• Tidak ada hasil yang ditemukan

Definasi berdasarkan saiz operasi

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 155-158)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS) DI NEGERI PERLIS

Jadual 1: Definasi berdasarkan saiz operasi

Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS)

Di Malaysia, Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana umumnya didefinasikan berdasarkan ciri-ciri kumulatif yang tertentu seperti bilangan pekerja, jumlah modal, jumlah aset dan jumlah jualan. Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana Kebangsaan ke-14 pada Oktober 2013 (SME Corp. Malaysia,2014) telah memberi definasi untuk PKS yang terpakai bermula 1 Januari 2014 seperti berikut :-

 Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

 Perkhidmatan dan sector lain: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

Jadual 1: Definasi berdasarkan saiz operasi

Definasi ini digunapakai oleh semua pihak bagi memudahkan pengenalan PKS dalam semua sektor. Menurut Mohd Nor Hakimin Yusoff, Mohd Rafi Yaacob (2010) piawai ini juga membantu penyeliaan prestasi dan sumbangan yang lebih baik terhadap ekonomi negara.

Kategori Kecil Sederhana

Pembuatan Jualan tahunan daripada RM300, 000 hingga kurang daripada RM15 juta atau daripada 5 kurang daripada 75 pekerja.

Jualan tahunan daripada RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta atau daripada 75 pekerja hingga tidak melebihi 200 pekerja.

Perkhidmatan dan sektor lain

Jualan tahunan daripada RM300, 000 hingga kurang daripada RM3 juta atau daripada 5 kurang daripada 30 pekerja.

Jualan tahunan daripada RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta atau daripada 30pekerja hingga tidak melebihi 75 pekerja.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

147

1.1 LATARBELAKANG MASALAH

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah komponen yang penting dalam ekonomi negara, memandangkan bidang ini memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan negara. Menurut Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin dan Muhammd Firdaus Muhammad Sabri (2014) usahawan bukan sahaja mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber penciptaan baru, teknologi baru dan inovasi. Negara turut memperoleh keuntungan dari sektor keusahawanan ini. Selain itu masyarakat turut merasai faedah lain seperti peningkatan dari segi taraf kehidupan tanggungjawab sosial dan pengukuhan industri.

Masyarakat yang mempunyai ramai usahawan adalah merupakan masyarakat terbaik (Ab.Aziz,2009). Ini kerana usahawanan merupakan individu yang paling dinamik dan berinovasi. Mereka sedia berhadapan dengan ketidaktentuan melalui kreativiti dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Golongan usahawan merupakan golongan yang dikenalpasti sebagai agen kepada perubahan ekonomi dunia.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana di dalam sektor makanan di negeri Perlis :-

a) Mengetahui tahap faktor kewangan mempengaruhi kejayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor makanan di negeri Perlis. b) Mengetahui tahap faktor kursus dan kemahiran dapat mempengaruhi kejayaan

usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor makanan di negeri Perlis.

c) Mengetahui tahap faktor promosi dapat mempengaruhi kejayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor makanan di negeri Perlis. d) Mengetahui tahap faktor teknologi dapat mempengaruhi kejayaan usahawan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor makanan di negeri Perlis.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Beberapa persoalan kajian yang berkaitan dengan pernyataan masalah kajian adalah seperti berikut :

a) Adakah faktor kewangan menpengaruhi kejayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor makanan di negeri Perlis.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

148

b) Adakah faktor kursus dan kemahiran menpengaruhi kejayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor makanan di negeri Perlis.

c) Adakah faktor promosi menpengaruhi kejayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor makanan di negeri Perlis.

d) Adakah faktor teknologi menpengaruhi kejayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor makanan di negeri Perlis.

1.4 SKOP KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana di negeri Perlis. Usahawan yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada usahawan sektor makanan di sekitar ka

1.5 ULASAN KARYA

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang usahawan. Dalam kajian ini, faktor yang diberi penekanan adalah kewangan, latihan dan kursus, promosi dan teknologi.

Perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris ‘entrepreneur’ berasal daripada Bahasa perancis entreprendre yang bermaksud perantara yang memikul tugas atau mencuba. Usahawan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga. Umumnya usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk berjaya (Azrain Nasyrah Mustafa, 2010)

Ab. Aziz (2009) telah mendefinasikan keusahawanan sebagai satu aktiviti yang unik yang dijalankan secara bersendirian atau berkumpulan sebagai satu kerjaya atau mempunyai matlamat lain yang tersendiri. Bagi menjayakan matlamat ini, usahawan perlu menggabungkan aset ketara (tangible) seperti modal , kemudahan fizikal, teknologi maklumat dengan aset tidak ketara (intangible) iaitu jaringan dengan pelanggan, pembekal, peminjam, pengedar, pekerja dan pihak-pihak lain yang ada kaitan dengan perniagaan yang dijalankan.

Berdasarkan definasi diatas, ia jelas menunjukkan keusahawanan adalah merupakan satu proses yang melibatkan pembuatan keputusan dan tindakan yang berterusan. Keusahawan juga turut melibatkan inovasi. Melalui keusahawanan produk baru, perkhidmatan, pendekatan teknologi dan pasaran telah dicipta dengan tujuan memberi sedikit sumbangan nilai kepada masyarakat atau pasaran (Azrain Nasyrah Mustafa, 2010). Maka, jelas menunjukkan usahawan adalah merupakan pihak yang

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

149

memainkan peranan penting dalam penghasilan inovasi dan seterusnya menyumbang kepada pasaran.

KEWANGAN

Kemantapan ekonomi sesebuah negara dalam menghadapi cabaran arus pembangunan banyak dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global. Elemen yang sangat penting dan kritikal di dalam sesebuah negara adalah modal. Modal adalah nilai bersih dalam perniagaan atau syarikat yang digunakan untuk menambahkan lagi nilai perniagaan atau syarikat tersebut (Suhaini Mat Daud, Norhasyila Minhat dan Yuslina Salleh, 2013). Usahawan perlu memahami dengan jelas bentuk, jenis dan sumber pembiayaan yang diperlukan untuk membiayai perniagaan.

Hasil dapatan kajian Suhaila.et.al (2014) mendapati kesemua bantuan kerajaan seperti kewangan dan kredit, latihan dan kursus, perkhidmatan nasihat dan perundingan, pemasaran dan peluang perniagaan yang disediakan dapat membantu meningkatkan kejayaan usahawan PKS dalam menceburi bidang keusahawanan.

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 155-158)