut. Ombak itu kekal selagi laut itu kekal.

Tasawuf wahdatul wujud dapat dikesan sumbernya daripada Hindu dan Neoplatonisma (Dr Abdul Fatah Haron Nabi Ibrahim a.s)

(c) Ajaran Martabat Tujuh

 Martabat Tujuh membincangkan asal usul mula kejadian alam semesta. Ia termasuk

dalam bidang iktiqad Tasawuf Falsafah Wahdatul Wujud.

 Bermaksud Allah s.w.t s.w.t. Yang Maha Esa mentajalli (menampak) alam semesta

daripada Dzatnya sendiri.

 Tujuh Martabat tersebut ialah;

i. Ahadiyah iaitu Martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tidak nyata.

ii. Wahidiyah; Martabat Aliah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh

iii. Wahdiyah, Martabat Taayun Thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayanthabitah

iv. Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam roh aayan kharijah v. Alam Mithal iaitu kalbu sanubari bererti tempat hati

vi. Alam Ajsam iaitu alam syahadah, alam yang dipandang, alam segala martabat yang terus daripada anasir empat; air, tanah, udara dan api

vii. Alam Insan disebut insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya martabat yang dihimpunkan segala martabat ini

(d) Nur Muhamad

Nur Muhamad ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

 Nur Muhamad adalah ciptaan Allah s.w.t s.w.t. yang pertama, sebelum Dia mencipta

makhluk lain. Cahaya ini dicipta dari Nur Allah s.w.t, pada asal kewujudannya. Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w.

 Dinamakan juga sebagai al Aqlal Awwal, al Insanul Kamil, Qutub, Ghaus dan lain-

lain. Ia berkait dengan martabat yang kedua dari ‘Martabat Tujuh’

 Pemikiran ini tidak terdapat dalam al Quran dan hadis sahih, lebih-lebih lagi ia

disifatkan sebagai qadim dan semua perkara yang ada dalam alam ini bersumber darinya (Nur Muhamad)

 Syiah menggunakannya untuk meluluskan akidah mereka terhadap al-Imamah.

Manakala golongan Sufi menerima Konsep al-Wilayah atau Kewalian yang ada persamaannya dengan al-Imamah dalam Syiah.

 Orang Islam yang awal membincangkan konsep Nur Muhamad ialah Ibnu ‘Arabi

(638H/240M) dan Abdul Karim al-Jili (832H). Antara kitab mereka ialah al Futuhat al Makiyyah, Fusus al Hikam dan al Insanul Kamil fi Ma’arifah al awa’il wal Awakhir.

Perhatian;

 Ahli Sunnah Wal Jamaah berpandangan bahawa asal kejadian Nabi Muhamad s.a.w.

adalah seperti manusia biasa. Ini dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t:























Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhamad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu.”

(Surah al-Kahfi: 110)

 Sebenarnya kepercayaan Nur Muhamad ini adalah khurafat dan tidak bersandarkan

dalil dari ayat-ayat al Quran mahupun hadis nabi s.a.w yang sahih.

 Setengah kaum sufi mendakwa bahawa ilmu kasyaf kadang-kadang diambil terus

dari Allah s.w.t atau dari Rasulullah s.a.w.

 Sebuah hadis maudu’ dipetik dari kitab al Durun Nafis menyebut (maksudnya):

“Mula pertama Allah s.w.t s.w.t. jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah s.w.t jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuatu itu (halaman 22).”

*Hadis maudu’ ialah hadis palsu (rekaan) yang ditolak dan tidak boleh diterima pakai sebagai hujah dalam semua keadaan.

ii.Faktor Kedua: Ajaran Batiniah

 Dikenali sebagai Tasawuf Batiniah (kebatinan).

 Ia mengandungi fahaman tasawuf yang melibatkan 3 unsur iaitu;

i. Fahaman Hulul iaitu penyerapan Tuhan dengan hamba ii. Wahdatul Wujud dan seumpamanya

iii. Faham Syiah Nabi Ismail a.siyah dan Batiniah dan seumpamanya Di Malaysia antara rujukan ajaran ini ialah:

i. Kasyaf al Asrar (terjemahan dan susunan oleh Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah Al Mengkabau (1344H/1922M).

ii. Hidayah al Anwar (Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang, 1355H/1933M) iii. Hakikat Insan (Hj Ahmad Laksamana bin Omar Kelantan,1985M)

 Unsur-unsur ajaran ini berasal dari Syiah Nabi Ismail Asliah Batiniah iaitu satu

gerakan yang pada mulanya dipropagandakan oleh Abdullah bin Maimon berbangsa Yahudi (165H/780M).

 Bapanya Maimon b. Dalsan al-Khaddah ialah hamba kepada Jaafar al Sadiq iaitu

salah seorang imam 12 Syiah.

 Nikah batin yang diamalkan oleh golongan Taslim asalnya lahir dari konsep batin

yang disebar oleh kumpulan Syiah Batiniah.

iii.Faktor Ketiga: Ajaran Syiah

 Syiah terbahagi kepada berbagai puak dan mazhab seperti Syiah Nusairiyah,

Nizariyyah, Musta’liyah dan Druz juga Syiah Imamah.

 Pada tahun 487H Imam Kerajaan Fatimi, Mesir (Syiah Nabi Ismail Asliah) yang

bergelar al Mustansir Billah meninggal dunia, lalu puak Nabi Ismail Asliah berpecah dua, satu mengikut Nizar bergelar Nizariyah dan satu lagi mengikut adiknya al Musta’li lalu digelar at-Musta’liyah.

 Syiah Dua Belas berakidah dengan Imamah, Wasi, Ismah, Hulul Zahir-Batin. Syiah

ini berpegang kepada 4 konsep utama iaitu: i. Zahir dan batin

ii. Tanzil dan takwil iii. Taqiyyah

iv. Wasi

 Sepanjang sejarah gerakan Syiah meninggalkan imej buruk terhadap Islam penuh

dengan ugutan, pergaduhan, kekerasan dan pertumpahan darah.

 Sekarang ini Syiah Dua Belas ini tersebar dengan meluas di Iran, sebahagian besar

Iraq, Pakistan dan Lubnan.

 Beberapa Penyelewengan Syiah Dari Sudut Akidah Dan Syariah ialah:

i. Khalifah diwasiatkan secara nas- al wasi (imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas).

ii. Imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia).

iii. Kemunculan Imam Mahdi (ar-Raj'ah) dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.

iv. Berpura-pura (al Taqiyyah) iaitu menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya.

v. Konsep al-Mahdiah (Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar yang telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H dan akan muncul semula untuk memerintah). vi. Menyanjung Saidina Ali (menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia

disama tarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi).

vii. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah s.a.w. (mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. viii. Menghalalkan Nikah Mut'ah

ix. Menambah Syahadah. (nama Saidina Ali disebut dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w).

x. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahlu sunnah wal jamaah sekalipun hadith mutawatir. (Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja).

xi. Menolak Qias (menolak Qias, kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama).

xii. Mengamalkan nikah Mut'ah (nikah Mut'ah pemah diharuskan diperingkat awal Islam dalam keadaan tertentu kemudian dimansuhkan)

iv.Faktor Keempat: Amalan Khurafat

 Berpunca dari tiga unsur Sin Kritisma, Hindu-Buddha dan Animisme dan Dinisme

yang dijelmakan dalam amalan-amalan perbomohan dan kesaktian.

 Kepercayaan kepada unsur mistik dari pengamal ilmu hitam yang mencampurkan

ayat suci dengan jampi dan mentera

 Kadangkala terdapat ajaran sesat yang menggunakan unsur sihir (ilmu hitam) untuk

menguasai para pengikutnya

v.Faktor Kelima

Usaha Musuh Menjauhkan Umat Islam Dari al Quran Dan as Sunnah

 Perancangan jahat musuh menyelewengkan umat Islam agar tidak mengamalkan

ajaran al Quran dan as Sunnah .

 Golongan munafik dan zindik berusaha dan membuat berbagai propaganda

antaranya:

i. Pentafsiran batin oleh golongan kebatinan dengan menyatakan al Quran ada makna zahir dan makna batin. Hanya yang batin sahaja wajib diamalkan

ii. Pentafsiran palsu ke atas ayat (seperti tafsir surah al Muddathir ayat 30 dan 31 oleh Rashad Khalifa).

iii. Pentafsiran dengan angka (teori simbolik angka 7 dan 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 ”La ilaha ill Allah” berjumlah 19 huruf (Nabi Ismail Asliah, Kisaniah dan Qaromitah)

iv. Penetapan tarikh berlakunya kiamat.

 Mencela ulama dan fuqaha

Mereka bahagikan ulama kepada dua iaitu;

i. Ulama zahir dan batin yang mempunyai maqam tinggi dan mengetahui ilmu hakikat.

ii. Ulama zahir ialah ulama yang hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama yang ada hari ini.

 Membuat takwilan dalam agama; guru ajaran sesat dengan berani melakukan

takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al Quran dan hadis nabi s.a.w. dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie seperti mentakwil angka dan pandangan huruf dengan maksud tertentu.

 Kepentingan peribadi dan seks; seperti inginkan kedudukan, pangkat kebendaan dan

seks bebas dengan mengamalkan Nikah Batin (yang dinikah itu namanya manikam, maharnya ialah air mani, walinya Allah s.w.t, saksinya Kiraman-Katibin disebut dalam ajaran Tariqatul Islam).

 Antara gerakan yang menafikan kebenaran sumber Islam dan cuba menyelewengkan

syariat Islam ialah:

i. Ajaran Crypto Mokhtar Hassan di hukum di Mahkamah Syariah (Kuang Selangor, 1978) ajaran ini menafikan al Quran, membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain.

ii. Ajaran Taslim (difatwa sesat oleh Jawatankuasa Kedah 1969) ajaran ini kadang- kadang mengurangkan pengerjaan ibadat sembahyang dan puasa.

iii. Ajaran Tajalli @ Hakikat Insan Ahmad Laksamana, Kelantan (dihukum di Kelantan tahun 1986). Ajaran ini memperkecilkan ulama syariat dan telah tersebar ke serata negeri.

iv. Ajaran Mohd. Nasir Nabi Ismail a.s Kemboja (Batu Pahat 1980) yang menafikan fardhu Jumaat serta menyalahkan orang lain, akhirnya telah menyerang Balai Polis Batu Pahat.

v. Kumpulan Anti Hadis (Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan mengharamkannya Januari 1986)

Implikasi Terhadap Kemurnian Akidah Dan Keselamatan 1. Rosaknya akidah dan berlaku penyelewengan dalam ibadat .

2. Berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam kerana pengikut ajaran sesat sangat taat kepada ‘syeikh’ (guru) mereka. Ahli kumpulan ditegah berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli mereka. Ini melahirkan sikap fanatik dan prasangka buruk kepada orang lain.

3. Timbulnya berbagai-bagai keganasan di dalam masyarakat seperti kes Tajul Ariffin yang mendakwa dirinya Imam Mahdi telah menyerang Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab pada 5 Julai 1979, di masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak. Ini berikutan keengganan orang lain mengiktiraf dirinya sebagai Imam Mahdi.

4. Berlakunya keretakan dalam keluarga kerana pengikut ajaran ini akan menghabiskan masa siang dan malam bersama ‘syeikh’ (guru) dan rakan kumpulan sahaja. Segala pengorbanan harta benda, wang dan tenaga dicurah untuk kepentingan guru dan

kumpulan tanpa menghiraukan diri dan keluarga.

Kesimpulan.

Manusia bertanggungjawab terhadap masa depan kehidupannya akhirat. Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa atas dosa atau kekufurannya. Semuanya akan kembali pada diri mereka masing-masing. Sekiranya Allah kehendaki nescaya seluruh penduduk alam ini beriman dan taat kepadaNya. Firman Allah:



























Maksudnya:

“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ?”

(Surah Yunus : 99)

RUJUKAN.

1. Abdul Karim Zaidan Dr, (1987), Usul Dakwah, Darul Wafa, Kaherah

2. Al Mausu’ah al Muyassarah fi al Adyan wal Mazahib al Mu’asarah, An Nadwah

al Alami lil Syabab al Islami (WAMY), Riyad.

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 44-51)