• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengajaran & Pembelajaran

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 74-78)

75

doktrin pendidikan yang tradisional kian dianggap usang dan antik dalam konteks kehidupan dewasa ini. Produk atau hasil daripada pendekatan lama ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keretakan korelasi realiti dan akademik yang sering menjadi hambatan kepada graduan- graduan universiti setempat yang kebanyakannya tidak berupaya menandingi produk pendidikan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Seandainya pendekatan baru yang digerakkan oleh kementerian di Singapura benar-benar bertujuan kembali kepada asas-asas pendidikan (back to basics), penumpuan kepada perkembangan dan pemupukan kecerdasan fizikal harus dijadikan sandaran kepada peningkatan mental demi memastikan keselarasan dalam cakupan penyerapan pembelajaran dan pemahaman serta penghayatan mata pelajaran yang disediakan. Perkembangan kecerdasan fizikal yang terjejas tentu sekali akan menimbulkan kepincangan di dalam proses pendidikan. Pepatah sering mengingatkan tentang kebergantungan kecerdasan minda dan tubuh. Namun demikian, pendekatan yang diperlukan bukanlah setakat mengharapkan kepada ketegangan otot semata tetapi mengetengahkannya sebagai cara untuk membina ketekalan minda, kecekalan hati dan kecemerlangan insani.

Olimpisme

Pendekatan pembelajaran yang berteraskan nilai olimpisme sering disalahtafsirkan sebagai kaedah yang menjurus semata-mata kepada kekuatan fizikal untuk mengatasi cabaran atau halangan.

Semangat Olimpik yang dikibarkan melalui moto, „citius, altius, fortius‟ sebenarnya adalah penyala semangat untuk mencapai tahap kecemerlangan yang lebih „deras, tinggi dan gagah‟ dalam segala

bidang dan tidak hanya tertakluk kepada sukan. Peningkatan yang pada zahirnya menjurus kepada nilai fizikal ini merupakan satu kaedah yang turut sarat dengan perjuangan dan pengasahan unsur intelektual juga.

Menurut penulis lelaman timesonline.com, Fanny Walker, edisi asal sukan Olimpik merangkumi komponen intelektual dan retorik yang selaras dengan pengertian peradaban Roman yang

ideal, yakni „mens sana in corpore sano‟ yang membawa maksud, „minda yang cerdas wujud di dalam

tubuh yang sihat‟. Tujuan utama dan asal Sukan Olimpik untuk mencari pahlawan teragung menjalani

perubahan pada dasarnya kerana terbitnya kesedaran bahawa tubuh yang berotot kuat tanpa sandaran ketajaman intelek merupakan pemimpin yang tidak berguna.

Pandangan ini didukung juga oleh Allahyarham Profesor Syed Hussein Alatas (1977) yang menyokong usaha menjana generasi pemimpin dalam bidang perkembangan dan pemupukan intelektual. Konsep kepimpinan moral ini yang turut diketengahkan oleh pendidik Thomas Sergiovanni berkisar kepada dimensi kepimpinan yang sarat dengan unsur tujuan, nilai dan kepercayaan yang utuh. Pandangan Profesor Alatas yang dibincangkan pada suatu ketika ini tidak

sahaja tertakluk kepada sesebuah tahap kepimpinan yang dianggap „elit‟ tetapi harus diluaskan kepada segenap lapisan masyarakat.

Berdasarkan kriteria-kriteria yang dijadikan landasan sebagai laras sistem pendidikan di Singapura, mungkin pendekatan pembelajaran yang berteraskan nilai olimpisme di bawah dukungan unsur sukan dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan dalam pembentukan generasi yang bakal mengambil alih persada negara. Kaedah yang diusulkan oleh Barat yang menetapkan keistimewaan dalam seseorang pelajar hanya pada kemampuan akalnya perlu melalui semakan yang dapat memberi keseimbangan kepada perkembangan dan pemupukan rohaniah agar membesar menjadi anak-anak negara yang terasah akalnya dan terdidik keperibadiannya dalam erti kemanusiaaan sepenuh.

Penulis mapan Amerika, Ernest Hemingway (1982) pernah menyatakan bahawa „sukan mengajar kita untuk meraih kemenangan secara jujur and menerima kekalahan secara bermaruah.‟

Idea ini sudah lama diterima oleh para pendidik dan pengasuh kerana kewujudan situasi-situasi yang

76

dinamik yang berupaya membawa pelajaran berkenaan tata laku, pendidikan moral dan keperibadian diri.

Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran berteraskan nilai olimpisme telah dijadikan acuan untuk menjayakan bengkel sastera, bahasa dan budaya Bintang Olimpik Impian di Sekolah Rendah Tanjong Katong pada 2008. Landasan yang digunakan untuk pengajaran sastera, bahasa dan budaya Melayu ini bukan sahaja menerapkan nilai Olimpisme dari segi pembentukan moral tetapi juga menyumbang ke arah kesantunan bahasa dan daya kepimpinan pelajar. Unsur kesukanan juga mendukung tema bengkel ini dengan penerapan permainan tradisional dan kaedah sayembara ala

„Amazing Race‟ yang memastikan bahawa peserta-peserta dapat menggunakan seluruh fakulti fizikal dan pancaindera dalam pembelajaran mereka dalam bentuk permainan.

Menerusi cakupan permainan dan konsep kesukanan dalam bengkel ini, para pelajar dapat memperoleh pemahaman lebih rencam dan penghayatan lebih mendalam mengenai hasil sastera, bahasa dan budaya mereka tanpa kaedah pembelajaran bercorak tradisional iaitu tenaga pengajar menyiapkan segala bahan yang diperlukan untuk santapan pelajar. Melalui kaedah permainan yang diserapkan juga, unsur pembelajaran koperatif, yakni pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982), tahap pembelajaran berpotensi mencapai tahap yang maksimum yang memanfaatkan setiap pelajar atau peserta.

Unsur-unsur asas pembelajaran ini yang banyak memandu ke arah unsur interaksi turut memberi ganjaran kepada peserta tatkala mereka diberi peluang menunjukkan tahap kefahaman masing-masing di samping membentuk kemahiran sosial mereka. Perkongsian idea atau pendapat yang turut digalakkan dalam suasana yang tidak terancam membentuk minat yang lebih mendalam berkenaan subjek yang diterokai bersama.

Dari sudut pandangan Eduart Spranger (1950), manusia merupakan makhluk

„multidimensional‟ yang dapat ditelaah sebagai makhluk jasmani dan rohani. Proses kemanusiaan

yang dialami setiap manusia akan lebih berkesan seandainya nilai-nilai rohani seperti kebudayaannya dapat dikembangkan secara menyeluruh. Howard Gardner (1983) menyifatkan manusia sebagai mempunyai 7 jenis kecerdasan. Ketujuh-tujuh kecerdasan ini melingkungi setiap cakupan aktiviti bengkel yang berteraskan nilai Olimpisme:

1. Kecerdasan matematik/logik: kemampuan penalaran ilmiah, penalaran induktif/deduktif, berhitung/angka dan pola-pola abstrak yang terdapat dalam komponen penulisan dan kuiz bertema.

2. Kecerdasan verbal/bahasa: kemampuan berhubungan dengan kata/bahasa tertulis mahu pun lisan yang terdapat dalam komponen penyampaian dan penulisan cereka

3. Kecerdasan interpersonal: kemampuan berkenaan interaksi dan perhubungan sosial dalam setiap komponen bengkel yang mengikut kumpulan.

4. Kecerdasan fizikal: kemampuan mengatur gerakan badan dalam komponen „Amazing Race‟

dan permainan tradisional seperti capteh dan batu serembat.

5. Kecerdasan muzikal/rima: kemampuan mengenal rima atau rentak dalam komponen yang mengandungi lagu tradisional.

6. Kecerdasan visual/ruang: kemampuan mengendalikan penglihatan dan kemampuan membayangkan objek dalam komponen mereka cerita.

7. Kecerdasan intrapersonal: kemampuan berhubungan kesedaran, muhasabah dalam komponen menilai kemampuan diri.

77

Justeru, pendekatan berteraskan nilai Olimpisme ini berpotensi tinggi mengembangkan manusia berdasarkan kaedah secara seimbang. Pengembangan yang tidak seimbang dan hanya menitikberatkan satu daya berkemungkinan menghasilkan ketidakutuhan perkembangan generasi pelapis yang bakal mengambil tempat di persada dunia. Manusia yang terlalu diberikan penumpuan terhadap aspek intelektual sahaja juga akan kekurangan dari segi daya cipta, unsur humanisme yang menjejas statusnya di dalam linkungan sosio-antropologi sebagai manusia yang kurang bezanya dengan makhluk lain yang tidak berbudaya.

Bibliografi http://www3.moe.edu.sg/bluesky/tllm.htm http://www.tki.org.nz/r/health/cia/olympic/index_e.php http://www.ioa.org.gr/books/reports/1997/1997_259.pdf http://www.tutor.com.my/lada/tourism/edu-kontekstual.htm http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/Kaedah%20Pembelajaran%20Koperatif.doc http://fiep.cat/documents/Towards%20an%20Olympic%20pedagogy.pdf

EVOLUSI

Putaran tetap bergema Walau sepurnama berlalu Sanskrita bermaharajalela Purba beku hilang takhta Demi masa khalifah menjelma

Menyeru kepada yang satu Menobatkan yang esa

Berpaksikan kitabun

Namun gelombang tetap menyambar Khalifah menyerah Belanda meronda

Inggeris menguris naluri bangsa Dondang sayang penguat citra Kini zaman memaksa revolusi kata Informasi menundukkan maklumat Famili mengkramatkan keluarga

Trafik menelan lalulintas Jejakku terus bergema Memendekkan yang ada

Merombak nada Lidah kelu melilit Kekata sesingkat purba Kembali kepada asalnya Mohamed Pitchay Gani BMAA

78

MATA PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU 9558: SATU

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 74-78)