• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP TAMADUN 1 Pengertian tamadun.

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 107-111)

ISLAM DAN KETAMADUNAN

5.1 KONSEP TAMADUN 1 Pengertian tamadun.

1. Dari segi bahasa:

Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Perkataan peradaban membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani)

Dari segi bahasa Arab, perkataan tamadun atau peradaban sering dkaitkan dengan beberapa istilah seperti madaniah dan hadharah.Perkataan tamadun lahir daripada perkataan madanna yang mempunyai dua pengertian yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus bud pekerti.

Daripada perkataan madanna muncul pula perkataan madani yang merujuk kepada pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

Hadharah pula dikaitkan dengan kehidupan yang berada pada tahap yang maju. Lawannya ialah badawah yang bereti mundur. Daripada erti perkataan hadharah ini

dapat difahamkan bahawa apa yang kita namakan tamadu itu berasal daripada perkataan bandar.

Ini kerana bandar merupakan tempat yang sesuai untuk melahirkan kemajuan disebabkan di situ terdapat pelbagai benda dan kemudahan yang boleh menjadi asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun. Kehidupan hadharah banyak tertumpu kepada unsur-unsur yang bercorak perdagangan,kemajuan teknologi dan pengkhususan pekerjaan. Kota-kota di dalam bahasa Arab dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun.

Dalam bahasa Melayu sama ada di Malaysia atau di Indonesia menurut Sidi Ghazalba, perkataan peradaban adalah dipandang sinonim dengan perkataan tamadun. Apabila disebut beradab,bermaksud sopan,terhormat dan berakhlak.

Dalam bahasa Inggeris, civilized bermaksud memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan atau keluar daripada kehidupan barbarian (biadap) kepada kehidupan yang lebih baik iaitu yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

Kesimpulannya ciri-ciri tamadun mestilah merangkumi kehidupan kota, sistem perundangan dan pemerintahan yang berkesan, memperbaiki tingkah laku dan kemajuan dalam bentuk fizikal dan spritual.

2. Dari segi istilah :

Mahmood Mohd Taib al-Najmi (1971) dalam bukunya Sejarah Tamadun Islam menjelaskan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran dari segi pemikiran dan kebendaan.

Kamus Dewan (1997) mendefinasikan tamadun sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan taraf pemikiran (sosial, politik, budaya dan lain-lain) yang tinggi.

A.S Hornby dan E.C Pornwell (1972) dalam bukunya The Progressive English

mendefinasikan civilization sebagai maksud meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik dan moral.

Ahmad Tarmizi Talib (1997) menjelaskan bahawa tamadun ini merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan mencapai satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat bermoral.

Sarjana Islam seperti Asad bin Ali Shari’ati (1985) menekankan bahawa peranan Islam adalah merupakan faktor penting dalam pembentukan tamadun Islam. Ini dijelaskan lagi dengan memberi penekanan khas kepada kepimpinan Nabi Muhammad

saw dan al-Qur’an dalam proses mentamadunkan orang arab. Secara amnya kedatangan agama Islam di kalangan masyarakat arab jahiliah telah mengubah keseluruhan corak hidup mereka. Tamadun Islam dapat dibangunkan ditengah-tengah padang pasir yang kering kontang dan menguasai hampir seluruh dunia beberapa abad lamanya. Tamadun Islam telah merubah beberapa aspek penting kehidupan masyarakat arab jahiliah seperti aqidah, sosial, politik, ekonomi, pendidikan, seni bina, kesenian dan sebagainya.

5.1.2 Perbezaan Antara Tamadun Islam Dan Tamadun Lain (Barat). a. Kedudukan Agama dalam Tamadun.

Menurut pandangan barat yang dipengaruhi oleh fahaman sekularisme agama adalah sebahagian dari kebudayaan. Dengan kata lain dengan budi dan daya manusia mencipta agamanya. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan, mengembang dan merosot. Menurut konsep ini agama turut sama mengalami perubahan. Akibatnya, agama mengikut (dicorakkan) oleh pembaharuan.

Pandangan ini tidak selaras dengan Islam yang menegaskan bahawa Dinul Islam adalah mencakupi seluruh sudut kehidupan manusia, samaada keagamaan atau keduniaan. Dinul Islam adalah kurniaan Allah, melalui wahyu sahaja manusia diajar aqidah yang benar, cara-cara melakukan ibadat khusus dan prinsip-prinsip dan muamalat, dengan akal yang dikurniakan oleh Allah manusia membina tamadun, berpandukan dan selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh wahyu.

Aqidah, ibadah khusus dan prinsip-prinsip asas muamalat adalah tetap, tidak boleh diubah. Yang berubah hanyalah tamadun yang dikembangkan oleh manusia mengikut kesesuaian masa dan tempat pada ukuran akal yang berlandaskan prinsip- prinsip atau acuan wahyu tersebut. Oleh itu pembaharuan dalam Islam berlandaskan prinsip-prinsip atau acuan wahyu tersebut iaitu menurut Dinul Islam bukan sebaliknya. Walaupun begitu ia tetap bersifat fleksible dan tidak rigid.

Perbezaan antara dua konsep tersebut berpunca dari perbezaan ajaran dan fungsi antara agama-agama lain dengan Islam. Pandangan barat seperti diatas berdasarkan ajaran agama-agama lain yang tidak memasukkan semua aspek kehidupan ke dalam agama seperti Islam. Pandangan mereka terhadap Islam juga berdasarkan fahaman yang serupa.

b. Konsep Kesepaduan dan Pengawalan.

Di dalam tamadun Islam terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan oleh Dinul Islam. Hubungan manusia dengan Allah berkait erat dengan hubungan manusia sesama manusia, begitu juga pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. Segala kemajuan dan kegiatan manusia mestilah menurut aqidah, syariat dan akhlak Islam. Ringkasnya tamadun Islam adalah tamadun yang terpimpin.

Di dalam tamadun sekular tidak terdapat konsep kesepaduan , sementara kawalannya sangat longgar. Sekularisme mengajar bahawa perkara-perkara keduniaan

hanya untuk kegiatan dunia semata-mata, tiada kaitan dengan kegiatan keagamaan yang berkait dengan akhirat. Oleh itu kegiatan seperti berjual beli dianggap sebagai kegiatan sesama manusia sahaja tiada hubungan dengan Tuhan. Didalam keadaan ini tidak akan ada keikhlasan, kebajikan dan sebagainya daripada seorang peniaga kerana dia tidak mengharapkan pahala dari Tuhan. Apa yang diharapkan adalah keuntungan dengan apa cara sekalipun walaupun dengan memeras dan menipu. Apatah lagi dia tidak merasakan dirinya tidak terikat dengan undang-undang Tuhan. Seseorang itu mungkin terikat dengan undang-undang negara ciptaan manusia, tetapi kawalannya terlalu longgar. Bila-bila masa sahaja dia boleh melakukan penipuan apabila berada di belakang pihak yang berkuasa, kerana tiada ikatan supaya seseorang itu beriman dengan undang-undang ini. Tambahan pula sekularis bebas memilih apa sahaja fahaman yang mereka sukai sama ada kapitalisme, liberalisme, sosialisme dan lain-lain yang menyebabkan bentuk kawalan tamadun itu berubah-ubah dan tidak seragam.

c. Konsep Kemajuan.

Kemajuan menurut konsep barat adalah berdasarkan kepada jumlah keuntungan atau pembaharuan yang dicipta dan seumpamanya. Islam juga mengambil kira perkara- perkara ini, tetapi Islam juga mengambil kira apakah pembaharuan itu, bagaimana ia dicapai dan apakah matlamatnya. Virus komputer adalah satu penemuan dan pembaharuan di dalam dunia sains tetapi Islam tidak mengiktirafkannya sebagai pembaharuan atau tamadun. Islam menyanjungi kemajuan nuklear, tatapi tidak membenarkan ia digunakan untuk memusnahkan manusia dan alam. Oleh itu kayu ukur yang sebenarnya ialah sejauh manakah sesuatu kemajuan itu selaras dengan etika yang sebenar, kebenaran yang mutlak yang ditentukan oleh Pencipta.

Dunia barat menitikberatkan aspek kebendaan dan mengenepikan aspek kerohanian. Islam menekankan kedua-dua aspek ini. Pembangunan Islam bersifat komprehensif (lengkap) dan multi dimensional (dilakukan serentak dalam beberapa arah). Sungguhpun begitu, Islam mengutamakan kerohanian, tanpa mengabaikan aspek kebendaan. Islam mengambil berat pembangunan dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Pendidikan ke atas seorang insan ditekankan semenjak sebelum ia dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya. Didalam menjalani kehidupannya seseorang itu diperintahkan pula supaya memantapkan ekonominya, maka wajib keatasnya bekerja bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal untuk menanggung keluarganya. Tetapi tidak ditekankan mengejar kekayaan semasa dia masih kanak-kanak, tidak seperti pendidikan yang ditekankan walaupun dia masih kecil. Islam menggariskan bahawa bukanlah kekayaan sebenar berdasarkan kekayaan kebendaan tetapi berdasarkan kekayaan jiwa.

Pembangunan kebendaan dalam Islam adalah semata-mata sebagai alat untuk menyempurnakan pembangunan kerohanian. Misalnya kekayaan ekonomi digunakan untuk mendirikan pusat-pusat pendidikan. Wang yang kita dapati adalah untuk menyempurnakan pendidikan anak-anak dan digunakan ke jalan-jalan lain seperti bersedekah, mengerjakan haji, dan seumpamanya yang menjadi saham akhirat. Keindahan seni adalah semata-mata sebagai umpan yang menarik minat untuk menghayati masej yang hendak disampaikan. Di sini memperlihatkan ikatan yang

harmoni di antara kebendaan dengan kerohanian, keduniaan dengan keakhiratan di dalam Islam.

Pembangunan kerohanian akan menjamin pembangunan kebendaan. Sebaliknya pembangunan kebendaan belum tentu dapat diperoleh dari seorang usahawan yang suka berjudi akan dihabiskan untuk berjudi. Kalau beliau seorang peminat rock akan dibelanjakan untuk budaya rock yang meruntuhkan moral dan masyarakat. Sebaliknya usahawan yang terdidik akhlaknya akan membelanjakannya untuk pembangunan diri dan masyarakat. Oleh itu fokus utama pembangunan Islam ialah manusia itu sendiri.

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 107-111)