• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc"

Copied!
96
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENGISIAN

Tokoh Aktivis 3

Tokoh Belia Aktivis 7

ISU KONTEMPORARI

1. China Perealisasi Prinsip Universal Islam 9

2. Nilai Guru Berteraskan Taming Sari 14

3. Singapura Melawan Arus Kemelesetan Ekonomi 23

4. Blog Wadah Peluahan Emosi dan Konflik 27

BAHASA

1. Pengaruh Bahasa Dalam Seni Kata Dikir Singapura 31

2. Evolusi Bahasa Melayu Dalam Filem 35

3. Rap Memberi Nafas Baharu Kepada Bahasa Melayu 38

4. Bahasa Melayu Masih Diutamakan Golongan Muda Singapura 41 5. Vitaliti Bahasa Indonesia Sebagai Bahasa Utama Nusantara 45 KESUSASTERAAN DAN SENI

1. Fungsi dan Peranan Sastera: Kedudukan Kerangka dalam Pembaca,

Penulis dan Penerbit 52

2. Teori Dialogisme Bakhtin: Penelitian Balada Dolah oleh

Mohamed Latiff Mohamed 59

3. Filem Menjana Falsafah dan Harapan 63

4. Intepretasi Lukisan ‘Patahan’ Hasil Taufik Hidayat 66

5. Mercu Tanda Gerakan Angkatan Sasterawan 50 68

6. Representasi Puisi dalam Pelbagai Media dari Sudut Genetik 71 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Pendekatan Pembelajaran Berteraskan Nilai Olimpisme 74 2. Mata Pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu 9558:

Satu Pengenalan 78

3. Muzik dan Pembelajaran: Satu Penelitian 82

4. Mengajar Bahasa melalui Diari 85

KREATIF

1. Rencana Carpe Diem 88

2. Komik Menteknologikan Pantun 89

3. Komik Ingatan Fotografik 90

4. Komik Kesesakan Realiti 91

5. Graftera Gurindam 12 92

6. Fototera Menggapai Angkasa/Mara 93

7. Pojok Facebook Pecahkan segala Rahsia 94

8. Sajak Lalu Seni Tari Berbicara 6

9. Sajak Teman dan Perjuangan 30

10. Sajak Di Hari Lahir Kotaku 62

11. Sajak Aktivis 70

12. Sajak Evolusi 77

13. Sajak Mana Benarnya 81

(2)

2

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz Penyusun

Jurnal Aktivis merupakan penerbitan berkala bermula Mei 2001. Aktivis bersifat separa akademik. Ia menyentuh perihal pengajian bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Artikel yang diterbitkan merupakan gumpalan idea dan kajian para penuntut Institut Pendidikan Nasional(NIE) Program Latihan Khas Bahasa Ibunda.

Aktivis merupakan rentetan frasa Aktif-Tirus-Visi. Aktif merujuk kepada kegigihan dalam merealisasikan visi jurnal ini iaitu merevolusi pemikiran Melayu. Tirus merujuk kepada pemikiran luas yang semakin terfokus agar lebih khusus kepada objektif visi. Visi jurnal ini iaitu merevolusikan pemikiran Melayu merupakan satu usaha unit bahasa Melayu untuk merubah tanggapan pelatih terhadap pengajian Melayu setempat. Pelatih dikenalkan kepada variasi yang terdapat dalam dunia linguistik, tatabahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Keluasan ilmu pengetahuan ini kemudiannya dikhususkan atau difokuskan agar terhasilnya karya yang menggerakkan minda pembaca. Ikon keris menikam kekata AKTIVIS di muka hadapan jurnal melambangkan usaha merevolusi pengajian Melayu setempat dengan menerbitkan hasil kerja penuntut institusi pengajian tinggi dalam bentuk separa akademik. Usaha ini diharapkan dapat meniup semangat melestarikan alam pengajian Melayu setempat. Tikaman keris melambangkan suntikan nafas segar kepada aktiviti pengajian Melayu setempat. @ hakcipta Perbuyu (NIE). Mana-mana bahagian penerbitan tidak boleh digunakan dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran pengerusi Perbuyu (NIE).

KATA EDITOR

Aktivis masuk tahun ke 9 sejak dimulakan pada awal alaf ini, 2001. Upaya Aktivis untuk kekal sebagai jurnal paling lama di Singapura dari segi

penerbitan di Singapura merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Namun demikian, implikasi yang lebih penting lagi ialah Aktivis berjaya memupuk dan menghasilkan sekian banyak nilai universal dan tiada batasan sekularisme. Satu lagi kajian menarik ialah usaha menghidupkan semula kegemilangan adat Melayu zaman Hang Tuah dengan memadu kekuatan keris mistik Taming Sari dengan kualiti seorang guru. Alam bahasa pula menonjolkan satu kajian yang membuat andaian mengenai bahasa yang paling berkuasa di Nusantara melalui perbandingan prestasi bahasa Melayu serantau. Satu lagi unsur menarik ialah meninjau peranan bahasa dalam penghasilan seni kata dikir barat dan sejauhmana bahasa menentukan mutu persembahan. Bidang kesusasteraan dan seni memaparkan usaha membuktikan upaya sebuah filem memerikan falsafah dan harapan bagi ke-pentingan kemanusiaan. Alam multi-disiplin juga mendapat perhatian pengkaji yang membuktikan bahawa sekuntum sajak itu boleh dijelmakan di dalam pelbagai media. Selain itu terdapat juga kritikan terhadap karya-karya penulis mapan ber-teraskan konsep dan teori kontemporari. Bidang pengajaran dan pembelajaran pula memperkenalkan beberapa pendekatan baharu seperti Olimpik, diari, dan Musik. Terdapat juga panduan menyediakan diri bagi peperiksaan peringkat “A” Kertas bahasa dan kesusasteraan 9558. Bidang kreativiti pula memaparkan kartun, pojok dan genre terkini iaitu Graftera dengan contoh-contoh pengaplikasiannya.

Pihak penerbit mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Sasterawan 50 atas tajaan bagi jurnal ini dan sokongan editorial serta profesionalisme sehingga terhasilnya jurnal ini. Semoga sokongan ini akan berterusan dalam usaha meningkatkan kesedaran intelektual di kalangan masyarakat setempat sekaligus menambah

khazanah bangsa dan negara.

MPG

(3)

3

Cikgu Abdul Samat Ali merupakan seorang mantan guru yang banyak menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura. Beliau berpengalaman luas dan amat dihormati dalam bidang pendidikan kerana pengalamannya sebagai seorang pendidik menjangkau lebih tiga puluh enam tahun. Beliau merupakan antara cendikiawan yang bukan hanya mengutamakan kerjayanya tetapi juga kepentingan masyarakat dan negara. Ini dapat dilihat daripada sekian banyak penglibatannya dalam arena persuratan dan gerakan kemasyarakatan di dalam pertubuhan-pertubuhan Melayu Singapura sejak beliau berkecimpung dalam dunia perguruan hingga bersara. Namun demikian, persaraan daripada alam pekerjaan bukan bermakna bersara daripada aktivisme masyarakat. Cikgu Samat terus bergerak cergas dalam gerakan dan pertubuhan Melayu tempatan khususnya gerakan persuratan mapan tanah air - Angkatan Sasterawan 50.

Cikgu Samat merupakan antara guru-guru Melayu terawal setelah berpisahan Singapura daripada Malaysia. Cikgu Samat mula mengajar pada 1965 di Sekolah Rendah Outram dengan berlengkapkan sijil Malaysia Certificate of Education (MCE) yang boleh dianggap sebagai Sijil Peringkat GCE „O‟pada zaman ini. Namun demikian, sikapnya yang sering ingin mempertingkatkan diri telah mendorongnya untuk melanjutkan pelajarannya sehingga memperolehi Higher School Certificate (HSC) yang setaraf dengan Sijil Peringkat GCE „A‟ pada zaman ini. Usaha gigihnya patut ditabik kerana Cikgu Samat terpaksa belajar secara sendiri untuk mendapatkan kelulusan tersebut. Ternyata Cikgu Samat benar-benar memegang pada prinsipnya iaitu seorang guru harus sentiasa meningkatkan diri dalam menjalankan amanahnya mendidik murid-muridnya.

Kebolehan Cikgu Samat menyesuaikan diri mengikut keadaan dan keperluan zaman juga dapat dilihat pada tahun 1980, tatkala guru-guru Inggeris berkurangan, beliau telah menjadi antara empat puluh guru Melayu yang dilatih untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains. Selain itu, Cikgu Samat juga telah menunjukkan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah yang benar-benar proaktif dalam menjalankan tugasnya apabila beliau dan seorang temannya menghasilkan buku

“Seorang pendidik itu bukan hanya menjalankan tugasnya di dalam sekolah tetapi juga di luar sekolah kerana sekali seseorang itu dipanggil guru, sehingga akhir hayatnya panggilan itu akan kekal bersamanya. Seorang guru itu sentiasa menjadi contoh dan model bagi anak-anak didiknya... tugas guru itu merupakan satu amanah yang diserahkan dan seseorang guru itu harus menjalankan amanah itu sebaik mungkin. Amanah itu juga harus dijalankan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran tetapi dengan cara yang ikhlas”.

Tokoh Aktivis

(4)

4

teks untuk penggunaan para pelajar dan guru untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, memandangkan para guru hanya dilengkapkan dengan buku bacaan iaitu Bacaan Cekap. Menurut Cikgu Samat hasil penulisan buku teks bahasa Melayu yang lengkap dan digunakan di sekolah-sekolah rendah dengan meluasnya pada tahun-tahun 1976 hungga 1982 itulah yang menjadi pencapaian paling memuaskan bagi dirinya.

Usaha gigihnya dalam membantu pembelajaran murid-murid tidak hanya berakhir sebagai seorang guru di dalam kelas darjah sahaja, Cikgu Samat telah bergiat aktif dalam melahirkan lebih banyak buku-buku teks sehingga tahun 2007. Walaupun telah lama bersara, Cikgu Samat masih lagi melibatkan diri di dalam dunia pengajaran dan pembelajaran ini. Pada tahun lalu, Cikgu Samat telah menghasilkan dua antologi peringkat sekolah menengah dan pasca menengah iaitu „Skrinik‟ dan

„Perjalananku‟. Beliau juga telah diundang oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam untuk bekerjasama sebagai penyusun buku Pendidikan Moral. Kini, Cikgu Samat sedang

mengusahakan penerbitan “Pendidikan Drama” yang menggabungjalinkan drama dan pengajaran

yang juga merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Dengan pengalamannya yang luas, Cikgu Samat tetap merasakan bahawa pengalaman signifikannya dalam bidang yang diceburinya ini ialah apabila beliau dapat melihat anak-anak didiknya berjaya dalam hidup mereka. Kenangan manis Cikgu Samat ialah masa-masa yang telah dikongsi bersama anak-anak didiknya. Cikgu Samat berpendapat bahawa seorang pendidik itu bukan hanya menjalankan tugasnya di dalam sekolah tetapi juga di luar sekolah kerana sekali seseorang itu dipanggil guru, sehingga akhir hayatnya panggilan itu akan kekal bersamanya. Seorang guru itu sentiasa menjadi contoh dan model bagi anak-anak didiknya. Satu lagi pesanannya bagi guru-guru ialah untuk menganggap tugas guru itu sebagai satu amanah yang diserahkan dan seseorang guru itu harus menjalankan amanah itu sebaik mungkin. Amanah itu juga harus dijalankan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran tetapi dengan cara yang ikhlas.

Sumbangan utama Cikgu Samat diluar jangkauan alam pendidikan formal ialah dalam gerakan persuratan sebagai setiausaha 1 Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50). Beliau merupakan anggota mapan Asas 50 dan bertanggungjawap dalam memastikan kelicinan pentadbiran Asas 50. Cikgu Samat juga sering mengadakan inisiatif seperti bengkel penulisan dan bicara sastera yang menyumbang kepada pembangunan ilmu penulisan dan kesusasteraan di kalangan pelajar dan orang awam.

Akhir kata dari Cikgu Samat, penulis harus bersatu supaya sumber intelektual dapat bersatu. Walaupun di bawah payungan yang berbeza, kesemua aktivis sastera dan persuratan harus bergerak ke arah kemajuan yang lebih meningkat.

Sharifah Amirah binte Syed Hamid

BIODATA

Pendidikan

1954-1960 - Sekolah Rendah Guillemard dan Sekolah Rendah Kallang 1961-1962 - Sekolah Menengah Siglap

1963-1964 - Sekolah Menengah Tun Seri Lanang 1965-1968 - Teachers Training College (TTC)

(5)

5 Pengalaman pekerjaan

 Pernah bertugas sebagai guru bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Rendah Outram, Sekolah Rendah Swiss Cottage, Sekolah Rendah Boon Keng dan Sekolah Rendah Chongfu.

 Pernah bertugas sebagai penulis khas Curriculum Development Institute of Singapore (CDIS/MOE) Pernah bertugas sebagai penulis khas Curriculum Planing and Development Division (CPDD/MOE)

 Pernah bertugas selaku penyunting skrip Bahasa Melayu bagi Production Centre – ETD/MOE

 Penulis buku teks bahasa Melayu „Siri Bahasa Melayu Pacific‟(1977)

 Penulis buku teks bahasa Melayu „Sari Bahasa‟ (1983-1988)

 Penulis buku teks bahasa Melayu „Kita‟ (1997-1998)

 Penulis buku teks Bacaan Tambahan „Pancaran Bahasa‟(1999-2000)

 Penulis buku teks Bahasa Melayu Syllabus B (2001-2005)

 Penyunting buku Pendidikan Moral 'Negaraku - Tanggungjawabku' Buku Tahun 4 (2008) & Tahun 5 (2009) bagi Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam terbitan Star Publication Pte Ltd.S'pura

 Penyunting buku Pendidikan Drama bagi Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam terbitan Star Publication Pte Ltd.S'pura 2009

Pengalaman Pertubuhan

 Menjadi anggota Asas 50 (1984)

 Setiausaha 1 Asas 50 (1984-1987)

 Setiausaha 2 Asas 50 (1999/2000)

 Setiausaha 1 Asas 50 (sejak 2000)

 Anggota Majlis (Council Member) LBKM (sejak 2008)

Penerbitan

Siri Bahasa Melayu Pasifik (1976 & 1977), Pan Pacifin Book Distributer Pte Ltd

 Mekar Buku Kecil P1 & P2 (2008), CPDD-MOE - EPB Pan Pacific

 Pancaran Bahasa Bacaan Tambahan Ekspres/Normal Akademik Menengah 3 & Men 4 (2000), CPDD -MOE

 Antologi Cerpen Sekolah Menengah „Purnama Senja‟ (2007), Angkatan Sasterawan 50

 Antologi Cerpen Sci-Fi Belia „Scrinik‟ (2008), Angkatan Sasterawan 50

 Antologi Cerpen Sekolah Menengah „Perjalananku‟ (2008), Angkatan Sasterawan 50

*****

(6)

6

biarkan diri dibelai didodoi lena tarian si padi bukan minta disanjung,bukan minta

Santapan mata bukan buat sultan, bukan juga pihak istana. Langkah berani, bukan hanya buat sang pria menari.

Lalu seni tari berbicara,

(7)

7

Nama Muhammad Jailani Abu Talib sememangnya boleh disinonimkan dengan GRAFTERA, satu istilah baharu dalam sastera yang telah diperkenalkan oleh pemuda yang kreatif lagi berwibawa ini. Muhammad Jailani dilahirkan pada 22 November 1985. Pada usia semuda ini, pencapaian Jailani dalam dunia persuratan amat memberangsangkan. Profilnya yang membanggakan termasuk kejayaannya dari segi akademik dan juga sumbangan-sumbangannya terhadap masyarakat, dan mengharumkan nama negara di rantau ini.

Mahasiswa Universiti Malaya ini berjaya mencorak sejarah apabila menjadi mahasiswa Singapura pertama menyandang jawatan Yang Di-Pertua atau Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya atau PBMUM. Jawatan ini pernah disandang oleh para pemimpin Malaysia seperti Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anuar Ibrahim. Ini merupakan satu pencapaian unggul bagi mahasiswa Singapura sejak Universiti Malaya membuka pintunya kepada para mahasiswa Singapura pada tahun 1994. Baginya, kejayaan tidak mungkin dikecapi dengan meletakkan segalanya pada takdir dan nasib. Dalam usaha memperbaiki diri demi kebaikan masyarakat bersama, ilmu paksi segalanya. Di samping itu, Jailani masih tetap kekal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai salah seorang ahli jawatan kuasa Asas 50 walaupun beliau sibuk dengan tanggungjawabnya yang lain sebagai seorang mahasiswa di seberang tambak. Jailani yang merupakan Ketua Perhubungan Korporat dan Pembangunan Citra telah dipertanggungjawabkan dengan tugas membangunkan imej Asas 50

“Ketelusan dan kejujuran dalam segala perkara yang diusahakan adalah penting. Perjuangan untuk membangunkan masyarakat harus dilakukan dengan ketekalan semangat di samping niat yang suci dan murni. Saya sentiasa akur bahawa perjuangan ini mungkin sahaja berakhir tanpa sebarang balasan. Namun saya pasti bahawa sumbangan saya sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Kepercayaan akan konsep tersebut sekali gus mendasari falsafah "Seni untuk Masyarakat" yang dipegang saya. Minat yang mendalam hanya mampu hadir dengan nilai budi dan kejujuran yang kental akan perkara yang diusahakan.”

penakek pisau seraut ambil galah batang lintubong

seludang ambil ke nyiru setitis jadikan laut sekepal jadikan gunung alam terkembang jadikan guru

Tokoh Belia

Aktivis

(8)

8

serta menjalinkan hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan luar seperti Taman Warisan Melayu, National Arts Council (NAC), National Library Board (NLB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, GAPENA, PENA dan sebagainya.

Tokoh Aktivis Muda ini bukan sahaja bergiat dalam bidang sastera, malah, penglibatannya menampakkan kecenderungan yang lebih terhadap arena seni. Beliau pernah aktif dalam persatuan-persatuan seni Melayu, antaranya; Perguruan Seligi Tunggal Angkatan, Persekutuan Seni Silat Singapura, Sanggar Tari Azpirasi dan kumpulan yang tidak asing lagi, Teater Kami. Jailani juga pernah memainkan peranan dalam penubuhan Kumpulan Tari Dharma Republik di Politeknik Republik. Malah beliaulah yang memberikan nama serta corak logo bagi kumpulan tersebut. Selain itu, Jailani juga mencorak sejarah bagi dunia persilatan Singapura apabila beliau menjadi wasit termuda pada tahun 2004. Penglibatannya dalam pertubuhan-pertubuhan ini menonjolkan pegangannya lebih-lebih lagi apabila beliau menjadi seorang juru latih silat yang teguh pada pendiriannya menyumbang kepada masyarakat.

Selain sumbangannya dari segi tenaga, Jailani juga menyumbangkan dari segi intelektual. Beliau banyak menghasilkan sajak, kritikan serta kertas kerja di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Kepakaran serta pandangannya juga sering dijadikan bahan rujukan institusi-institusi dan universiti tempatan dan luar negara. Beliau juga pernah memberi ceramah mengenai kebudayaan Melayu kontemporari dan Seni di beberapa institusi-institusi pendidikan di rantau ini. Beliau merupakan antara tokoh muda yang menyumbang kertas kajian dalam kumpulan buku sulung terbitan Asas 50

berjudul „Bahasa Sumber Intelektual Peribumi‟ dan beliau juga merupakan salah seorang daripada

editor buku tersebut. Upaya Jailani dalam dunia persajakan jelas trepantul apabila sajak-sajaknya dipilih untuk diterbitkan dalam beberapa penerbitan National Arts Council Singapore sebagai golongan penulis muda beraspirasi Singapura (2009). Beliau juga mempunyai bakat semulajadi dalam

arena pencorakan. Jailani juga merupakan pereka khas bagi pameran nasional „Evolusi 2000 Tahun Bahasa Melayu‟ anjuran bersama Angkatan Sasterawan 50 dan Taman Warisan Melayu Singapura

(2009). Malah beliau juga pernah dilantik pereka grafik bagi “International Library Festival (IFL)

Meet 2006” di Korea Selatan.

Budayawan muda merupakan satu panggilan yang cucuk dengan citra semangat dan ilmu tokoh muda ini. Jailani begitu mesra dan akrab seni dan budaya sehinggakan beliau mampu memberikan penjelasan spontan mengenai bidang ilmu budaya yang diwarisinya. Beliau merupakan belian kepada masyarakat Melayu Singapura kerana tidak ramai anak-anak muda hari ini yang memahami nilai budaya masyarakat Melayu apatahlagi menghayati, mengkaji dan mempelajarinya serta berkongsi dengan golongan muda yang lain. Jailani juga tidak ketinggalan mewakili Singapura dalam Asia-Tri Jogja Arts Festival selaku Penata Cahaya dan Penari. Selain itu, beliau juga pernah menjadi calon tunggal dari Singapura ke Universitas Riau dan Yayasan Tenas Effendy. Tokoh Muda Aktivis yang mengharumkan nama bangsa Melayu Singapura di seberang tambak ini telah menghias pelamin sejarah Singapura dan patut dicontohi kejayaannya. Jika ditinjau sajak Mohamed Latiff Mohamed, Jailani sememangnya menepati ciri-ciri Melayu Baru yang sebenarnya intelektual bangsa, berkeris bertanjak namun berijazah sempurna, lembut budinya tapi tegas membela apabila Ibunda dicela atau ditindas takdirnya. Melayu Baru yang mengenali derita bangsa, tidak sombong dan tidak serakah, rela berkorban darah dan airmata, demi bangsa dan anak manusia. Aspirasi Jailani ialah terus menyumbang kepada pembangunan khazanah intelektual bangsa Melayu demi masyarakat dan bangsa. Berlatarbelakangkan sumbangan dan komitmennya selama ini, tentunya aspirasi ini bakal menjadi realiti.

Sharifah Amirah binte Syed Hamid

(9)

9

CHINA PEREALISASI PRINSIP UNIVERSAL ISLAM

Muhd Herwanto Bin Johari

Konsep Nilai Salam, Taam dan Kalam

Di dalam pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk “Penjanaan Dan Pembudayaan Kreativiti

Bangsa Malaysia Melalui Bahasa Melayu: Perjuangan Yang Belum Selesai”, Profesor Hashim Musa

(2004) telah mencadangkan agar usaha membina kesepaduan bangsa Melayu di muka bumi ini berteraskan 3 nilai utama yakni Salam (bertegur-sapa), Taam (menjemput dan menjamu) dan Kalam

(interaksi, mesyuwarah dan ijma‟).

Salam

Ajaran Salam mengikut agama Islam yang sarat dengan tuntutan keamanan, ketertiban dan keselamatan membawa erti damai atau sejahtera. Salam merupakan tunggak bagi pengikut agama Islam menjalankan tuntutan agama dan membentuk gaya hidup berdasarkan tatanan tertib hukum. Pengampunan dan pendamaian telah sebati dengan pemikiran dan jisim kerohanian masyarakat Melayu-Islam sebagai pendukung budaya yang mengutamakan budi. Dengan terucapnya salam, suasana yang tegang akan terasa sejuk dan damai; bibit permusuhan menjadi titik persahabatan apabila salam menghilangkan buruk sangka dan dendam kesumat antara kita.

Taam

Al-Taam pula mendukung pengertian pemberian nafkah atau makanan dan tidak asing kepada budaya Melayu-Islam yang sentiasa mempamerkan sifat keterbukaan dan keramahan dalam menjemput dan menjamu tetamu sama ada dalam majlis keramaian ataupun dalam linkungan persahabatan, kejiranan dan pertemuan sosial.

Kalam

Definisi kalam pula pada dasarnya dalam penggunaan Bahasa Arab mencakupi “setiap sesuatu yang mengandung makna yang berfungsi dalam komunikasi”. Di bawah pengertian bahasa, kata kalam

sangat sesuai dengan perluasan istilah moden dalam bidang linguistik sehingga termasuk tanda-tanda dan isyarat.

Ini selaras dengan dapatan Prof. Hashim Musa dalam bukunya, Pengantar Falsafah Bahasa: Edisi Kedua (2006), yang telah menukil pandangan Izutsu (1966) mengenai proses pengkajian makna yang bukan sahaja didukung oleh sesuatu perkataan tetapi juga memerlukan penyelaman dan pemahaman pandangan hidup dan budaya seseorang dalam lingkungan masyarakatnya. Justeru,

Isu Kontemporari

(10)

10

pengertian kalam dapat diperluaskan seperti dalam lingkungan sosio-budaya sebagai “pencapaian kesepakatan” seperti yang dijelaskan dalam Kamus Dewan edisi Keempat (2007).

Penyatuan 3 Nilai

Izutsu juga menjelaskan bahawa “perbendaharaan kata bagi sesuatu bahasa bukanlah merupakan

senarai jumlah perkataan yang berbentuk homogen dan mendatar sifatnya, tetapi sebenarnya merupakan pengelompokan-pengelompokan dalam bentuk lingkungan-lingkungan yang berpusat kepada suatu fokus pemikiran. Lingkungan-lingkungan itu pula berhubungan antara satu sama lain sama ada secara tindih-menindih, kait-mengait, singgung-menyinggung atau lapis-melapis bergantung

kepada kerelevanan yang keselarasan antaranya.”

Keselarasan ketiga-tiga nilai ini jelas terpancar di dalam artikel “Teladani Semangat Olimpik China” (Berita Harian, 13 Ogos 2008:8) oleh Ramli Puteh dalam usahanya mengamati kemajuan dan

keberkesanan pentadbiran gergasi ekonomi itu sebagai penganjur Sukan Olimpik 2008. “Kombinasi moden dan tradisi” yang terpapar dalam acara perasmian Olimpik 2008 bukan sahaja mencerminkan

kejituan semangat dan iltizam penduduk dan pemerintah China untuk menggondol pingat emas temasya tersebut, tetapi juga membayangkan penggabungan nilai-nilai salam, taam dan kalam yang menjadi tunjang kecemerlangan negara yang pesat membangun itu.

Menurut penulis, azam nasionalisme yang “terpampang di skrin televisyen untuk tatapan rakyat dan pelancong” ini telah “bermula lama”, iaitu apabila China berjaya terpilih menjadi

penganjur sukan olimpik pada lapan tahun yang lalu. Namun demikian, pada hakikatnya usaha China untuk menyandang gelaran gergasi dunia bertitik tolak pada detik yang menjangkau usia yang lebih lama dalam peredaran sejarah.

Salam China kepada Dunia

Menurut Michael Potter dalam bukunya Competitive Advantage of Nation (1990), perubahan drastik

China bermula apabila negara tersebut memeluk etika usaha “productivity culture” yang

berkemampuan memadukan peluang, hambatan, dan keinginan untuk maju dalam menghadapi dunia yang begitu cepat berubah. Sejarah kelam yang mencatitkan kepiluan kekalahan China dalam Perang Candu (Opium War) pada tahun 1840 menjadi pengajaran bagi mereka agar tidak tewas akibat kelemahan menahan gempuran kapitalisme antarabangsa yang diterajui kuasa-kuasa Barat. Berkat pengajaran ini terbitlah semangat kental untuk bersaing agar tidak dimalukan untuk kali kedua.

Jika dahulu “China tertutup sehingga dijajah bangsa Manchuria, Jepun dan Barat”, kini China

bangkit semula sebagai kuasa yang bukan lagi terasing dan gagap teknologi, bahkan menjadi “kilang jagat” yang berupaya menggerakkan anjakan paradigma dunia. Model-model fenomena kemajuan negara seperti Jepun dan negara-negara NIC (New Industrial Countries) seperti Hong Kong, Taiwan dan Singapura kini tergugat dengan termaktubnya kuasa China sebagai negara membangun yang terkemuka yang memegang kunci persada kejayaan semasa.

Situasi politik Perang Dingin pada suatu ketika itu juga meningkatan risiko pemboikotan dan penapisan ekonomi terhadap perdagangan luar negara dengan reputasi China sebagai rejim yang menantang dominasi rejim kapitalis. Keadaan inilah yang memaksa Mao Zedong meluncurkan

inisiatif “Lompatan Jauh ke Depan” untuk menggerakkan sumber daya negara untuk memenuhi

keperluan rakyat namun pendekatan tersebut terbukti tidak memadai.

Berdasarkan pendekatan “pintu terbuka” yang dianjurkan oleh China pada 1979, pemerintah mereka kemudian menetapkan empat zon khusus ekonomi di sepanjang pesisiran selatan Guangdong dan Fujian untuk diusahakan dengan suntikan pelaburan asing. Kebijakan langkah strategik ini kemudian disusuli dengan serangkaian inisiatif-inisiatif lain pada 1983 untuk merangsang kemasukan

(11)

11

pelaburan asing, dengan secara langsung menghapuskan pembatasan-pembatasan yang merantai pelabur asing untuk melakukan usaha bersama dengan pelabur watan.

Berkat langkah-langkah yang diambil ini, China sekaligus menjernihkan talian persahabatan dengan negara-negara lain dan mewujudkan suasana kedamaian yang menyuburkan ruang dan peluang untuknya bergerak maju di arena dunia. Dengan demikian, China berjaya menggerakkan konsep Salam apabila menghapuskan secara berperingkat perasaan syak wasangka dan bibit permusuhan yang wujud di kalangan dunia luar terhadapnya.

Taam

Perubahan drastik yang diusahkan oleh negara China sehingga menikmati kemakmuran ekonomi seperti sekarang ini tidak berakhir di situ. Menurut Wibowo dalam bukunya Belajar Dari Cina (2005), pemerintah negara tersebut turut “melakarkan dan menjayakan langkah-langkah strategik dengan

berani”. Antara lain, pada tahun 1999 Undang-Undang Dasar mereka diubahsuai untuk memudahkan kemasukan pelbagai modal asing (Foreign Direct Investment). Langkah ini disusuli dengan kemasukan China ke dalam pertubuhan perdagangan antarabangsa WTO (World Trade Organization) pada tanggal 17 September 2001.

Setelah mengungkap Salam kepada dunia, China bertindak dengan pantas untuk “menjamu” dunia dan “melayan kemasukan tetamu” dengan sikap penuh keterbukaan demi memastikan kemajuan

pesat pembangunan ekonominya. Selain mengajurkan Sukan Olimpik 2008, China membuka lebih banyak peluang bagi kerjasama bilateral antara China dan negara-negara anggota ASEAN. Penyelenggaraan Pameran Dagang ke-3 Cina-ASEAN (CAEXPO) dirangkaikan dengan pertemuan puncak peringatan 15 tahun dialog China-ASEAN dan diharapkan menjadi wadah bagi peningkatan kerjasama ekonomi antara China dan negara-negara anggota ASEAN. Menurut Perdana Menteri China, Encik Wen Jiabao, penyelenggaraan CAEXO mencerminkan aspirasi untuk melanjutkan kerjasama antara China dan ASEAN dan menjadikannya sebagai landasan untuk mendorong kegiatan perdagangan, pelaburan dan kerjasama di sektor pelancongan.

Perubahan ideologi ini juga mendapat sokongan penuh daripada pemimpin politik dan penduduk China. Demi masa, perubahan politik dan ekonomi itu disesuaikan dengan sikap dan budaya yang tertanam dan terpahat di dalam pemikiran dan cara hidup rakyatnya. Sikap China yang agresif mengejar peluang ekonomi dan pelayanan yang baik terhadap pelabur asing turut memainkan

peranan penting dalam mendukung „keajaiban China‟. Semboyan Gaife Kaifang (reformasi dan

membuka diri) pada akhirnya menjadi faktor pemicu utama kemajuan Cina sekarang ini. Namun demikian, keterbukaannya dilakukan dengan terlebih dahulu memperkuat kedudukan negara dan rakyatnya.

Kalam

“Setengah abad menjunjung rahmat, menyarung alunan pejuang terhebat, teguh hati

kata sepakat, maruah bangsa jadi azimat, darah mengalir tiada penamat, biar zuriat

hidup bertempat, merdeka! laungan keramat.”

Nilai kalam yang menganjurkan pencapaian kesepakatan turut memainkan peranan penting dalam penilaian kejayaan dan semangat China. Kesepakatan ini bukan sahaja terbit dalam tekad China untuk menjadikan kota-kotanya “bandar teknologi maklumat yang setanding dengan Bangalore atau Lembah Silikon di California”, tetapi juga dalam pembentukan nilai-nilai kolektif yang harus disemai dan dipupuk di setiap lapisan masyarakat dalam setiap generasi.

(12)

12

Meskipun China belum mencapai taraf kemajuan yang setanding dengan beberapa negara Barat, kemajuan teknologi China banyak membantu pencapaian kemajuan ekonominya. Kemajuan itu dimulakan dari detik reformasi pendidikannya yang diarahkan untuk memenuhi keperluan tenaga

kerja. Menurut Ketua Kementerian Belia dan Sukan Indonesia, Zaini Aroni, ”ekonomi Cina cepat membangun kerana ditunjang unsur pendidikan”. Tenaga pakar yang dihasilkan rata-ratanya memenuhi keperluan masyarakat.

Salah seorang tokoh China yang menjadi pembentuk utama dan penyelaras dunia pendidikan negara tersebut adalah Li Lanqing. Visi, misi, iltizam dan falsafah beliau dalam membangunkan China melalui pendidikan tergambar dalam bukunya berjudul „Education for 1.3 Billion‟. Usaha dan semangat kental Li Lanqing untuk membangunkan dunia pendidikan China agar maju dan berkemampuan mendorong China menjadi negara yang moden, dapat dilihat melalui usahanya menyediakan dana bagi pendidikan yang meningkat dari tahun ke tahun. Jumlah dana pendidikan yang telah disediakan telah meningkat secara mantap, dan peruntukan negara terhadap sektor

pendidikan memperlihatkan peratusan “gross domestic product” (GDP) yang meningkat sehingga

mencapai 20% sejak 1992.

Dalam melaksanakan tugasnya merubah dunia pendidikan di China, Li Lanqing berjaya mendapat kata sepakat pemimpin-pemimpin politik negara dalam membentuk dasar-dasar yang berlandaskan falsafah dan teori yang dikembangkan baik di dunia timur mahupun barat. Salah satu falsafah yang menyedarkan dirinya akan pentingnya pendidikan untuk pembangunan bangsa yang moden pada masa depan ialah falsafah yang dikemukakan oleh Guan Zhong: “Untuk satu tahun, tidak

ada yang lebih penting daripada memelihara butir; Untuk sepuluh tahun, tidak ada yang lebih penting daripada memelihara pohon; Untuk seumur hidup, tidak ada yang lebih penting daripada memelihara

manusia”. Nilai-nilai seperti menghargai jasa guru ditanamkan secara menyeluruh kepada pemikiran penuntut-penuntut di China.

Usaha China untuk merubah kaedah pendidikan negara juga ditonjolkan melalui usaha mantan presiden Jiang Zemin mengumpulkan anggota Politbiro dan pimpinan kementerian untuk membahaskan cara-cara untuk mengelola beban pelajaran agar terus relevan dan sesuai dengan usia perkembangan pelajar di samping mengembangkan seluruh aspek dimensi peradaban manusia dari segi kognitif (intelektual), moral, aestetik, dan fizikal (atletik).

Penutup

Banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada pemantauan dan pengamatan pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosial China. Kehausan ilmu yang digabungkan dengan kelaparan peluang selaras dengan perutusan Al-Quran dalam surah Iqra‟ telah dijadikan tunggak kepada

kejayaan China. Nilai-nilai seperti salam, taam dan kalam terbukti unggul dalam pembentukan peradaban yang cemerlang di persada dunia. Nilai-nilai tersebut sepatutnya diolah dan disebatikan dengan pemikiran, rohani dan usaha bangsa Melayu dan umat Islam untuk memartabatkan bangsa dan agama demi penakatan dan pelestarian khazanah umat sejagat. Moga-moga semangat Olimpik China dapat mengembalikan jalur harapan dan nilai murni yang disulami akhlak dan adab yang semulia-mulianya.

Bibliografi

Fewsmith & Joseph. (1998). Jiang Zemin Takes Command

Hashim Musa. Penjanaan dan Pembudayaan Kreativiti Bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu: Perjuangan yang belum Selesai. Kertas kerja disampaikan di persidangan MABBIM ke 43 di Kuala Lumpur 8-13 Mac 2004.

(13)

13

Hashim Musa, 2006. Pengantar Falsafah Bahasa. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamed Pitchay Gani. (2004). Sastera Kaum Muda Singapura Kontemporari. Singapura.

Laswell, Harold & Kaplan. (1963). Abraham, Power and Society: A Framework for Political Inquiry. New Haven: Yale University Press

Yabuki, Susumu. (1995). China’s New Political Economy The Giant Awakes. United Kingdom: Westview Press, Inc

Tremayne, Bruce. (1998). China Quarterly, No. 156, Disember

Sejarah Permulaan Cina”, http:/www.Asiamaya.com/ (dl:2 Maret 2008), 1 hlm

China Zaman Silam”, http:/media.cla.auburn.edu/history/gs/descriptions/7400.htm. (dl:2 Maret 2008)

Li Lanqing. (2005). Education For 1.3 Billion. Beijing: Foreign Language Teaching and Research Press

http://www.cmm.or.id

(14)

14

NILAI GURU BERTERASKAN TAMING SARI

Muhammad Jailani Bin Abu Talib

“Sejarah itu berlalu bagai ombak

Berlalu begitu sahaja Tanpa apa-apa pamitan Tanpa apa-apa pesanan

Ia bungkam tujuh zaman”

(Mohamed Latiff Mohamed, 2002)

Acapkali, sejarah memberi keyakinan kepada masyarakat Melayu akan kebolehan orang Melayu. Masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu pernah menjadi antara kaum yang berpengaruh dalam pembentukan tamadun dunia. Dewasa ini walau bagaimanapun, Melayu terpaksa berhadapan dengan hakikat bahawa kenyataan yang sering dibentangkan lewat teks-teks sejarah hanya merupakan pengalaman nostalgia semata. Nostalgia yang sekiranya tidak dapat masyarakat Melayu ambil iktibar, menghambat kemajuan masyarakat sendiri. Sejarah digambarkan oleh Mohamed Latiff Mohamed sebagai ombak yang berlalu begitu sahaja. Biarpun begitu, penulis berpendapat bahawa sejarah kegemilangan masyarakat Melayu dapat dihidupkan semula sekiranya bangsa Melayu muhasabah diri dan bertekad untuk memajukan dirinya.

Masyarakat Melayu harus bijak mencari kelemahan dirinya demi memperbaiki kelemahan tersebut. Hakikatnya, kejayaan sesebuah tamadun bergantung pada umatnya. Keruntuhan sesebuah tamadun dapat berpunca daripada kegagalan umatnya untuk bergerak ke hadapan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Cabaran zaman ini dapat kita perhatikan dalam sebuah proses yang dikenali sebagai „Globalisasi‟. Cabaran globalisasi diterangkan oleh Helen Kennedy, pengerusi British Council kepada Royal Society of Arts pada tahun 2001: “Paradoks globalisasi ialah: sedangkan di

suatu sudut, globalisasi mengancam budaya serantau, kebangsaan dan minoriti, globalisasi turut

memberikan wadah untuk memastikan pengekalannya.”

Globalisasi kini merupakan fenomena global yang tidak dapat dielakkan. Cabaran para budayawan Melayu alaf-21 adalah bagaimana menangani isu tersebut dengan bijak bagi memastikan kesinambungan budaya Melayu pada masa akan datang. Sekiranya diperhatikan falsafah Melayu;

“Alam terkembang menjadi guru”, maka jelaslah masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat

yang dinamis dan bijak menyesuaikan diri dengan alam. Hakikatnya, alam pada alaf ke-21 semakin rencam. Budaya Melayu semakin tergugat dengan kehadiran budaya barat yang turut berpengaruh dalam pembentukan budaya masyarakat Melayu. Kegusaran para budayawan Melayu turut dijelaskan oleh Sharkawi Haji Amit (2000:179): “..sudah ada tanda-tanda nilai-nilai kesenian barat menular masuk menggantikan nilai-nilai budaya ketimuran. Anak-anak muda sangat senang kepada nilai-nilai ini. Rock, Blues, Rap, mahupun Breakdance bagaikan mengganti Joget, Inang, dan Asli...Inilah saranan zaman baru yang mempunyai nilai barat yang keterlaluan sehinggakan anak muda kehilangan budaya tempatan.”

Zaman baharu yang disebut oleh Sharkawi Haji Amit membawa bersamanya angin kencang yang sekiranya tidak ditangani secara berkesan, berupaya bertukar menjadi angin taufan. Zaman baharu menuntut agar masyarakat Melayu melakarkan strategi baharu untuk menangani masalah tersebut. Walau bagaimanapun, strategi memajukan orang Melayu harus mengambil kira nilai

(15)

15

falsafah, intelek dan budi orang Melayu. Para pemimpin masyarakat Melayu harus akur akan kenyataan bahawa masyarakat Melayu tidak pernah hadir dalam ruang vakum.

Adat dan ikon sejarah Melayu sebagai teras strategi pembangunan masyarakat

Penulis berpendapat bahawa antara perkara yang dapat diperhatikan dalam pengolahan strategi tersebut adalah melalui penghayatan ungkapan adat Melayu. Adat Melayu merupakan asas kepada segala perkara yang merujuk kepada kehidupan orang Melayu. Adat Melayu membekamkan segala isi kandung hati dan budi masyarakat Melayu. Selain itu, sejarah masyarakat Melayu turut dapat diteliti bagi mencari nilai yang dapat dijadikan iktibar.

Adat memainkan peranan utama dalam kehidupan masyarakat Melayu. Sementara budaya Melayu merujuk kepada gaya hidup masyarakat Melayu secara amnya, asas kepada budaya Melayu asli merupakan adat Melayu. Selain agama yang mengisi kekosongan rohani jiwa manusia, adat turut

memainkan peranan sebagai “pendamping” agama dalam pembentukan nilai masyarakat Melayu sepertimana digambarkan dalam ungkapan adat berikut:

“Buah keduduk menghujung dahan

Tempat bersarang semut kerengga Bertuah petunjuk mengandung iman Bertuah ajaran beradat lembaga

Banyak keduduk banyak bijinya Banyak belukar banyak kayunya Banyak petunjuk banyak isinya Banyak pengajar banyak ilmunya”

Sebagai citra budaya masyarakat Melayu, adat Melayu sarat dengan nilai pengajarannya yang tersendiri. Nilai-nilai tersebut wajar diperhatikan dalam pengolahan strategi pembangunan masyarakat. Ungkapan adat berikut turut menjelaskan:

“Apa isi tunjuk ajar Melayu

Sari akidah, patinya ilmu,

Mengekalkan tuah sejak dahulu”

Selain adat, sejarah turut menghasilkan beberapa ikon budaya Melayu. Antara ikon ataupun artefak yang dapat kita perhatikan ialah keris Taming Sari yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah (1997:160): "...Ya tuanku, ada suatu bicara. Kita suruh curi kerisnya diperoleh daripada Taming Sari itu. Patik dengar daripada segala penjurit yang tua, jikalau ada keris Taming Sari itu pada laksamana, bahawa sekali-kali laksamana tiada mati oleh senjata, kerana keris Taming Sari itu tiada dapat ditentang oleh lawan; kerana sebab itulah keris Taming Sari mengamuk itu, maka tiada dapat ditentang oleh lawan."

Kekuatan Taming Sari terletak pada kebolehannya untuk memberikan kuasa kebal kepada pemegangnya. Kuasa sakti yang diperolehi Hang Tuah dalam sebarang pertarungan yang melibatkan penggunaan keris Taming Sari membolehkannya mempertahankan maruah negeri Melaka. Antara

mangsa yang turut “dimakan” keris tersebut merupakan teman baik Hang Tuah sendiri, iaitu Hang Jebat.

(16)

16

Adat Melayu mengajarkan kepada masyarakat Melayu akan peri pentingnya “isi” di dalam

jiwa manusia. Kesaktian Taming Sari terletak pada isinya dan bukan pada pemegangnya. Daripada itu, biarpun Hang Tuah merupakan seorang pendekar yang handal dan disegani, kuasa saktinya banyak bergantung pada isi keris Taming Sari. Tanpa isi tersebut, jiwa manusia Melayu kosong.

Guru sebagai agen pembangunan masyarakat

Dalam membincangkan tentang strategi pembangunan masyarakat, penulis menjuruskan kertas kajian ini kepada kerjaya perguruan. Guru mempunyai tanggungjawab besar sebagai pemimpin anak muda masyarakat. Sekiranya diperhatikan madah Sukarno: “Berikan aku 10 pemuda, akan aku gegarkan

dunia”, maka jelaslah bahawa masyarakat muda merupakan antara kaum yang paling penting dalam seseuah masyarakat. Namun demikian, pembentukan jiwa masyarakat muda tersebut amat bergantung pada bimbingan para guru. Selain ibu bapa yang turut berperan sebagai pembimbing dan pembentuk jiwa kanak-kanak dalam usia muda mereka, guru turut dianugerahi daya kepentingan yang sama dalam hidup kaum muda.

Para guru wajar menyedari tanggungjawab mereka sebagai pembentuk jiwa masyarakat. Kegagalan seseorang guru menyedari tanggungjawab tersebut bakal melahirkan sebuah masyarakat yang kurang sempurna. Shiben Raina1 berpendapat: “Peranan yang dimainkan seorang guru dalam

masyarakat merupakan perkara yang penting dan berharga. Dia mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat. Dan tiada personaliti lain yang mempunyai pengaruh yang lebih

mendalam daripada seseorang guru.”

Kepentingan peranan yang dimainkan golongan tersebut sebagai arkitek generasi akan datang menekankan peri pentingnya mendapatkan guru-guru berwibawa. Kegagalan pihak berkuasa mendapatkan individu-individu yang sesuai bagi kerjaya tersebut bakal menghasilkan sebuah masyarakat yang kurang berupaya, bahkan tidak sempurna.

Bidang perguruan tidak seharusnya dilihat sebagai sebuah bidang sandaran yang dapat bertindak sebagai sumber pencarian wang semata. Individu-individu yang mempunyai sikap tersebut sekaligus sedang bermain dengan masa depan masyarakat, bangsa dan negara. Penulis berpendapat, bahawa tiada kerjaya yang lebih mulia daripada seseorang guru. Kerjaya tersebut membolehkan individu-individu yang terlibat mencurahkan bakti, ilmu dan harapan mereka lewat ajaran dan bimbingan di dalam bilik darjah.

Citra keris Taming Sari

Keris Taming Sari merupakan nama yang diberikan kepada keris yang dimiliki Laksamana Hang Tuah. Keris tersebut diperolehinya dalam satu pertarungan yang melibatkan beliau dengan Taming Sari, seorang prajurit dari Majapahit. Keris tersebut dikatakan mempunyai kesaktian untuk memberikan kuasa kekebalan pada pemegang keris tersebut. Dalam pertarungan Hang Tuah dengan prajurit Majapahit tersebut, Hang Tuah menyedari akan kesaktian keris yang berada dalam genggaman lawannya. Lantaran itu, beliau berusaha untuk memenangi keris tersebut daripada genggaman Taming Sari. Beliau akhirnya berjaya memperolehi keris tersebut daripada genggaman Taming Sari dan membunuhnya.

Kesaktian keris dipengaruhi beberapa faktor asas. Antaranya ialah empu2, pamor3, khadam4, dan daya kesaktian pemilik keris itu sendiri. Dalam hal ini, kesaktian keris Taming Sari terletak pada

1

Lihat Role of a Teacher in Society. Dipetik daripada lelaman http://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217 pada Mac 28, 2009.

2

Pengrajin keris

(17)

17

keris itu sendiri dan bukan pemilik keris tersebut. Dapat diperhatikan bahawa keris tersebut bersikap saksama dan tidak berbelah bagi dalam menganugerahkan kuasa kekebalannya. Sebagai contoh, keris tersebut memberikan kuasa yang sama kepada ketiga-tiga individu yang berkesempatan memegangnya, yakni Taming Sari, Hang Tuah dan Hang Jebat.

Keris Taming Sari dapat dikategorikan sebagai keris kuasa ataupun bawar. Keris tersebut dikatakan diperbuat daripada 20 jenis besi. Selain itu, terdapat beberapa pendapat juga yang mendakwa bahawa antara bahan yang digunakan bagi membuat keris tersebut adalah bolt daripada pagar Kaabah di Arab Saudi.

Nilai kesaktian keris tersebut turut dipengaruhi pendapat bahawa keris Taming Sari berupaya menggantikan tempat Hang Tuah dalam sebarang pertarungan. Sekiranya Hang Tuah didapati berada dalam tempat yang teraniaya, keris tersebut berupaya mengeluarkan dirinya dari sarung dan membunuh pihak lawan.

Shahizan Bin Shahlan5 seorang pengumpul dan penggemar keris, walau bagaimanapun memberikan pendapat yang berbeza tentang keris Taming Sari. Beliau berpendapat bahawa keris Taming Sari yang dimiliki Hang Tuah sebenarnya merupakan keris sumpahan yang ditempah oleh Ken Arok6. Sekiranya dakwaannya didapati benar, perkara tersebut sekaligus bererti bahawa keris Taming Sari merupakan hasil karya Mpu Gandring, seorang pengrajin keris yang termasyhur.

Menurut R.M. Mangkudimedja (1979), Ken Arok menempah keris buatan Mpu Gandring. Mpu Gandring meminta agar Ken Arok memberikannya jangka masa setahun untuk menyiapkan keris itu. Walau bagaimanapun, atas sikap ketidaksabaran Ken Arok, beliau berjumpa dengan Mpu Gandring lima bulan kemudiannya untuk mendapatkan keris yang ditempah. Beliau walau bagaimanapun menjadi marah apabila mendapati bahawa keris tersebut belum sempurna. Atas kemarahan tersebut, beliau menggunakan keris yang belum sempurna itu untuk membunuh Mpu Gandring. Mpu Gandring, di saat peristiwa tersebut menjatuhkan sumpahan bahawa keris tersebut akan membunuh tujuh orang daripada keturunan Ken Arok sendiri.

Shahizan mengulas bahawa antara nilai kesaktian keris tersebut ialah ia mampu menjadikan pemiliknya seseorang yang berpengaruh dan berkuasa. Walau bagaimanapun, pengaruh dan kuasa tersebut tidak akan berkekalan dan akan berakhir dengan kekecewaan. Beliau berpendapat bahawa sumpahan tersebut dapat dipatahkan sekiranya keris tersebut dapat dikeluarkan daripada simpanan keturunan Ken Arok. Atas dasar itu, keris tersebut berkemungkinan besar telah dihadiahkan kepada Panglima Taming Sari.

Taming Sari sebagai kudrat sakti orang Melayu

Keris Taming Sari merupakan simbol kedaulatan orang Melayu. Keris tersebut memainkan peranan utama dalam sejarah masyarakat Melayu. Sebagai contoh, andai Hang Tuah tidak menyedari kuasa yang diberikan kepada Taming Sari lewat kerisnya, terdapat kemungkinan bahawa beliau akhirnya terbunuh dalam peristiwa pertarungan antara beliau dan Taming Sari. Kesedaran Hang Tuah akan kesaktian keris Taming Sari serta usaha untuk memenangi keris tersebut daripada Taming Sari menjadi kunci kejayaan Hang Tuah.

3 Lorek kurai yang terdapat pada keris 4

Penunggu keris

5 Pengkaji telah menemuramah Saudara Shahizan Bin Shahlan, 35 tahun, seorang penggemar dan pemilik keris, pada

Mac 28, 2009 pada jam 10.45mlm lewat telefon.

6 Ken Arok adalah pendiri Kerajaan Tumapel. Beliau merupakan raja pertama kerajaan tersebut dan turut dikenali

sebagai Rajasa. Pemerintahan beliau hanya bertahan untuk lima tahun, yakni 1222-1227

(18)

18

Taming Sari ditugaskan Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada, untuk membunuh Hang Tuah. Beliau kemungkinan besar menyedari bahawa Hang Tuah merupakan benteng utama Majapahit daripada menakluki bumi Melaka. Keris Taming Sari daripada itu memainkan peranan besar dalam pembentukan sejarah masyarakat Melayu. Keris tersebut mengkeramatkan segala detik sejarah kegemilangan Melayu pada zaman raja-raja Melayu.

Kendatipun begitu, zaman kegemilangan tersebut tidak seharusnya dibiarkan sebagai detik-detik sejarah lampau yang kini hanya dirujuk apabila perlu. Kegemilangan tersebut dapat diulang semula atas usaha masyarakat Melayu sendiri. Hakikatnya, pembangunan sesebuah bangsa amat bergantung kepada individu-individu yang membentuk masyarakat tersebut.

Apakah natijah yang dapat diperolehi daripada keris Taming Sari? Taming Sari mengajar masyarakat akan peri pentingnya kuasa kesaktian senjatanya dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran. Kekuatan Taming Sari seolah-olah hilang apabila kerisnya berjaya ditawan oleh Hang Tuah. Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa sejarah mengajar masyarakat Melayu akan kepentingan ilmu dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran dunia. Sebagaimana keris Taming Sari tidak pernah memilih tuannya, ilmu juga tidak pernah memilih sang pemiliknya. Sebaliknya, usaha untuk meraih ilmu banyak tergantung pada kudrat bangsa Melayu sendiri.

Keris Taming Sari tidak akan bermakna tanpa pemiliknya yang mahir bersilat dan menggunakan kuasa yang ada pada keris itu dengan sebaik mungkin. Ilmu dapat diibaratkan sebagai serampang bermata dua. Biarpun di satu sudut, ilmu dapat membawa kebaikan, ilmu juga berupaya membawa keburukan sekiranya ilmu tersebut tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Sumpahan yang terdapat pada keris Taming Sari7 mengajar masyarakat akan peri pentingnya mendapatkan bimbingan yang betul bagi memperolehi ilmu yang menyeluruh dan sempurna. Andai kata Ken Arok tidak tergesa-gesa memperolehi keris tersebut dan membiarkan Mpu Gandring menyempurnakan keris tersebut, nescaya keris Taming Sari mungkin menjadi lebih gah dan berkuasa.

Guru sebagai Mpu Gandring masyarakat

Mpu Gandring telah bermohon kepada Ken Arok agar beliau diberikan jangka masa setahun untuk menyiapkan keris tempahannya. Walau bagaimanapun, atas sikap gopoh Ken Arok beliau telah berjumpa dengan Mpu Gandring lima bulan selepas tarikh pertemuan asal mereka bagi mendapatkan keris tersebut.

Keris Taming Sari pada waktu itu, sudah siap secara zahirnya. Walau bagaimanapun, isi keris tersebut masih kurang sempurna. Mpu Gandring pernah memohon agar Ken Arok memberikannya sedikit masa lagi untuk memperkuatkan isi keris tersebut bagi mengelakkan sebarang malapetaka. Malangnya, Ken Arok dengan sikap egoisnya telah membunuh Mpu Gandring.

Dalam konteks hari ini, Mpu Gandring masyarakat Melayu terdiri daripada barisan guru-guru yang berbangsa Melayu. Biarpun keris tersebut telah siap secara zahirnya sewaktu pertemuannya dengan Ken Arok, beliau tetap meminta agar beliau diberikan kelonggaran waktu bagi menyempurnakan keris tersebut. Sikap sabar dan tekunnya dalam membentuk hasil karya yang baik merupakan sikap yang harus dipuji. Guru-guru Melayu dapat mengambil iktibar daripada sikap Mpu Gandring yang mementingkan kualiti. Hasil sikapnya, keris yang dikaryakan untuk Ken Arok menjadikan antara keris yang terpenting dalam sejarah. Walhal keris tersebut dikatakan belum sempurna.

Guru turut berupaya menjadi Mpu Gandring masyarakat Melayu. Biarpun keris yang diusahakan belum sempurna di matanya sendiri, Ken Arok mempunyai tanggapan yang berbeza.

7

Rujuk versi Shahizan

(19)

19

Sikap ketabahan guru dalam membentuk akhlak serta memupuk kedahagaan ilmu pada murid-murid mereka berupaya untuk menjadikan murid mereka antara yang cemerlang. Guru berupaya memberikan impak mendalam terhadap hidup lapisan muda masyarakat.

Antara faktor yang membuat Mpu Gandring seorang empu yang termasyhur pada suatu masa dahulu adalah kepandaiannya tentang perihal dunia besi dan perkerisan. Dia masih tetap berusaha untuk menyempurnakan hasil karyanya sekalipun keris tersebut telah siap secara zahirnya. Mpu Gandring lazimnya mencelupkan keris-keris yang dihasilkan, dalam keadaan panas, ke dalam bisa ular. Hasilnya, terdapat proses kimia yang membuat sebahagian daripada bisa ular tersebut menempel di permukaan keris sedangkan sebahagian lagi daripada bisa tersebut dibiarkan meresap ke dalam bilah keris. Menurut Arief Yudhanto8: “Bisa dibayangkan jika keris itu disentuh atau ditancapkan ke

tubuh: bisa ular segera menempel dan masuk ke dalam darah, lalu bagian tubuh akan lumpuh dan manusia bisa mati. Pada jaman itu, hanya sedikit orang yang mengetahui proses pembuatan keris

secara "ilmiah"; salah satunya adalah Mpu Gandring.“

Tanggungjawab utama seorang guru bukanlah sekadar menghasilkan pelajar cemerlang dalam pelajarannya. Tugas utama seorang guru menghasilkan pelajar yang dapat menyumbang kepada

pembangunan masyarakatnya. Para guru harus bijak “mencelupkan” anak murid mereka dengan nilai-nilai baik dan berguna. Nilai-nilai-nilai tersebut seharusnya dapat memupuk jiwa kemasyarakatan dalam diri anak murid mereka.

Di samping itu, seorang empu keris lazimnya membuat sebilah keris bersesuaian dengan perawakan, keperibadian dan keperluan pengguna keris tersebut. Atas dasar ini, keris mengambil masa panjang untuk ditempah. Mpu Gandring berniat menggunakan baki masa yang pada mulanya diperuntukkan buatnya, yakni setahun, untuk mengisi keris tersebut dengan khadam yang dapat membantu Ken Arok dengan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk menghasilkan keris yang sempurna dan sesuai bagi Ken Arok tersekat apabila Ken Arok membunuhnya. Natijahnya, guru harus bijak menyukat mata pelajaran yang diajarkan bersesuaian dengan kebolehan murid-murid. Perihal tersebut turut disentuh Cruickshank, D. R. et. al. (2003:329): “Most people would agree that

good teachers are caring, supportive, concerned about the welfare of students, knowledgeable about

their subject matter, able to get along with parents…and genuinely excited about the work that they do...Effective teachers are able to help students learn”

Seorang guru yang baik adalah seorang guru yang berupaya membantu murid-murid mencapai matlamat hidup mereka. Perihal tersebut turut diperhatikan dalam keris Taming Sari. Menurut sumpahan keris tersebut, ia berupaya membantu pemilik keris tersebut menjadi berpengaruh di mata masyarakatnya. Hakikatnya, siapalah Hang Tuah tanpa keris Taming Sari? Tanpa keris tersebut dalam simpanannya, nescaya dia merupakan seorang pahlawan biasa.

Kekuatan Hang Tuah terletak pada kerisnya. Sekiranya dia menggunakan keris-kerisnya yang lain dalam pertarungan dengan Hang Jebat, mungkinkah dia yang tewas dibunuh? Penulis percaya bahawa keadaan tersebut mungkin berbeza tanpa keris Taming Sari. Keris tersebut menjadi sumber kekuatan Hang Tuah. Senada dengan isu yang dibentangkan, ilmu yang diajarkan kepada murid-murid lewat seorang guru bakal menjadi senjata utama mereka dalam mengharungi cabaran hidup pada hari muka. Daya kekebalan yang dapat diberikan keris Taming Sari kepada pemiliknya merupakan keperluan bagi zaman tersebut. Zaman kini bagaimanapun berbeza dengan keadaan dahulu. Masyarakat sudah tidak memerlukan Hang Tuah yang dapat berhadapan dengan serangan pihak luar

8

Lihat Mpu Gandring: Professor Metalurgi?. Dipetik daripada lelaman http://www.halamansatu.net/ index.php?option=com_content pada Mac 28, 2009.

(20)

20

yang mengancam keselamatan negara dengan lian9 silatnya. Masyarakat hari ini memerlukan seorang panglima yang dapat membawa kejayaan kepada masyarakatnya melalui ilmu inteleknya.

Tujuh nilai Taming Sari

Pengkaji menggariskan tujuh nilai penting yang dapat diperolehi daripada Taming Sari. Ketujuh-tujuh nilai tersebut diubah suai daripada dua belas nilai yang dikenal pasti oleh Susan Thompson, John G. Greer, dan Bonnie B. Greer10. Antara nilai yang telah dikenal pasti pengkaji adalah nilai kesaksamaan, nilai minda positif, nilai persiapan diri, nilai penyesuaian, nilai kreativiti, nilai saling hormat-menghormati dan nilai kebaikan. Ketujuh-tujuh nilai tersebut amat penting dan dapat diterapkan ke dalam pendekatan guru-guru kepada murid. Nilai-nilai tersebut dapat dihuraikan seperti berikut:

1. Nilai Kesaksamaan

Keris Taming Sari tidak pernah berat sebelah dalam penganugerahan daya kekebalan kepada pemegang keris tersebut. Sehubungan ini, para guru tidak seharusnya bersikap berat sebelah dalam mencurahkan ilmu kepada anak murid mereka. Guru seharusnya bersikap saksama dan memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi terhadap keperluan anak didik mereka.

2. Nilai Minda Positif

Pemilik keris Taming Sari tidak perlu gusar akan kekalahan sekalipun berhadapan dengan ajal maut dalam medan peperangan. Sehubungan itu, para guru harus mempunyai sikap positif dan kepercayaan diri terhadap ilmu yang diajarkan mereka. Para guru harus percaya akan kebolehan anak didik mereka mencapai kecemerlangan hidup.

3. Nilai Persiapan Diri

Biarpun kekuatan Hang Tuah terletak pada keris Taming Sari, perkara tersebut tidak beerti bahawa Hang Tuah merupakan seorang pahlawan yang kurang hebat. Kehebatan Hang Tuah dalam bidang persilatan diakui ramai pihak termasuk rakan-rakan terdekatnya. Sehubungan itu, para guru harus sentiasa mempersiapkan diri berhadapan dengan cabaran seterusnya.

4. Nilai Penyesuaian

Setiap keris dibuat khas untuk pemiliknya. Atas dasar itu, para penggemar keris percaya akan

konsep “keris mencari tuannya” dan bukan “tuan mencari kerisnya”. Para guru harus bijak

menyesuaikan pendekatan mereka dalam pengajaran dengan tahap kebolehan anak didik mereka.

5. Nilai Kreativiti

Mpu Gandring dalam penghasilan keris menggunakan pendekatan yang kreatif bagi menambah bisa kepada keris buatannya. Para guru harus bersikap kreatif dan sentiasa mencari jalan baharu mendekati para pelajar.

9 Gerak langkah silat. Turut dirujuk sebagai bunga dalam seseparuh perguruan silat. 10

Lihat Highly Qualified for Successful Teaching: Characteristics Every Teacher Should Possess. Susan Thompson, John G. Greer, dan Bonnie B. Greer. Diperolehi daripada www.usca.edu/essays/vol102004/thompson.pdf pada Mac 29, 2009 pada jam 5.00 pagi.

(21)

21

6. Nilai Saling Hormat-Menghormati

Lazimnya, dalam membincangkan tentang keris, terdapat fahaman akan nilai saling hormat-menghormati antara keris dan tuannya. Nilai tersebut memastikan kesejahteraan kepada pemakainya. Sehubungan itu, para guru harus bijak melahirkan suasana tersebut di dalam bilik darjah bagi memastikan keharmonian.

7. Nilai Ehsan

Keris Taming Sari tidak pernah digunakan Hang Tuah bagi melakukan kejahatan. Guru harus mendidik anak murid mereka dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya Melayu. Penekanan terhadap sifat ehsan terhadap masyarakat sekeliling akan memupuk nilai kemanusiaan dalam diri anak didik mereka.

Rumusan

Keris Taming Sari memberikan kesan besar terhadap tata perkembangan tamadun Melayu. Bahkan, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa sejarah Melayu mungkin mengambil jalan laluan yang berbeza sama sekali dengan ketiadaan keris tersebut. Lantaranu, kertas kajian ini menghuraikan keistimewaan keris tersebut dan mengkaji nilai-nilai penting yang dapat diperolehi daripada keris tersebut.

Sejarah mengajarkan umat manusia akan peri pentingnya mengenal diri sendiri bagi mengelakkan daripada mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Pengahayatan sejarah penting bagi mengelakkan daripada pisang berbuah dua kali. Masyarakat moden walau bagaimanapun, dalam usaha memodenkan diri sering membelakangkan sejarah. Ketidakpedulian Melayu kepada sejarahnya bukan atas dasar kekurangan ilmu, tetapi kerana sifat kelewaan bangsa tersebut akan pencarian jati dirinya. Walhal, sejarah bangsa tersebut sarat dengan nilai-nilai pengajaran yang dapat diambil sebagai iktibar.

Taming Sari sebagai contoh menggambarkan nilai-nilai yang dapat digunakan oleh golongan guru, sebagai pembentuk masyarakat, dalam kerjaya mereka. Ternyata, guru merupakan empu masyarakat Melayu pada hari muka. Persoalan yang wajar dijawab oleh para guru Melayu pada hari ini, mampukah mereka melahirkan keris yang utuh dan dapat dijadikan pendamping utama masyarakat yang amat memerlukannya. Penulis yakin, ketujuh-tujuh nilai yang tertera di atas dapat membantu golongan guru mengharungi cabaran dan tanggungjawab mereka.

Bibliografi

Aliman Hassan. (2007). Sanggan Budaya. Singapura : Angkatan Sasterawan‟ 50

Cruickshank, D. R., Jenkins, D. B., & Metcalf, K. K. (2003). The act of teaching. New York, NY: McGraw-Hill

Dharsono Sony Kartika. (2007). Estetika, Kebudayaan dari Pandangan Masyarakat. Indonesia : Penerbit Rekayasa Sains

Dermot Moran. (2001). Introduction to Phenomenology. London and New York : Taylor and Francis Group Ltd

Hans-Georg Gadamer. (1993). The relevance of the beautiful, Art as play, symbol and festival. Britain : Cambridge University Press

Hashim Bin Haji Musa. (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam, Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Malaysia : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya H. M. Jamil, MA. (2007). Cakrawala Tasawuf, Sejarah, Pemikiran dan Kontekstualitas. Indonesia :

(22)

22 Gaung Persada Press Jakarta

Kassim Ahmad. (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lupur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahdini. (2003). Budaya Melayu; Masa Lalu, Kini, Dan Akan Datang. Dlm. Elmustian Rahman, Tien Marni & Zulkarnain (Ed.) Alam Melayu : Sejumlah Gagasan Menjemput Keagungan (hlm 93-104).

Riau : Unri Press

Mohamed Latiff Mohamed. (2002). Bagiku Sepilah Sudah. Singapura : Pustaka Nasional Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2001). Melayu Singapura dalam Kritikan.

Singapura : Angkatan Sasterawan „50

Muhammad Jailani Bin Abu Talib. Budaya Melayu dalam Era Sarwajagat dlm majalah Dewan Budaya. Februari 2009 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Noresah Bte. Baharom et. at. (2007). Kamus Dewan, edisi keempat. Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka

Oliver Leaman. (2000). Eastern Philosophy, Key readings. London and New York : Taylor and Francis Group Ltd

R.M. Mangkudimedja. (1979). Serat Pararaton Jilid 2. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan

Sharkawi Haji Amit. (2000). Tarian Zapin di Sarawak. Dlm. Mohd. Anis. Mohd. Nor (Ed.), Zapin Melayu di Nusantara (hlm 161-180). Johor Bahru : Yayasan Warisan Johor

Suwardi MS. (2003). Budaya Melayu dalam Citra Tamaddun Bahari. Dlm. Elmustian Rahman, Tien Marni & Zulkarnain (Ed.) Alam Melayu : Sejumlah Gagasan Menjemput Keagungan (hlm 45-57). Riau : Unri Press

Tenas Effendy. (2008). Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta : Balai Kajian Dan Pengembangan Budaya Melayu

Worawit Baru@Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu, Tradisi dan Kesinambungan. Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka

Yusmar Yusur. (2006). Melayu Juwita, Renjis Riau sebingkai perisa. Indonesia : Wedatama Widya Sastra

Zainal Kling. Erti Jati Diri Melayudlm majalah BERITA@ASAS ‟50. Isu ketiga / Oktober 2006

terbitan Angkatan Sasterawan ‟50, Singapura

Arief Yudhanto. 06 Disember (2006). Mpu Gandring : Professor Metalurgi?. Diperolehi (Mac 29, 2009) daripada Muhammad Hazani Bin Sukri. (2008). Kupasan Falsafah dalam Hikayat Hang Tuah. Diperolehi (Feb 20, 2009), daripada

http://www.scribd.com/doc/5357494/hikayat-hang-tuah

http://www.halamansatu.net/index.php?option=com_content&task=view&id=190&Itemid=51

(23)

23

SINGAPURA MELAWAN ARUS KEMELESETAN EKONOMI

Nurul Fasha Bte Samsudin

“Singapore‟s economic growth in 2008 was far below what we had expected at the start of the year. We had known and had highlighted the downside risks of a US recession and a worsening global credit crunch. But like other governments and the vast majority of private forecasters, we did not anticipate the speed and scale of the

deterioration in the global economy in the last six months.”

(Nukilan pembentangan belanjawan 2009 oleh Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 22hb Januari 2009)

Kemelesetan ekonomi merujuk kepada keadaan ekonomi negara yang tidak ada pertumbuhan selama dua triwulan berturut-turut. Keadaan ini telah melanda Singapura kerana pertumbuhan ekonomi negara Singapura menjunam selama 2 triwulan berturut-turut. Singapura mengalami kemelesetan setelah 6 tahun. Kenyataan pahit itu diakui pemerintah Singapura melalui Kementerian Perdagangan dan Industri. Menurut lelaman web, www.detikfinance.com, Singapura merupakan negara paling kaya di Asia Tenggara dari segi pertumbuhan domestik bruto (PDB) per kapita tetapi Singapura sangat bergantung kepada perdagangan. Hal ini membuat Singapura sangat sensitif dengan negara-negara maju yang selama ini menjadi fokus dagangnya, yakni Amerika dan Eropah, dan juga pasang surut ekonomi dunia. Lantas, jika kedua-dua kawasan tersebut mengalami krisis ekonomi, Singapura juga akan terjejas. Kemelesetan ekonomi juga berlaku akibat kerugian besar di pasaran saham sehubungan kemelesetan dunia yang sedang berlaku.

Kemelesetan ekonomi menjejas hampir kesemua sektor utama negara Singapura. Ia dijangkakan bahawa lebih 30,000 orang akan mengalami pemberhentian kerja tahun ini, seperti yang dicatatkan semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Dalam artikel “Bajet tumpu tiga asas utama” yang dikeluarkan Berita Harian ( Khamis, 22 Januari 2009 ), Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsein Loong, berkata bahawa pemerintah di Amerika Syarikat, Eropah dan seluruh dunia sedang mengambil pelbagai langkah yang belum pernah dilakukan untuk menangani krisis ini. Mereka berharap dapat menangani kemelesetan ini, memperbetulkan masalah dalam sistem kewangan dan mengembalikan keyakinan dan pengaliran kredit.

Pemerintah Singapura juga telah memperkenalkan beberapa langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan ekonomi Singapura seperti digambarkan melalui Belanjauan Singapura 2009 yang merangkumi langkah-langkah untuk meningkatkan daya saing dan kemampuan negara ini. Pemerintah akan akan terus membuat pelaburan tetap dalam pendidikan dan dalam aspek penyelidikan dan pengembangan.

Tindakan Pemerintah

Pemerintah melaksanakan satu pakej fiskal utama. Belanjawan 2009 mengeluarkan satu pakej berteraskan daya tahan atau Resilience Package, berjumlah $20.5 bilion. Wang untuk pakej daya tahan ini diperoleh dari rizab negara. Pakej ini bertujuan menyelamatkan pekerjaan ke tahap maksima dalam krisis ekonomi ini, dan menolong syarikat yang berdaya maju untuk bertahan. Ia juga menyediakan Singapura agar lebih perkasa apabila ekonomi dunia beransur pulih. Pakej ini tidak akan

(24)

24

mengeluarkan Singapura daripada kemelesetan ekonomi tetapi akan mengurangkan kemerosotan ekonomi.

Pakej Daya Tahan

Terdapat 5 komponen dalam pakej yang diperkenalkan pemerintah ini. Pertama ialah pekerjaan untuk warga negara Singapura. Ini amat penting kerana kerana pekerjaan memastikan seorang itu mendapat menampung dirinya sendiri. Satu inisiatif yang dianggap berkesan ialah menyarankan lebih ramai orang bekerja sebagai pegawai pemerintah. Sebagai contoh, bidang perguruan akan mengambil sebanyak 7500 pekerjaan dan MINDEF pula akan menyediakan sebanyak 4000 jawatan. Ini akan merangsangkan lebih ramai orang untuk berkhidmat di bidang ini. Pekerjaan dengan pemerintah akan membawa kestabilan yang lebih lantas memenuhi keperluan pertama pakej ini iaitu pekerjaan untuk warga negara Singapura. Dengan adanya pekerjaan, warga negara Singapura boleh menyumbang kepada ekonomi negara sekaligus menghindarinya daripada terus meleset.

Kedua ialah merangsangkan peminjaman bank. Buat pertama kali, pemerintah menggunakan rizab negara sebanyak $4.9 bilion bagi membiayai dua daripada inisiatif Belanjawan ini iaitu kredit pekerjaan dan inisiatif perkongsian risiko khas (SRI) bagi menggalak pinjaman bank kepada syarikat bagi mengurangkan masalah kesukaran mendapatkan pinjaman ketika ini. Di bawah SRI yang baru, pemerintah memperkenalkan program pinjaman sementara (BLP) yang memberikan pinjaman sehingga $5 juta berbanding $500,000 ketika ini bagi memenuhi keperluan modal kerja firma saiz sederhana. Perkongsian risiko pemerintah juga ditingkatkan daripada 50 peratus kepada 80 peratus. Ini menunjukkan betapa prihatin dan proaktif pemerintah dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi khususnya dalam bidang perniagaan.

Langkah ketiga ialah menambahkan aliran wang tunai. Antara beberapa skim yang diperkenalkan ialah pengecualian cukai atas pengiriman wang daripada hasil wang asing. Skim ini dijalankan buat sementara waktu sahaja iaitu daripada 22 Januari 2009 hingga 21 Januari 2010.

Langkah keempat Pakej Daya Tahan ini ialah menanggung keluarga. Pemerintah akan menyiapkan pertolongan langsung kepada keluarga yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan dan memberi sokongan kepada kebajikan masyarakat. Skim pertolongan kewangan untuk pendidikan juga adalah antara skim yang dimulakan. Kementerian Pendidikan akan menambah skim pertolongan kewangan yang sedia ada di sekolah-sekolah dan memperkenalkan Skim Pertolongan Belajar Masa Singkat (SASS) untuk pelajar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti berautonomi. Ini akan meringankan beban ibu bapa yang terjejas teruk akibat kemelesetan ekonomi dalam bayaran soal yuran dan persekolahan anak sudah tidak perlu dirisaukan lagi.

Langkah terakhir pakej ini merupakan membina rumah untuk masa hadapan. Pemerintah akan memberi tumpuan kepada empat sektor: mengembang dan mempercepatkan infrastruktur awam; membina semula kawasan perumahan; berbelanja lebih kepada pendidikan dan kesihatan; dan mengalakkan perkembangan menyimpan wang.

Peranan masyarakat

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, masyarakat perlu menyesuaikan cara hidup agar dapat mengharunginya dengan sempurna. Sikap berdiam diri dan mengeluh sambil menyalahkan nasib dan takdir semata adalah merugikan. Jika masyarakat tidak bersikap proaktif dalam menyesuaikan diri dengan keadaan kemelesetan ekonomi, segala dasar dan usaha pemerintah akan sia-sia belaka. Masyarakat harus memainkan peranan penting dalam menyesuaikan diri agar dapat mengharungi kemelut ekonomi ini dengan jaya. Langkah-langkah yang wajar diambil termasuk kebijaksanaan menguruskan perihal kewangan, usaha untuk mempertingkatkan diri sendiri dan sebagainya.

Gambar

gambar foto yang menarik sesuai dengan tema yang ingin dikemukakan, barulah diciptakan sajak,

Referensi

Dokumen terkait

Mengingat rumah adalah tempat dimana seseorang lebih banyak untuk menghabiskan waktu bersama keluarga, hal ini menjadi pertimbangan peneliti agar dapat lebih

Di Kabupaten Sragen, biasanya ustad lebih cenderung memakai bahasa Jawa krama ataupun ngoko karena disesuaikan dengan jamaahnya yaitu sebagian besar merupakan penutur

Atau, kalau Anda pergi bersama keluarga, mungkin Anda akan datang ke resto yang sedikit lebih tenang, karena biasanya anggota keluarga Anda terdiri dari mereka yang

Siswa yang yakin akan ada anggota keluarga yang membantunya bila ia mengalami kesulitan, cenderung lebih percaya diri dan sehat dari pada siswa yang tidak

Dengan mengetahui personaliti orang lain, ia memberikan suatu kelebihan kepada anda kerana anda lebih peka tentang perkara yang disukai atau tidak disukai oleh seseorang.. Ini

gambar yang bergerak inilah yang mempunyai pengaruh kuat terhadap penontonnya, karena seseorang cenderung lebih mudah meniru dengan melihat hal yang nyata.

Karena adanya modal yang membuat seseorang bisa membeli apapun yang ia butuhkan untuk membuka usaha maka orang yang memiliki modal usaha cenderung akan lebih

 Bullying adalah suatu hasrat untuk menyakiti yang diperlihatkan ke dalam aksi secara langsung oleh seseorang atau sekelompok yang lebih kuat,tidak bertanggung jawab,biasanya