9. Guru Tegh Bahadar (1664-1675) 10 Guru Govind Singh (1675-1708)
2.3 AKIDAH ISLAM 1 Definisi Akidah
Bahasa: akidah dari kalimah arab (’aqada) bererti simpulan atau ikatan pada sesuatu
benda. ”Akidah secara harfiah bererti sesuatu yang tersimpul secara erat atau kuat.”
(Prof. Abdul Aziz Dahlan)
Dari sudut istilah: akidah ialah pegangan yang mutlak, mantap, kuat, kekal dan suci
dalam jiwa seorang muslim.
Akidah juga bermaksud iman dan makrifah, seperti makrifah Allah s.w.t, alam ghaib,
kitab-kitab, nabi-nabi, hari akhir dan makrifah qadak qadar. (Sayid Sabiq)
Nama lain bagi ilmu aqidah ialah ilmu Usuluddin, ilmu Kalam dan ilmu Tauhid Seruan para rasul dan nabi adalah sama iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah
s.w.t dan mentaatiNya. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku."(Surah al Anbia’: 25)
Umat Islam sepanjang zaman mempunyai akidah yang satu, tetapi berbeza syariat
bersesuaian dengan zaman mereka
Kesimpulannya
Ilmu akidah atau ilmu tauhid adalah ilmu yang membincangkan kebenaran pegangan
dan keyakinan Islam bersumberkan dalil naqli (al Quran dan Hadis) serta dalil aqli (akal).
Mempelajari ilmu ini adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama ada lelaki
mahupun perempuan
Tauhid bermaksud mengEsakan Allah s.w.t sebagai Tuhan dari sudut Rububiyyah,
Uluhiyyah dan Asmak wa Sifat
2.3.2 Sumber Aqidah
Kitab Allah al Quran al Karim Sunnah Rasul-Nya s.a.w. yang sahih Ijma’ al-Salaf al-Soleh.
Akidah Yang Benar
Akidah yang benar ialah akidah yang bertepatan dengan al Quran dan al-Sunnah Akidah yang meyakini konsep Uluhiyyat, Nubuwat dan Ghaibiyat. Seseorang yang
mempunyai akidah yang benar, mempercayai dan meyakini dengan sungguh-sungguh kepada:
i. Allah s.w.t dari sudut kekuasaan dan ketuhananNya
ii. Para Malaikat sebagai makhluk dan tentera-tentera Allah s.w.t. iii. Para Rasul sebagai utusan Allah s.w.t dan petujuk kebenaran iv. Kitab-kitab sebagai panduan dan hidayat untuk manusia
v. Hari Akhirat sebagai hari kemusnahan alam dan pembalasan amal
vi. Qadak dan Qadar iaitu pelaksanaan dan ketentuan yang berlaku semuanya dalam ilmu Allah s.w.t.
Akidah Yang Batil
Akidah atau kepercayaan yang bertentangan dengan tauhid
Semua kepercayaan yang bercanggah dengan nas-nas syarak (al Quran dan as
Sunnah).
Termasuk semua perilaku bertentangan dengan tauhid dan keimanan
Sesetengah ulama mengatakan akidah yang batil telah terkeluar dari iktikad Ahli
Sunnah Wal Jamaah seperti golongan Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan seumpamanya.
Namun prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menghukum kafir terhadap seseorang
sehingga jelas terbukti kekafirannya
Bentuk Akidah Yang Batil
i. Syirik (menyekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu).Dua bahagian syirik ialah:
Jali (besar, nyata) seperti percaya kepada selain Allah s.w.t s.w.t. atau
memohon
pertolongan dari selain Allah s.w.t seperti tangkal dan lain-lain.
Khafi (kecil, tersembunyi) seperti riak, ujub dan lain-lain
ii. Kufur (mengingkari perintah Allah s.w.t)
Orang yang ingkar perintah Allah s.w.t s.w.t. dipanggil Kafir. Sebarang akidah yang tidak disandarkan kepada nas al Quran dan al Hadis yang sahih juga dianggap kufur.
2.3.4 Konsep Tauhid Tauhid Rububiyah
Dari sudut istilah bermaksud; mempercayai Allah s.w.t sebagai Rab atau Pencipta dan
Penguasa terhadap sesuatu serta mengimani bahawa tidak ada saingan dalam pemerintahanNya
Allah s.w.t adalah pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan
kebaikan dan keburukan melainkan dengan izinNya.
Orang musyrik juga percaya kepada tauhid ini. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah s.w.t."(Surah Yunus: 31) Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya: "Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah s.w.t."(Az-Zukhruf: 87) Dalam ayat sebelumnya Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya: "Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui."(Az-Zukhruf: 9)
Tauhid Uluhiyah
Beriman dan bersaksi terhadap Rububiyyah Allah s.w.t
Ia bermaksud; mentaati dan beribadah hanya kepada Allah s.w.t Yang Maha Esa
sebagaimana firman Allah dalam surah al Fatihah ayat 5:
Maksudnya:“
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.” Tauhid Rububiyah hanya mempercayai kekuasaan Allah s.w.t sebagai Rab (Tuhan),
tanpa ada ketaatan dan ibadat kepadaNya berbeza dengan Tauhid Uluhiyah yang mengiktiraf, mentaati dan beribadat kepada Allah s.w.t.
Tauhid Uluhiyah juga bermaksud mentauhidkan Allah s.w.t dalam peribadatan atau
persembahan. Inilah tujuan Allah s.w.t mengutuskan rasul iaitu menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyah. Firman Allah s.w.t dalam surah al Anbiyak:
Maksudnya: "Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekalian hendaklah menyembah Aku."(Al-Anbiyak:25) Firman Allah s.w.t lagi:
Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah s.w.t dan jauhilah taghut."(An-Nahl: 36)
Asas Keimanan Berdasarkan Kedua-dua Tauhid Ini
Asal tujuan penciptaan dan hidup manusia di dunia ini adalah semata-mata untuk
beribadah kepada Allah s.w.t s.w.t. (Az Zariat :56). Ia dapat difahami dalam mafhum
ibadah khususiah dan ibadat umum
Menolak segala kepatuhan dan ketaatan kepada (makhluk) selain dari Allah s.w.t
s.w.t., kerana makhluk tidak boleh memberi sebarang kebaikan atau keburukan sebagaimana firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah s.w.t s.w.t. untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah s.w.t s.w.t. orang-orang yang beriman harus bertawakal."(Surah al Taubah:51)
Membina kehidupan di dunia menurut peraturan-peraturan (syariat) Allah s.w.t. Menegakkan masyarakat manusia berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t.
Beriktikad bahawa Allah s.w.t memiliki 99 nama-nama dan sifat yang maha
sempurna, suci serta bersih dari segala kekurangan. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Hanya milik Allah s.w.t Asma ul Husna (nama-nama yang baik), maka berdoalah (kepadaNya) dengan nama-namaNya.”(Surah al A’raf :180)
Antara kelebihan Asma ul Husna ini ialah sebagaimana sabda Nabi s.a.w:جرعلا نع ِدانّزلا يبأ نم ُهانففح :لاق ُنايفس انددح ِ الِدبع نب ّيلع انَدادح
« إ ٌدحأ اهففحَي ن ةدحاو إ ةةام ن ًامسا َنوعستو ةعست لل :لاق ةياور َةريره يبأ نع
رتِولا ّبحي ٌرْتِو وهو ،ةنجلا َلَخَد».
Maksudnya:”Allah s.w.t mempunyai 99 nama -kurang satu seratus. Barangsiapa menghafaznya, ia akan masuk syurga.Dia (sesungguhnya Allah s.w.t) itu ganjil dan suka kepada yang ganjil.”(Hadis riwayat al Bukhari)
Menurut as Syeik Hasan al Banna ,”sesungguhnya makrifah Allah s.w.t., mentauhid dan membersihkanNya (tanzihihi) adalah setinggi-tinggi martabat akidah Islam.”
Nama, sifat dan zat Allah s.w.t tidak menyerupai makhluk (tidak bertempat dan berjisim).
Beriman kepada asmak dan sifat Allah s.w.t adalah wajib, namun bertanya tentang zatNya adalah dilarang kerana ia diluar kemampuan akal manusia.
Keimanan mestilah mengikut landasan yang sebenar tanpa takwil dan mengurang atau menambahkannya
Menjauhi dari perbalahan yang dilakukan oleh sebahagian ulamak dalam masalah ayat mutasyabihat (samar).2.3.5 Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman
Iman yang benar menuntut seseorang itu melaksanakan amar makruf dan mencegah
sebarang kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah atau sekurang-kurangnya dengan hati (tidak redha terhadap perkara tersebut).
Islam melarang umatnya mengkafirkan orang lain kerana ia boleh merosakkan
kesucian dan kekuatan umat Islam. Sabda nabi s.a.w bermaksud:
”Sesiapa yang menuduh seorang mukmin sebagai kafir, dia seolah-olah telah membunuhnya.”
Orang yang menolak sebahagian hadis ahad yang sahih (al Bukhari dan Muslim) pun
tidak boleh dituduh sebagai kafir. Dr Nabi Yusuf a.s al Qardhawi menjelaskan:
”Sebenarnya tidak ada ruang untuk meletakkan hukum kafir dalam isu ini. Ini kerana
ulama tidak mengkafirkan sesiapapun kecuali mereka yang mengingkari sunnah secara mutlak dan tidak menganggapnya sebagai sumber hukum syara’ selepas al Quran.”
Antara perkara yang membatalkan Iman seseorang ialah:
i. Menolak al Quran dan Hadith sebahagian atau keseluruhannya. Firman Allah s.w.t s.w.t.:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah s.w.t s.w.t. dan rasul- rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah s.w.t s.w.t. dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir). Merekalah orang- orang yang kafir sebenar-benarnya….”(Surah al Nisa’:150-151) ii. Menolak perkara yang dharurah dalam Islam iaitu "hukum hakam agama yang sudah
jelas diketahui" sama ada dalam bentuk meninggalkan suruhan (seperti solat) atau
melakukan larangan (seperti zina). Allah s.w.t menjelaskan dalam firmanNya:
Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang mukmin, apabila Allah s.w.t s.w.t. dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.”(Surah al-Ahzab: 36) iii. Menolak atau tidak percaya kepada mana-mana rukun iman
iv. Mempersendakan dan memperlekeh Islam secara sedar atau sengaja v. Memusuhi Islam atau menolong musuh memerangi Islam (munafik)
2.4 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH