• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muamalat Definisi Muamalat

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 79-85)

SYARIAH ISLAMIAH 3.1 PENGENALAN SYARIAH

3.3. KONSEP-KONSEP UMUM SYARIAH 1 Ibadah

3.3.2 Muamalat Definisi Muamalat

Dari segi bahasa bermaksud berkira bicara. Dari segi istilah muamalat ialah : Tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t. yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

Objektif Muamalat Islam

i. Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan manusia supaya dapat menghindarkan kesulitan-kesulitan yang timbul dalam kehidupan mereka dari masa ke semasa.

ii. Memajukan kehidupan manusia menurut ketetapan Allah sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam.

iii. Memberi ilham kepada manusia agar bergaul dan saling bertukar ganti sama ada benda-benda atau faedah-faedah, atau jasa-jasa antara mereka baik dengan cara jual beli, pinjam meminjam, upah mengupah dan berbagai cara lain yang dilakukan di dalam kehidupan seharian.

iv. Sebagai pengabdian kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan keredhaanNya, kerana harta benda yang dikurniakan merupakan amanah Allah s.w.t..

1. Muamalat yang diharuskan i. Jual beli. ii. Syarikat. iii. Gadaian. iv. Mudharabah. v. Pinjaman.

2. Muamalat yang diharamkan i. Riba. ii. Perjudian. iii. Rasuah. iv. Monopoli. v. Menjuak. 3.3.3 Munakahat Definisi Munakahat

Dari segi bahasa memberi maksud bersatu dan berkumpul. Dari segi istilah syarak pula munakahat adalah satu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh / berseronok) di antara suami isteri dengan syarat-syaratnya.

Islam telah mensyariatkan perkahwinan serta meletakkan peraturan-peraturan yang jelas dan tepat untuk menjamin kesejahteraan masyarakat, kebahagiaan rumahtangga, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

ُحاَكّنلَا

يِتّنُس

ْنَمَف

َبِغَر

ْنَع

يِتّنُس

َسْيَلَف

يّنَم

Maksudnya : “Nikah adalah sunnahku maka sesiapa tidak suka akan sunnahku bukanlah ia dari golonganku.”

(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Hikmah Perkahwinan

i. Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.

ii. Memupuk perasaan kasih di antara suami dan isteri. iii. Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat.

Perkara-Perkara Berkaitan Dengan Munakahat i. Pemilihan calon.

ii. Pertunangan iii. Walimah al urus

iv. Hak dan kewajipan suami isteri v. Talak vi. Khulu’ vii. Fasakh viii. Iddah 3.3.4 Jinayah Definisi Jinayah

Dalam bahasa Arab jinayah bermaksud melakukan kesalahan. Jinayah digunakan bagi merujuk kepada kesalahan yang dilakukan terhadap tubuh badan, harta dan maruah,

Secara umumnya jinayah bermaksud kesalahan dan perbuatan yang dilarang disisi undang-undang syarak dan pesalah dihukum hudud, qisas atau takzir yang terkandung di dalam al Quran dan hadith.

Bentuk-bentuk Hukuman Bagi Kesalahan Jinayah. i. Hudud

ii. Qisas iii. Takzir

Hudud

Definisi Hudud

Dari segi bahasa bermaksud mencegah atau sekatan antara dua perkara dan benda ataupun halangan.

Dari segi istilah pula Had ialah satu hukuman yang telah ditetapkan terhadap sesuatu kesalahan dan jinayah dan yang berkaitan dengan hak Allah s.w.t..

Jenis-Jenis Jinayah Hudud













Maksudnya : “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah al Maidah : 38)

ii. Merompak di hukum potong tangan dan kaki secara bersilang dengan syarat-syaratnya. Firman Allah s.w.t. :



















Maksudnya : “Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar”.

(Surah al Ma’idah : 33)

iii. Berzina di hukum sebat atau rejam dengan syarat-syaratnya















...

Maksudnya : “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat...”

(Surah al Nur : 2) iv. Qazaf di hukum 80 sebatan dengan syarat-syaratnya















Maksudnya : “Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatanya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima

persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”.

(Surah al Nur : 4)

v. Minum arak di hukum 40 sebatan dengan syarat-syaratnya

ْنَع

ِسَنَأ

ِنْب

ٍكِلاَم

ّنأ

ّيِبَن

ىّلَص

ُهللا

ِهيلَع

َمّلَسو

َبَرَض

يِف

ِرْمَخْلا

ِديرَجْلاِب

ِلاَعّنلاَو

.َنيِعَبْرأ

Maksudnya : “Daripada Anas bin Malik r.a ; bahawa Nabi s.a.w. pernah memukul pesalah minum arak dengan pelepah dan kasut sebanyak 40 kali”.

(Hadith riwayat al Bukhari)

vi. Murtad di hukum bunuh dengan syarat-syaratnya Sabda Nabi s.a.w. :

ْنَم

َلّدَب

ُهَنْيِد

هوُلُتْقاَف

ُ

Maksudnya : “Sesiapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.”

(Hadith riwayat al Bukhari)

Qisas

Definisi Qisas

Dari segi bahasa perkataan qisas yang bermaksud mengikut. Dari segi istilah ulama mendefinisikan sebagai hukuman yang setimpal terhadap penjenayah dengan jenayah yang dilakukan, sama ada membunuh atau mencederakan anggota orang lain dengan sengaja.

Jenis-Jenis Jinayah Qisas

i. Membunuh dengan sengaja di hukum bunuh. Firman Allah s.w.t. :



























Maksudnya : “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.”

(Surah al Nisa : 93) ii. Mencederakan tubuh badan dengan sengaja di hukum balasan yang sama. Firman Allah s.w.t. :



























































Maksudnya : “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah al Maidah : 45) Takzir

Definisi Takzir

Takzir dari sudut bahasa bererti mencegah atau menghalang. Dari sudut istilah ialah :

Satu jenis hukuman yang tidak ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh syarak tetapi hukumannya ditentukan oleh pihak pemerintah, qadi atau hakim.

Contoh hukuman takzir : i. Buang negeri. Firman Allah s.w.t. :









































   























Maksudnya : “Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”

(Surah al Maidah : 33) ii. Sebatan.

Sabda Nabi s.a.w. :

ْنَع

ىِبَأ

َةَدْرُب

ّىِراَصْنَ لا

ُهّنَأ

َعِمَس

َلوُسَر

ِهّللا

ىلص

هللا

هيلع

ملسو

ُلوُقَي

َ ل ":

ُدَلْجُي

ٌدَحَأ

َقْوَف

ِةَر َشَع

ٍطاَوْسَأ

ّ لِإ

ىِف

ّدَح

ْنِم

ِدوُدُح

ِهّللا

Maksudnya : Daripada Abu Burdah al Ansari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seseorang tidak akan didenda lebih dari sepuluh kali sebatan kecuali hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah.”

(Hadith riwayat Muslim)

Contoh Takzir Di Malaysia

i. Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 di bawah seksyen 29 (a) (b) - Mana-mana orang mukallaf yang berkhalwat boleh di denda tidak melebihi RM3,000.00 atau tidak melebihi 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

ii. Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 di bawah seksyen 19 (a) (b) - Mana-mana orang mukallaf yang tidak menghormati Ramadhan boleh di denda tidak melebihi RM2,000.00 atau tidak melebihi 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Hikmah Hukuman Jinayah

i. Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya.

ii. Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah tuduh- menuduh.

iii. Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.

iv. Menjaga keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.

v. Menjaga hubungan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam.

3.4. KAEDAH FEKAH

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 79-85)