• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM"

Copied!
155
0
0

Teks penuh

(1)

FALSAFAH ILMU

1.1 KONSEP ASAS ILMU Pendahuluan

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu.



















































Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Quran melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Quran antaranya,

Firman Allah s.w.t :

















Maksudnya: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.

(Surah al-Zumar : 9)

Firman Allah s.w.t :



































Maksudnya:“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”.

(Surah al-Baqarah : 269 )

FirmanNya lagi.













...

Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.

(2)

1.1.1 Definisi Ilmu Dari segi bahasa

:-Berasal daripada Bahasa Arab iaitu

Alima (

ملع

) , ya’lamu

( ملعي

), ‘ilman (

املع

), ‘alimun(

ملاع

) ” Bahasa Inggeris iaitu

Science

Dari segi istilah

:-Imam Al-Ghazali mendefinisikan ilmu sebagai hakikat semua benda. Beliau juga mengatakan ilmu yang paling sempurna ialah ilmu yang dimiliki oleh Allah s.w.t.

Ibnu Khaldun mendefinisikan ilmu sebagai sesuatu yang dapat dipelajari oleh manusia sama ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman-pengalaman, mahupun dengan pertolongan wahyu Ilahi.

S.M. Naquib Al-Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna ke dalam jiwa seseorang hasil daripada maklumat atau ketibaan oleh hati tentang makna sesuatu. Qadi Abd Jabbar mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepercayaan yang memuaskan jiwa , bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya menurut realiti yang berlaku.

Prof Dr. Othman Bakar mendefinisikan ilmu sebagai kalimah Allah yang pengertiannya amat luas, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Kesimpulan definisi ilmu menurut perspektif barat dan Islam :

Perspektif Barat : Ilmu adalah pengetahuan yang dapat diperolehi melalui pengalaman , perolehan maklumat secara dapatan empirik dan bagaimana manusia memikirkan tentang sesuatu melalui kaedah tertentu. Barat hanya menerima ilmu melalui perkara yang dapat diukur, dibuktikan dalam makmal sahaja. Mereka menolak perkara-perkara ghaib seperti akhirat, syurga, neraka dan seumpamanya kerana perkara tersebut tidak dapat dibuktikan secara empirik dan saintifik.

Perspektif Islam : Suatu himpunan pengetahuan manusia hasil usaha pemahaman manusia yang lengkap merangkumi semua aspek, struktur, sistem, hukum-hukum yang berkaitan dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki sehingga dapat memberi keyakinan di hati untuk mengamalkannya dengan benar dan ilmu tidak hanya terbatas pada dapatan empirik sahaja.

(3)

Menurut Imam Al-Ghazali

Membahagikan ilmu kepada dua kategori besar iaitu :-i. Ilmu Fardu Ain

ii. Ilmu Fardu Kifayah i. Ilmu Fardu Ain ( Ilmu Wahyu )

 Berkaitan dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba Allah.  Ilmu yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

 Juga dikenali sebagai ilmu wahyu.

 Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam.  Contoh : Aqidah, Syariat dan Akhlak.

ii. Ilmu Fardu Kifayah

 Berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat Islam.  Ilmu yang diperolehi melalui akal manusia.

 Perlu untuk kesempurnaan hidup manusia.

 Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan manusia sahaja.  Contoh : Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii , Sains Fizik , Sains

Gunaan , Ekonomi , Pentadbiran Dan Sebagainya.

Pembahagian lain Imam Al-Ghazali membahagi ilmu kepada dua bahagian.

i. Ilmu Syariah - Ilmu ini diperolehi daripada nabi atau rasul bukan

melalui akal, ujikaji dan sebagainya. Semua ilmu syariah adalah sahih.

ii. Ilmu Ghair Syariah - Ilmu ini adalah ilmu keduniaan dan dibahagikan

kepada 3 hukum :

 Terpuji ( mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi dan seumpamanya.

(4)

Menurut Ibnu Khaldun

Membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu

i. Ilmu Naqliah ( al-Quran dan al-Sunnah )

ii. Ilmu Aqliah.

Ilmu Naqliah terbahagi kepada dua kategori :

 Ilmu bersumberkan syariat ( wahyu ) seperti al-Quran dan al-Sunnah

 Ilmu bukan bersumberkan wahyu seperti Ilmu Hadis, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu Fiqh,

Ilmu Kalam dan Ilmu Tasawuf.

Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran manusia yang berhubung rapat dengan kemajuan dan peradaban manusia.

Ilmu Aqliah terbahagi kepada empat kategori :

 Ilmu Logik ( Mantiq )  Ilmu Fizik

 Ilmu Metafizik ( Perkara Ghaib )  Ilmu Pembelajaran

1.1.3 Tujuan Utama Ilmu i. Mengenal Pencipta













































Maksudnya : ”Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (Al Sunnah). dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”.

( Surah al-Jumuah : 2 )

 Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah s.w.t.

 Manusia dibekalkan dengan akal yang mempunyai keupayaan yang amat dahsyat.  Untuk mengenal Allah s.w.t tidaklah perlu untuk menggunakan akal yang tinggi.  Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuannya dengan kebesaran dan

keagungan Allah s.w.t.

 Kewajipan manusia untuk mengenal Allah s.w.t melalui ilmu yang benar dengan

menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

(5)

 Menghubungkan kembali ilmu itu dengan penciptaNya kerana ilmu datang dari

Allah s.w.t.

 Allah s.w.t bersifat dengan maha mengetahui, tiada suatupun yang terlindung

daripada pengetahuanNya.

 Manusia tidak boleh lupa bahawa Allah s.w.t. yang menciptakan manusia dan

mengajar kepada manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s beberapa ilmu.

 Kita wajib menghubungkan ilmu dengan Allah s.w.t (Yang bersifat ’Aliman) agar

tidak tersesat jalan.

iii. Mencapai Kebenaran

 Mencari ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran (al-Haqq) dan keyakinan

(al-Yaqin).

 Melalui ilmu segala kepalsuan dan kebatilan dapat dihapuskan.

 Ilmu mampu mengeluarkan seseorang daripada keraguan kepada keyakinan.  Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Allah s.w.t.

iv. Berilmu dan Beramal

 Berilmu sahaja tidak memadai kerana tuntutan ke atas ilmu ialah melaksanakan

kefahaman dan roh itu sendiri.

 Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya merupakan suatu

kekejian.

 Orang yang berilmu tetapi tidak beramal mendapat celaan dan ancaman dari Allah

s.w.t.

v. Membentuk Kerohanian

 Al-Quran seringkali menjelaskan bahawa ilmu dapat membentuk kerohanian

seseorang yang akan menyebabkan rasa takut kepada Allah s.w.t.

 Ilmu yang mengabaikan nilai-nilai kerohanian akan tempang kerana manusia

bukan terbina daripada unsur jasmani semata-mata bahkan dilengkapkan dengan unsur rohani.

 Kebahagiaan hidup selalunya dirujuk kepada kebahagian rohani iaitu ketegangan

jiwa.

(6)

i. Rabbaniyyah

 Ilmu dalam Islam bersumberkan dari Allah s.w.t.  Ia bersifat Rabbaniyyah atau ketuhanan.

 Al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber ilmu yang utama.  Rabbani juga meliputi dari segi penggunaan ilmu itu sendiri.  Ilmu digunakan untuk kebaikan manusia dan alam seluruhnya.

 Apabila ilmu tidak dikaitkan dengan Allah s.w.t, manusia akan menjadi takbur

dengan kelebihan yang ada padanya.

 Matlamat ilmu adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

ii. Terbuka

 Sumber untuk memperolehi ilmu adalah sentiasa terbuka dan tidak terbatas

kepada al-Quran dan al-Sunnah sahaja.

 Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mengambil ilmu dari sumber

yang benar sama ada melalui kajian, pemerhatian dan seumpamanya.

 Walau bagaimanapun, hasil atau dapatan dari sumber yang bertentangan dengan

kenyataan al-Quran dan al-Sunnah adalah ditolak.

 Sumber ilmu tidak semestinya daripada orang Islam sahaja bahkan Islam

menggalakkan umatnya untuk mengambil ilmu dari siapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

iii. Syumul

 Islam menerima dan mengiktiraf semua ilmu yang bermanfaat.  Ilmu bersifat syumul atau menyeluruh.

 Islam meletakkan ilmu agama dan dunia adalah sama penting.

 Islam amat menekankan ilmu fardu kifayah disamping ilmu fardu ain.

 Tanpa ilmu fardu kifayah , ilmu fardu ain tidak dapat dilaksanakan dengan

sempurna.

1.1.5 Adab-Adab Menuntut Ilmu i. Berniat Ikhlas

 Setiap muslim wajib mengikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah.

 Rasulullah s.a.w pernah memberi amaran bahawa Allah akan menyediakan

tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan umatnya.

 Orang yang benar-benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu

(7)

 Firman Allah s.w.t :





























(Surah al Baqarah : 235)

Maksudnya : “Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

 Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap

orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

ii. Tekun Berusaha Dan Tawakkal

 Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa mengira keadaan dan

masa.

 Menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan bahan-bahan ilmiah.

 Mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu dan

bukan sebaliknya.

 Mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan

susah.

 Sentiasalah bertawakkal kepada Allah s.w.t dalam menuntut ilmu.

 Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,

yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah s.w.t sepenuh hati.

 Tekun berusaha mencari majlis ilmu.

ةنننجلا ضاننيرب متررم اذإ : نملسو هيلع ل ىلص ل لوسر لاق : لاق امهنع ل يضر سابع نبا نع

.ملعلا سلاجم : لاق ؟ ةنجلا ضاير امو ل لوسر اي : اولاق ن.اوعتراف

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. , katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Jika kamu melalui taman syurga , maka berhentilah kamu ”. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah , apakah taman syurga itu ? Beliau menjawab: “Majlis-majlis Ilmu”.

(Hadith riwayat Al- Tabrani )

iii. Menjauhi Maksiat

 Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam diri

dan suasana sekeliling.

 Ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita

(8)

 Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita

dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.

 Jangan terlalu mengambil mudah terhadap perkara maksiat yang boleh

menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar.

iv. Menjauhi Pertengkaran Dan Perbantahan

 Perkara ini perlu dijauhkan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.

 Amalan ini juga menjadikan hati keras, mewariskan kedengkian dan

menyebabkan kemarahan.

 Pendapat boleh dikemukakan dengan cara berhikmah dan soal diterima orang atau

sebaliknya adalah perkara lain.

 Firman Allah s.w.t :

















....

Maksudnya : ”Janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan cara yang paling baik”.

(Surah al-Ankabut : 46) v. Memilih Teman Yang Soleh

 Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan.

 Hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam menuntut

ilmu.

 Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama

orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah s.w.t menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

 Orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila

berlakunya kesilapan dan kesalahan.

 Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan

oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud : ”Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan

teman.”

vi. Memperbanyakkan Zikrullah

 Sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa

selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian.

 Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah

(9)

 Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan

penawar segala penyakit.

 Mengamalkan perkara sunnah dalam setiap gerak kerja kita seharian akan

sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t dan makhlukNya.

vii. Menjaga Kehormatan

 Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.

 Menutup segala keaiban diri dan orang lain akan membawa kepada keredhaan

Allah s.w.t.

 Seseorang yang dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah s.w.t. sahaja yang

mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.

 Mereka yang jauh daripada rahmat Allah s.w.t., akan dipenuhi dengan perkara

yang kurang baik dan derita.

viii. Doa Dan Keredhaan Ibubapa

 Sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam

perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.

 Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan

keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat.

 Sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita.  Rasulullah s.a.w :

امهطخس يف هطخس و نيدلاولا اضر يف برلا اضر

Maksudnya : ”Keredhaan Allah s.w.t. bergantung kepada keredhaan ibubapa”

( Hadith riwayat Al Tarmizi )

ix. Menghormati Guru

 Wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak

menyalahi kehendak Islam.

 Patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza.  Merendah diri terhadap guru walaupun lebih muda dari segi umur.  Sentiasa memuliakan dan menghormati orang yang berilmu.

 Tidak meninggalkan majlis ilmu sebelum mendapat kebenaran dari guru.  Beradab dari segi cara duduk atau cara bercakap dalam majlis ilmu.

x. Beramal Dengan Segala Ilmu Yang Diperolehi

(10)

 Sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan

ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala.

 Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah

maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.

 Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang

sementara.

1.2 SUMBER ILMU

Terbahagi kepada empat sumber iaitu :

Wahyu Akal InderaIntuisi .

1.2.1 WAHYU : ( al-Quran dan al-Sunnah )

Wahyu ialah pemberitahuan Allah s.w.t kepada para rasulNya tentang segala petunjuk dan pengetahuan yang dikehendakiNya secara luar biasa.

i. Al-Quran

 Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang bermukjizat, diwahyukan kepada

Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s, dalam Bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

 Selain merupakan kitab petunjuk, al-Quran juga adalah kitab yang

mengandungi konsep-konsep asas ilmu seperti proses peciptaan manusia.

 Perincian ilmu secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah s.w.t kepada

manusia untuk memikirkannya dengan menggunakan kekuatan akal.

Kelebihan Al-Quran

(11)

 Firman Allah s.w.t :

















Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menurunkan al-Zikr ( al-Quran ) dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya”.

(Surah al Hijr : 9 )

 Allah s.w.t. dan Rasul memuji orang yang belajar dan mengajar al-Quran.  Membaca al-Quran adalah ibadah.

 Al-Quran merupakan sumber utama dalam pelbagai bidang ilmu kerana

kesahihannya contohnya Ilmu Sains ( proses kejadian manusia, kejadian siang dan malam )

 Sabda Rasulullah s.a.w :

ُتْكَرَت

Maksudnya : “ Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegangdengan kedua-duanya iaitu kitabullah (al Quran ) dan sunnah nabiNya”.

(Hadith riwayat Malek)

ii. Al-Sunnah

 Al-Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas al-Quran.  Al-Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama

ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

 Al-Sunnah juga banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk kesihatan,

kemasyarakatan, akhlak dan lain-lain.

 Firman Allah s.w.t. :

















Maksudnya : “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya….”

(Surah al Hasyr : 7)

1.2.2 AKAL

 Menurut pandangan Islam akal adalah sumber ilmu yang memiliki kemampuan

(12)

 Antara kelebihan akal ialah melihat dan menilai kebesaran Allah s.w.t.. Namun

demikian akal adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak.

 Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,

dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, 191(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka”.

( Surah Ali Imran : 190 dan 191)

 Golongan rasionalisme mengatakan bahawa hanya melalui sumber akal sahajalah

manusia dapat memperolehi pengetahuan bahkan pengetahuan akal yang paling benar dan sahih.

1.2.3 INDERA

 Indera ialah pengalaman pancaindera atau deria.

 Pengetahuan melalui pancaindera dikenali sebagai pengetahuan aposteriori

kerana ia datang selepas melalui pengalaman terlebih dahulu.

 Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi manusia

melalui kelima-lima pancainderanya iaitu mata, hidung, rasa ( kulit ), telinga dan lidah.

 Menurut Imam Al-Ghazali ilmu melalui indera ialah usaha untuk mendapatkan

gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda.

 Indera terbahagi kepada dua iaitu Indera Lahiriyah dan Indera Batiniyah.

 Indera lahiriyah akan menyerap sifat lahiriyah objek tertentu kemudian akan

meransang daya rasional pula.

 Indera batin menghuraikan makna-makna di dalam objek itu.

(13)

 Intuisi merupakan sumber ilmu dan deria keenam.

 Ia adalah ilmu yang diperolehi melalui penghayatan secara langsung.  Intuisi disama ertikan dengan naluri , ilham atau bisikan hati.

 Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ilham adalah berupa cahaya yang jatuh di

atas nurani, bersih dan lembut.

 Tidak mungkin berlaku pemikiran akal atau perasaan tanpa disentuh oleh intuisi .  Bagi kalangan ahli sufi Islam, sumber intuisi mereka dikenali dengan wijdan,

diperolehi melalui pengalaman ”kasyaf” iaitu pembukaan alam ghaib oleh Allah s.w.t. kepada individu yang terpilih.

 Intuisi yang datang itu diproses dan pemprosesan itulah yang memungkinkan

terjelmanya ilmu pengetahuan yang dibantu dengan akal dan pancaindera.

 Contoh : Kisah Saidina Umar dan tentera Islam.

Ketika beliau sedang berkhutbah di Madinah Umar nampak ada yang sedang berlaku ke atas tentera Islam yang sedang berjuang di Syria. Bahkan beliau boleh memberi arahan kepada tentera di sana dan mereka mendengar dan menurut arahannya. Kasyaf ini termasuk dalam karamah.

Kesimpulan

 Wahyu merupakan sumber rujukan ilmu yang terutama dan tertinggi.  Wahyu Allah s.w.t.bersifat benar dan mutlak.

 Wahyu Allah s.w.t. meliputi semua bidang ilmu pengetahuan antaranya Ilmu

Ibadat , Ilmu Aqidah , Ilmu Muamalat , Ilmu Ekonomi , Ilmu Akhlak dan lain-lain.

 Wahyu Allah s.w.t. sesuai digunakan dan diikuti pada semua keadaan, tempat,

dan masa.

 Sumber ilmu yang lain boleh diterima jika tidak bertentangan dengan sumber

pertama iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

1.3 NILAI ILMU

 Persoalan aksiologi yang besar ialah menentukan sesuatu nilai pada ilmu.  Pengaruh tamadun dan semasa ( zaman )yang menentukan nilai sesuatu ilmu.  Dalam Islam, keutamaan ilmu adalah pada Ilmu Fardu Ain yang berhubung

dengan pengetahuan agama yang asas seperti akidah, syariah dan akhlak.

 Selepas ilmu Fardu Ain diikuti oleh ilmu Fardu Kifayah atau ilmu keduniaan yang

menyokong kepada pelaksanaan ilmu fardu ain.

(14)

 Dalam menentukan hierarki ilmu, terdapat perbezaan ketara antara Islam dan

Barat.

 Perbezaan ini disebabkan berbeza dari segi penekanan dan susunannya.

 Barat meletakkan sumber dari akal dan pengalaman indera pada tahap teratas,

lebih tinggi dari sumber wahyu.

 Ini kerana falsafah kebendaan mereka yang hanya menerima ilmu dari sumber

empirik sahaja iaitu indera dan akal.

 Islam meletakkan sumber wahyu sebagai hierarki yang paling atas atau utama.  Menurut Islam secara tertibnya hierarki ilmu dapat disusun seperti berikut :

i. Ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah ii. Ilmu indera

iii. Ilmu akal

iv. Ilmu intuisi (kasyaf)

1.3.2 Sifat Ilmu Menurut Imam Al-Ghazali

 Terpuji ( Mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi, dan seumpamanya.  Dikeji ( Mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan

seumpamanya.

 Harus ( Mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

1.3.3 Kedudukan Orang Berilmu

Kedudukan orang yang berilmu dilihat dalam dua aspek : i. Orang berilmu yang terpuji.

ii. Orang berilmu yang dikeji. Orang berilmu yang terpuji :

Ilmuan yang terpuji adalah orang yang berfungsi atau menunaikan tanggungjawab terhadap diri dan masyarakatnya.

Mempunyai tanggungjawab moral yang menyentuh nilai-nilai dasar seperti keikhlasan, kebenaran, kejujuran, amanah, kegigihan dan seumpamanya.

(15)



























































(Surah al-Mujadalah : 11) Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman, Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan

apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan

darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi

ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)- beberapa darjat. Dan

(ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."

Orang berilmu yang dikeji :

 Ilmu tidak semestinya membentuk peribadi ilmuan tersebut tetapi ilmuan tersebut

hendaklah berkelakuan selari dengan ilmunya.

 Orang berilmu yang dikeji apabila amalannya tidak selari dengan ilmunya.

 Orang berilmu juga dikeji apabila ia lari daripada tanggungjawab sosial dan

agama.

 Dalam tradisi keilmuan Islam, golongan ilmuan yang tidak bertanggungjawab

terhadap ilmunya dan tidak berfungsi dengan sepatutnya dikenali sebagai ulama

al-Su’ atau ulama jahat.

 Antara ciri-ciri ulama al-Su’ ialah :

i. Mementingkan dunia.

ii. Tidak mengamalkan ilmunya. iii. Menyembunyikan ilmunya. iv. Bersifat riya’dengan ilmunya.

1.3.4 Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Individu

i. Mempunyai akhlak yang baik.

ii. Dipandang mulia dan menjadi sumber rujukan. iii. Disayangi Allah dan rasul.

iv. Membentuk individu yang berkeperibadian mulia .

Masyarakat

(16)

ii. Membentuk masyarakat yang harmoni dan aman sentosa. iii. Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

iv. Melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu.

Negara

i. Membentuk sebuah negara yang setanding di mata dunia. ii. Dihormati oleh negara luar dan dipandang mulia.

iii. Memenuhi wawasan negara untuk melahirkan individu yang berjaya. iv. Pembangunan dan kemajuan dapat dijalankan dengan sempurna.

1.4 KESIMPULAN

Ilmu adalah suatu anugerah Allah s.w.t. yang agung kepada manusia sejak Nabi Adam a.s lagi. Dengan ilmu manusia bukan sahaja mampu untuk memahami sesuatu yang tidak mereka fahami sebelumnya bahkan mereka tahu menggunakan sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia dapat mengenali Allah s.w.t. yang mencipta seluruh makhluk di muka bumi ini. Ilmu adalah bersepadu , tidak terpisah dari agama , nilai moral dan akhlak. Pemisahan akan menyebabkan ilmu hilang manfaatnya dan membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh itu, antara agenda besar umat Islam kini ialah pengislaman ilmu iaitu mengembalikan ilmu itu kepada Penciptanya. Sesungguhnya dari Allah s.w.t. ilmu itu datang dan menjadi kewajipan kita untuk menghubungkan kembali ilmu itu kepada PenciptaNya.

RUJUKAN .

1. Al-Quran

2. Tafsir al Quran Pimpinan Rahman

3.. Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh, 1978,Dasar-dasar Pendidikan Islam.

(17)

5. Dr. Haron Din, 1985, Manusia dan Islam.

6. Imam Al-Ghazali, Terjemahan Syed Muhamad Dawilah Syed Abdullah.

Ihya ulumuddian.

7. Ramli Bin Awang,Esa Bin Khalid, Md Abbas Bin Abd Latiff, Ahmad Kilani Bin Mohamed, Mahusssain Bin Mohd Zin, 1996, Konsep Ilmu dan Kosmologi.

(18)

 Akidah Islam adalah asas Deen yang kekal dan tidak berubah sejak zaman Nabi

Adam a.s hinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t:















































Maksudnya: “Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh a.s dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Nabi Ibrahim a.s, Musa a.s dan Isa a.s iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.”

( Surah al Syura: 13 )

 Manakala syariat Islam berubah mengikut zaman nabi-nabi yang diturunkan seperti

syariat Nabi Musa a.s berbeza dengan syariat Nabi Ibrahim a.s dan seterusnya.

 Syariat bersifat dinamik (tidak thabat) berdasarkan zaman dan keperluan semasa

(zaman nabi-nabi) tersebut.

2.1.1 Sejarah Agama

Sejarah Agama Menurut Islam

Islam adalah agama awal manusia pertama yang dicipta Allah s.w.t iaitu Nabi Adam a.s, kemudian mula diselewengkan oleh para pengikut nabi yang kufur. Kebenaran dan kesesatan sentiasa silih berganti di dunia ini

Menurut Safuan (dalam Jaffary) Islam memandang kedudukan agama-agama samawi lain dalam dua peringkat iaitu:

Peringkat Pertama: Meta Religion, peringkat asal – mempercayai Tuhan Yang Maha Esa. Peringkat Kedua: Historical Religion, peringkat sejarah - agama mengharungi perjalanan sejarah menyebabkan doktrin agama yang benar menjadi kabur dan menyimpang dari kebenaran (sesat).

Sejarah Agama Menurut Barat

Menurut sarjana Barat, proses manusia beragama melalui dua zaman; i. Zaman Primitif: (Penyembahan terhadap unsur alam)

Hidup bergantung kepada anugerah alam; mengagungi anugerah alam dan mempercayainya sebagai satu kuasa yang wajib dipatuhi.

(19)

2.1.2 Keperluan Beragama Kepada Manusia

Kesedaran beragama tidak pernah terpisah dari kehidupan manusia tanpa mengira masa, tempat dan peradaban.”Tidak pernah ditemui dalam sejarah terdapat masyarakat yang

tidak beragama walaupun mereka tidak bertamadun.” (Henri Bergson).

Manusia telah beriman kepada Allah s.w.t sejak awal penciptaan mereka lagi sebagaimana firman Allah s.w.t :



































Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah s.w.t mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"Mereka menjawab:"Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi."

( Surah al-A’raf: 172) • Hakikat kejadian manusia yang serba kekurangan seperti lemah, takut dan

mengharap, ingin selamat, ingin pertolongan dan bantuan

• Hakikat akal manusia terbatas dalam menginterpretasi fenomena alam seperti bencana alam. Ia sangat terbatas dalam menanggapi takdir serta tidak mampu memikirkan sesuatu yang ‘tiada masa dan tempat.’

Fitrah Beragama

 Secara fitrahnya manusia percaya kepada kewujudan dan kekuasaan Allah s.w.t

sebagaimana firman Allah s.w.t.:























Maksudnya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan menjawab: Allah s.w.t.”

(Surah al-Ankabut: 61)

 Dalam diri manusia mengakui kewujudan Tuhan dan tabiat mahu beribadat yang

melahirkan pelbagai bentuk peribadatan dalam masyarakat.

 Namun kesenangan dan kemewahan hidup sering menutup fitrah beragama ini.

Firman Allah s.w.t:

(20)























Maksudnya: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

(Surah al An’am: 14) Firman Allah s.w.t.:



































 Maksudnya: “Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun. Kemudian datang kepada mereka azab yang telah diancamkan kepada mereka. Nescaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya.”

(Surah al Syu’arak: 205-207)

 Sebenarnya seluruh makhluk di alam ini tunduk dan sujud kepada Allah s.w.t s.w.t.,

(menurut fitrah, sistem, peraturan dan sifat semulajadi); ada Tuhan yang mencipta alam dan mencipta manusia.

 Manusia sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah s.w.t s.w.t. terutama ketika

ditimpa kesusahan seperti firman Allah s.w.t s.w.t.:











































Maksudnya: “Apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami (Allah s.w.t s.w.t.), dalam keadaan berbaring, duduk dan berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya dia kembali melalui jalannya yang sesat seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya.“

(Surah Yunus :12)

 Fitrah dan pancaindera yang ada pada manusia merasakan kekuasaan Allah s.w.t serta

meyakini alam ghaib. Firman Allah s.w.t:





























Maksudnya:“Apakah mereka masih mencari-cari selain daripada agama Allah s.w.t sedangkan segala apa yang di langit dan di bumi telah menyerahkan diri (tunduk) kepadaNya dengan penuh rela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah mereka akan dikembalikan”.

(21)

2.2 PEMBAHAGIAN AGAMA: i. Agama Samawi

ii. Agama Wad’ie Agama Samawi

 Agama Samawi (dari kalimah as sama’ bermaksud langit) iaitu agama yang

diturunkan oleh Allah s.w.t s.w.t. dari langit.

 Bersumberkan wahyu atau kitab dari langit .

 Disampaikan oleh para rasul sebagai utusan Allah s.w.t .  Hanya Islam satu-satunya agama wahyu yang diiktiraf .

 Agama Yahudi (Nabi Musa) dan Kristian (Nabi Isa) adalah agama samawi yang telah

diselewengkan oleh pengikut nabi tersebut dan mereka digelar sebagai Ahli Kitab.

Ahli kitab ialah golongan kafir (secara umum) di kalangan Yahudi dan Kristian yang

telah menyeleweng dan sesat dari ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu termasuklah di zaman Rasulullah s.a.w sendiri.

 Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w memanggil mereka sebagai “AhlalKitab“ disebabkan

kekafiran mereka (menolak Islam) serta mensyirikkanNya, sebagaimana firman Allah s.w.t:































































Maksudnya: ”Katakanlah:"Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita menyembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:"Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."

(Surah Ali Imran: 64)

Agama Wad’ie (Budaya)

 Agama Budaya ialah ajaran atau idealogi ciptaan manusia yang lahir daripada budaya

sesuatu kaum atau suatu tempat dan boleh berubah-ubah.

 Tidak bersumberkan wahyu dan tiada rasul.

 Kepercayaan lahir daripada pengalaman dan norma-norma yang diterima dalam

masyarakat.

(22)

Bil AGAMA PENGASAS/ RASUL KITAB

1 Hindu Tidak diketahui (2000 SM) Veda

2 Buddha Siddharta Gautama (563- 483 SM) Tripitaka

3 Sikh Guru Nanak (1469-1538SM) Adi Grand

Perbezaan Antara Agama Samawi Dan Agama Wad’ie

Bil ASPEK SAMAWI WAD’IE

1 Sumber Langit Budaya masyarakat

2 Rasul Ada rasul Ada pengasas

3 Kitab Ada kitab dari langit Kitab ciptaan pengasas/ pengikut

2.2.1 Agama Yahudi Pengenalan

• Yahudi ialah istilah untuk agama dan kaum Yahudi.

• Kaum Yahudi juga dikenali sebagai Hebrew, Bani Israel, Ibrani dan Yahudi atau Juidis.

• Halakha (hukum-hukum agama Yahudi) mendefinisikan Yahudi kepada; seorang yang ibunya Yahudi, atau seorang yang memeluk agama Yahudi berdasarkan hukum-hukum Yahudi.

• Berdasarkan etnik Bani Israel merujuk kepada keturunan Nabi Yaakub a.s bin Nabi Ishak a.s (cucu kepada Nabi Ibrahim a.s dan Sarah )

• Asal kalimah Yahudi merujuk kepada keturunan anak Nabi Yaakub bernama Yahuza. • Dikalangan keturunan Bani Israel ini ada yang beriman dan ramai yang ingkar lalu

dilaknat Allah s.w.t. Golongan yang ingkar ini dikenali sebagai Yahudi.

• Umumnya agama Yahudi dikhususkan untuk orang yang berbangsa Yahudi sahaja. • Orang Yahudi menjadi bangsa yang ‘diaspora’ sepanjang zaman kerana tidak patuh

serta khianat kepada para nabi yang diutuskan. Diaspora bermaksud bangsa yang tertekan dan bertebaran di dunia tanpa negara sendiri.

• Mereka menubuhkan Pertubuhan Zionis untuk membentuk negara Yahudi di bumi Palestin.

(23)

• Bermula dari Nabi Ibrahim a.s (Abraham 2000sm) dan keturunannya di Babylon. • Allah s.w.t telah mengutus rasul-rasul di kalangan bangsa Yahudi (17 orang rasul) • Keturunan Nabi Ibrahim a.s dikenali sebagai Hebrew.

• Nabi Nabi Ibrahim a.s berpindah ke Canaan (Palestin).

• Yahweh ( Tuhan ) kurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s Palestin (The Promised Land).

• Nabi Ibrahim a.s dikurniakan dua orang anak iaitu Nabi Ismail a.s dan Nabi Ishak a.s. • Nabi Yaakub a.s bin Nabi Ishak a.s dikenali sebagai Isra-Eil (hamba-Allah s.w.t) • Baginda dikurniakan 12 orang anak antaranya Yahuza, Nabi Yusuf a.s dan Bunyamin • Berhijrah ke Mesir di zaman Nabi Yusuf a.s bin Nabi Yaakub a.s setelah Nabi Yusuf

a.s menjadi pemerintah di sana

• Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 99 yang bermaksud:





























“Maka apabila mereka masuk ke (tempat) Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s merangkul ibu bapanya dan dia berkata: "Masuklah kamu ke Mesir, InsyaAllah s.w.t s.w.t. dalam keadaan aman."

• Nabi Musa a.s adalah rasul teragung dari Bani Israel. • Bagina dikurniakan kitab Taurat dan Ten Commandments.

• Baginda telah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun (Ramsis II). • Berhijrah dari Mesir ke Palestin dengan menyeberangi laut Merah.

• Firman Allah s.w.t dalam surah al Israk ayat 103 bermaksud:





















Maksudnya:“Kemudian (Fir'aun) hendak mengusir mereka (Musa a.s dan pengikut-pengikutnya) dari bumi (Mesir) itu, maka Kami tenggelamkan dia (Fir'aun) serta orang-orang yang bersama-sama dia seluruhnya.”

Kepercayaan Bani Israel

 Sebelum Nabi Ibrahim a.s diutuskan menjadi rasul, kaumnya menyembah berhala.

Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah s.w.t:























 Maksudnya:“(Ingatlah), ketika Nabi Ibrahim a.s berkata kepada bapa dan kaumnya: "Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?"

(24)

 Tuhan dikenali sebagai Yahweh (Eil)

• Percaya dan memuja tuhan “Eil” (Allah s.w.t.). Ia bersifat seperti manusia dan mempunyai pertalian dengan manusia. Tuhan juga makan, minum, berehat dan bergaduh.

• Percaya Uzair sebagai anak Allah s.w.t. sebagimana firman Allah s.w.t:





















Maksudnya: "Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah s.w.t s.w.t." dan orang-orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah s.w.t"

( Surah at Taubah: 30)

 Percaya dan memuja Ahbar (pendita) dan menganggap ia sebagai perantaraan dengan

Tuhan. Firman Allah s.w.t:

















































Maksudnya: “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah s.w.t. dari apa yang mereka persekutukan.”

(Surah at Taubah: 31)

Kitab Kepercayaan Yahudi

1. Taurat (Kitab Old Testement) mempunyai 5 bab; Safar Takwin, Safar Khuruj, Safar Lawiyyin, Safar al-Adad dan Safar Tathniah.

• Setiap bab mempunyai tafsiran

yang berkaitan dengan pelbagai aspek, antaranya kisah-kisah (dongeng), kata-kata hikmat perumpamaan, akidah dan syariat.

• Bahasanya berbentuk pantun dan prosa.

2. Kitab Talmud: cerita-cerita lisan yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

 Ia juga sebagai tafsiran kepada kitab Taurat dan didakwa sebagai kitab yang

diturunkan oleh Allah s.w.t dan menyamai Taurat.

 Sebahagian orang Yahudi menganggap Talmud lebih tinggi dari Taurat.

 Antara kandunganya ialah: riba adalah halal, orang Yahudi mesti menguasai bangsa

(25)

3. Ten Commandments

 10 asas aqidah yang diberi Yahweh kepada Nabi Musa sewaktu bermunajat di Bukit

Sinai selama 40 malam. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam al Quran yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah) empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahan) sepeninggalannya dan kamu adalah orang-orang yang zalim.”

(Surah al Baqarah : 51) 4. Protokol Yahudi (The Protokol of Learned Elders)

 Protokol Yahudi merupakan sumber utama kepercayaan Yahudi hari ini yang telah

dihasilkan dalam persidangan Yahudi di Basel pada 29 Ogos 1897.

 Ia diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi Austria bernama Teudor Hezel

(1860-1904) dengan menubuhkan gerakan Zionism (

ةينويهص

)

Zionism ialah gerakan politik Yahudi yang merancang penyatuan orang Yahudi

sedunia sebagai satu bangsa iaitu bangsa Israel. Juga merancang penubuhan negara Israel Raya di bumi Palestin merangkumi antara sungai Furat di Iraq hingga sungai Nil di Mesir iaitu “Bumi yang dijanjikan Tuhan.”

 Negara Israel berjaya ditubuhkan dengan perjanjian sulit antara Yahudi dan British

pada 1947 yang diiktiraf oleh PBB lalu terdirilah negara Israel hingga hari ini

 Protokol mengandungi 24 perkara yang bertujuan merosakkan bangsa selain Yahudi

dengan keyakinan bahawa “orang Yahudi adalah bangsa Allah s.w.t s.w.t. yang

terpilih, manakala bangsa lain ibarat binatang yang halal darahnya.”

 Sebagai contoh dalam protokol terdapat 8 perkara (Song, Sex, Smoke, Sport, Fun,

Female, Fashion dan Food) yang digunakan untuk melalaikan dan merosakkan

remaja.

Pandangan Islam Terhadap Yahudi

 Dalam Islam, Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya adalah Rasul Allah s.w.t yang

diutus untuk menyeru kaumnya kepada iman dan kebenaran bukan sebaliknya.

Firman Allah s.w.t:



















































Maksudnya: “Ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s, Nabi Ishak a.s, Nabi Yaakub a.s dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani?"Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah s.w.t, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah s.w.t yang ada padanya?"

(26)

• Allah s.w.t mengiktiraf kenabian Nabi Ibrahim a.s yang membawa kebenaran tanpa bersikap fanatik perkauman dan tidak mensyirikkanNya. Firman Allah s.w.t.:































Maksudnya: “Bukanlah Nabi Ibrahim a.s seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah s.w.t.) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.”

(Surah Ali Imran: 67)

 Sikap Yahudi sangat memusuhi dan dengki terhadap Islam. Firman Allah s.w.t.:



















Maksudnya: "Mereka yang sangat keras permusuhan terhadap orang-orang beriman adalah Yahudi dan orang yang mensyirikkan Allah s.w.t .”

( Surah Al Maidah: 82)

 Mereka suka mengingkari ajaran nabi-nabi mereka dan membuat fasad di muka

bumi ini seperti dijelaskan dalam al Baqarah ayat 79. Allah s.w.t juga melaknat Yahudi lantaran kejahatan yang mereka lakukan seperti firman Allah s.w.t:





































Maksudnya: “Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.”

( Surah al -Maidah: 78)

 Antara sifat-sifat Yahudi dalam al Quran al Karim ialah; mungkir janji (al Baqarah:

84-85), biadap terhadap Allah s.w.t dan para malaikat (Ali 'Imran: 181), membunuh para nabi dan rasul (al Ma`idah: 70), degil terhadap kebenaran, benci serta dengki kepada orang lain (al Baqarah: 105), menjadi pengikut ahli sihir dan ahli silap mata (al Baqarah: 102), berperangai seperti kera dan babi (al Ma`idah: 60), percaya kepada berhala dan thoghut, serta tipu daya mereka terhadap agama (an Nisa`: 51-52) dan menjadikan Ahbar sebagai tuhan selain Allah (al Taubah: 31)

 Umat Islam yakin dan beriman akan kemusnahan Yahudi sebagaimana disampaikan

oleh Rasulullah s.a.w:

(27)

لاجدننلا لننتق نوننكي كانننهو ،سدننقملا تيب ددبب فورننعم كوننشلا رجننش نم عون دقرغلا ن:يوونلا لاق

.دوهيلاو

Maksudnya: Hadis diriwayatkan dari Muslim dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda:"Tidak akan tiba hari Kiamat hingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi, kemudian mereka diperangi oleh kaum Muslimin, sehingga orang Yahudi bersembunyi di belakang batu atau pokok, lalu batu atau pohon berkata: "Hai muslimin, hai hamba Allah s.w.t ini seorang Yahudi bersembunyi dibelakangku datangilah dan bunuhlah dia, kecuali pohon al Gharqad, kerana ia adalah pohon kaum Yahudi."

)Hadis Riwayat Muslim)

2.2.2 Agama Kristian Pengenalan

 Dikategorikan sebagai agama langit kerana diberikan kitab dari langit iaitu Injil

(Bible)

 Peringkat awal mereka mentauhidkan Allah s.w.t kemudian diselewengkan.  Perkembangan agama Kristian terbahagi kepada dua fasa;

i) Fasa mempercayai Tuhan Yang Esa (dakwah Nabi Isa a.s yang benar) ii) Fasa kepercayaan “trinity” (bermula dengan persidangan Nicea 325 Masihi)

Asas Ajaran

 Kitab Taurat (Old Testement) yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Jesus hanya

ditulis pada abad ke-5 dan tidak diketahui penulisnya.

 Kitab mereka dinamakan sebagai Injil atau Bible atau Al Kitab (New Testement).  Kitab ini diturunkan kepada Isa (Jesus atau al Masih), yang hanya ditulis 40 tahun

selepas kehidupan Jesus dan ia ditolak oleh orang Yahudi.

 Antara kandungan New Testement (Perjanjian Baru) ialah:

i. Isu ‘penebusan dosa’ oleh Jesus dan ‘dosa warisan’ dari Nabi Adam ii. Penyaliban (Jesus mati disalib)

iii. Ketuhanan al Masih

iv. Konsep Trinity (tritunggal iaitu tiga Tuhan dalam satu)

 Doktrin trinity ini tidak pernah wujud dalam New Testament sebaliknya hanya

muncul selepas peristiwa Jesus disalib.

 Trinity diasaskan oleh St. Paul yang merupakan musuh kepada Nabi Isa a.s.

 Trinity berkonsepkan tiga oknum iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Qudus

yang bersepadu dalam satu Tuhan.

 Mereka membuat andaian logik tentang trinity dengan; konsep segi tiga, sebiji telur,

(28)

 Secara umumnya“trinity” diterima oleh semua mazhab Kristian. Ia diputuskan dalam

persidangan Nicea (325 M) dengan campurtangan Maharaja Rom. Selepas Persidangan Nicea ini, fahaman keesaan ditindas oleh Kerajaan Rom.

Sifat-Sifat Ketuhanan Dalam Bible

 Tuhan menyesal dan bertaubat setelah menetap sesuatu keputusan yang tidak pernah

dijangkakan akibatnya.

 Tuhan pelupa,Tuhan letih atau lelah, Tuhan lemah dan sebagainya.

 Tuhan hidup, mati atau sebagai manusia (Isa anak Tuhan). Firman Allah s.w.t:





















Maksudnya: "Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah s.w.t, dan orang-orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah s.w.t."

(Surah at Taubah: 30)

Contoh Fakta Yang Bercanggah Dan Pelik Dalam Bible

 Percanggahan antara versi tentang umur Saul (Paulus) memerintah dan lama

pemerintahannya (berumur 40, 30 atau tidak diketahui!)

 Percanggahan sesama sendiri antara ayat-ayat (lama kemarau kawasan David)  Bercanggah dengan fakta sains (dicipta siang malam sebelum penciptaan matahari)  Tidak logik (makan kek dengan najis)

 Terdapat kisah lucah (tuduh David berzina)

Pandangan Islam Terhadap Kristian:

 Islam menolak agama Kristian kerana ia telah terpesong dari ajaran sebenar yang

dibawa oleh Nabi Isa a.s

 Akidah Ketuhanan sebenar yang dibawa oleh Nabi Isa a.s ialah:

i. Menyeru kaumnya (Bani Israel) supaya mentauhidkan Allah s.w.t.

ii. Mempercayai para nabi dan rasul terdahulu termasuk Nabi Muhammad s.a.w yang akan diutuskan. Baginda disebut sebagai Ahmad dalam surah as Saf:















































 

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah s.w.t kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)."

(29)

iii. Percaya kepada Hari Akhirat dan Hari Kebangkitan semula

iv. Percaya kepada Kitab Injil (Al Kitab) dan dengan tegas menolak trinity kerana ia jelas mensyirikan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:













































































Maksudnya: ” Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (menyatakan Nabi Isa sebagai Tuhan), dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah s.w.t. kecuali yang benar. Sesungguhnya al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah s.w.t dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah s.w.t dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Esa.”

(Surah al Nisa’: 171)

v. Islam dan ajaran Nabi Isa a.s mempunyai hubungan akidah yang selari iaitu mentauhidkan Allah s.w.t.

vi. Islam juga mengiktiraf Kitab Taurat dan Injil yang asli dan beriman akan kerasulan Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. dari keturunan Bani Israel.

vii. Konsep dosa warisan adalah tidak logik dan ditolak Islam kerana sepatutnya hanya orang yang bersalah menanggung dosa dan akibat kesalahannya. Firman Allah s.w.t:























Maksudnya: ”Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.”

(Surah al An’am: 164)

2.2.3 AGAMA ISLAM

( Dibincangkan di bahagian Akidah Islam )

2.2.4 AGAMA HINDU Sejarah dan Pengasas

 Tiada pengasas atau tidak diketahui pengasas sebenar agama ini .

 Ia muncul sekitar milinium ke-3 SM (2000 SM) dan mendakwa sebagai agama tertua

(30)

 Nama asal Sanatana Dharma. Nama Hindu diberi oleh orang Parsi sempena nama

Sungai Indus.

Konsep Ketuhanan

Trimurthi iaitu 3 penjelmaan:

i. Brahma (Dewa Pencipta) ii. Visynu (Dewa Pelindung) iii. Siva (Dewa Pemusnah)

 Hakikat Trimurthi adalah satu tuhan iaitu Tuhan Brahma

 Hindu mempunyai dewa-dewi yang terlalu banyak (330,000,000) namun mereka

mempercayai satu tuhan.

 Percaya konsep tuhan boleh menjelma sebagai manusia dan haiwan (hukum karma).  Institusi tuhan adalah sama seperti manusia (mereka beristeri dan beranak malah

berpoligami) seperti tuhan Krishna mempunyai 16,180 isteri.

Kitab-kitab Suci

 Peringkat awal tidak mempunyai kitab kecuali Sruti iaitu suara yang didengar dan

Smrti suara dalam hati para Reshi (sami).

 Peringkat berikutnya ada banyak kitab antaranya ialah:

1. Veda (mengandungi Rig Veda, Yajur Veda, Soma Veda dan Atharva Veda) 2. Upanishad

3. Bhagavadgita 4. Puranas

5. Tantaras dan lain-lain.

 Kitab-kitab tersebut berbahasa Sanskrit.

Kepercayaan dan Adat

 Percaya kepada Hukum Karma iaitu roh orang yang telah mati akan kembali ke dalam

tubuh manusia atau binatang untuk proses penyucian.

 Peresapan unsur ketuhanan dan kesatuan wujud

 Lembu adalah binatang suci dan diharamkan membunuhnya (sebaliknya dalam kitab

Rig Veda lembu pernah dikorbankan dan dipanggang)

 Institusi sosial dalam agama Hindu banyak dipengaruhi sistem kasta. Terdapat empat

kasta utama iaitu Brahmin, Satria, Vyasa dan Sudra. Namun sistem kasta ini berkembang sehingga melebihi 2000 kasta.

Referensi

Dokumen terkait

Pada kegiatan belajar ini anda akan dipandu dalam penciptaan tari, proses. penyusunan tari tidak hanya menitik beratkan pada aspek

Jeruk siam Kintamani ( Citrus suhuiensis cv. siam Kintamani) merupakan jeruk yang sangat populer dan umumnya ditanam di dataran tinggi Kintamani, Bali. Seperti umumnya jeruk

indikator tegangan (voltage) stabil; Pemeliharaan jaringan tapi listrik tetap nyala; indikator kWh meter diukur dengan akurat; Material pemeliharaan yang bermutu; Biaya pasang

Penelitian ini bertujuan untuk : (1) Untuk mendeskripsikan aktivitas belajar peserta didik pada pembelajaran Matematika dengan menggunakan model pembelajaran TGT

Makrum, Teologi Rasional: Telaah atas Pemikiran Kalam Syeh Muhammad Abduh , JurnalStudi Keislaman Ulumuna, Vol.. 5 kemajuan dan ilmu pengetahuan. 7 Untuk dapat

Bagan alir dokumen sistem informasi akuntansi pengeluaran kas yag disarankan pada Klinik PRANAWA Banjramasin:.. Agar lebih efektif dalam pembagian – pembagian tugas yang

Overall, the conceptual model of participation in shared accommodation-based economy by Airbnb hosts is novel for its associations of demographic, socio-economic, occupational,

Dari hasil pengamatan diperoleh kondisi kelas yang akan diteliti sebelum diberi tindakan dengan model pembelajaran Project Based Learning, yaitu keaktifan belajar siswa