• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbandingan arus, voltan susut dan kuasa bagi 9 set lampu pendarflour

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 150-154)

Tinjauan Penggunaan Lampu Pendarflour Secara Cekap Di Bengkel Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kuching Sarawak

Jadual 4: Perbandingan arus, voltan susut dan kuasa bagi 9 set lampu pendarflour

Kadar optimum Berkelip Malap

Lampu L 1 L2 L3 L4 L5 L6 L7 L8 L9 Pengukuran arus (A) 0.32 0.33 0.33 ~0.5 0 ~0.48 ~0.51 0.38 0.41 0.42

Purata arus 0.327A ~0.497A 0.400A

Voltan susut(V) 180 182 183 ~220 ~205 ~225 190 200 205 Kuasa (Watt) 57.60 60.06 60.39 110 98.40 114.7 5 72.20 82 86.1 Purata kuasa 59.35 W 107.72 W 80.10 W

Rajah 1: Perbandingan purata penggunaan kuasa bagi 3 keadaan lampu

Jadual 4 menunjukkan bahawa lampu pada kadar optimum hanya menggunakan kuasa pada kadar purata sebanyak 59.35 W sahaja. Lampu berkelip menggunakan kuasa secara purata sebanyak 107.72 W manakala lampu malap menggunakan kuasa secara purata sebanyak 80.10 W. Perkara ini digambarkan melalui ilustrasi Rajah 1 yang

Baik 24% Berkelip 44% Malap 32%

Perbandingan Penggunaan Kuasa Elektrik bagi 3 Keadaan Set Lampu

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

142

menunjukkan perbandingan purata penggunaan kuasa bagi 3 jenis keadaan lampu mengikut peratusan.

Ini menunjukkan kondisi lampu pendarflour memainkan peranan penting dalam penggunaan yang kuasa yang cekap dan efisien. Maka persoalan ketiga kajian terjawab iaitu lampu pendarflour yang malap dan berkelip mempengaruhi penggunaan kuasa elektrik dengan menggunakan lebih kuasa elektrik berbanding lampu pendarflour yang dapat beroperasi pada kadar optimum. Dapat dilihat lampu berkelip jika dibiarkan lama tanpa diganti atau diselenggara akan mengakibatkan penggunaan kuasa elektrik yang tinggi di mana hampir dua ganda penggunaan kuasa daripada lampu pendarflour yang dapat beroperasi pada kadar optimum.

5. PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan, didapati bahawa lampu pendarflour adalah amat penting dan merupakan sumber utama pencahayaan di bengkel-bengkel Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak. Ia mampu memberi impak atau kesan yang positif dan berfaedah kepada pengguna yang menggunakan bengkel dalam melaksanakan kerja-kerja amali.

Walaubagaimanapun, analisis dapatan tinjauan menunjukkan bahawa jumlah lampu pendaflour yang sedia ada di bengkel JKE ini mencukupi, namun perlu ada pemantauan dari masa ke semasa untuk melihat kondisi lampu tersebut. Jika ada sebarang lampu pendarflour yang telah malap atau berkelip, maka perlu dilaksanakan proses penyelenggaraan terhadap lampu tersebut. Berdasarkan kajian tinjauan ini, analisa yang telah dilakukan mendapati bahawa lampu pendarflour yang malap atau berkelip mampu memberi kesan yang negatif dimana ia mempengaruhi penggunaan kuasa elektrik di bengkel tersebut. Secara tak langsung berlaku pengurangan sumber pencahayaan dari aspek bacaan nilai lux yang diperlukan bagi bengkel-bengkel berkenaan.

Dalam menghasilkan pencahayaan yang sesuai, pemilihan lampu amatlah penting dengan mempertimbangkan tahap pancaran cahaya oleh lampu (lumen), penggunaan kuasa (watt), jangka hayat penggunaan dan beberapa beberapa ciri-ciri operasi yang lain. Berdasarkan garispanduan MS1525:2007 nilai piawaian pencahayaan (Lux) adalah diperlukan bagi memenuhi kadar pencahayaan yang baik bagi semua jenis lokasi dan kesesuaian penggunaan untuk sesuatu tugas tertentu. Maka pemilihan lampu yang cekap adalah perlu bagi menghasilkan kadar cahaya yang dikehendaki dengan kadar

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

143

penggunaan kuasa elektrik yang minima[9]. Selain itu kelestarian alam sekitar merupakan suatu perkara yang harus diberikan perhatian serius demi kepentingan sejagat dan salah satu komponen terpenting yang tidak seharusnya dipinggirkan adalah kecekapan penggunaan tenaga elektrik.

Dapatan kajian ini mengesahkan dapatan beberapa kajian-kajian yang terdahulu daripada kajian ini. Kajian ini hanya memfokuskan penggunaan lampu pendarflour. Dapatan yang diperolehi memberikan kesan yang positif terhadap penggunaan elektrik secara cekap dan menjimatkan. Kajian lanjut diperlukan dengan skop yang lebih luas. Beberapa kajian lanjutan boleh dijalankan seperti berikut :

a. Kajian yang sama boleh diperluaskan kepada bangunan-bangunan lain yang terdapat di Politeknik Kuching Sarawak.

b. Kajian ini hanya menggunakan kaedah tinjauan. Kajian yang lebih terperinci dicadangkan untuk digunakan.

c. Kajian ini hanya tertumpu pada penggunaan lampu pendarflour sahaja, maka kajian untuk membuat perbandingan antara lampu LED dan lampu pendarflour boleh dijalankan.

6. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa kajian tinjauan ini telah mencapai objektif dan telah menjawab kesemua persoalan kajian yang diutarakan sebagai tunggak tinjauan yang telah dijalankan. Hasil dapatan membuktikan lampu pendarflour dapat membekalkan kadar cahaya yang mencukupi dengan syarat nisbah bilangan lampu bersesuaian dengan keluasan ruang. Lampu pendarflour yang berada dalam keadaan baik iaitu tidak malap dan berkelip mampu menjimatkan penggunaan kuasa dan tenaga elektrik.

RUJUKAN

Ahmad Fadli bin Abd Hadi, Noraini binti Abdul Razak, “Kesedaran Staf SMK Petrajaya Kuching Terhadap Penggunaan Peralatan Elektrik Secara Cekap Tenaga” Technology and Innovation International Conference 2017 (TECHON 17)Bandung Indonesia, 2017.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail, Mat Khalid Md Noh, “Kesedaran Mengenai Penjimatan Tenaga Elektrik dan Kelestarian Alam Sekitar” Persidangan

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

144

Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7–9 Jun 2013. PROSIDING PERKEM VIII, JILID 2, ISSN: 2231-962X, 2013.

Engku Siti Zaharah Engku Abdullah, Azlina Abd. Aziz, Nik Hashim Nik Mustapha, “Potensi Penjimatan Penggunaan Tenaga oleh Isirumah di Malaysia” Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”Johor Bahru, 7–9 Jun 2013 PROSIDING PERKEM VIII, JILID 2, 1004-1010ISSN: 2231-962X, 2013.

Muhamad Addin Bin Burhanuddin “Pengurusan Tenaga Di Universiti Utara Malaysia: Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Kecekapan Tenaga Elektrik”. Universiti Utara Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Teknologi), 2010.

Ahmad Fadli bin Abd Hadi, Mohamad Rosdan Bin Mohamad “Amalan Keselamatan Bengkel Pendawaian Elektrik Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak” Seminar Penyelidikan dan Inovasi, Kuching, 2013. David L. Dilaura, “The Lighting Handbook”10th Edition. Illuminating Engineering Society,

2000.

A.F.A. Hadi, P.J. Goel & G. Omar, “Electrical Wiring” Politeknik Kuching Sarawak, 2014. Mohd Nezuan bin Othman, Siti Aishah binti Hanis, “Penggunaan Lampu LED dan Kesannya

Terhadap Penjimatan Tenaga Elektrik di Bilik Pensyarah Utama Politeknik Melaka” National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17), Jitra, 21–23 Mac 2017.

Panduan Teknik Mekanikal PTM 1/2009, “Garis Panduan Pematuhan Kepada MS 1525:2007, 2009.”

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

145

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 150-154)