• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAP MEMBERI NAFAS BAHARU KEPADA BAHASA MELAYU

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 38-41)

Nurhuda Mohamed

Pengenalan

Bahasa Melayu mengalami pelbagai perubahan dari segi bahasa untuk disesuaikan dengan perubahan zaman demi penakatan bahasa itu sendiri. Perubahan dilakukan dengan memasukkan dan mereka kekata baharu atau istilah-istilah baharu yang relevan. Tanpa perubahan ini bahasa Melayu sudah tentu akan menjadi beku dan terkebelakang dan akhirnya hanya digunakan oleh sesetengah orang- orang Melayu seperti pencinta bahasa atau para sasterawan. Bahasa Melayu masih lagi melalui perubahan pada hari ini tetapi dalam bentuk yang berbeza. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa ini sudah tidak lagi diminati ramai terutama sekali dikalangan para remaja yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris kerana status dan pengaruh yang dapat diraih jika mereka dapat bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Namun demikian, keperluan pendidikan dan pengaruh muzik telah dapat mengelakkan bahasa Melayu daripada terus dipinggirkan.

Muzik jenis rap

Sejak akhir-akhir ini muzik yang bertemakan rap Melayu semakin mendapat tempat di arena muzik rantau ini. Kemunculan penyanyi dan kumpulan rap Melayu yang tumbuh bagaikan cendawan telah meluaskan variasi genre lagu yang ada pada hari ini. Muzik bertemakan genre rap ini muncul kerana pengaruh barat yang sangat meluas di kalangan orang-orang muda di sini yang menyebabkan mereka turut cenderung untuk menghasilkan lagu-lagu Melayu yang mempunyai unsur sedemikian. Oleh kerana bahasa Inggeris dianggap lebih berstatus oleh golongan muda ini, lagu-lagu rap Melayu telah dihasilkan untuk membudayakan genre rap ini ke dalam lagu-lagu Melayu agar kelihatan lebih moden dan mengikuti perkembangan muzik barat yang lebih popular. Nyanyian rap mengikut sejarah, telah dihasilkan oleh golongan berkulit hitam di negara barat untuk menyatakan dan melahirkan perasaan mereka mengenai kehidupan mereka yang susah dalam bentuk lagu. Ini kemudian diikuti oleh golongan mereka yang berkulit putih yang juga berminat untuk menghasilkan lagu bertemakan genre ini.

Evolusi rap

Evolusi lagu rap dapat dilihat melalui tema yang dikembangkan. Daripada dengangan lagu kehidupan mereka yang susah kepada melagukan kekayaan yang dimiliki atau begaimana mereka telah berjaya keluar daripada lingkaran kesusahan hidup. Eminem adalah contoh penyanyi barat yang menggunakan pendekatan ini untuk melagukan kehidupannya yang susah sebelum dia berjaya mengukir nama di dalam arena muzik. Walaupun terdapat perubahan dari segi isi lagu, terdapat satu unsur yang sama iaitu setiap lirik lagu yang dihasilkan membawa satu mesej. Hal yang serupa juga dapat disaksikan dalam lagu rap Melayu. Mesej seperti nasihat dan pengajaran adalah salah satu contoh daripada mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh pereka lagu-lagu ini. Secara tersirat, lagu-lagu rap ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dengan pantun dan sajak Melayu. Kedua-duanya mempunyai maksud yang telah dilagukan dan menggunakan elemen rima untuk meningkatkan estetika sajak dan pantun. Begitu juga dengan lagu-lagu rap yang banyak bermain kata-kata dengan menggunakan unsur simile dan metafora yang sering dapat dilihat di dalam sajak dan pantun.

39 Samseng dan Mantera Beradu

Secara tidak langsung lagu rap meluaskan penggunaan bahasa Melayu. Malangnya, perkara ini sama sekali tidak disedari ramai kerana bentuknya yang merupakan sebuah lagu. Ini dapat dilihat dengan jelas di dalam lagu rap oleh Malique dan M Nasir dari Malaysia. Berikut adalah nukilan yang dipetik daripada lagu Mantera Beradu:

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..

hanya berbual makan angin kembung perut mual... resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang.. ku schizo paranoia takut pecah tembelang

kuhunuskan keris musuh ada pistol tradisi kekalkan adaptasi harus betul tujuh baris keramat tujuh garis penamat baik berpada biar jahat asal selamat

Di sini kita dapat melihat bahawa penulis lirik lagu ini telah cuba memberikan nilai estetik yang memperlihatkan kemerduan bunyi selain meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar lagu ini. Unsur sebegini walaupun tidak banyak tetapi menjadikan lagu ini menarik kerana mampu menjadikan sebutan bunyi itu menarik dan sesuai dengan gaya pengucapan tersendiri (nada). Secara tidak langsung, mereka telah mempraktikkan penggunaan unsur sastera di dalam mencipta sebuah lagu dan juga merelevankan sastera dalam zaman moden. Maksud dibalik lagu Mantera Beradu dapat dilihat daripada permulaan lirik lagu ini seperti berikut:

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..

hanya berbual makan angin kembung perut mual... resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang.. ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang... bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku teman baikku buku

bini ku pena.. tak pernah lena aku suka mengintai pantang ditenung berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

(Lirik Mantera Beradu, nyanyian Malique dan M Nasir, 2008)

Dapat dilihat di sini bahawa lagu rap ini ingin menyampaikan maksud bahawa sesuatu rahsia besar yang mungkin akan memudaratkan diri itu harus disimpan biarpun rahsia itu akan menyebabkan seseorang itu makan dirinya sendiri. Dengan itu, rahsia itu telah dituliskan ke dalam bentuk buku. Dengan itu mesej yang ingin disampaikan adalah untuk menggunakan pendekatan menulis untuk meluahkan sesuatu rahsia agar ia tidak memakan diri sendiri.

Lagu „Samseng‟ oleh kumpulan Ahli Fiqir pula ingin menyampaikan maksud mengenai dunia samseng yang tidak harus diceburi demi untuk kesejahteraan diri mereka sendiri. Kumpulan ini secara

40

tersirat menyindir kumpulan samseng yang dilabelkan sebagai golongan yang tidak tahu merebut peluang dan membuang masa dengan memperjuangkan sesuatu yang tidak mempunyai arah. Ini dapat dilihat daripada nukilan lirik Samseng seperti berikut,

Dan didepanmu berbaris peluang-peluang dan tidak mahu pun engkau rebutkan, berderet-deret sasaran namun tidak satu peluru pun ko lepaskan

kerana engkau hanya asyik berjuang entah untuk apa, dan demi siapa engkau juangkan, Keberanianmu itu adalah himpunan puluhan anggota fei yong

yang sibuk melaungkan suku-suku pantun, serta tuturkan kata kosong Keberanianmu itu adalah tubuh-tubuh kaku saudaramu,

bergelimpangan disimpang-simpang jalan yang telah engkau tewaskan

Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu yang berbinkan dan berbintikan sianu dan sipolan,

Terpampang di muka surat depan, ruang-ruang koran patah kaki dan tangan... Keberanianmu itu adalah anak-anak bangsamu dalam satu ikatan berkongsi kandang bergelar. si banduan.

(Lirik Samseng nyanyian Ahli Fiqir, 2007)

Menjadi sebahagian daripada kumpulan samseng tidak akan mempunyai tempat di dalam zaman yang mementingkan ilmu dan pengetahuan. Dengan ini, mereka akan tertindas dan terkebelakang. Muka-muka mereka yang menghiasi dada-dada akhbar seharusnya kerana kejayaan atau kebaikan yang telah dilakukan dan bukan kerana mereka telah mati dibunuh sewaktu memperjuangkan kumpulan samseng ini. Ini akan mencetuskan rasa insaf di kalangan pendengar terutama sekali anak-anak muda Melayu agar menjauhi kumpulan samseng.

Biarpun lagu-lagu rap Melayu telah bertindak untuk meluaskan penggunaan bahasa Melayu, tidak semua perkembangan ini dianggap berkembangan yang baik kerana perkembangan yang terjadi juga telah mencemarkan bahasa Melayu di dalam keghairahan mereka memasukkan unsur rap ke dalam lagu-lagu Melayu. Pemilihan kata yang digunakan tidak semuanya yang baik. Ini menyebabkan golongan pendengar juga terikut mengamalkan penggunaan bahasa Melayu yang „rosak‟ kelak.

Sebagai contoh, lagu „Samseng‟telah menggunakan singkatan seperti „ko‟ untuk engkau. Buat masa

ini tidak banyak lagu yang mempunyai unsur sedemikian tetapi jika tidak dipantau, lebih ramai yang akan berani untuk memasukkan singkatan-singkatan begini ke dalam lagu dan akhirnya menjadi perosak kepada bahasa mereka sendiri.

Kesimpulan

Kesimpulannya, perkembangan yang masih berlaku kepada bahasa ini menunjukkan bahawa bahasa ini masih relevan walaupun berada di dalam zaman yang menitikberatkan penggunaan bahasa Inggeris. Kemunculan lagu berbentuk rap telah secara tidak langsung meluaskan penggunaan bahasa ini. Namun demikian, sayang sekali kerana perkembangan yang berlaku boleh mencemarkan bahasa Melayu jika tidak terkawal.

Bibliografi

http://en.wikipedia.org/wiki/Rapping#Literary_technique http://www.allthelyrics.com/song/1052097/

http://myemp3.blogspot.com/2008/08/malique-ft-m-nasir-mantera-beradu.html

41

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 38-41)