• Tidak ada hasil yang ditemukan

Permasalahan Murtad Definis

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 136-142)

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA 6.1 GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA

6.1.5 Permasalahan Murtad Definis

Murtad adalah orang yang meninggalkan agama Islam beralih kepada agama lain seperti Nasrani,Yahudi atau beralih kepada aliran yang bukan agama seperti mulhid

( mengingkari agama) dan komunisme. Orang itu berakal dan atas kemahuannya sendiri, tidak dipaksa.

Hukuman

i. Memberi nasihat dan mengajaknya kembali kepada agama Islam dalam tempoh tiga hari.

ii. Jika dia ingkar maka pihak pemerintah boleh menjatuhkan hukuman bunuh Implikasi terhadap orang yang murtad

i. Jenazah tidak dimandikan, disolatkan atau dikuburkan di perkuburan Islam. ii. Tidak mewarisi atau menerima warisan harta.

iii. Hartanya menjadi harta fa’i ( rampasan) untuk kemaslahatan orang Islam. Dalil firman Allah s.w.t;







































Maksudnya :”Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka Telah kafir kepada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.”





























Maksudnya: “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"

(Surah al Taubah: 65) 6.1.6 Rokok Menurut Perspektif Islam

Pendahuluan

 Merokok sememangnya satu tabiat yang digemari ramai. Walaupun perbuatan ini

membahayakan kesihatan namun masih ramai yang terus merokok.

 Merokok boleh menyebabkan seseorang itu ketagihan sama seperti dadah.

Keadaan ini mungkin mengejutkan kerana kita mempercayai bahawa tembakau tidak mengandungi 'dadah'.

Kandungan Rokok

 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin

merupakan bahan utama dalam tembakau ( 1%-3% ) yang boleh menyebabkan ketagihan.

 Dalam sebatang rokok terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung

kepada cara ia diproses. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau dadah kokain.

 Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia;

(bahan radioaktif (polonium -201),cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati.

Kesan Tabiat Merokok

 Merokok dapat disamakan sebagai proses memasukkan bahan racun dengan cara

hisapan ke dalam tubuh. Bahan racun itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui proses perkumuhan (ekskresi) air kencing, najis atau pernafasan.

 Jika tabiat ini dilakukan secara berterusan setiap hari, maka jumlah racun yang

dihisap akan melebihi jumlah yang berupaya dikumuhkan oleh badan. Akibatnya berlaku penggumpulan bahan racun di dalam badan.

 Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua kes kanser paru-paru,

75% kes kerosakan paru-paru (chronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan lelaki berumur di bawah 65 tahun.

 Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang sedang menyala (sidestream),

bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh si perokok (enhaled smoke) adalah dipanggil environmental tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang disedut terus dari batang itu (mainstream smoke).

 Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh berbagai badan penyelidikan

terkemuka antarabangsa telah membuktikan bahawa merokok secara pasif (passive smoke) merupakan penyebab utama kejadian kanser paru-paru di kalangan orang yang tidak merokok

Fatwa Berkaitan Rokok

i. Pengharaman rokok ke atas orang Islam sahaja

Pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah

haram menurut pandangan Islam kerana terdapat kemudaratan. Pengharaman ini adalah ke atas orang Islam sahaja.

ii. Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain

Firman Allah s.w.t.:



















Maksudnya: “... dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”.

(Surah al Nisaa’: 29) Sabda Rasullulah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a : "Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam”.

iii. Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancam kehidupan kita

Firman Allah s.w.t:





























































 

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. “

( Surah Al-A'raf : 157) Firman Allah s.w.t :































Maksudnya: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

( Surah al Baqarah : 195)

Fatwa Ulamak Mengenai Pengharaman Rokok i. Dr.Syeikh Muhamad Yusuf al Qardhawi

 Menurut pendapat Dr. Yusof al Qardawi bahawa merokok adalah lebih cenderung

kepada HARAM, memandangkan merokok banyak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan dan harta, malah ia juga dianggap sebagai satu cara membunuh diri secara perlahan-lahan.

Al-Khamru maa khaamaral aqla (arak ialah semua bahan yang dapat menutupi

akal), ini adalah suatu ungkapan yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar Ibnul- Khattab.

 Setiap yang mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal dari tabiat yang

sebenarnya adalah disebut arak dan ini termasuklah semua bahan yang kini dikenali dengan nama narkotik seperti ganja, marijuana dan sebagainya.

 Bahan narkotik dapat mengganggu kemurnian jiwa, dan menghancurkan moral,

dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim. Haramnya narkotik ini telah disepakati oleh ahli-ahli fekah yang pada zamannya dikenal dengan nama al khabaits (keburukan).

ii. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah

 Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa ganja (hasyisy) adalah bahan yang haram,

baik orang yang merasakan itu mabuk ataupun tidak.

Hasyisy ini selalu dipakai oleh orang jahat, kerana di dalamnya mengandung

unsur-unsur yang memabukkan dan menyenangkan. Ia biasanya dicampur dengan minuman-minuman yang memabukkan.

Sebab Pengharaman Merokok i. Memudaratkan kesihatan ii. Mengganggu

 Tabiat merokok kadang kala turut mengganggu dan menyakiti hati orang di

sekelilingnya.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari

Kiamat tidak akan menyakiti hati jirannya”.

(Hadis riwayat Bukhari)

 Kandungan rokok bukan sahaja memberi kesan negatif kepada penghisap malah

kepada mereka yang menyedut asap rokok.

 Oleh itu, seseorang itu tidak boleh memudaratkan dirinya mahu pun ke atas orang

lain. Kesan yang tidak terima oleh perundangan Islam berdasarkan mafhum sebuah hadith yang bermaksud, "tidak ada kemudaratan (dalam Islam) dan kemudaratan kepada orang lain perlu dihindarkan".

iii. Membazir

 Merokok diharamkan kerana ia merupakan suatu aktiviti yang jelas

mendatangkan pembaziran kewangan.

 Bagi mereka yang menghisap sekotak rokok sehari yang harganya RM5.30, ia

terpaksa membelanjakan sejumlah RM159 sebulan dan RM1,908 setahun dan sejumlah RM19,080 bagi sepuluh tahun.

 Jumlah wang tersebut sudah tentu dapat dimanfaatkan pada perkara yang lebih

memberikan faedah kepada diri perokok dan keluarganya. Firman Allah s.w.t.:





















Maksudnya: “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara

syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”.

( Surah Al-Israa' : 27) Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Allah membenci tiga perkara iaitu mengumpat, berjudi dan membazirkan wang”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) iv. Sumbangan Kepada Orang Yahudi

 Kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi. Justeru membeli

rokok secara tidak langsung akan menyumbang kekayaan kepada bangsa Yahudi.

 Selain itu, Muhammad al-Jibaly mengatakan bahawa merokok merupakan

perbuatan yang hampir sama dengan orang yang berada di dalam api neraka, yang meminum dari mata air yang panas menggelegak dan memakan makanan dari pokok-pokok yang berduri sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t:

























Maksudnya: “Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas. Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri”.

(Surah al Ghaasiyah: 5-6)

v. Masalah Sosial

 Rokok sudah dikenalpasti sebagai titik permulaan kepada amalan ketagihan

dadah, ganja dan seumpamanya. Mereka yang tidak merokok tidak akan terdedah kepada amalan penagihan dadah dan sebagainya.

 Ini adalah bertepatan dengan kaedah perundangan Islam iaitu sadd al-dhara'

(blocking the means) iaitu menutup pintu kepada kejahatan. Sesuatu perkara itu,

walaupun pada asalnya dibenarkan oleh perundangan Islam, boleh bertukar menjadi perkara yang ditegah sekiranya ia boleh membawa kepada satu keputusan yang tidak baik

Petua Berhenti Merokok

 Minum banyak air  Mandi kerap kali

 Membasuh tangan

 Melengah-lengahkan menghisap rokok  Menarik nafas panjang

 Mengunyah sesuatu seperti kismis, gula-gula, guli getah  Melakukan senaman

 Menyibukkan tangan dengan sesuatu kerja

 Menjauhkan diri dari kawan atau orang yang merokok  Memohon doa kepada tuhan agar dikuatkan azam

 Mengelakkan diri daripada merasa bosan atau situasi yang mendorong kepada

merokok

 Munajat dan bertafakur kepada Allah

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

6.2 PENYALAHGUNAAN DADAH DAN ANCAMANNYA KEPADA

MASYARAKAT DI MALAYSIA

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 136-142)