• Tidak ada hasil yang ditemukan

ULASAN LITERATUR 1 Pengenalan

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 166-169)

KESESUAIAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

2. ULASAN LITERATUR 1 Pengenalan

1.3 Persoalan Kajian

Di antara beberapa persoalan kajian yang berhubungkait dengan persepsi pelajar terhadap kesesuaian tempat latihan industri adalah:

a) Adakah faktor pengetahuan dapat mempengaruhi kesesuaian tempat latihan industri? b) Adakah faktor kemahiran teknikal dapat mempengaruhi kesesuaian tempat latihan industri?

c) Adakah faktor tugasan yang diberikan mampu mempengaruhi kesesuaian tempat latihan industri?

d) Adakahi faktor penyeliaan oleh pihak industri berupaya mempengaruhi kesesuaian tempat latihan industri?

2. ULASAN LITERATUR 2.1 Pengenalan

Latihan industri dapat membantu pelajar apabila mereka didedahkan kepada situasi sebenar semasa bekerja serta meluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka. Pendedahan ini juga dapat meningkatkan tahap profesional graduat apabila memasuki pasaran kerja (Badlihisham, Zamri, Khazri, Ezad, Razaliegh, Anwar, Sabri, Mohd dan Jaffary, 2011). Latihan ini turut memberi ruang kepada mereka untuk membentuk unsur-unsur penambahbaikan dalam aspek-aspek seperti disiplin diri, bekerja mengikut tatacara kerja yang sebenarnya, melaksanakan projek atau tugasan dan sikap bekerja dalam kumpulan (Hun 2009). Menurut J. Ayarkwa, K. Agyekum dan E. Adinyira (2012) pula latihan industri juga mampu meningkatkan prestasi diri, sikap para pelajar dan perasaan bertanggungjawab mereka terhadap pekerjaan, kemahiran komunikasi dan keyakinan diri.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

158

2.2 Kesesuaian Pengetahuan

Latihan industri menjadi medan kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan teori dan amali yang terkini seiring dengan perubahan teknologi. Di samping menggunakan pengetahuan asas yang sedia ada, secara tidak langsung tahap pengetahuan dan pengaplikasian pengetahuan sedia ada juga turut meningkat. Peluang untuk mengenali dan menggunakan pengetahuan baru untuk mampu meningkatkan kompetensi pelajar secara lebih terbuka.

Abdul Halim bin Majid (2010) menyatakan bahawa latihan industri memperlihatkan reaksi positif pelatih, peningkatan pengetahuan dan kemahiran, perubahan kelakuan yang lebih baik serta menghasilkan prestasi kerja seseorang pelatih atau pelajar terbabit. Kursus Latihan Industri menjadi pentas kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang lebih maju seiring perubahan teknologi serta pengaplikasian pengetahuan sedia ada pelajar dan menjadi nilai tambahan pengalaman kepada pelajar.

2.3 Kesesuaian Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan teknik. Kemahiran teknikal juga merupakan suatu pengetahuan yang khusus dan keupayaan analitikal dalam penggunaan alat-alat dan teknik dalam disiplin tertentu.

Kemahiran ini diperlukan oleh pihak industri terhadap pelajar yang menjalani latihan amali di tempat mereka. Bagi memastikan kemahiran teknikal itu relevan dengan perkembangan semasa, pendekatan dalam pendidikan perlu bersifat ‘hands-on’. Salah satu cara yang wajar ialah mendedahkan pelajar dengan ilmu teknologi dan kemahiran yang berkaitan dengannya. Kemahiran analitikal akan mempelopori pentas global dunia pekerjaan serta menjadi pilihan majikan (Mohd Salleh dan Mohd Zaki, 2006). Tenaga kerja yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaan boleh mendepani perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah (Clark, 2013).

2.4 Kesesuaian Tugasan

Berdasarkan skop tugas pelajar semasa menjalani latihan amali di tempat latihan industri, pihak industri dikehendaki memberikan tugasan yang berkaitan dengan kursus yang diambil oleh pelajar JTMK PTSS. Tugasan atau “assigment” ini sangat penting bagi menguji sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan teori dan kemahiran teknikal yang telah dipelajari semasa di Politeknik. Antara tugasan yang biasanya diberikan

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

159

kepada pelajar oleh pihak industri adalah membangunkan sistem, membina laman web, membangunkan rangkaian dan menyelenggara rangkaian.

Menurut Abd Hair, Azimi, Rahmah dan Jegak (2008) dalam Rozita (2010), pelajar seharusnya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan sesuatu kerja yang berkaitan dengan bidang mereka, ini penting kerana salah satu syarat yang diletakkan oleh syarikat dalam membuat pemilihan pekerja ialah kemahiran teknikal dan pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan. Justeru, kesesuaian tugasan yang diberikan oleh pihak industri sangat menepati faktor kesesuaian tempat latihan industri agar keberkesanan latihan industri dapat dicapai.

2.4 Penyeliaan oleh Pihak Industri

Pihak industri memainkan peranan yang penting bagi memastikan persepsi pelajar terhadap kesesuaian tempat latihan industri tersebut menjadi pilihan mereka. Penglibatan penyelia yang juga bertindak sebagai majikan terhadap latihan yang diberikan kepada pelatih industri adalah merupakan salah satu faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan latihan industri. Justeru itu, majikan hendaklah mengambilkira pengetahuan dan kemahiran pelajar kerana ianya mampu untuk membantu meningkatkan pembangunan sesebuah organisasi.

Pihak industri sewajarnya menyediakan latihan atau kursus yang sesuai kepada pelajar supaya mereka dapat mempelajari dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai atau digunakan di tempat latihan industri. Venna dan Manasi (2015) berpandangan bahawa majikan juga perlu menyediakan kemahiran dan pengalaman yang mencukupi kepada para pelatih supaya mereka dapat mengendalikan masalah yang berkaitan dengan bidang kepakaran mereka. Selain dari itu, penyelia yang ditugaskan untuk menyelia pelajar sepatutnya mempunyai latar belakang bidang pengajian yang sama dengan pelajar agar proses penyeliaan termasuklah komunikasi dan kerjasama dapat dijalinkan dengan baik kerana mereka mengetahui skop tugasan pelatih atau pelajar tersebut.

3. METODOLOGI

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

160

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Statistics 22 bagi menguji kebolehpercayaan soalan soalselidik dan melakukan analisa. Instrumen soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian Pertama soalselidik merangkumi maklumat demografi termasuk latar belakang syarikat/responden. Bahagian Kedua pula merangkumi 2 0 it e m b e rk a ita n p e r s o a la n k a j ia n ya n g h e n d a k d ik a j i.

Menurut Chua (2012), instrumen soal selidik popular bagi memperoleh data untuk tujuan menghurai sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan dan tingkah laku. Soal selidik juga merupakan mekanisme pengumpulan data yang berkesan apabila pengkaji mengetahui apa yang diperlu dan bagaimana mengukur konstruk selain daripada data yang dikumpul adalah terkini dan fleksibel serta melibatkan sampel yang besar (Sekaran & Bougie, 2010).

3.3 Populasi dan Saiz Sampel Kajian

Soalselidik telah dijawab secara atas talian oleh pelajar JTMK PTSS yang menjalani latihan industri bagi sesi Disember 2016 dan Disember 2017. Kajian kes ini telah melibatkan keseluruhan populasi pelajar berjumlah 149 orang daripada program DIP dan DNS yang telah tamat menjalani latihan industri bagi mengetahui persepsi mereka terhadap kesesuaian tempat latihan industri mereka.

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 166-169)