• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor-faktor Gejala Sosial i Faktor Ibu bapa atau Keluarga:

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 130-135)

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA 6.1 GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA

6.1.1 Faktor-faktor Gejala Sosial i Faktor Ibu bapa atau Keluarga:

 Ibu bapa tidak bertanggungjawab, gagal membimbing dan mengasuh

anak-anak dalam menerapkan nilai-nilai murni,ajaran agama dan kasih sayang.

 Bersikap materialistik dan sibuk mengejar kebendaan.  Tidak mengetahui gerak-geri anak-anak

Sabda Nabi saw:

" Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu

bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi”.

ii. Faktor Perkembangan Teknologi Maklumat ( ICT dan Media Massa):

 Informasi tidak berfaedah mudah didapati

 Budaya luar diserap masuk ke dalam budaya kita seperti pengaruh cara

bercakap,berpakaian, bersosial dan berfikir.

 Banyak memaparkan pengaruh negatif Barat  Nilai keislaman tidak dititikberatkan

iii. Faktor Kejiwaan (al Nafs):

Manusia diciptakan dengan mempunyai dua kecenderungan; kebaikan dan keburukan.

Al-nafs mutma’innah (kebaikan) ; zat yang sangat halus,bertabiat mulia

dan mempunyai darjat yang tinggi.

Al-nafs ammarah (keburukan); yang menurut hawa nafsu

Firman Allah swt:





































Maksudnya “ Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”.

( Surah al Syams :7-10) Ibnu Maskawaih mengatakan:

"Akhlak ialah keadaan jiwa yang selalu mendorong manusia berbuat tanpa memikirkannya (lebih lama)."

Kesimpulannya jika unsur kebaikan menguasai dirinya ia akan mendorong kepada perbuatan kebaikan dan sekiranya unsure keburukan menguasainya maka mereka akan cenderung melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.

iv. Faktor Kesan Globalisasi

 Globalisasi ialah konsep dunia tanpa sempadan.

 Segala maklumat dan perkembangan dapat diketahui dan dicapai dengan

mudah dan cepat sama ada perkara baik atau buruk.

 Kadang kala terdapat remaja yang mempunyai pemikiran yang sempit

suka mencuba sesuatu yang baru. Mereka akan teruja dan tidak dapat mengelak daripada melihat dan berinteraksi terhadap perkara ini.

v. Faktor Rakan Sebaya:

 Rakan sebaya adalah orang yang sangat berpengaruh kepada

perkembangan remaja.

 Rakan sebaya mempunyai tahap mentaliti dan tahap pemikiran yang sama.  Seorang sahabat mestilah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang dapat

memberi faedah keagamaan.

Sabda Nabi s.a.w daripada Abu Hurairah r.a:

Maksudnya :“ Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan”.

(Hadis riwayat Abu Daud dan al Tirmizi)

vi. Faktor Kelonggaran Undang-undang dan Penguatkuasaan:

 Tidak terdapat undang-undang yang ketat dan penguatkuasaan yang tegas.  Terdapat segelintir kes rasuah di kalangan penguatkuasa undang-undang  Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan

Langkah-langkah membendung gejala sosial menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:

 Beriman kepada Allah swt, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, malaikat-

malaikat-Nya, hari kiamat serta qadak dan qadar-Nya.

 Melaksanakan rukun-rukun Islam dalam kehidupan.

 Taat yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan RasulNya.  Mengerjakan suruhan Allah dan Rasul serta menjauhi laranganNya.  Mencontohi akhlak Rasulullah saw.

Firman Allah s.w.t:





















Maksudnya: “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri”.

(Surah al Ra’d: 11) 6.1.2 Pakaian Menurut Perspektif Islam

Definisi

Aurat diambil dari perkataan Arab 'aurah' yang bererti keaiban. Manakala menurut istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Perintah Menutup Aurat

i. Larangan berpakaian seperti masyarakat Jahiliyah Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah s.w.t;





 ...

Maksudnya: "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu;…”.

( Surah al Ahzab: 33)

ii. Tuntutan melabuhkan pakaian







































Maksudnya: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak

diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampunlagi Maha Mengasihani.".

(Surah al Ahzab : 59)

iii. Memakai pakaian yang sederhana Firman Allah s.w.t :























…. 

Maksudnya: “….dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya..)”.

(Surah al Nuur:31)

Menurut Iman Syafie perkataan perhiasan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu;

 Pertama : Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka , pipi mulut,

mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.

 Kedua : Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek, cincin, rantai leher,

gelang kaki dan sebagainya. Beberapa Situasi Menutup Aurat

 Aurat ketika di hadapan bukan mahram (ajnabi) ; seluruh anggota badan

kecuali muka dan tapak tangan.

 Aurat ketika bersama mahram ; Diantara pusat hingga ke lutut.  Aurat ketika dharurah ; ketika sakit (mengikut keperluan)  Aurat ketika sendirian : Diantara pusat hingga ke lutut.

Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan.

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah saw telah menerima hadiah sejenis kain qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah al Albi dan Rasulullah saw pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid), untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah saw bertanyakan Usamah: "Kenapa engkau tidak memakai kain qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Saya telah berikan kepada isteri saya." Lalu Rasullullah saw bersabda kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain qibtiah itu tidak di galas , maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

Selain dari itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan mambayangkan kulit pemakainya. iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang

melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan maksudnya: ”Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian seperti lelaki”.

vi. Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak.

Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina."

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Kesimpulan

Seseorang wanita yang memakai pakaian menurut ciri-ciri Islam, mereka dapat menghindari dirinya dari fitnah dan menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus dapat mengelakkan diri dari perbuatan tidak senonoh di kalangan lelaki terhadap wanita. Selain itu mereka yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah swt dan golongan lelaki akan memandang

mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang amat tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

6.1.3 Transeksual

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 130-135)