• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip-Prinsip Syariah Islam

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 55-60)

SYARIAH ISLAMIAH 3.1 PENGENALAN SYARIAH

3.1.3 Prinsip-Prinsip Syariah Islam

Islam adalah agama yang menjaga keperluan manusia dan menjamin kebahagiaan melalui hukum-hukum yang telah disyariatkan. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa prinsip asas sebagai rahmat kepada manusia.

i. Mudah

Syariah Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk memberi kemudahan kepada kaum muslimin. Firman Allah s.w.t. :





Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

(Surah al Baqarah : 185) Contoh :

i. Bersolat dalam keadaan duduk bagi mereka yang tidak mampu berdiri. ii. Memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat dan menghimpunkan

dua solat dalam satu waktu bagi orang yang musafir.

ii. Beransur-ansur

Syariah Islam diperundangkan ke atas manusia secara berperingkat-peringkat dan ajarannya dijelaskan secara sedikit demi sedikit. Ini membolehkan umat Islam menyesuaikan dengan cara hidup Islam.

Contoh :

i. Pengharaman arak. Pada peringkat pertama Allah s.w.t. memberitahu arak itu mempunyai kebaikan dan keburukan. (al Baqarah : 129). Peringkat yang kedua Allah s.w.t. memerintahkan kepada umat Islam agar tidak mendirikan solat dalam keadaan mabuk (al Nisa : 43). Peringkat seterusnya Allah s.w.t. mengharamkan arak daripada diminum (al Maidah : 90).

ii. Larangan bercakap ketika solat. Pada peringkat awal solat diwajikan, para sahabat nabi s.a.w. bercakap ketika solat, sehinggalah Allah s.w.t menurunkan ayat memerintahkan supaya diam (al Baqarah : 238).

Syariah Islam juga bertujuan untuk menegakkan keadilan secara menyeluruh, tidak hanya di kalangan umat Islam bahkan bagi umat manusia seluruhnya.

Firman Allah s.w.t. :



















Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah al Maidah : 8) Contoh :

i. Tindakkan tegas diambil oleh Rasulullah s.a.w. jika anaknya melakukan jenayah.

ْوَل

َّنَأ

َْةَمِطاَف

َتْنِب

ٍدَّم َحُم

ْتَقَر َس

ُتْعَطَقَل

اَه َدَي

Maksudnya : “ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong

tangannya.”

(Hadith riwayat al Bukhari) ii. Saidina Umar al Khattab melaksanakan hukuman rotan ke atas anaknya yang

meminum arak. 3.1.4 Tujuan Syariah Islam

Pada umumnya hukum syariah bertujuan untuk menjaga maslahah atau kebajikan manusia yang mencakupi kebajikan individu dan masyarakat.

i. Menjaga agama

Agama merupakan satu keperluan kepada setiap manusia, kerana ia mengatur kehidupan manusia, menyatakan hubungannya dengan Tuhan dan hubungan manusia dengan manusia. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam….”

(Surah Ali Imran : 19) Contoh :

(a) Jihad disyariatkan untuk menjaga dan mengurus agama agar manusia tidak melampaui batas dan melakukan fitnah atas nama agama.

Firman Allah s.w.t. :









Maksudnya : “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah….”

(Surah al Baqarah : 193) (b) Hukuman bagi orang yang murtad, kerana orang yang murtad mencemari dan merosakkan kemurnian agama.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

َل

ُّلِحَي

ُمَد

ٍئِرْما

ٍمِل ْسُم

ُدَه ْشَي

ْنَأ

َل

َهَلِإ

َّلِإ

ُهَّللا

ىِّنَأَو

ُلو ُسَر

ِهَّللا

َّلِإ

ى َدْحِإِب

ٍثَلَث

ُسْفَّنلا

ِسْفَّنلاِب

ُبِّيَّثلاَو

ىِناَّزلا

،

ُقِراَمْلاَو

َنِم

ِنيِّدلا

ُْكِراَّتلا

َةَعاَم َجْلا

Maksudnya : “Tidak halal darah seseorang muslim yang mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawa aku Rasulullah kecuali salah satu dari tiga perkara : membunuh, penzina sudah berkahwin dan meninggalkan agama keluar dari jemaah.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) ii. Menjaga nyawa

Untuk menjaga nyawa, Islam mengharamkan pembunuhan sesama manusia tanpa hak. Contoh :

(a) Hukuman qisas. Firman Allah s.w.t. :











Maksudnya : “Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”

(b) Memaafkan orang lain. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. memaaf orang-orang kafir Quraisy ketika pembukaan kota Mekah.

iii. Menjaga akal

Akal merupakan kurniaan yang paling bernilai kepada manusia. Menjaga akal mempunyai pertalian rapat dengan menjaga nyawa. Islam mensyariatkan hukum-hukum khas untuk menjaga akal.

Contoh :

(a) Mengharamkan khamr iaitu arak dan mensyariatkan hukuman hudud kepada peminumnya.

Firman Allah s.w.t. :











Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al Maidah : 90)

Hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malek r.a :

َّنَأ

َّىِبَّنلا

ىلص

هللا

هيلع

ملسو

َبَر َض

ىِف

ِرْم َخْلا

ِديِر َجْلاِب

ِلاَعِّنلاَو

،

َدَل َجَو

وُبَأ

ٍرْكَب

َنيِعَبْرَأ

.

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi s.a.w. dan Saidina Abu Bakar merotan peminum arak dengan pelepah dan sandal sebanyak empat puluh kali.”

(Hadith riwayat Muslim) (b) Mengharamkan segala yang memabukkan dan boleh memudaratkan akal seperti dadah, ganjah dan sebagainya.

iv. Menjaga keturunan dan maruah

Maruah adalah sebahagian daripada manusia dan tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan fitrah manusia yang membezakannya dengan haiwan. Manusia dipuji atau dikeji kerana maruah. Bagi menjaga maruah maka Islam menggariskan hukum pekahwinan dan

kekeluargaan. Contohnya dalam perkara memilih pasangan, pertunangan, pernikahan, penjagaan anak, nafkah, faraid, wasiat dan sebagainya. Selain itu Islam mensyariatkan hukum-hukum khas bagi menjaga keturunan dan maruah.

Contoh :

(a) Islam mensyariatkan hukuman hudud bagi penzina.

Firman Allah s.w.t. :









...

Maksudnya : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat….)

(Surah al Nur : 2) (b) Islam mengharamkan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat, kerana seolah-olah mencuri darah daging orang lain.

Firman Allah s.w.t. :







Maksudnya : “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah .”

(Surah al Ahzab : 5) v. Menjaga harta

Harta merupakan wasilah yang membantu manusia bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Harta merupakan keperluan daruri (mesti) untuk kepentingan manusia.Bagi menjaga harta, Islam mengsyariatkan hukuman hudud.

Contoh :

(a) Mengenakan hukuman hudud kepada pencuri. Firman Allah s.w.t. :





















Maksudnya : “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(b) Mengenakan hukuman hudud kepada penyamun. Firman Allah s.a.w. :































































Maksudnya : “Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”

(Surah al Maidah : 33)

3.1.5 Maslahah Syariah

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 55-60)