• Tidak ada hasil yang ditemukan

FILEM MENJANA FALSAFAH DAN HARAPAN

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 63-68)

Siti Nuratika Binte Abdullah

Pengenalan

Media filem boleh dianggap sebagai sebagai satu wadah menarik dalam menilai aspek kesasterawanan melalui penerapan aspek falsafah dan kemanusiaan. Terdapat beberapa pendapat mengenai definisi falsafah. Namun demikian, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa secara mudah falsafah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Berfikir secara falsafah ini harus mengandungi tiga ciri, iaitu, radikal, sistematik dan sejagat. Radikal bermaksud bahawa berfalsafah merupakan corak pemikiran yang tuntas, yakni berfikir dengan sedalam-dalamnya sehingga kepada akar bagi sesuatu masalah. Sistematik pula ialah berfikir secara logik, yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan urutan yang tersusun. Manakala, umum pula bermaksud sejagat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, nilai kemanusiaan boleh mendukung makna perihal manusia, iaitu sifat-sifat manusia.

Sinopsis Filem The Shawshank Redemption

Filem The Shawshank Redemption arahan Stephen King merupakan salah sebuah filem yang mempunyai penerapan aspek falsafah dan nilai kemanusiaan. Filem ini menceritakan tentang kehidupan watak utamanya, iaitu Andy Dufresne yang di penjara kerana dituduh membunuh isterinya sendiri. Namun demikian, Andy berasakan bahawa orang yang berada di dalam penjara adalah orang- orang yang tidak bersalah. Oleh yang demikian, Andy sentiasa berusaha mencari helah untuk mendapatkan kebebasannya. Andy yang yakin bahawa dirinya tidak bersalah telah menyusun agenda melarikan diri sejak hari pertama dia dimasukkan ke dalam penjara.

Dengan menggunakan kebijaksanaannya, Andy telah pun memesan seorang lelaki bernama Red sebilah pisau kecil kerana Red dipercayai mampu memenuhi setiap pesanan barang-barang yang dikehendaki para penghuni penjara. Untuk menyempurnakan agendanya, Andy juga turut memesan batu-batu dan poster Rita Hayworth, iaitu seorang bintang filem yang sangat terkenal ketika itu. Selang beberapa tahun, Andy memesan poster bintang-bintang yang lain seperti Marlyn Monroe dan Raquel Welch. Sepanjang Andy berada di dalam penjara, dia terpaksa menanggung segala siksaan yang berat yang dikenakan ke atas dirinya. Antaranya dia dikurung oleh Norton, seorang warden, di dalam sel khusus selama dua bulan lamanya tanpa alasan yang munasabah.

Filem ini turut mengetengahkan erti persahabatan. Ia mengisahkan persahabatan antara dua orang lelaki, iaitu Andy dan Red yang memiliki perwatakan yang berbeza tetapi mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu untuk mengecapi kebebasan. Persahabatan di antara Andy dan Red bermula apabila Andy meminta Red menyeludupkan sebuah pisau kecil untuk dirinya.

Setelah beberapa tahun dipenjarakan, Andy bertekad untuk melarikan diri. Ini berjaya dilakukannya pada suatu malam ketika hujan lebat dengan meloloskan dirinya dari penjara melalui terowongan tembok selnya yang digalinya selama hampir dua puluh tahun dengan menggunakan pisau kecil yang diberikan oleh Red. Andy begitu bijak sekali kerana telah menyembunyikan pisau kecil itu di dalam sebuah kitab, manakala lubang yang dikoreknya itu ditutupi dengan poster bintang- bintang yang terkenal.

64

Aspek Kebebasan Di Dalam Filem The Shawshank Redemption

Filem The Shawshank Redemption ini jelas menunjukkan mengenai kebebasan yang ingin dikecapi para penghuni penjara. Di dalam satu babak filem ini, Red berkata bahawa: "when they put you in that cell, and those bars slam home, that's when you know it's for real. A whole life blown away in the blink of an eye. Nothing left but all the time in the world to think about it."

Kata-kata yang diluahkan oleh Red ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang dimasukkan ke dalam penjara seolah-olah berada di dalam dunia yang sudah jatuh kerana mereka perlu menjalani hukuman seumur hidup. Mustahil bagi mereka mengecapi kebebasan kerana kesilapan yang telah mereka lakukan ke atas diri mereka. Mereka hanya mampu menyesali perbuatan mereka itu. Perasaan kesal ini dapat dilihat pada watak Red apabila dia mengatakan bahawa: "There's not a day goes by I don't feel regret. I look back on the way I was then a young, stupid kid who committed that terrible crime. I want to talk to him. I want to try and talk some sense to him, tell him the way things are. But I can't. That kid's long gone and this old man is all that's left."

Filem ini juga turut menggambarkan dilema kehidupan manusia di dalam penjara. Pastinya setiap insan yang dimasukkan ke dalam penjara menanti-nantikan hari pembebasan. Namun demikian, apabila tiba harinya, mereka berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan dunia luar. Dilema mereka ini dapat dilihat pada kata-kata Red: "These walls are funny. First you hate 'em, then you get used to 'em. Enough time passes, you get so use and depend on them. That's institutionalized”.

Istilah "institutionalized" yang digunakan oleh Red jelas menunjukkan bahawa mereka yang sudah lama hidup dalam penjara akhirnya sudah terbiasa dengan kehidupan di dalam penjara, sehinggakan mereka tidak dapat hidup selain di dalam penjara.

Situasi inilah yang terjadi pada watak Brooks, penghuni penjara tertua yang dikenakan hukuman penjara selama lima puluh tahun. Ketika tiba masanya untuk Brooks keluar dari penjara, Brooks berasakan suatu tekanan yang amat berat sekali sehinggakan apabila dia melangkah keluar dari penjara, dia dihantui rasa ketakutan. Perkara ini berlaku kerana Brooks berasakan bahawa dunia di luar tidak lagi sama dengan apa yang diketahuinya lima puluh tahun yang lalu. Ini jelas menunjukkan bahawa dunia luar bukanlah tempat untuk dirinya: "Sometimes it takes me a while to remember where I am. I don't like it here, I'm tired of being afraid all the time. I've decided not to stay."

Kalimat ini merupakan kata-kata terakhir yang ditulis Brooks kepada rakan-rakannya dalam sepucuk surat sebelum dia mengakhiri hidupnya dengan menggantungkan diri. Pastinya teman- temannya menyesali atas pemergian Brooks. Selain Brooks, Red juga turut berasakan dilema yang dirasakan oleh Brooks apabila dia akhirnya dibebaskan dari penjara. Red berpendapat bahawa hidupnya lebih bererti apabila dia berada di dalam penjara. Namun demikian, Red tidak mengikut jejak laku Brooks: "All I want is to be back where things make sense. Where I won't have to be afraid all the time". "Only one thing stops me. A promise I made to Andy."

Secara keseluruhannya, aspek falsafah di dalam filem ini menegaskan bahawa setiap manusia dilahirkan untuk menikmati kebebasan dan kemerdekaan. Aspek falsafah kebebasan ini dapat dilihat pada kata-kata yang dibicarakan oleh Red: “I have to remind myself that some birds aren't meant to be caged. Their feathers are just too bright. And when they fly away, the part of you that knows it was a

sin to lock them up does rejoice”.

Aspek Harapan Di Dalam Filem The Shawshank Redemption

Selain aspek kebebasan dan dilema para penghuni penjara di Shawshank, filem ini juga turut memaparkan aspek harapan. Andy tidak bersalah dan kehadirannya di penjara bukanlah untuk menanggung hukuman. Namun demikian, kehadiran Andy dalam penjara seolah-olah memberi

65

harapan kepada para penghuni penjara lain, terutama sekali Red. Harapan yang diberikan Andy kepada Red dapat dilihat melalui kata-kata yang dibicarakan oleh Andy tentang harapan: "There are places in this world that aren't made out of stone. There's something inside that they can't get to, that they can't touch."

Dalam setiap tingkah laku Andy, ia seolah-olah memberi sebuah harapan kepada penghuni penjara di Shawshank. Aspek harapan dalam filem ini juga dapat dilihat dalam salah satu babak apabila Andy memutar lagu Marriage of Figaro karya Mozart melalui penguat suara di seluruh penjara. Di dalam babak ini, apabila Andy memutarkan lagu tersebut, Red berkata: "Those voices soared higher and farther than anybody in a gray place dares to dream. It was like some beautiful bird flapped into our drab little cage and made those walls dissolve away, and for the briefest of moments, every last man in Shawshank felt free."

Ketika Red akhirnya dibebaskan daripada penjara, Red mengikuti petunjuk yang diberikan Andy kepadanya untuk menemukan sebuah catatan yang ditanam di bawah sebatang pohon. Dalam catatan itu Andy menulis: “Remember, Red. Hope is a good thing, maybe the best of things, and no

good thing ever dies. I will be hoping that this letter finds you, and finds you well. Your friend,

Andy.”

Kata-kata Andy itu membuat Red yakin bahawa harapan adalah suatu yang positif. Dengan harapan itulah maka Red mengikuti pesanan terakhir Andy supaya Red mencari Andy: "I hope I can make it across the border. I hope to see my friend, and shake his hand. I hope the Pacific is as blue as it has been in my dreams. I hope."

Kesimpulan

Harapan itulah yang akhirnya menemukan Red dan Andy di pantai Mexico kerana harapan memberikan kita kekuatan untuk melalui kehidupan yang beronak duri ini. Kadang-kala kita ingin menyerah dan kembali kepada jalan hidup kita yang lama. Namun demikian, harapan yang telah dijanjikan kepada insan lain yang memberi kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Oleh yang demikian, filem ini membuat para penontonnya berfikir mengenai kehidupan, khususnya mengenai harapan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Bibliografi

Darabont Frank, 1996. The Shawshank Redemption: The Shooting Script. London: Nick Herm Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Muhd Yusof Ibrahim, 1991. Aspek dan Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

66

INTEPRETASI LUKISAN ‘PATAHAN’ HASIL TAUFIK HIDAYAT

Sharifah Amirah bte Syed Hamid

Lukisan ini merupakan sebuah lukisan jenis abstrak. Lukisan abstrak ini merupakan coretan bebas yang bukan hanya boleh dijadikan koleksi malah bahan yang dapat dijadikan pengajaran bagi orang-orang yang melihatnya. Ia juga boleh

dijadikan sebagai mu‟asabah diri. Objek lukisan

merupakan sebuah medium. Melalui objek se- orang seniman boleh mendapatkan inspirasi, semangat, idea, dan kreativiti dalam mewujud- kan sesuatu yang ingin diketengah-kannya. Biasanya, seorang seniman tidak akan mewujud- kan objek sebagaimana adanya tetapi sebagai- mana yang dirasakannya.

Reid Hastie seorang profesor Dept. of Art Education mengatakan; "The looks at his world deeply and sensitively, and he abstract, or takes out, from this seeing of his world that which he feels is importance (the essence, meaning, and significance it has for him)"

Seniman tidak melihat tampilan fisikal sesebuah objek namun, beliau akan melihat apa yang tersirat di sebalik kewujudan fisikal objek tersebut, sesuatu yang dirasakan amat penting dan sesuatu yang dirasakan perlu diketengahkan akan disampai-kan dan diwujudkan dalam bentuk karya lukis. Seniman mengungkapkan dirinya melalui objek lukisannya. Ungkapan ini bukan hanya dari dirinya, malah apa yang diketahui mengenai perasaan manusia. Kata abstrak mengandungi pengertian ringkasan, inti atau tidak berwujud. Dalam kaitan dengan ciptaan seni, kata abstrak menunjuk kepada kewujudan yang tidak realistik atau natural. Bentuk abstrak merupakan bentuk yang tidak menampilkan rupa yang kita kenali sebagai rupa benda atau objek yang kita lihat dalam kenyataan sehari-hari. Bentuk abstrak adalah bentuk yang difikirkan seniman. Ia juga boleh dikatakan sebagai bentuk olahan atau bentuk imaginatif seniman.

Kewujudnya menjadi unik kerana bentuk itu tidak pernah kita kenal selama ini dan bentuk ini tidak pernah ditemukan di atas bumi ini. Proses abstraksi dilakukan di dalam pemikiran dan perasaan seniman itu. Setelah kematangan telah tercapai maka ia akan meledak menjadi ekspresi yang tidak tertahankan. Garis demi garis, bentuk demi bentuk akan meluncur secara spontan sampai lukisan itu selesai. Dalam lukisan Patahan oleh seniman Taufik Hidayat, beliau telah menggunakan teknik abstrak. Namun demikian, wajah seorang manusia masih boleh dilihat dalam lukisan dengan sempurna. Pelukis telah menggunakan banyak warna dalam lukisannya untuk menunjukkan keadaan atau pemikiran yang berkecamuk.

Pelbagai perasaan dan emosi yang membelenggu wajah itu. Warna-warna itu, walaupun digunakan dengan baik, memaparkan kerunsingan pada diri orang-orang yang melihatnya. Namun

67

demikian, dalam keadaan yang sebegitu, penulis juga menunjukkan warna-warna kehidupan yang begitu dinamik dan kaya. Ia memaparkan potensi dan kehidupan yang cerah yang boleh dikecapi. Warna-warna ini menjadikan latar belakang gambar sebagai menunjukkan kebenaran atau dasar kehidupan yang sebenarnya. Pelukis telah membuatkan mata sebagai unit utama atau „focal point‟

dalam lukisan. Mata yang sarat dan layu itu, walaupun kelihatan besar dan penuh dengan harapan, ia melambangkan kesedihan, kesengsaraan dan kepedihan. Ini dilambangkan oleh warna-warna yang telah digunakan pelukis. Pelukis telah mewarnakan keseluruhan daripada mata kiri yang menonjol itu, biru. Penulis bermain dengan warna biru itu untuk memberikan kesan bagi lambang kesedihan itu.

Mata yang kelihatan sarat dan bengkak itu menceritakan pengalaman pahit „watak‟ dalam lukisan

tersebut.

Mata kanan watak juga merupakan campuran warna yang menarik kerana ia menceritakan dua perspektif dalam satu imej. Kemerah-merahan yang menyelaputi sebahagian besar daripada mata itu telah digunakan sebagai lambang kesakitan dan kesengsaraan orang yang menghadapi kesan pengunduran dari merokok. Namun demikian, penulis juga telah menggunakan sedikit warna kekuning-kuningan untuk melambangkan harapan kegembiraan dan pemulihan bagi diri watak. Bulu mata yang panjang menunjukkan keinginan watak untuk terus membuka mata dan harapannya yang masih lagi meninggi walaupun hampir tidak lagi berupaya melawan kesengsaraan yang dipikulnya. Bibir yang senget menambahkan lagi drama kesengsaraan dalam watak, memotretkannya sebagai tidak berdaya dan tidak larat. Gigi yang diwarnakan dengan warna-warna coklat dan kekuning- kuningan menunjukkan kesan daripada merokok secara eksesif. Terdapat juga gigi-gigi yang telah tertanggal daripada pangkuan gusi. Di sini, pelukis telah berjaya menakut-nakutkan mereka yang melihat lukisan ini mengenai kesan merokok dan padah yang menyusuli tabiat merokok.

Di samping wajah itu, terdapat juga kotak-kotak berwarna-warni yang boleh melambangkan

kotak fikiran „watak‟ yang tidak terurus dan berkecamuk namun, tetap optimistik. Ini telah dilambangkan oleh warna-warna cerah seperti merah. Kotak-kotak itu juga boleh melambangkan kotak-kotak rokok yang telah memusnahkan kehidupan watak dan kesan yang diberikan kepada watak

sehingga terjadi sebegitu. Di sini, penulis menunjukkan kesan „sebelum‟ dan „sesudah‟ ala-ala iklan- iklan yang mempromosikan kecantikan dan kelangsingan badan. Kesan ini ditonjolkan dengan susunan gambar yang menunjukkan kotak-kotak rokok di sebelah kiri gambar sebagai lambang

„sebelum‟ dan gambar watak yang dipotretkan sebagai sengsara dan dalam kesakitan di sebelah kanan

lukisan sebagai lambang „sesudah‟. Ini menambahkan kesan kepada orang-orang yang melihat gambar itu dengan secara tidak sengaja.

Penulis juga banyak menggunakan warna merah dalam lukisannya. Hampir separuh daripada

lukisannya, diwarnakan dengan merah. Ini juga menunjukkan warna muka „watak‟ yang merah

bagaikan berlumuran darah. Ini boleh melambangkan kesakitan yang dihadapi „watak‟ dalam

mengharungi cabaran kesan pengunduran. Ia juga menonjolkan perasaan marah yang mungkin

membelenggu diri „watak‟ kerana menyesali perbuatannya, merokok suatu ketika dahulu. Lukisan ini, walaupun abstrak dan mungkin sukar untuk difahami, menceritakan seribu satu makna dan pengajaran mengenai keburukan merokok dan kesan-kesan yang akan dihadapi mereka yang merokok. Seorang muda yang harus mengorbankan masa mudanya dengan menderita disamping melawan seribu macam kesakitan di dalam dirinya. Pengajaran ini boleh dijadikan alat bagi memomok-momokkan lagi kesan rokok terhadap diri manusia. Kesan dramatik yang ditonjolkan pasti akan membuat mereka yang baru hendak mencuba-cuba merokok memikir berkali-kali sebelum mencubanya.

Bibiliografi

http://taufikmony-galery.blogspot.com

http://www.senirupa.net/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&cid=6&artid=53

68

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 63-68)