• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHASA MELAYU MASIH DIUTAMAKAN GOLONGAN MUDA SINGAPURA

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 41-45)

Puteri Nor’ Atika binte Raja Ismail

Pengenalan

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan „bahasa‟ sebagai sesuatu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Contohnya, masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi antara satu sama lain. Zaman pascamodenisme kini mewajibkan rakyat Singapura terutama sekali golongan muda mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Tujuan kajian ini ialah menguji pernyataan bahawa, „Bahasa Melayu dianggap tidak lagi penting oleh masyarakat muda di Singapura‟.

Pengumpulan Data

Data bagi kajian ini didapati berlandaskan pendapat-pendapat golongan muda yang berumur dari tiga belas tahun sehingga dua puluh lima tahun. Soalan-soalan tinjauan ditadbir melalui Microsoft

Network atau lebih dikenali sebagai „MSN Messenger‟ dan juga melalui perbualan di telefon. Ini

merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan dipercayai kerana ia datang dari masyarakat Melayu muda itu sendiri. Dua soalan penting dikemukakan kepada golongan muda ini. Bahan kajian iaitu golongan muda itu harus memberi pendapat jika penggunaan bahasa Melayu di Singapura ini masih penting ataupun tidak bersertakan penjelasannya. Kajian ini dijalankan kerana fenomena masyarakat Melayu hari ini khususnya golongan muda yang hidup dalam sebuah bandar kosmopolitan yang mencabar upaya dan penggunaan bahasa Melayu. Hasil kajian ini kelak dapat memberikan gambaran atau sekurang-kurangnya tanggapan awal terhadap kedudukan bahasa Melayu di kalangan golongan muda Singapura.

Masyarakat Melayu dan Bahasa Melayu

Bahasa merupakan identiti bangsa. Sesuatu bangsa itu dapat dikenali melalui bahasa yang digunakan olehnya. Bahasa Melayu masih penting dan relevan pada zaman ini kerana ia merupakan salah satu bahasa rasmi Singapura. Memandangkan Singapura sebuah negara berbilang bangsa dan bahasa, bahasa Melayu juga harus dikekalkan seperti juga bahasa Mandarin dan Tamil untuk melengkapkan keunikan Singapura. Selain itu, bahasa Melayu dapat merapatkan jurang antara golongan muda dan tua kerana kebanyakan masyarakat yang lebih tua tidak fasih berbual dalam bahasa Inggeris. Seseorang yang berbangsa Melayu harus tahu berbahasa Melayu supaya dapat menjiwai budaya Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu amat penting dalam kehidupan orang Melayu kerana ia berkait rapat dengan budaya Melayu. Ini disahkan pula dengan pepatah Melayu, „hilang bahasa lenyaplah

bangsa‟.

Setiap individu berbangsa Melayu tidak boleh bersikap sambil lewa sahaja dalam isu bahasa ini. Ramai yang tidak memikirkan apa yang akan terjadi jika bahasa Melayu sudah tidak digunakan lagi. Nilai-nilai murni yang dipupuk melalui penggunaan bahasa dan budaya Melayu akan turut luput. Masyarakat muda merupakan pelapis bangsa dan mereka harus berjuang untuk mempertahankan budaya dan bahasa orang Melayu. Sebaliknya, mereka lebih bangga dan gemar berbahasa Inggeris agar kelihatan lebih moden dan berpelajaran. Inilah tanggapan masyarakat muda tentang bahasa Melayu. Namun demikian, ini tidak bermakna golongan muda tidak menganggap bahasa Melayu itu penting. Jawapan kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada mereka dalam kajian ini, kebanyakannya menunjukkan bahawa mereka masih menganggap bahasa Melayu itu penting di Singapura.

42 Dapatan

Soalan-soalan yang digubal untuk menguji kebenaran pernyataan itu diajukan kepada tiga belas orang muda yang berumur dari tiga belas tahun hingga dua puluh lima tahun. Kajian ini menunjukkan

bahawa pernyataan „Bahasa Melayu dianggap tidak lagi penting oleh masyarakat muda di Singapura‟

adalah kurang tepat kerana majoriti golongan muda ini menganggap dan tidak menafikan kepentingan bahasa Melayu di Singapura. Naimi Binte Sahir, 13 tahun, berpendapat bahawa bahasa Melayu masih dianggap penting kerana ia digunakan untuk berkomunikasi dengan golongan yang lebih tua dan tidak fasih berbual dalam bahasa Inggeris. Muhd Mubin Bin Ithnin, 18 tahun, juga mempunyai pendapat yang sama. Dia juga menambah bahawa bahasa Melayu dapat merapatkan jurang antara golongan muda dan tua sebagai satu alat berkomunikasi. Selain menunjukkan kepentingan bahasa Melayu, ia juga menunjukkan sikap prihatin terhadap golongan tua. Ini bermakna, golongan muda pada zaman ini tidak meminggirkan golongan tua hanya kerana mereka tidak fasih berbual dalam bahasa Inggeris.

Zur'ain Bte Md Zin, 18 tahun, pula mengatakan bahawa terdapat ramai orang yang berbahasa Inggeris di Singapura dan kebanyakan pekerjaan mewajibkan pekerjanya berbual dalam bahasa Inggeris serta Mandarin. Namun demikian, terdapat juga ramai pelanggan, pedagang dan usahawan berbahasa Melayu dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. Beliau sendiri menggunakan bahasa Melayu pada setiap hari semasa berbual-bual dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan. Bahasa Inggeris memang bahasa universal tetapi kadangkala lebih baik berkomunikasi dalam bahasa kita sendiri. Jelas dapat dilihat di sini bahawa bahasa Melayu harus diberi peluang untuk makmur dan berkembang oleh penuturnya supaya ia tidak turut dipandang remeh oleh bangsa lain. Sementara itu pula, Amirul Hakim Bin Md Khairul, 20 tahun, meluahkan pendapat bahawa bahasa Melayu masih dianggap penting kerana Singapura merupakan negara Melayu pada asalnya maka imej sebagai negara Melayu itu harus dikekalkan melalui bahasanya sebagai satu penanda sejarah. Perkara yang hampir sama juga dikatakan oleh Nur Wahidah Binte Rosli, 18 tahun. Beliau pula berpendapat bahawa masyarakat Melayu yang juga berbahasa Melayu merupakan penduduk peribumi Singapura. Bahasa Melayu yang sudah digunakan selama bertahun-tahun lamanya harus terus hidup dan digunakan.

Mohammed Taufiq, 22 tahun, pula berkata bahawa bahasa Melayu penting bagi mengekalkan budaya dan juga wibawa negara Singapura sebagai negara berbilang bangsa dan bahasa. Ini disokong oleh Nur Ashiken Binte Sikandar, 18 tahun. Mereka berdua berpendapat bahawa masyarakat Cina dan India masih mengekalkan bahasa mereka lantas, masyarakat Melayu juga harus berbuat demikian kerana bahasa juga merupakan identiti sesebuah masyarakat. Pendapat yang sama juga diluahkan oleh Muhd Farhan Bin Khairuddin, 21 tahun.

Dapatan selanjutnya daripada pandangan Tengku Shah Bin Tengku Said, 25 tahun. Beliau berkata dengan sungguh yakin bahawa bahasa Melayu masih lagi dianggap penting kerana kedudukan negara Singapura di kawasan Asia, dan juga terdapat ramai penduduk Melayu yang masih menggunakan bahasa Melayu. Bukan sahaja di Singapura tetapi di Malaysia, Indonesia dan juga Thailand. Penggunaannya di kalangan penduduk Melayu di Singapura juga masih luas. Jikalau dihentikan pengunaan bahasa Melayu, maka budaya Melayu juga akan pupus. Azura Binte Zulkifli, 17 tahun, pula berkata bahawa bahasa Melayu masih penting kerana jika bahasa itu dilupakan atau tidak digunakan lagi, masyarakat Melayu tidak akan kenal budaya dan asal-usul mereka yang sebenarnya. Ini akan mengakibatkan masyarakat Melayu kehilangan identiti. Putri Hanna Lisa Binte Shahiwan, 17 tahun juga berasakan kepentingan penggunaan bahasa Melayu itu kerana keperluan berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dengan menggunakan bahasanya sendiri. Kadangkala bahasa Inggeris tidak dapat menyampaikan apa yang ingin dikatakan dengan tepat. Lantas, bahasa Melayu menjadi alat berkomunikasi yang lebih baik.

Namun demikian, ada juga segelintir golongan muda yang berpendapat bahawa bahasa Melayu itu tidak penting untuk digunakan di Singapura. Fatin Hanani Bte Ahmad Hambali, 17 tahun

43

merupakan salah seorang yang mengatakan sedemikian. Menurutnya: “Saya rasa ia tidak penting.

Apabila berinteraksi dengan rakan-rakan, mereka akan tetap berbual dalam bahsa Inggeris walaupun saya berbahasa Melayu. Saya rasa janggal apabila ini berlaku. Saya sebenarnya lebih selesa berbahasa Inggeris kerana ia lebih moden. Saya hanya menggunakan Bahasa Melayu jika hendak berkomunikasi dengan keluarga atau teman-teman yang rapat sahaja.”

Itulah yang dikatakan olehnya semasa menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepadanya melalui perbualan di telefon. Begitu juga dengan Nurdinah Farhanah Bte Zahari yang berusia 16 Tahun. Beliau pula berkata bahawa bahasa bahasa Melayu tidak lagi dianggap relevan dan penting kerana bahasa Inggeris lebih banyak digunakan pada zaman pascamodenisme ini terutama sekali di Singapura. Ia hanya boleh digunakan di rumah sahaja dan tidak di tempat bekerja kerana bahasa Inggeris diberi keutamaan sebagai bahasa pengantar.

Graf 1: Graf ini menunjukkan peratusan golongan muda yang menganggap bahasa Melayu itu penting dan juga peratusan golongan muda yang tidak menganggap ianya penting.

Rumusan

Dapatan daripada kajian yang dijalankan boleh dirumuskan dengan membahagikannya kepada faktor- faktor yang menyokong dan menolak kepentingan bahasa Melayu di Singapura dewasa ini khususnya di kalangan golongan muda. Berikut merupakan dapatan yang disenaraikan:

Pentingnya Bahasa Melayu

1. Untuk berkomunikasi dengan golongan yang lebih tua dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris 2. Merapatkan jurang antara golongan muda dan tua sebagai satu alat berkomunikasi.

3. Menunjukkan sikap prihatin terhadap golongan tua.

4. Tidak meminggirkan golongan tua kerana mereka tidak fasih berbual dalam bahasa Inggeris. 5. Berbual-bual dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

6. Lebih baik berkomunikasi dalam bahasa kita sendiri.

7. Imej sebagai negara Melayu harus dikekalkan melalui bahasanya sebagai satu penanda sejarah.

8. Bahasa Melayu merupakan bahasa peribumi Singapura

0% 20% 40% 60% 80% 100%

Penting Tidak Penting

44

9. Pengekal budaya dan juga wibawa negara Singapura sebagai negara berbilang bangsa dan bahasa.

10. Identiti sesebuah masyarakat.

11. Penggunaannya di kalangan penduduk Melayu di Singapura masih luas.

12. Dapat menyampaikan maklumat berpaksikan budaya dan nilai dengan lebih tepat. Bahasa Melayu kurang Penting

1. Pekerjaan mewajibkan pekerjanya berbual dalam bahasa inggeris. 2. Bahasa Inggeris memang bahasa universal

3. Kawan-kawan ramai yang berbual dalam bahsa Inggeris. 4. Lebih moden.

5. Bahasa Melayu jika hendak berkomunikasi dengan keluarga atau teman-teman yang rapat sahaja.

6. Tidak lagi dianggap relevan dan penting kerana bahasa Inggeris lebih banyak digunakan pada zaman pascamodenisme ini terutama sekali di singapura.

Kesimpulan

Kajian ini telah membuktikan bahawa pernyataan „bahasa Melayu dianggap tidak lagi penting oleh

masyarakat muda di Singapura‟ adalah kurang tepat. Sebaliknya, ramai di kalangan golongan muda prihatin dan menganggap penggunaan bahasa Melayu itu penting. Ini menunjukkan bahawa mereka sedar kepentingan dan tanggungjawab mereka terhadap bahasa, budaya dan bangsa. Kesimpulannya, 85% golongan muda masih menggunakan dan berasa bahawa bahasa Melayu itu penting walaupun pada zaman moden ini manakala peratusan yang tidak menganggap bahasa Melayu itu penting adalah lebih rendah iaitu 15% daripada jumlah responden yang ditinjau.

Bibliografi

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://en.wikipedia.org/wiki/MSN

http://www.focussingapore.com/information-singapore/languages-singapore/national-language.html http://home.pacific.net.sg/~williamang/NTU_FB%20Session_26%20Jan_Minutes.doc

http://www.nationmaster.com/graph/lan_eng_spe-language-english-speakers

45

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 41-45)