• Tidak ada hasil yang ditemukan

MERCU TANDA GERAKAN ANGKATAN SASTERAWAN 50

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 68-70)

Muhd Herwanto Bin Johari

Pengenalan

Angkatan Sasterawan 50 atau lebih dikenali sebagai Asas50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di mana antara pengasasnya adalah Muhd Ariff Ahmad (MAS), Masuri SN dan Usman Awang. Pada 1952, Asas 50 telah terlibat dalam Kongres Bahasa pertama yang mencadangkan penyelidikan tentang kemampuan tulisan Rumi dan Jawi. Pada 1954, Kongres kedua telah memutuskan bahawa bahasa Melayu akan menggunakan tulisan Rumi tanpa mengapa-apakan tulisan Jawi. Pada 1956 di Kongres Bahasa Ketiga, Asas 50 telah terlibat dalam keputusan untuk menyiapkan ejaan bagi Malaysia dan Indonesia, serta persiapan bagi ejaan Malindo. Ketiga-tiga aktiviti ini telah menunjukkan usaha Asas 50 untuk merelevankan bahasa dan sastera Melayu dan menyebarluaskannya kepada bangsa lain.

Antara sebab bagi pemilihan Rumi adalah atas kekurangan kemampuan Jawi untuk mengeja perkataan-perkataan Inggeris. Selain itu, penggunaan Rumi akan memudahkan pembelajaran bahasa Melayu di kalangan bangsa-bangsa lain. Dengan adanya tulisan Rumi, perbendaharaan kata bahasa Melayu turut akan diperkasakan melalui bahasa pinjaman atau asing seperti Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1966, Asas 50 juga terlibat dalam Kongres Pertama Bahasa Kebangsaan. Di sini, kongres telah memutuskan ejaan baru Rumi yang akan digunakan. Penglibatan Asas 50 dalam kongres ini menunjukkan pengaruh Asas 50 sebagai pembentuk dan penggerak bahasa ke tahap yang lebih relevan dan maju.

Pasca Perpisahan

Pada 1973, Asas 50 mengadakan Perkampungan Sastera di tempat perkhemahan Tanah Merah. Pertemuan ini menggabungkan penulis-penulis untuk bertukar pendapat bagi merancakkan dan menggerakkan arena persuratan Melayu di Singapura. Ini penting memandangkan kebanyakan penulis mapan telah berhijrah ke Malaysia selepas Perpisahan pada 1965. Gerakan yang diterajui Asas 50 menunjukkan daya usaha untuk memartabatkan dan meninggikan taraf persuratan Melayu di Singapura.

Pada 1974, hasil saranan Asas 50 di Perkampungan Sastera, Jawatankuasa Bersama Hadiah Sastera dibentuk (JBHS). JBHS bertujuan menganugerahkan Hadiah Sastera bagi karya-karya yang bermutu di Singapura. Pada 1975, Hadiah Sastera telah dimulakan di Singapura. Pada 1977, JBHS telah bertukar menjadi Jawatankuasa Hadiah Sastera yang diselenggarakan Asas 50, Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS), Majlis Pusat dan Persatuan Wartawan Muda Singapura. Walaupun gerakan ini diambil alih Majlis Pusat pada tahun 80-an, ini menunjukkan komitmen dan usaha Asas 50 dalam mengiktiraf dan menyemarakkan penghasilan sastera di Singapura.

Pada 1977 juga, Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN) pertama telah diadakan di Maktab Rendah Katolik di Singapura hasil idea Asas 50 dan selaku tuan rumah ini. PSN bertujuan mengumpulkan tenaga sastera dari Singapura, Brunei, Malaysia dan Indonesia untuk meningkatkan taraf sastera Melayu selain membuktikan kepentingan bahasa dan sastera kepada pemerintah negara- negara tersebut. Usaha Asas 50 di sini menunjukkan visi untuk menyatupadukan gerakan Sastera Nusantra dan menonjolkannya di persada antarabangsa. Pada tahun 1992, Hadiah Sastera dimulakan semula setelah 6 tahun tidak diadakan. Ia ditukar kepada Anugerah Persuratan pada 1993 yang

2

Penulisan ini berdasarkan buku „Dari Gerhana ke Puncak Purnama –Biografi 55 Tahun Asas 50‟ terbitan Angkatan

Sasterawan 50 (2005) dan penglibatan penulis selaku anggota jawatankuasa dan ketua Belia Asas 50

69

diadakan berselang-seli dengan sambutan Bulan Bahasa telah dimulakan. Asas 50 bergerak menyokong Bulan Bahasa selain menyumbang tokoh-tokoh yang meraih Anugerah Tun Sri Lanang seperti MAS dan Masuri SN. Dengan adanya pengiktirafan daripada tokoh-tokoh mapan Asas 50 ini, Anugerah Persuratan sekaligus dinaikkan tarafnya.

Pada 1997, pembentukan Program Latihan Khas (STP) di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang turut mewujudkan pertalian di antara Asas 50 dan STP. Pelajar-pelajar STP telah didedahkan kepada bengkel penulisan, penghayatan sastera dan bahasa selain diberi peluang menjalankan aktiviti-aktiviti seperti Kembara Pantai Timur pada 2004 dan Pertemuan Belia pertama di Perpustakaan Geylang pada 2004. Antara bakat-bakat penulis STP yang telah memanfaatkan usaha Asas 50 ini ialah pemenang-pemenang anugerah persuratan seperti Helmilina Mohd Som dan Noor Hasnah Adam.

Selain itu, Asas 50 juga memeterai memorandum persefahaman dengan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada 2003 dan Universiti Perguruan Sultan Idris pada 2006. Kedua-dua perjanjian ini bukan sahaja membuka ruang dan peluang kepada perkembangan sastera tetapi juga menonjolkan persuratan Melayu Singapura ke peringkat nasional dan juga serantau.

Usaha Asas 50 dalam menerbitkan direktori penulis Singapura pasca 1965 berjudul

„Leksikon‟ dan buku kajian Asas 50 serta perkembangan sastera Singapura, „Dari Gerhana ke Puncak Purnama‟ pada 2005 telah membantu dalam pendokumentasian khazanah sastera dan sejarah negara yang amat berharga. Inisiatif menubuhkan sayap belia pada 2003 berserta lelaman web bukan sahaja menghasilkan pelbagai inisiatif baharu dalam merelevankan sastera seperti Pertandingan Foto Sastera dan Graftera (2008), Eja Tepat (2007), Mutiara Bahasa Khazanah Sastera (2008) tetapi juga berjaya menyebarluaskan pencapaian serta hasil bidang persuratan Singapura kepada dunia melalui lelaman webnya, www.asas50.com

Asas 50 juga berjaya menyumbang kepada masyarakat melalui program Biblioterapi (2008) di rumah kanak-kanak dan wanita, PERTAPIS. Usaha ini bukan sahaja merupakan pendekatan baru di Singapura tetapi juga telah membuktikan kepada masyarakat akan kemampuan bahasa dan sastera dalam menangani masalah sosial. Asas 50 turut merancakkan arena sastera dengan dua sayembara baru, yakni Sayembara Noktah Putih (2006) dan Novel Temasek (2007) yang menghasilkan antologi dan novel.

Antara kegiatan mercu tanda yang sedang berjalan ialah Penyair Marhaen (Heartland Poet –

2009). Asas 50 juga membuktikan bahawa tidak mustahil untuk menggabungkan seni dengan penulis melalui pementasan teater Bisikan Nadim (2008) dan Matahari Malam (2007) sempena Singapore Writers Festival di Arts House. Penghasilan antologi cerpen sains fiksyen Scrinik pada 2008 juga merupakan satu lagi usaha pertama bagi menonjolkan bakat belia dalam penulisan selain meluaskan skop dalam genre penulisan sastera Melayu Singapura.

Gerakan Mercu Tanda Asas ‘50

1950 Penubuhan Asas 50 1952 Kongres Bahasa Pertama 1954 Kongres Bahasa Kedua 1956 Kongres Bahasa Ketiga

1966 Kongres Pertama Bahasa Kebangsaan Singapura 1973 Perkhemahan Sastera Pertama di Tanah Merah

1977 Pelancaran Pertemuan Sasterawan Nusantara I di Katolik JC 1991 Pertemuan Sasterawan Nusantara VII

70 2000 Dialog Selatan III di Singapura

2001 Pelancaran Jurnal pengajian Melayu „Aktivis‟ I

2003 Penubuhan Sayap Belia Asas 50 di Meritus Mandarin 2003 Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XII

2003 Penandatangan MOU dengan NLB di Meritus Mandarin 2003 Pelancaran Web Asas 50 di Meritus Mandarin

2004 Pertemuan Belia Pertama di Perpustakaan Geylang East 2005 Pelancaran direktori penulis Singapura pasca 1965 –„Leksikon‟

2005 Sambutan 55 Tahun Asas 50 di Holiday Inn Atrium

2005 Seminar Pengajaran Bahasa Melalui Sastera di NLB Victoria 2006 Penandatangan MOU dengan UPSI

2006 Pelancaran sayembara Noktah Putih I 2007 Pelancaran sayembara Novel Temasek I 2007 Pelancaran program belia „Santai Sastera‟

2007 Pementasan „MatahariMalam‟ (karya Masuri SN) di Arts House

2007 Pelancaran direktori budaya –„Sanggan Budaya‟di Taman Warisan

2008 Sambutan 5 Tahun Sayap Belia Asas ‟50 di NLB Bedok

2008 Pelancaran program Biblioterapi di Pusat Pertapis 2008 Pementasan „Bisikan Nadim‟ di panggung Victoria 2008 Pelancaran antologi cerpen belia Sci-Fipertama „Scrinik‟

2008 Pelancaran sayembara Graftera dan fototera

2008 Pelancaran inisiatif „Olimpik Bahasa dan Sastera‟ di NLB

2009 Pelancaran Program „Heatland Poet‟ di sekolah-sekolah 2009 Pelancaran Program „Didik Warisan‟ di Taman Warisan

AKTIVIS

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 68-70)