• Tidak ada hasil yang ditemukan

Al Quran Definisi al Quran

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 61-66)

SYARIAH ISLAMIAH 3.1 PENGENALAN SYARIAH

3.2. SUMBER SYARIAH ISLAM Pendahuluan

3.2.1 Al Quran Definisi al Quran

Dari segi bahasa al Quran bermaksud baca. Dari segi istilah pula al Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat, diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril a.s. dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

Nama-nama lain bagi al Quran i. Al Furqan (al Furqan : 1) ii. Al Kitab (al Zukhruf : 2)

iii. Al Zikr (al Hijr : 9) iv. Al Qaul (al Qasas : 51)

Sifat-sifat al Quran

i. Huda (petunjuk) (al Baqarah : 185) ii. Nur (cahaya) (al Nisa : 174)

iii. Syifa’ (pengubat) (al Isra : 82) iv. Mau’izah (peringatan) (Yunus : 57) Bukti al Quran benar dan masih asli

i. Jaminan keaslian al Quran ii. Cabaran al Quran

iii. Janji yang benar iv. Penemuan sains

i. Jaminan Keaslian al Quran

Al Quran tidak mempunyai versi yang berbeza-beza seperti kitab Injil pada zaman ini. Sebaliknya al Quran mempunyai satu versi sahaja sejak turunnya sampai sekarang ini dan ia dijamin oleh Allah s.w.t. tentang keasliannya hingga hari kiamat.

Firman Allah s.w.t. :







Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

(Surah al Hijr : 9)

ii. Cabaran al Quran

Al Quran telah mencabar mereka yang ragu dan keliru, supaya mencipta satu surah yang menyamai mana-mana surah dalam al Quran. Namun mereka lemah dan tidak mampu menyahut cabaran tersebut.

Firman Allah s.w.t. :





















Maksudnya : “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah jika betul kamu orang-orang yang benar.

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya; manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk

orang kafir.”

(Surah al Baqarah : 23-24) iii. Janji Yang Benar

Antara mukjizat dan kebenaran al Quran ialah menceritakan lebih awal lagi beberapa peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Contohnya Allah s.w.t. menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang dikuasai oleh masyarakat jahiliyyah pada masa itu.

Firman Allah s.w.t. :

















Maksudnya : "Demi sesungguhnya Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid al Haram - Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidakpun) menggunting sedikit rambut kamu, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan itu).”

(Surah al Fath : 27)

iv. Penemuan Sains

Asal bahan api : Tumbuhan hijau

Pakar kimia telah mendedahkan bahawa semua sumber bahan api berasal daripada titik-titik hijau yang wujud dalam tumbuhan. Titik-titik hijau tersebut dapat menyimpan tenaga bakar matahari dalam bahagian-bahagian tumbuhan. Kemudian mengubahnya menjadi unsur-unsur tumbuhan yang memudahkan kita memakan, membakar dan mengeluarkan bahan api yang terkandung dalam bahagian tumbuhan tersebut.























Maksudnya : “Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon- pohon itu.”

(Surah Yasin : 80) Pakar kaji bumi juga mendedahkan bahawa petrol dan semua bahan asli seperti benzin dan kerosin berasal daripada tumbuhan yang terbenam dalam tanah dan batu, kemudian bertukar bentuknya. Al Quran mengakui hakikat ini sejak 14 kurun yang lampau.

Setiap Benda Hidup : Dijadikan Daripada Air Firman Allah s.w.t. :







































Maksudnya : “Dan tidakah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”.

(Surah al Anbiya : 30)

Hanya selepas sains mencapai kemajuan, kita dapat mengetahui bahawa sitoplasma yang menjadi asas setiap sel mengandungi 80% air. Selain itu, kita juga dapat mengetahui bahawa kebanyakan organisma mempunyai 50% hingga 90% air. Ini membuktikan bahawa setiap benda hidup memerlukan air untuk hidup.

Pengumpulan al Quran

Pengumpulan al Quran Pada Zaman Rasulullah s.a.w.

Pengumpulan al Quran telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Ianya telah diperintah oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat supaya menulis serta mengumpul. Secara ringkasnya pengumpulan al Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. terbahagi kepada dua iaitu :

i. Melalui hafazan : antara para sahabat yang terlibat ialah :

 Khulafa al Rasyidin r.a.  Muaz bin Jabal r.a.  Talhah bin Ubaidillah r.a.

 Zaid bin Thabit r.a.

ii. Melalui tulisan: sahabat yang terlibat dalam penulisan pula ialah :

 Khulafa al Rasyidin r.a.  Zaid bin Thabit r.a.

 Muawiyah bin Abi Sufian r.a.  Thabit bin Qais r.a.

Pengumpulan Dan Pembukuan Al Quran Pada Zaman Saidina Abu Bakar Al Siddiq

Peperangan di dalam menumpaskan golongan murtad dan gerakan mereka di zaman Khalifah Abu Bakar r.a. telah memakan korban yang ramai. Terutama peperangan Yamamah yang berlaku pada tahun 12 Hijrah, termasuk mereka yang terbunuh merupakan para penghafaz al Quran seramai 70 orang. Saidina Umar r.a. merasakan perkara tersebut membawa ancaman besar kepada penyimpanan al Quran lalu beliau merasa perlu supaya al Quran dibukukan.

Apabila pandangannya dibentangkan kepada Khalifah Abu Bakar r.a., pandangannya ditolak atas alasan ianya tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.. Akhirnya beliau bersetuju atas dasar kepentingan (maslahah).

Peranan utama dalam melaksanakan tugas ini telah diberikan kepada Zaid bin Thabit r.a.. Naskhah yang disusun ini kemudiannya disimpan oleh Saidina Abu Bakar r.a., selepas beliau wafat berpindah pula ke tangan Saidina Umar r.a., kemudian kepada anaknya Hafsah yang diwasiatkan untuk menerimanya. Apabila Hafsah r.a. meninggal, mashaf tersebut berpindah ke tangan saudaranya Abdullah bin Umar r.a..

Pengumpulan Dan Pembukuan Al Quran Pada Zaman Saidina Uthman Bin Affan Pada zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a. berlakunya perselisihan pendapat tentang cara bacaan (qiraat) yang tidak sama. Perbezaan bacaan ini berlaku pada tahun 30 Hijrah. Angkatan tentera Islam yang datang dari Syam dan Iraq pada waktu itu bersiap sedia untuk berperang dengan Armenia dan Azerbaijan. Mereka yang berasal dari Syam membaca berpandukan mashaf yang ditulis oleh Ubai bin Abi Ka’ab, sementara mereka yang datang dari Iraq pula berdasarkan bacaan al Miqdad bin al Aswad r.a.. Panglima angkatan tentera Islam dalam peperangan tersebut Huzaifah bin Yaman r.a. kemudiannya datang mengadap Saidina Uthman r.a. di Madinah dan menyatakan kebimbangan beliau tentang apa yang sedang berlaku.

Menyedari bahaya ini Saidina Uthman telah mengumpulkan para sahabat untuk berbincang, beliau telah memanggil Zaid bin Thabit r.a. dan tiga tokoh lain dari suku Quraisy iaitu Abdullah bin Zubair r.a., Said bin al As r.a. dan Abdul Rahman bin Harith

r.a.. Mereka diarahkan untuk menyalin mushaf yang ada tersimpan pada Hafsah dalam beberapa salinan untuk dihantar ke seluruh pelusuk negara Islam pada waktu itu.

Saidina Uthman juga telah memerintahkan supaya naskhah-naskhah lain dibakar. Setiap salinan mashaf yang dihantarkan ke daerah itu bersama seorang imam yang akan bertanggungjawab membimbing orang ramai di dalam membaca al Quran.

Abdullah bin Saib r.a. di hantar ke Mekah, al Mughirah bin Syahab r.a. ke Syam, Abu Abdul Rahman as-Silmy r.a. ke Kufah dan Amir bin Qais r.a. ke Basrah. Zaid bin Thabit r.a. ditugaskan memperbetulkan bacaan orang-orang Madinah. Akhirnya mashaf tersebut dinamakan sebagai mashaf Uthmani.

Proses mengelok dan mengindahkan mashaf Uthmani berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (65-85H) dari Bani Umaiyah.

 Ubaidullah bin Ziad dan al Hajjaj bin Yusuf Assaqafi : memperbaiki tulisan pada

beberapa kalimah al Quran seperti menambah huruf alif pada kalimah yang ditulis alifnya.

 Abu Aswad al Duali, Yahya bin Yakmar dan Nasir bin Asim al Laytsy :

meletakkan baris.

 Khalil bin Ahmad al-Farahidi : meletakkan beberapa tanda dalam al Quran seperti

huruf hamzah, tanda tasydid, alamat raum dan isymam.

 Abu Hatim al Sajistani : meletakkan titik-titik dan baris al Quran.

3.2.2 Al Sunnah (Hadith)

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 61-66)