• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASAS-ASAS KETAMADUNAN DALAM ISLAM.

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 111-116)

ISLAM DAN KETAMADUNAN

5.2 ASAS-ASAS KETAMADUNAN DALAM ISLAM.

Pada asasnya tamadun Islam yang dibentuk daripada pelbagai sumber dan rujukan, bermula daripada al-Qur’an, qaul as-Sohabi dan aqli mempunyai asas-asas yang kukuh seperti berikut:

i. Berpaksi kepada kalimah tauhid. ii. Pengabdian diri kepada Tuhan.

iii. Kemurnian nilai insan berbanding dengan nilai material. iv. Menjalankan tugas sebagai khalifah Tuhan di bumi.

v. Patuh dan tunduk dengan syariat. vi. Kesucian keluarga.

vii. Penghasilan benda atau karya dalam bentuk inovasi dengan nilai dan unsur kreatif, kritis dan nilai moral.

5.2.1 Keistimewaan Tamadun Islam.

Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri sesuai dengan sifat ajaran Islam itu sendiri yang tentunya berbeza dengan tamadun bangsa lain di dunia ini. Keistimewaannya terletak kepada:

i. Bersumberkan al-Qur’an dan Sunnah.

ii. Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan. iii. Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama. iv. Sesuai dengan fitrah manusia.

v. Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.

vi. Hanya tamadun Islam menyepadukan antara nilai rohani (spiritual) dengan nilai kebendaan (material).

vii. Tamadun yang unik kerana,

 menghubungkan manusia dengan Tuhan.  menghubungkan manusia dengan manusia.  menghubungkan manusia dengan alam.

5.2.2 Contoh sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dalam beberapa bidang. Beberapa tamadun yang besar telah wujud sejak 5000 S.M seperti tamadun China (500 SM), India (3000 SM) Babylon (300SM), Mesir Kuno(500SM) Yunani (1500SM) dan Rom (selepas 500 SM). Kesemua tamadun tersebut telah mencatat keagungan dan

ciri-ciri tersendiri. Namun begitu secara keseluruhannya kelahiran tamadun tersebut berpusat dan berkembang di sekitar lembah sungai. Tamadun China lahir daripada pertumbuhan masyarakat dan kebudayaan yang pesat disekitar Sungai Yangzte, tamadun India berpusat di Tigris-Euphrates dan Mesir kuno di kawasan Sungai Nil.

Kebanyakkan tamadun tersebut berlaku di kawasan lembah sungai kerana manusia di kawasan berkenaan terpaksa berfikir, berusaha dan bersatu untuk mengatasi masalah yang timbul seperti banjir. Secara tidak langsung terbentuklah satu tamadun di kawasan tersebut. Mereka juga berusaha dengan sebaik mungkin tanah yang subur di kawasan lembah sungai, seterusnya lahirlah beberapa penemuan dan berlakulah tamadun di kawasan tersebut. Tamadun-tamadun terdahulu berlaku daripada sumber alam. Manusia di kawasan berkenaan menggunakan sumber alam dan pengetahuan untuk mewujudkan tamadun. Sebaliknya tamadun Islam bersumberkan wahyu, akal, penemuan atau penciptaan baru, pengubahsuaian dan penyempurnaan semula. Tamadun Islam lahir dan tegak dengan sendirinya dan bebas daripada sebarang pengaruh asing. Kelahiran tamadun Islam adalah daripada wahyu (al-Qur’an) dan hadith.

Al-Qur’an telah mencetuskan semangat yang sungguh bertenaga dan dapat meninggikan kesedaran kerohanian umat Islam. Cara hidup umat Islam dipengaruhi sepenuhnya saranan-saranan al-Qur’an. Allah telah menjadikan langit dan bumi serta isinya untuk memberi ruang yang luas kepada manusia untuk menerokainya untuk kepentingan mereka. Manusia dapat membangunkan kota-kota menerokai bidang pertanian, seni dan pelbagai bidang yang lain dengan matlamat mencapai keredhaan Allah. Allah menentukan panduan dan peraturan tertentu mengikut syariat, akidah dan akhlak Islam supaya manusia tidak melampaui batas. Hasil galakan agama umat Islam berjaya menghasilkan berjuta-juta buku dalam pelbagai bidang ilmu yang sehingga kini menjadi rujukan dan dibaca oleh sarjana di seluruh dunia.

Pada umumnya, tamadun Islam memberi sumbangan kepada setiap aspek kehidupan peradaban manusia. Para pengkaji yang jujur dan rasional tidak menafikan wujudnya pengaruh dan kesan tamadun Islam, dalam tamadun barat atau tamadun Eropah. Sebahagian besar sejarawan dan para pengkaji barat sendiri mengakui keunggulan serta sumbangan tamadun terhadap dunia. Antara mereka ialah Gostav Levon yang antara lain menyebut bahawa ”ahli falsafah Islam ialah orang yang mula-mula mendedahkan kepada dunia bahawa terdapat persesuaian di antara kebebasan berfikir dan keteguhan beragama”.

Ada pula pengkaji yang menyebut bahawa sumbangan orang Islam terhadap kemajuan ilmu pengetahuan tidak diberikan nilai yang sewajarnya oleh para sejarawan. Banyak kajian telah memperlihatkan bahawa ulama’ Islam telah menyebarkan ilmu pengetahuan, sedangkan Eropah diselubungi kegelapan pada abad pertengahan. Seorang sarjana Inggeris yang bernama Briffault berkata ” sedang Eropah dalam kejahilan dan kegelapan, dunia Islam di Baghdad, Kaherah, Damsyik, Cordova dan Toledo telah menjadi pusat-pusat tamadun Islam dan kegiatan ilmiah.’

Ulama’dan sarjana Islam telah memberikan sumbangan yang besar dan berkesan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan mereka bertanggungjawab menyebarkannya keseluruh dunia. Mereka telah mendirikan gedung-gedung ilmu

pengetahuan. Malahan universiti yang mula-mula muncul di dunia didirikan oleh orang Islam pada tahun 245H di kota Fas, Maghribi.

Universiti ini dalam bentuk sebuah masjid, disamping digunakan untuk beribadat ia telah menjadi gedung ilmu untuk mengajar bukan sahaja ilmu-ilmu agama seperti al- Qur’an, hadith, tafsir, fiqh, malah diajar juga ilmu-ilmu lain seperti ilmu geografi, falak dan lain-lain dan ia dikunjungi oleh para pelajar dari pelbagai negara.Universiti ini terkenal dengan nama Jami’ah al-Qurawiyyin.

a. Arkitek

Ilmu arkitek (architecture) atau ilmu handasah mempunyai kedudukan yang tinggi dalam peradaban Islam. Kota-kota Baghdad, Damsyik, Kaherah, Allepo, Samarkand, Isfahan, Khairwan, Fez, Moroko, Granada, dan lain-lain dipenuhi dengan bangunan, rumah, istana, masjid, menera, jambatan serta binaan lain yang indah dan mengagumkan.

Keindahan dan keteguhan istana al-Hambra yang memukau dunia sehingga sekarang di Granada serta istana Asjbiliyah di Sevilla, pintu gerbang di Toledo dan masjid Jamek di kota Cordova dengan 860 tiang yang besar-besar serta dihiasi dengan pelbagai warna yang berkilau-kilau adalah contoh ketinggian ilmu arkitektur Islam. Pada zaman pemerintahan al-Walid di Sepanyol telah didirikan bangunan- bangunan yang sangat indah dan penuh nilai astetika yang tinggi terutama dalam binaan masjid dan istana. Begitu juga pembinaan Masjid Umar di Baitulmuqaddis, masjid Umaiyah di Damsyik, Masjid Sidi Okbah di Tunis, Masjid Ibnu Tulun di Cairo, masjid- masjid di Cordova, Sevilla dan Toledo. Begitu juga dengan keindahan istana Umaiyah di Kushair Amra, istana Masjatta di Syam, istana Samara dan lain-lain.

b. Sains dan Teknologi.

Perkembangan sains moden yang diperkenalkan oleh dunia barat sekarang berasal daripada sains dunia Islam yang telah diubah dan ditokok tambah. Sumbangan para saintis Islam boleh dibahagikan ke dalam dua kategori utama iaitu terjemahan daripada karya-karya Greek dan penemuan-penemuan yang asli.

Kebangkitan kerajaan Abbasiah pada tahun 750M menandakan kelahiran suatu kuasa besar dalam sejarah pemerintahan Islam. Para pemerintah kerajaan Abbasiah telah memberikan perhatian besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan saintifik. Pada zaman pemerintahan khalifah kedua kerajaan Abbasiah iaitu al-Mansur, usaha-usaha penterjemahan karya Greek telah dilakukan dengan meluas.

Semasa pemerintahan khalifah al-Ma’mun (813-833M) pula, kegiatan mempelajari ilmu-ilmu baru telah mencapai kemuncaknya. Baginda telah mendirikan sekolah penterjemahan di Baghdad yang dilengkapi dengan perpustakaan sendiri. Salah seorang daripada penterjemah yang berkhidmat di sekolah ini ialah Hunayn ibn Ishaq (807-877M). beliau merupakan seorang ahli falsafah dan doktor terkenal. Beliau telah menterjemah keseluruhan karya Galen.

Para saintis Islam tidak hanya melibatkan diri dalam menterjemah karya-karya Greek. Mereka juga turut menghasilkan karya-karya asli dalam bidang sains. Ini kerana terdapat perbezaan persepsi antara sarjana Islam dengan Greek terutamanya tentang alam. Bagi orang Islam, alam ini adalah hidup dan berubah sebagai manifestasi daripada kekuasaan Allah SWT. Sebaliknya orang Greek menganggap alam ini sebagai statik. Plato dan Zeno menggangap masa sebagai tidak ada dan Heraclius pula menganggapnya sebagai terikat dalam satu pusingan. Al-Khawarizmi (780-850M) merupakan sarjana Islam pertama yang mengambil langkah mengubah persepsi Greek yang menganggap alam ini sebagai statik sebagai sesuatu yang dinamik.

c. Teknologi dan Kejuruteraan.

Ilmu fizik adalah ilmu asas teknologi dan kejuruteraan. Ilmu fizik yang membahaskan tentang dasar-dasar tabii alam dan cakerawala. Ilmu fizik berhubung rapat dengan ilmu-ilmu lain seperti matematik, kimia, perubatan, astronomi, sains dan teknologi.

Adalah jelas bahawa teknologi moden kebanyakkannya sesuai dengan Islam dan tidak bercanggah dengan ajaran dan amalan keilmuan Islam bahkan dalam bahagian- bahagian yang tertentu ia bersifat wajib dituntut, dipelajari dan dikuasai untuk penciptaan, rekabentuk dan kegunaan. Tetapi konsep yang terkandung dalam sains moden Barat adalah satu ancaman kepada kita dan generasi Islam jika kita mengambil secara langsung tanpa menapis isme dan kegunaan dalam bentuk yang negatif.

Al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, al-Biruni adalah merupakan contoh-contoh saintis Islam adalah tokoh teknologi optik. Ibnu Khazani telah mencipta pelbagai alat timbangan yang begitu sempurna. Kompas yang dicipta oleh beliau telah digunakan di Eropah sehingga hari ini.Kompas yang dikatakan dicipta oleh orang Itali sebenarnya ciptaan Ibnu Khazini dan diakui oleh para saintis Eropah.

d. Kimia.

Ilmu kimia Islam biasanya terangkum dalam ilmu kedoktoran dan industri, seperti pencarian logam bagi penciptaan dan kegunaan peralatan. Menempa besi, mengecat barang-barang dan membuat kertas daripada barang-barang dan membuat kertas daripada kain-kain buruk sebagai pengganti kulit dan papyrus.

Dunia Islam telah melahirkan beberapa tokoh kimia yang banyak memberikan sumbangan dan pengaruh sehingga hari ini. Khalid ibnu Yazid (abad ke7M) cucu Muawiyah adalah ahli kimia Islam yang paling awal. Dia telah menterjemahkan teks kimia Iskandariah dan menghasilkan penulisan tentang kimia. Dalam bait-bait syairnya terdapat maklumat tentang bahan kimia seperti ammonia, boraks dan kaedah-kaedah sains yang memerlukan pertimbangan yang tepat.

Abu Musa Jabir al-Hayyan.(abad ke 8M) lebih dikenali sebagai Gaber adalah bapa ilmu kimia moden. Beliau menghasilkan banyak penulisan dan ditambah oleh para

pengikutnya yang menulis menurut doktrin Jabir termasuklah kitab al-Sab’in dan kitab al-Mizan.

Perbezaan besar antara ahli kimia Islam dengan ahli kimia barat ialah kepercayaan kepada Allah SWT dan RasulNya. Walaupun ahli kimia barat percaya kepada kewujudan tuhan tetapi mereka tidak memerima kerasulan Nabi Muhammad saw. Nilai-nilai kerohanian dan kewujudan Tuhan dalam kimia barat adalah akibat pengaruh kimia Islam. Ilmu dalam Islam adalah berasaskan al-Qur’an dan para ulama’ mengkaji segala bidang ilmu yang tidak bercanggah dengan Islam untuk memperkuatkan iman serta melahirkan perasaan khusyuk dan takut kepada Allah.

e. Astronomi.

Astronomi adalah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ahli sains. Astronomi di takrifkan sebagai ilmu tentang agihan, pergerakan serta ciri cakerawala dan bintang. Kajian terhadap astronomi oleh para sarjana Islam adalah saranan daripada al-Qur’an sama ada untuk mengkaji keagungan Allah dari aspek hikmah atau rahsia alam cakerawala dan fungsi-fungsinya ke atas manusia dan alam semesta. Al-Qur’an sendiri telah banyak menukilkan perihal astronomi melalui ayat-ayat berikut.



















 























Maksudnya : Allah jualah yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.

( Surah al-An’am: 96 dan 97 )











































Maksudnya: Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat- ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Antara sarjana Islam yang memberi sumbangan dalam bidang astronomi ialah Abd. Rahman al-Sufi. Beliau adalah orang pertama menulis buku tentang astronomi. Beliau telah mengkatalog bintang sehingga lebih daripada 1000 jenis. Nama bintang yang diperkenalkan oleh beliau telah terus digunakan oleh ahli astronomi barat sehingga ke hari ini, contohnya algorab, adbebara, acrab, algedi dan atair.

g. Perubatan.

Ar-Razi (Rhazes 865-925M) telah mementingkan praktis perubatan klinikal lebih daripada berteori sahaja. Beliau berjaya menghasilkan lebih daripada 20 jilid penulisan. Antaranya ialah kitab al-Hawi (Liber Continens). Karya ini adalah ensiklopedia yang menjadi rujukan pada abad ke 12-17M. Beliau juga adalah pengasas perubatan psiko optik.

Ibnu Sina (Avicenna 980-1037M) telah berjaya menghasilkan 456 buku dalam pelbagai judul khususnya dalam bidang perubatan. Kitab al-Qanun mengandungi sejuta perkataan, dibahagikan kepada 5 jilid serta amat berpengaruh pada ke 10M. Buku ini telah teks perubatan yang terkenal selama 6 abad di Eropah.

Al-Zahrawi (Abu Cassis 936-1013M) tokoh bedah dan farmasi. Kitab at-Tasrif al- Zahrawi) terdiri 30 bahagian dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis, Sepanyol dan Hebrew. Beliau juga memperkenalkan 150 alat pembedahan yang masih diguna pakai hingga hari ini.

Tokoh-tokoh lain dalam bidang perubatan ialah Ali Abbas al-Majusi (Hally Abbas), Abu Marwan Abdul Malik atau Ibnu Zuhr (Avenzoar), Ibnu Rushd, Ibnu al-Quff, Ibnu Nafis dan lain-lain.

5.3. PENDEKATAN ISLAM HADHARI DAN KAITANNYA DENGAN

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 111-116)