• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGAJAR BAHASA MELALUI DIAR

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 85-89)

Siti Nuratika Binte Abdullah

Salam Diari,

Pada tanggal 6 Disember 2008, aku dan beberapa rakan-rakanku telah melangkahkan kaki ke sebuah bangunan yang menempatkan anak-anak yatim. Bangunan yang diberi nama Darul Ihsan Orphanage itu terletak di Aljunied. Tujuan kami ke rumah anak-anak yatim Darul Ihsan adalah untuk menganjurkan pertandingan bola sepak untuk anak-anak yatim di sana. Ini adalah pertama kalinya aku melangkahkan kaki ke rumah anak-anak yatim. Aku tidak tahu mengapa perasaanku berasa takut dan gementar yang teramat sangat sepanjang perjalananku ke destinasi yang ingin ditujui.

Kami semua tiba di situ pada jam 9 pagi. Cuaca pada pagi itu begitu baik sekali. Aku dapat merasakan hembusan angin yang segar sekali. Sejurus sahaja kami tiba di sana, kami dijemput dan dilayan dengan baik dan ramah sekali. Kami diundang supaya menjamu selera dahulu sebelum memulakan aktiviti yang telah dirancang. Mataku liar mencari-cari anak-anak yatim yang akan menyertai aktiviti ini, tetapi aku gagal. Yang kedengaran hanyalah suara mereka bergurauan sesama sendiri sahaja. Susuk tubuh mereka tidak kelihatan. Aku diberitahu bahawa mereka sedang bersiap- siap untuk pertandingan bola sepak. Pada saat dan ketika itu, perasaan aku masih lagi berdebar- debar untuk bertentang mata dengan mereka. Aku difahamkan bahawa seramai dua puluh orang yang akan terlibat dalam aktiviti yang kami anjurkan.

Setelah kami selesai bersarapan, kami dibawa ke sebuah padang yang berdekatan dengan sebuah masjid. Kami diberitahu bahawa mereka semua telah bersedia di padang. Pada saat itu, aku dapat rasakan debaran pada jantungku. Aku tiba di padang. Pastinya semua lelaki dan umur mereka dalam lingkungan 9 hingga 16 tahun. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga salah satu kumpulan. Kumpulanku ini diberi nama Bismillah Football Club (BFC).

Sesi perkenalan dimulakan. Kami mengenalkan diri masing-masing. Anggota BFC terdiri daripada Zafir, Aslam, Hafiz, Reza dan Fazrudin. Zafir, Aslam dan Hafiz adalah adik beradik. Setelah aku mula mengenali diri mereka, perasaan takut dan berdebar-debar lenyap dan hilang entah ke mana. Sepanjang kehadiran aku di situ, aku sentiasa melihat senyuman terukir di bibir mereka. Melihat senyuman mereka dan tawa mereka, aku berasa sangat gembira. Aku bersyukur kerana mereka mampu mengecapi kebahagiaan walaupun tanpa kasih sayang insan yang bernama ibu dan ayah disisi mereka.

Selepas itu, pertandingan pun bermula. Sepanjang pertandingan itu, aku dapat melihat semangat perjuangan yang ada dalam kumpulanku. Daripada satu gol ke satu gol. Mereka menendang bola dengan begitu yakin sekali seolah-olah mereka akan memenangi pertandingan ini. Aku suka akan semangat kental yang ada dalam diri mereka itu. Apabila ada anggota yang cedera, kata-kata perangsang yang diberi oleh anggota kumpulan yang lain menyentuh hatiku. Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain. Bagi tiga adik-beradik itu, aku dapat merasakan kasih sayang di antara mereka. Zafir sebagai abang, amat mengambil berat tentang keadaan adik-adiknya. Manakala Aslam dan Hafiz sebagai adik, menurut kata-kata abangnya. Aku dapat lihat bahawa mereka amat menghargai dan menyayangi adik beradik mereka. Aku percaya walaupun tanpa ibu bapa disisi, kasih sayang adik-beradik dapat menggantikan kasih sayang ibu dan ayah mereka. Peristiwa yang paling tidak dapat aku lupakan adalah perbualanku dengan Reza.

86

Aku: Reza suka tak kakak datang ni? Reza: Tak.

Aku: Asal?

Reza: Sebab kakak datang sekejap ajek. Pas itu kakak balik tak datang sini lagi.

Aku: Siapa cakap? Memang kakak tak datang sini selalu, tapi kakak selalu akan ingat korang semua.

Pada saat itu, aku cuba untuk mangawal perasaanku. Walaupun pada hakikatnya apa yang dikatakan oleh Reza adalah benar, aku berasa sedih dengan kenyataan itu. Aku cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun senyuman itu hanyalah senyuman palsu belaka. Aku tidak mahu menunjukkan rasa kesedihan pada diri mereka. Aku tidak mahu perkataan kesedihan itu berada dalam kamus hidup mereka dan terus menjadi batu penghalang untuk mereka mengecapi kejayaan. Aku mahu mereka kenal akan erti kegembiraan.

Sebelum aku melangkah keluar dari bangunan itu, aku berdoa kepada yang maha berkuasa supaya melindungi mereka dan berikanlah mereka ketabahan untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini. Aku percaya walaupun pada zahirnya mereka nampak gembira dengan senyum tawa mereka, namun aku mengerti bahawa batin mereka terseksa. Jauh di lubuk hati mereka, mereka pastinya menderita dari segi emosi. Mereka sama seperti manusia lain tetapi yang membezakan mereka dengan yang lain adalah mereka tidak memperolehi kasih sayang daripada ibu dan ayah mereka.

Aku meninggalkan rumah anak-anak yatim Darul Ihsan dengan satu harapan yang amat besar sekali, iaitu aku berharap aku dapat melangkahkan kakiku ke tempat itu sekali lagi dan bertemu dengan mereka buat kali kedua. Kepada adik-adikku semua, ingat pesan kakak dan kakak pasti bahawa kejayaan akan menjadi milik kamu semua pada suatu hari nanti.

Salam, -Nuratika-

Pengajaran Bahasa Melayu

Melalui penulisan diari ini, para pelajar akan mempelajari mengenai golongan kata. Di dalam bahasa Melayu, terdapat empat bentuk golongan kata. Keempat-empat golongan kata itu adalah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Namun demikian, di dalam penulisan diari ini, para pelajar hanya akan mempelajari mengenai kata nama dan kata tugas sahaja.

Kata nama yang boleh dipelajari menerusi penulisan diari ini adalah kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata nama khas yang akan dipelajari boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas tidak hidup. Kata nama am yang boleh didapati dalam diari ini juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.

Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Contoh kata nama khas hidup manusia yang boleh didapati dalam diari ini adalah nama orang, iaitu: “Anggota BFC terdiri daripada Zafir, Aslam, Hafiz, Reza dan Fazrudin”. Manakala contoh untuk kata nama khas tidak hidup adalah nama tempat, iaitu: “Bangunan yang diberi nama Darul Ihsan Orphanage itu terletak di Aljunied”.

Kata Nama Am adalah kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak adalah jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan.

87

Contoh kata nama am abstrak yang boleh didapati di dalam diari ini adalah: “Aku dapat merasakan

hembusan angin yang segar sekali”. Kata nama am konkrit pula adalah kata nama yang berkonsepkan kebendaan. Contoh kata nama am konkrit di dalam diari ini adalah: “Setelah kami selesai bersarapan,

kami dibawa ke sebuah padang yang berdekatan dengan sebuah masjid”.

Selain kata nama, para pelajar juga dapat mempelajari kata tugas. Terdapat 16 jenis kata tugas. Namun demikian, para pelajar hanya akan mempelajari empat jenis kata tugas, iaitu kata hubung, kata pemeri, kata sendi nama dan kata bilangan.

Kata hubung adalah sejumlah perkataan yang berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Contoh kata hubung adalah dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, kerana, supaya dan walaupun. Kata hubung yang boleh didapati

dalam diari ini adalah: “Aku bersyukur kerana mereka mampu mengecapi kebahagiaan walaupun

tanpa kasih sayang insan yang bernama ibu dan ayah di sisi mereka”.

Kata pemeri adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh kata pemeri ialah: adalah, merupakan dan ialah. Kata

pemeri yang boleh didapati dalam diari ini adalah: “Ini adalah pertama kalinya aku melangkahkan

kakiku ke rumah anak-anak yatim”. Kata sendi nama merupakan kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh kata sendi nama adalah di, ke, dari, demi, tentang, seperti dan terhadap. Kata sendi nama yang boleh didapati dalam diari ini adalah: “Sepanjang kehadiran aku di situ, aku sentiasa melihat senyuman terukir di bibir mereka”.

Kata bilangan adalah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh kata bilangan adalah tiga puluh, segala, semua, para, banyak dan masing-masing. Kata

bilangan yang boleh didapati dalam diari ini adalah: “Aku difahamkan bahawa seramai dua puluh orang yang akan terlibat dalam aktiviti yang kami anjurkan”.

Secara keseluruhannya, menerusi penulisan diari ini, para pelajar dapat menambah ilmu bahasa Melayu mereka dengan mempelajari golongan kata, iaitu kata nama dan kata tugas.

Bibliografi

Mohd Yusoff Abdullah dan Osman Ismail. (1981). Buku Panduan untuk Guru-guru yang Mengajar Bahasa Melayu. Singapura: Institut Perkembangan Kurikulum Singapura

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka

88

Rencana

Carpe Diem

- Nur Hazwani Hamzah

Slogan-slogan yang memberi inspirasi penting bagi membimbing seseorang individu dalam kehidupan seharian mereka. Frasa-frasa berikut dapat memberi perangsang dan motivasi kepada mereka dengan saling mengingatkan seseorang individu itu akan visi kehidupan mereka. Slogan sebegini selalunya terdiri daripada jumlah perkataan yang minimal. Lantas, slogan ini tidak terlalu panjang dan mudah untuk diingati. Selalunya, slogan-slogan ini digunakan oleh manusia untuk memberi motivasi kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain untuk mencapai sesuatu tujuan ataupun matlamat hidup mereka.

“Carpe diem” merupakan suatu slogan perangsang yang relevan dan dapat digunakan pada masa kini. Ia berasal daripada bahasa Latin dan bermaksud “seize the day”. Dalam erti kata lain, ia

membawa maksud bahawa manusia seharusnya melihat setiap hari sebagai satu peluang untuk

mencapai kejayaan. Slogan ini pernah digunakan dalam filem “Dead Poet‟s Society”. Dalam filem

tersebut, seorang guru berjaya memberi motivasi kepada anak-anak muridnya selepas mengenalkan

mereka kepada slogan “carpe diem”. Selepas diperkenalkan kepada slogan tersebut, terdapat perubahan besar dalam sikap murid-muridnya kepada mata pelajaran sastera di sekolah. Murid- muridnya seakan-akan lebih berminat kepada mata pelajaran sastera apabila mereka menjalani setiap hari di sekolah berasaskan dengan slogan tersebut. Lantas, filem ini menunjukkan keberkesanan slogan tersebut dalam memberi perangsang dan motivasi kepada manusia.

Terdapat beberapa perkara yang dapat diteladani dalam slogan ini. Pertama sekali, slogan ini secara keseluruhannya menimbulkan sikap optimisme yang penting bagi manusia untuk saling bergerak ke hadapan demi mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. Ia menggalakkan seseorang individu itu untuk melihat segala perkara dalam kehidupan mereka melalui perspektif yang positif, dan bukan sebaliknya kerana ia bakal menghalang atau menyekat potensi seseorang manusia. Sebagai contoh, seseorang individu itu digalakkan untuk melihat setiap hari itu sebagai peluang emas. Dengan cara ini, peluang emas itu digunakan secara betul untuk memperluaskan potensi individu untuk penakatan diri. Selain itu, slogan ini juga menggalakkan sikap proaktif dalam melakukan segala

perkara. Ini dapat dilihat daripada maksud slogan ini sendiri, iaitu “seize the day”. Perkataan “seize”

itu bermaksud merampas dan bukan mengambil. Ini menunjukkan bahawa sikap proaktif dalam melakukan sesuatu itu penting demi mencapai kecemerlangan. Lantas, slogan ini tidak menggalakkan sikap sambil lewa, malas dan pasif dalam diri seseorang individu. Tambahan pula, sikap-sikap sedemikian tidak akan menjamin kecemerlangan kepada seseorang individu.

Akhir sekali, “carpe diem” dapat digunakan dalam setiap diri manusia yang berbilang bangsa,

dan agama kerana ia bersifat neutral. Slogan ini bersifat universal dan dapat diaplikasikan kepada situasi yang berbeza-beza. Lantas, slogan ini, yang boleh digunakan pada segala situasi yang berbeza, bersifat pragmatik dan relevan pada masa kini.

Kreatif

89

Komik

Menteknologikan Pantun

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 85-89)