• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai contoh teladan

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 97-107)

SYARIAH ISLAMIAH 3.1 PENGENALAN SYARIAH

3.4. KAEDAH FEKAH 1 Definis

4.2.3 Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai contoh teladan

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah menunjukkan akhlak yang terpuji dan unggul yang patut dicontohi oleh seluruh manusia, khususnya umat Islam.

Anas bin Malik r.a telah menceritakan katanya:

” Demi Allah s.w.t. saya telah berkhidmat dengan Nabi s.a.w. selama 10 tahun.Tidak pernah sekali pun Rasulullah s.a.w. berkata: ”mengapa engkau berbuat begitu...”jika saya melakukan sesuatu.Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara.Baginda juga tidak pernah berkata:”mengapa engkau tidak melakukannya...”

Anas bin Malik r.a juga menceritakan tentang sifat lemah lembut Rasulullah s.a.w.Baginda memanggilnya dengan panggilan manja Unais dan panggilan ’ wahai

anakku’.Baginda pernah berpesan kepadanya:”Wahai anakku, jika kamu mampu pada

waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah.Wahai anakku itu merupakan sunnahku.Sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku.Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia bersamaku di syurga.Wahai anakku, jika kamu pulang bertemu dengan keluargamu, berikanlah salam kepada mereka.Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu.”

Dalam peperangan Tabuk, seorang sahabat bernama Abu Khaytamah telah tidak ikut bersama tentera Islam untuk berjuang. Beliau bersenang-senang dengan isterinya sehinggalah timbul kesedaran pada dirinya kerana memikirkan keadaan Rasulullah yang berperang pada ketika itu. Beliau terus mengambil pedangnya dan berjuang bersama Rasulullah di medan peperangan.

Demikianlah akhlak Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang menjadi contoh ikutan bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat.

4.2.4 `Akhlak dalam kehidupan

Akhlak yang mulia merupakan sifat para nabi dan golongan sahabat.Akhlak terbahagi dua.Iaitu akhlaqul karimah (akhlak yang baik) yang disebut sifat-sifat mahmudah dan

akhlaqul sayyiah (akhlak yang buruk) yang disebut sifat-sifat mazmumah.

Sifat-sifat Mahmudah

i. Sabar

Sabar ialah tekun menjalankan sesuatu pekerjaan tanpa mengenal putus asa dan jemu. Sabar juga bermaksud tabah hati serta redha dengan ketentuan Allah s.w.t dan ujianNya.

Kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah s.w.t:

Firman Allah s.w.t :



















Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

( Surah ali Imran 3:200 ) Jenis- jenis sabar

 Sabar terhadap kemiskinan dan kesusahan.

 Sabar menanggung penganiayaan dan kezaliman.  Sabar menanggung ujian ketika senang dan susah.  Sabar menunaikan fardhu kewajipan.

Hikmat Sabar

 Mendapat ganjaran pahala daripada Allah dan termasuk dalam orang yang

dikasihinya

 Memiliki keyakinan, kekuatan diri dan keperibadian yang tinggi.

 Menjadikan seseorang itu sentiasa berfikiran terbuka dan tidak tergesa-gesa dalam

melakukan pekerjaan.

 Sabar dapat menghasilkan mutu kerja yang baik dan akan memuaskan hati semua

orang.

ii. Ikhlas

Ikhlas ialah membersihkan membersihkan niat atau qasad dalam amal kerana Allah tanpa dicampuri dengan niat selain dari Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:











...

Maksudnya : ”Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya....”

( Surah al-Bayyinah 98:5 ) Peringkat-peringkat Ikhlas

Peringkat awal : Niat yang ikhlas

Peringkat kedua : Berterusan dan kekalnya daya penggerak (niat ikhlas) sepanjang amal itu dilakukan hingga selesai.

Hikmat Ikhlas

 Mempertingkatkan manusia ke taraf tertinggi.  Terlepas dari siksaan azab Allah.

 Mendapat keredhaan Allah dan kecintaanNya.  Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan.

Firman Allah s.w.t.:



















...

Maksudnya : “Kecuali orang-orang bertaubat (dari perbuatan munafik itu),dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah... ”

(Surah al Nisa’ ayat 146) iii. Tanggungjawab

Pengertian Tanggungjawab

Ialah perbuatan yang difardukan kepada seseorang serta wajib mengerjakannya seperti ibadah dan termasuk perkara yang digalakkan syarak.

Tanggungjawab manusia terbahagi kepada tiga iaitu :

 Kepada Allah

- berserah diri kepada Allah

- tidak menyengutukan Allah

 Kepada diri

- tidak melakukan dosa

- muhasabah diri dengan bertaubat apabila melakukan dosa.

- sentiasa membanyakkan ibadat

 Kepada orang lain

- menjamin mereka selamat dari perbuatan kita

- membantu mereka yang berada dalam kesusahan

- memberi nafkah dan didikan kepada keluarga. iv. Bersyukur

Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan:

Pertama : sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak.

Kedua : bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah s.w.t. supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan.

Firman Allah s.w.t :























Maksudnya : ”Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya

sesungguhnya azabKu amatlah keras

”.

) Surah Ibrahim : 7

(

Syukur meliputi ilmu, amalan dan suasana.Ilmu ialah mengenal Allah s.w.t menerusi nikmatnya. Amalan ialah melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah

s.w.t.Manakala suasana ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi. Firman Allah s.w.t :











Maksudnya : “Maka ingatkah aku (Allah s.w.t) nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah nikmatKu serta jangan sekali-kali kamu menjadi kufur”.

(Surah al Baqarah :152) Sifat-sifat Mazmumah

i. Hasad Dengki

Ialah perasaan iri hati atau rasa benci terhadap seseorang.

Perasaan ini timbul mungkin apabila melihat seseorang mendapat nikmat atau mempunyai kelebihan daripadanya, kemudian berharap agar nikmat dan kelebihan itu ilang dan berpindah kepada dirinya.

Sifat atau perasaan seperti ini merupakan sifat mazmumah atau sifat terkeji yang sangat dibenci Allah.

Firman Allah s.w.t.:











...

Maksudnya : ”Dan janganlah kamu berharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran)”.

(Surah al Nisa’ 4:32) Dalam ayat ini Allah s.w.t melarang sifat iri hati kerana ia termasuk suatu tanda tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t yang telah diperolehi.Sifat iri hati juga menghabiskan amal kebajikan seseorang, sesuai dengan hadith Rasulullah s.a.w:

”Jauhilah kami sifat pendengki itu, bahawasanya perasaan dengki itu memakan segala kebajikan, sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

Inilah penegasan daripada Rasulullah s.a.w. tentang sifat dengki atau hasad yang akan menghabiskan amalan seseorang jika perasaan hasad dengki masih bersarang dalam jiwanya.

Hasad yang diharuskan dalam Islam

 Hasad terhadap orang kaya yang pemurah iaitu membelanjakan hartanya kepada

perkara-perkara kebajikan.

Dengan perasaan hasad ini seseorang akan menimbulkan hasrat atau azam dalam dirinya ingin melakukan perkara yang sama seperti orang kaya tersebut.

 Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan, kerana segala ilmu pengetahuan yang

ada padanya diamalkannya dan diajarkan kepada orang lain.

Hasad yang demikian dibolehkan dalam Islam, kerana ia akan menimbulkan azam kesungguhan dalam menuntut ilmu dan supaya dia pula dapat berbuat seperti orang tersebut.

Sebab-sebab Allah s.w.t melarang sifat dengki

 Perasaan dengki lahir dari niat yang jahat dan perasaan marah kepada orang

lain.Sekiranya perasaan dengki terdapat pada jiwa seseorang maka dia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan segala yang ada pada orang lain.

 Perasaan dengki juga menimbulkan perasaan benci membenci sesama manusia.Orang

yang dengki sentiasa akan memandang serong pada orang yang didengkikannya itu.Perbuatan ini boleh merosakkan ukhuwah Islamiyah yang dianjurkan Islam.

 Perasaan dengki dapat menjatuhkan harga diri seseorang, terutama apabila hal ini

diketahui orang lain.

 Perasaan dengki akan menjauhkan seseorang itu daripada bersyukur kepada Allah

s.w.t. terhadap segala nikmat dan kurniaan Allah s.w.t. yang telah diterimanya kerana dia tidak pernah berasa puas terhadap kurnia yang diterimanya.

 Dengki mendengki akan menimbulkan pergaduhan dan memecahbelah masyarakat.

Perasaan dengki hendaklah dikikis dari lubuk jiwa kita.Salah satu caranya adalah dengan sentiasa mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang telah dikuniakan kepada kita.Dengan mensyukuri nikmat ini, perasaan kita akan lega, tiada resah dan akhirnya perasaan dengki tersebut akan hilang dengan sendirinya.

ii. Mengumpat

Ialah memperkatakan sesuatu di belakang seseorang sama ada kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.

Jenis-jenis mengumpat:

i. Ghibah ialah memperkatakan keburukan seseorang di belakangnya.

ii. Buhtan ialah mereka-reka perkara dusta yang membabitkan seseorang, untuk

tujuan memburuk-burukkan supaya dapat menjatuhkan harga diri orang tersebut.

iii. Ifkun ialah menaburkan fitnah dari seorang kepada seorang yang lain atau

menghasut.

Perbuatan isyarat juga termasuk dalam perbuatan mengumpat seperti menjeling, memencongkan mulut, mengerdipkan mata, batuk dan sebagainya.Melakukan dengan tulisan di akhbar, majalah, di dinding-dinding yang terdedah kepada pandangan umum yang isi-isinya memburukkan orang lain juga termasuk dalam perbuatan mengumpat.

Semua perbuatan di atas adalah termasuk dalam mengumpat dan merupakan perbuatan yang amat keji dan diharamkan dalam Islam serta termasuk di dalam golongan dosa-dosa besar. Firman Allah s.w.t:











































...

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya ...”

(Surah al Hujurat:12)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : ”Janganlah kamu berdengki-dengki, janganlah kamu berbenci-benci, janganlah kamu berkerasan, jangan memutuskan perhubungan (silaturrahim) dan jangan mengumpat sesama kamu, maka jadilah hamba-hamba Allah s.w.t. yang bersaudara”.

Dalam peristiwa Israk Mikraj Rasulullah s.a.w. diperlihatkan kepada suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kukunya yang diperbuat daripada besi dan tembaga.Jibril telah memberitahu baginda bahawa mereka adalah orang-orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain.

Cara menjauhkan diri daripada perbuatan mengumpat

 Seseorang mestilah mengetahui terlebih dahulu bentuk-bentuk perbuatan yang

digolongkan kepada mengumpat.

 Menghindarkan diri daripada bercakap yang tidak berfaedah.  Menjauhkan diri daripada mendengar hasutan orang.

 Menjauhkan diri daripada bersifat dengki dan khianat.

 Sentiasa mengamalkan ajaran Islam dan menjauhi larangan-larangan agama.

 Sentiasa berusaha untuk melengkapi ilmu pengetahuan agama, terutama yang

berkaitan dengan masalah pokok seperti Akidah, Syariah dan Akhlak. iii. Fitnah atau menghasut

Fitnah bermaksud menghasut iaitu menyampaikan percakapan seseorang kepada yang lain dengan menambah di sana sini supaya orang yang mendengar menjadi benci dan naik meradang.

Perbuatan ini dilarang oleh Islam dan orang yang menabur fitnah termasuk dalam golongan orang fasiq.Islam tidak menerima orang fasiq sebagai saksi untuk mendengar percakapannya.

Firman Allah s.w.t.:





























”Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

(Surah al Hujurat:6) Kita hendaklah berhati-hati terhadap khabar yang diterima daripada seseorang kerana apabila kita tidak tahu dengan pasti akan tujuan seseorang itu menyampaikan kepada kita,maka akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini seperti permusuhan, pertengkaran dan sebagainya.Inilah sebenarnya yang dihajati oleh orang yang menghasut. Orang yang menghasut biasanya sentiasa mencari-cari kesalahan orang atau bercakap tentang seseorang lain dan menyampaikan kepada orang yang bersangkutan, dengan berbagai pujuk rayu.

Sebab-sebab Islam mengharamkan perbuatan fitnah:

 Perbuatan fitnah boleh menyebabkan permusuhan dan pergaduhan.

 Sebahagian besar dari menghasut adalah berniat untuk memutuskan hubungan orang

yang sudah sedia retak.

 Ramai orang akan teraniaya akibat perbuatan menghasut.

 Orang yang hobinya menghasut biasanya akan lalai dari mengabdikan diri kepada

Allah s.w.t. demi mencapai tujuan menghasut itu.

 Perbuatan menghasut akan menganiayai orang yang menghasut itu sendiri kerana

menghasut dibenci masyarakat.

Cara menjauhi diri dari perbuatan fitnah:

 Setiap orang yang mendengar berita yang tidak diingini tentang dirinya, jangan cepat

mempercayai kata-kata itu.

 Sedapat mungkin dan kalau mempunyai kemampuan hendaklah kita memberi nasihat

secara langsung atau tidak kepada penghasut.

 Jangan bertindak gelabah setelah mendengar hasutan itu dan angaplah hasutan itu

sebagai satu langkah menjerat diri kita.

 Kurangkan bercakap perkara yang tidak berfaedah, perbanyakkan perbincangan

mengenai pelajaran, agama, masyarakat dan lain-lain yang bermanfaat. i. Bertengkar

Pertengkaran tidak diingini dalam Islam ialah yang akan menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan dan akhirnya mewujudkan permusuhan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : ”Tidak akan sesat suatu kaum selepas mereka diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. kecuali orang yang bertengkar”.

(Hadith riwayat Imam al Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad) Orang yang bertengkar tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.Bertengkar kebanyakan dilakukan oleh orang yang kurang ilmu pengetahuan tentang sesuatu hal dan enggan mengakui kekurangannya.

Sebab-sebab pertengkaran dilarang dalam Islam:

 Bertengkar mewujudkan pergaduhan

 Bertengkar adalah disebabkan menurut hawa nafsu ingin menang.

 Sifat suka bertengkar termasuk dalam sebahagian sifat takbur kerana pertengkaran

akan menunjukkan ketakburan dan dimurkai Allah s.w.t.

 Pertengkaran dapat menimbulkan dendam.

 Pertengkaran boleh mengacau ketenteraman awam.

Cara menjauhkan diri daripada pertengkaran

 Jangan suka membantah cakap orang dengan tujuan hendak menonjolkan diri.  Menggunakan tutur kata yang lembut apabila bercakap.

 Tidak menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan.  Merendahkan suara dalam suatu perbincangan.  Berkata dengan perkataan yang baik.

 Bercakap menurut keadaan orang lain yang bercakap, kalau orang bersunguh-

sungguh hendaklah kita bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya akhlak merupakan satu pancaran daripada kemurnian akidah.Akhlak yang baik adalah gambaran daripada akidah yang benar dan jauh daripada unsur-unsur penyelewengan akhlak yang buruk yang merupakan racun yang membunuh manusia, merosakkan akal fikiran, membuka keaiban dan menjauhkan seseorang daripada Allah s.w.t.

Justeru akhlak mahmudah dan mazmumah memerlukan kita memahaminya, bermujahadah untuk mendapatkan akhlak yang baik serta bermuhasabah untuk menghindarkan akhlak yang buruk.

RUJUKAN .

1. Tafsir Pimpinan al Rahman kepada pengertian alQuran 30 juzuk.Darul Fikir

2. Dr.Haron Din.Islam dan Manusia.Hizbi Sdn.Bhd.Selangor.

3. Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang, Azita Yunos @ Ahmad .Pengantar Etika, Edisi Ketiga.

4. AbuSaufi.Keutamaan Amalan dan Akhlak Muslim. 5. Ghzalli Darussalam.Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. 6. Humaidi Tatapangarsa.Pengantar Kuliah Akhlak.

7. Muhammad Abdullah Darraz.Prinsip Akhlak Berdasarkan Al Quran.

8. Zakaria Stapa.Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim.Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.

9. Imam Ahmad bin Qudamah al Maqdisi.Jalan Mereka Menuju Allah (terjemahan.)

10.Akhmal Hj.Mohd Zain.Asas Pengetahuan Agama Islam.al Hidayah Publishers.Kuala Lumpur.

11.Muhammad al Ghazali.Akhlak Seorang Muslim(terjemahan).Cresent News.Kuala Lumpur.

12.As Sayyid Ahmad Al Hasyimi Bik.Moh Abdai Rathomy.Pilihan Hadith

Rasulullah s.a.w.(terjemahan).TB.Balai Buku.Surabaya.

13.Abu Bakar Jabir al Jazairi.Pedoman Hidup Muslim (Manhaj al

Muslim).Terjemahan.Darul Fajr Publishing House.Singapore.

14.Buku Rujukan Pendidikan Islam Berdasarkan Sukatan Pendidikan Islam

Program Matrikulasi KPM

ISLAM DAN KETAMADUNAN

5.1 KONSEP TAMADUN 5.1.1 Pengertian tamadun. 1. Dari segi bahasa:

Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Perkataan peradaban membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani)

Dari segi bahasa Arab, perkataan tamadun atau peradaban sering dkaitkan dengan beberapa istilah seperti madaniah dan hadharah.Perkataan tamadun lahir daripada perkataan madanna yang mempunyai dua pengertian yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus bud pekerti.

Daripada perkataan madanna muncul pula perkataan madani yang merujuk kepada pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

Hadharah pula dikaitkan dengan kehidupan yang berada pada tahap yang maju. Lawannya ialah badawah yang bereti mundur. Daripada erti perkataan hadharah ini

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 97-107)