• Tidak ada hasil yang ditemukan

PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI Definisi Islam Hadhar

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 121-127)

ISLAM DAN KETAMADUNAN

4. Melalui Peranan Pembesar-pembesar.

5.3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI Definisi Islam Hadhar

 Dari segi istilah perkataan hadhari membawa maksud “yang bertamadun” atau

Islam yang menekankan aspek tamadun

 Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilazational Islam”  Dalam bahasa Arab sebagai “al-Islam al-Hadhari”

Takrif Islam Hadhari

 “Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang

bersifat menyeluruh,berdasarkan lepada perspektif tamadun Islam” Visi

 Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara

maju mengikut acuan sendiri.

 Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat yang membangun dan

memiliki ilmu, berkemahiran dan berketerampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.

Misi

 Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummmah berlandaskan pendekatan

Islam yang universal,maju, bertamadun ,bertoleransi dan berimbang.

0bjektif

 Bagi melahirkan individu dan masayarakat Islm yng mempunyai kekuatan spiritual

hadapan,inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana,rasional, praktikal dan damai.

Prinsip-Prinsip Asas Islam Hadhari

Prinsip-prinsip asas Islam Hadhari adalah seperti berikut: 1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah

2. Kerajaan adil dan beramanah 3. Rakyat yang berjiwa merdeka 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

5. Pembanguna Ekonomi Yang Seimbang dan Komprehensif 6. Kehidupan berkualiti

7. Pembelaan hak Kumpulan Minoriti dan Wanita 8. Keutuhan budaya dan Moral

9. Pemuliharaan Alam Semulajadi 10. Kekuatan Pertahanan

Gabungan prinsip-prinsip di atas adalah dirangka menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham sebuah negara yang komposisis rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan ini juga hádala untuk memperkasa umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Perincian kepada prinsip-prinsip di atas adalah seperti berikut:

i. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah.

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan),syariah (perundangan),akhlak,moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan perlaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah :







































Maksudnya:“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu0 ,beriman serta bertakwa,tentulahvkami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mererka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah s.w.t.







Maksudnya:“ Tidak ada paksaan dalam agama Islam”

( Surah al-Baqarah:256) Allah swt berfirman :











MaksudnyaBagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”

) Surah al-Kafirun :6 (

ii. Kerajaan Adil Dan Beramanah

Adil adalah memberi hak kepada yang berhak akan haknya.,mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt:



































Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil,dan berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu dengan suruhan dan laranganNya ini, supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”

(Surah an-Nahl: 90)

Perlaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan,warna kulit, bangsa, kedudukan,miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt:

































Maksudnya: “…..dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan

bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan

mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

(Surah al-Maa’idah : 8)

Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya iaitu bersesuaian dengan firman Allah:

















































Maksudnya: “Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum ai antara manusia,(Allah menyuruh ) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah swt dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah swt sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”

(Surah an-Nisa’ : 58)

iii. Rakyat Yang Berjiwa Merdeka

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirakan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea- idea baru yang bermanafaat bagi memartabatkan diri , keluarga , masyarakat dan negara.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika,sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

iv. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan,kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan.Proses ini perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardo kifayah ,hasarat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double major,kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan tenaga dan ummah.

v. Pembangunan Ekonomi Yang Seimbang Dan Komprehensif

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberikan keutamaan oleh Islam. Pembanguana ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensetif kepada perkembangan tersebut.Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar- besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara,demi keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat,sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan sains bioteknologi,negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian denan teknologi tersebut.

vi. Kehidupan Berkualiti

Islam pada permulaan memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat yang berkualiti. Mencapai tahap yang tinggi dalam semua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Islam menuntut supaya setiap individu berusaha menguasai lmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan berkualiti dari semua aspek termasuk aspek kerohanian,fizikal dan material.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melaui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi sepert memelihara amalan beragama,kemampuan memajukan taraf pendidikan ,menghayati kehidupan aman,hak memilik harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti,kemudahan persekitan turut diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama perlu difikir dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

vii. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan Wanita

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan kepada setiap individu tanpa diskriminasi,sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Hak-hak mereka dijamin oleh undang- undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, harta, kehormatan dan akal.Dalam Islam, ia terkandung dalam Maqasid as-Syariah.Oleh itu tidak berlaku penafian hak-hak tersebut atau menjadi alasan kumpulan kecil dan perbezaan jantina.Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan . ia terdapat dalam

bahagian kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundmental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai pentadbiran negara,aktiviti ekonomi,sosial,pendidikan ,agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti yang temaktub dalam Dasar Wanita Negara.

vii. Keutuhan Budaya Dan Moral

Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian akhlak sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan Malaysia, kepelbagaian buadya dan agama dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh,murni dan luhur. Penghayatan niali-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.

Dengan demikian , kemajuan ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian masyarakat berbilang kaum. Namun ,gejala keruntuhan akhlak ,kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.

ix. Pemuliharaan Alam Semulajadi

Kehidupan manuasia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekplotasi alam tabii secara berlebihan dengan mengggunakan sains dan teknologi.Natijahnya, keseimbangan alam semulajadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh,banjir kilat,pemanasan global,gempa bumi,gelombang besar,hujan asid, pencemaran alam sekitar dan sebagainya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh manusia.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan kepada kehidupan yang bertersakan nilai-nilai murni agama, bertanggngjawab dengan alam,membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersunggguh-sunggguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam

tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

x. Kekuatan Pertahanan

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri ,fizikal dan spritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapatvmempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan,keamanan dan keselamatan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain.

5.4. PATRIOTISME DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN ISLAM

Dalam dokumen NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM (Halaman 121-127)