• Tidak ada hasil yang ditemukan

MATA PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU 9558: SATU PENGENALAN

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 78-82)

Yazid Bin Hussein

Pengenalan

Peperiksaan Sijil Pelajaran G.C.E. Peringkatan Lanjutan bagi mata pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu 9558, buat pertama kali dijalan dengan menggunakan format baru pada akhir tahun 2007. Kertas peperiksaan ini dibahagikan kepada dua komponen, iaitu komponen bahasa Melayu dan komponen sastera Melayu. Berdasarkan format tersebut, setiap komponen mengambil masa selama tiga jam. Sukatan dan mata pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu 9558 atau Kertas Bahasa H2 telah mula diperkenalkan pada tahun 2006 bagi peringkat maktab rendah dan institusi pusat. Mata pelajaran ini menggantikan mata pelajaran BAHASA MELAYU 9102. Mata pelajaran Bahasa H2 ini mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa Melayu dan komponen sastera Melayu. Markah keseluruhan bagi komponen bahasa Melayu ialah 100 markah. Bagi komponen sastera Melayu pula, markah penuhnya ialah 100.

Pembahagian Kertas Bahasa Melayu H2: Komponen Bahasa

Bagi komponen bahasa Melayu atau Kertas 1, semua soalan wajib dijawab. Komponen ini terbahagi kepada tiga bahagian yang khusus, iaitu penulisan, kefahaman dan tatabahasa. Bahagian penulisan atau karangan dikenali sebagai Bahagian A. Terdapat empat soalan karangan yang dikemukakan. Namun, calon hanya memilih satu sahaja untuk dijawab dengan menggunakan sekurang-kurangnya 350 patah perkataan. Markah penuh bagi bahagian karangan ialah 35 markah. Dalam pemberian markah, gaya bahasa, isi karangan dan susunannya akan dipertimbangkan.

Bahagian B mengandungi soalan kefahaman dan ringkasan. Sehubungan itu, para calon akan diuji dalam aspek kefahaman dan ringkasan. Dalam bahagian kefahaman, sebuah petikan karangan akan diberikan. Para calon wajib menjawab lima soalan dalam bahagian kefahaman. Soalan-soalan ini ditandai dengan abjad (a), (b), (c), (d) dan (e). Jawapan bagi soalan (a), (b), (c) dan (d) boleh didasarkan pada petikan karangan dan di luar petikan karangan. Sementara soalan (e) menguji kemampuan calon menerangkan maksud perkataan-perkataan mengikut konteks petikan karangan yang diberikan. Jumlah markah bagi aspek kefahaman ialah 30 markah.

Soalan ringkasan pula mewajibkan para calon meringkaskan petikan karangan yang telah diberikan. Petikan karangan yang diberikan adalah sama dengan petikan karangan bagi aspek kefahaman. Berdasarkan petikan karangan yang diberikan itu, para calon perlu meringkaskan isinya supaya menjadi tidak lebih daripada 100 patah perkataan. Dalam hal ini, para calon diingatkan bahawa seberapa boleh mereka perlu menggunakan ayat-ayat mereka sendiri. Jumlah kesluruhan bagi soalan ringkasan ialah 15 markah. Pemarkahannya terbahagi kepada isi dan bahasa.

Bahagian C mengandungi dua aspek yang diuji, iaitu melengkapkan teks dan mengalih maklumat. Dalam soalan melengkapkan teks, sebuah petikan karangan akan diberikan. Namun terdapat terdapat 10 tempat kosong. Para calon dikehendaki mengisi tempat-tempat kosong tersebut dengan perkataan yang sesuai mengikut konteks petikan. Kata-kata yang dipilih boleh terdiri daripada Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. Para calon juga menulis jawapan mengikut susunan perkataan dalam petikan. Markah penuh bagi soalan melengkapkan teks ialah 10 markah.

Bagi soalan mengalih maklumat, para calon diberikan carta, data, graf, grafik atau gambar. Mereka perlu mentafsirkan carta, data, graf, grafik atau gambar ini dalam bentuk teks prosa dengan

79

menggunakan antara 80-100 patah perkataan. Pemarkahan soalan mengalih maklumat terbahagi kepada dua, iaitu isi dan bahasa. Jumlah penuh ialah 10 markah.

Pembahagian Kertas Bahasa Melayu H2: Komponen Sastera

Bagi komponen sastera Melayu atau Kertas 2, para calon wajib menjawab 5 soalan yang berbentuk esei apresiasi sastera. Komponen ini terbahagi kepada empat bahagian yang khusus, iaitu novel, cerpen, sajak dan drama. Para calon perlu mengkaji karya-karya yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Singapura. Karya-karya yang dipreskriptifkan dapat dibahagikan kepada tiga teks, iaitu novel Restu oleh Ismail Kassan (2000, Kuala Lumpur: GAPENIAGA Sdn. Bhd.), Bacalah dalam Bahasamu: Jilid A (2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) dan Bacalah dalam Bahasamu: Jilid B (2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka).

Cerpen-cerpen yang dijadikan bahan kajian dan peperiksaan ialah:

1. „Paku Payung dan Limau Mandarin‟ oleh Azizi Haji Abdullah (Jilid A) 2. „Mereka Tidak Mengerti‟ oleh Keris Mas (Jilid A)

3. „Gajah Putih‟ oleh Zakaria Ali (Jilid A)

4. „Seorang Gadis, Semangkuk Sayur Manis‟ oleh Baharin Ramly (Jilid B)

5. „Sahabat‟ oleh Anwar Ridhwan (Jilid B)

6. „Detik yang Tergugat‟ oleh Osman Ayob (Jilid B)

Sajak-sajak yang dijadikan bahan kajian dan peperiksaan ialah: 1. „Kebanjiran‟ oleh A. Samad Said (Jilid A)

2. „Di Luar Diri‟ oleh Kemala (Jilid A)

3. „Diri‟ oleh Nor Aini Muhammad (Jilid A)

4. „Kebahagiaan Rumahtangga‟ oleh A. Wahad Ali (Jilid A)

5. „Membina Peribadi itu Harus Tegak pada Paksi Diri‟ oleh Shafie Abu Bakar (Jilid A)

6. „Selamat Tidur Pohon-Pohon Hijau‟ oleh Marzuki Ali (Jilid B)

7. „Ibunda‟ oleh Siti Zainon Ismail (Jilid B)

8. „Insan Kerdil‟ oleh Darma Mohammad (Jilid B)

9. „Burung-Burung di Puncak Gunung‟ oleh Ahmad Sarju (Jilid B) 10. „Guruku‟ oleh Muhammad Haji Salleh (Jilid B)

Drama-drama yang dijadikan bahan kajian dan peperiksaan ialah: 1. „Bujur Lalu Melintang Patah‟ oleh Kala Dewata (Jilid A)

2. „Waktu Sesudah itu‟ oleh Othman Hj. Zainuddin (Jilid A)

3. „Tikar Mengkuang Hamparan Bulu‟ oleh Abd. Talib Mohd. Hassan (Jilid B)

Kertas peperiksaan bagi komponen sastera Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang khusus. Empat bahagian ini ialah Bahagian A (Novel), Bahagian B (Cerpen), Bahagian C (Sajak) dan Bahagian D (Drama). Jumlah keseluruhan soalan yang perlu dijawab ialah lima. Para calon hendaklah menjawab sekurang-kurangnya satu soalan daripada setiap Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Soalan kelima boleh dipilih daripada mana-mana bahagian. Setiap soalan membawa 20 markah.

Kertas 2 ini berbentuk „rujuk buku‟, iaitu para calon dibenarkan menggunakan buku teks

yang dipreskriptifkan untuk dirujuk. Namun, buku-buku itu mestilah bersih daripada sebarang catatan atau contengan. Bentuk soalan-soalan yang diuji tidak lagi bersifat teknikal dan intrinsik atau

80

dalaman sahaja tetapi merangkumi semua aspek kajian dan instrumen apresiasi. Dalam hal ini, kajian dan instrumen apresiasi melibatkan aspek intrinsik dan ekstrinsik serta pandangan pembaca. Aspek intrinsik merujuk kepada unsur tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa, latar yang merangkumi tempat, masa dan gambaran masyarakat, nilai-nilai, sudut pandangan, teknik penulisan, pengajaran dan perutusan. Kajian yang berbentuk ekstrinsik pula merujuk kepada latar belakang penulis, latar yang merangkumi tempat, masa dan gambaran masyarakat penulis, pengaruh ideologi atau fahaman, dan sebagainya. Manakala pandangan atau pendapat merujuk kepada tindak balas, rangsangan dan kesan pembacaan kepada pembacanya. Antara contoh reka bentuk soalan-

soalan yang bersifat „rujuk buku‟ ialah:

1. Novel Restu oleh Ismail Kassan merupakan satu karya yang bersifat cengeng. Komen. (20 markah)

2. Baca nukilan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang diberikan.

Pada hari itu Ikram telah ditetapkan duduk bersebelahan dengan Hasnah. Kedudukan itu kekal sejak dari darjah lima hingga mereka masuk ke darjah enam. Ikram dan Hasnah sering menjadi bahan usikan kawan-kawan. Bagi seorang kanak-kanak, usikan kosong sedemikian, rupa-rupanya menjadi begitu sensitif sehingga Hasnah kerap menangis teresak sebak di dalam kelas.

(Novel Restu, 2000: halaman 43)

Huraikan kesan jangka panjang hubungan Ikram dengan Hasnah selepas peristiwa di atas. (20 markah)

3. Sebuah penulisan kreatif yang baik dan berkesan memerlukan penulisnya membuat penyelidikan yang mendalam dan terperinci. Sejauh manakah kamu bersetuju dengan pernyataan ini berpandukan cerpen Detik yang Tergugat oleh Osman Ayob? (20 markah)

4. Sajak Selamat Tidur Pohon-Pohon Hijau oleh Marzuki Ali dapat ditafsirkan secara tersurat dan tersirat. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? (20 markah)

5. Drama Waktu Sesudah Itu karya Othman Haji Zainuddin membicarakan tentang kemanusiaan sejagat. Jelaskan. (20 marakah)

Sehubungan itu, soalan-soalan yang dikemukakan dengan jelas tidak mengarah kepada satu- satu aspek kajian sastera sahaja, tetapi menjalinkan unsur intrinsik, ekstrinsik dan apresiasi. Para calon harus bijak menjalinkan semua pengetahuan yang telah dipelajari bagi mengkukuhkan jawapan mereka. Selain itu, para calon juga perlu mencungkil nukilan-nukilan sebagai bukti-bukti jawapan

mereka dengan menggunakan pengetahuan „rujuk buku‟.

81 Penutup

Peperiksaan sulung bagi mata pelajaran BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU 9558 telah dilangsungkan pada akhir tahun 2007. Memandangkan kertas peperiksaan menggunakan pendekatan

„rujuk buku‟ buat pertama kalinya, maka banyak kemusykilan dan persoalan yang ditimbulkan oleh guru dan calon mengenai bentuk soalan yang akan dikemukakan. Ini menimbulkan keresahan dan kekeliruan dalam kalangan mereka sama ada mereka mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Bibliografi

Sukatan Pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu: Menengah, 2008. Singapore: Curriculum Planning and Development Division, Ministry of Education.

Sukatan Pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu: Prauniversiti, 2006. Singapore: Curriculum Planning and Development Division, Ministry of Education.

http://www.moe.edu.sg http://www.seab.gov.sg/GCE%20A/2005%20GCE%20A%20Exam%20Syllabuses%20School.htm http://www.seab.gov.sg/Sitemap/Sitemap.htm http://intranet.moe.gov.sg/pldmib/ESDMain.htm http://intranet.moe.gov.sg/pldmib/ESDMain.htm

MANA BENARNYA

Kebenarannya

Daif itu lebih mulia dari yang berpunya Lebih ikhlas , jujur dan rendah diri

Lebih prihatin kepada yang susah Menolong yang resah gelisah.

Sedang yang berpunya hidup penuh pura-pura Membuat sesuatu untuk nama, pangkat dan dipuji puja

Egonya semacam luar biasanya. Bolehkah harta menebus segalanya? Segala macam dosa dan maksiat yang dibuatnya.

Mohon, agar semua yang berpunya berubah Menjadi insan mulia, jujur, ikhlas, suci dan pemurah

Membina manusia hidup bahagia Menceriakan seisi alam semesta.

A. Samat Ali 09.09.09

82

Dalam dokumen BAHASA – BAHASA UTAMA DUNIA. dpc (Halaman 78-82)