• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skala persepsi remaja terhadap perubahan sikap mengenai kesihatan reproduktif dan sosial selepas program

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 83-87)

ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI

Jadual 4 Skala persepsi remaja terhadap perubahan sikap mengenai kesihatan reproduktif dan sosial selepas program

Persepsi responden terhadap perubahan sikap mengenai kesihatan reproduktif dan sosial dikaji bertumpu kepada tingkah laku berisiko yang membawa kepada perlakuan seksual. 7 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bertujuan mendapatkan reaksi responden terhadap isu-isu tersebut. Item 1 mendapati, selepas program responden lebih memahami dan sedar bahawa hubungan cinta haruslah disulami sikap tolak ansur dan saling memahami dan tidak mengikut sahaja kemahuan pasangan. Item 2 pula, hampir

0.0 10.0 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0 1 2 3 4 5 6 7 Pe ra tu s Res p o n d e n Bilangan Item

Persepsi Remaja Terhadap Perubahan Sikap Mengenai Kesihatan Reproduktif dan Sosial

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

75

semua responden bersetuju seks tidak patut dilakukan sebelum berkahwin. Item berikutnya iaitu item 3, responden paling ramai memilih tidak pasti sebelum program dan selepas program. Pengkaji berpendapat ramai lagi responden yang tidak terbuka berkenaan isu seks untuk dibincangkan di khalayak umum dan mengukuhkan fakta Harlina dan Noralina (2007) dan Zahazan dan Rohidzir (2007) yang mengatakan bahawa persoalan seks ini dianggap taboo dalam masyarakat dan tidak dibincangkan secara umum.

Seterusnya, item 4, menunjukkan program ini dapat membuka mata remaja tentang situasi dan tingkah laku yang berisiko yang membawa kepada hubungan seks dan membentuk sikap mereka agar sedar akan perlakuan yang menggoda tidak seharusnya dipamerkan kepada orang yang tidak sepatutnya. Berkenaan item 5, kajian menunjukkan hampir semua responden menjawab tidak pasti sebelum dan selepas program menjelaskan bahawa kemungkinan besar ramai responden tidak memahami aspek diskriminasi remaja yang melakukan hubungan seks justeru mereka hanya menjawab tidak pasti tentang item ini. Begitu juga item 6 berkenaan etika kerahsiaan sama ada perlu diamalkan dalam isu seksual jumlah yang menjawab tidak pasti hampir setara sebelum dan selepas program. Bersangkutan dengan itu, pengkaji menganggap responden seharusnya lebih diberi pendedahan berkenaan etika kerahsiaan sama ada perlu dirahsiakan ataupun tidak bergantung kepada situasi dan keadaan.

Dalam pada itu, untuk item 7 hampir semua responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa lelaki perlu bertanggungjawab terhadap akibat hubungan seksual yang mereka lakukan dengan pasangan. Kesimpulannya, jelaslah peningkatan pemahaman dan perubahan sikap remaja tentang pentingnya menangguhkan seks sehingga berkahwin dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap setiap perlakuan yang dilakukan. Sesungguhnya sikap positif ini perlu dipupuk dalam diri masing-masing dan tiada siapa dapat mengubahnya selain diri remaja itu sendiri.

7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan keseluruhan hasil kajian beberapa cadangan dapat dicadangkan untuk penambahbaikan akan datang. Antaranya adalah seperti berikut:

a) Program Pekerti@Kolej Komuniti ini jelaslah sangat membantu dalam memberi pengetahuan kepada remaja tentang kesihatan reproduktif dan sosial dan seharusnya dijalankan untuk jumlah responden yang lebih ramai dan meliputi peringkat umur yang pelbagai agar pemahaman dan pengetahuan ini dapat dikongsi bersama.

b) Para ibu bapa dan orang sekeliling yang lebih dewasa haruslah diberi kesedaran kepentingan pengetahuan dan pendidikan reproduktif dan seksual yang tepat dan

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

76

betul kepada remaja. Perbincangan mengenai seks dan hal peribadi mestilah didedahkan secara berterus-terang oleh ibu bapa kepada anak-anak dengan cara dan kaedah yang halus namun tidak mengelirukan mereka.

8. RUMUSAN

Akhirulkalam, selaras dengan perkembangan manusia dan teknologi ICT di zaman pasca merdeka ini, seharusnya program-program seperti Program Pekerti@Kolej Komuniti ini lebih diberi perhatian dan suntikan dana oleh semua pihak yang berkaitan. Janganlah sudah terhantuk baru terngadah sehingga melupakan generasi remaja yang bakal menjadi peneraju kepimpinan negara pada masa hadapan. Program ini ternyata sangat baik diisi dengan modul-modul yang berguna dalam memberi pengetahuan kepada remaja tentang seksualiti dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Keberkesanan program ini ternyata jelas dan tepat dalam memberi pengetahuan dan membentuk sikap remaja terhadap kesihatan reproduktif dan sosial pada masa hadapan. Sebagai penutup, semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan membantu lebih ramai remaja dalam mengenali diri mereka dan mendalami unsur-unsur yang membentuk hubungan sosial mereka dalam masyarakat.

RUJUKAN

Carian pusat rujukan persuratan melayu. Retrieved 4 Oktober 2017, from http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=remaja/.

Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2018). Ketagihan pornografi rosakkan otak. Retrieved 1 Mac 2018 from https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2018/04/406081/ ketagihan-pornografi-rosakkan-otak.

Harlina halizah Siraj & Noralina Omar (2007). Kesihatan reproduktif remaja. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Muhamad Zahiri Awang Mat & Rahimi Md. Saad. (2008). Konsep dan Objektif Pendidikan Seks Menurut Perspektif al-Quran. Kertas kerja Seminar Seksual Kebangsaan 2005. Universiti Malaya, 30 Julai 2005.

Muhammad Sapri, Noor Azlin dan Norliza Ahmad. (2014). Kajian Penilaian Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam Kalangan Pelatih PLKN. Retrieved 4 Oktober 2017, from http://familyrepository.lppkn.gov.my/363/.

Noor Ain Norman. (2017). Kerap onani punca mati pucuk. Retrieved 1 Mac 2018, from https://www.remaja.my/kerap-onani-punca-mati-pucuk/ .

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

77

Utusan Online. (2016). 3,980 remaja hamil anak luar nikah. Retrieved 1 Mac 2018, from http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-980-remaja-hamil-anak-luar-nikah1.3808 41.

Zahazan Mohamed & Rohidzir Rais (2007). Soal jawab remeh-temeh tentang seks tapi anda malu bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

78

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 83-87)