• Tidak ada hasil yang ditemukan

Min dan sisihan piawai item borang soal selidik

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 38-42)

PERSEPSI PELAJAR IPT TERHADAP PEMBELAJARAN TERADUN MELALUI APLIKASI PEMBELAJARAN TERADUN (STACK)

Jadual 6: Min dan sisihan piawai item borang soal selidik

32 (30.8%) 61 (58.7%)

Analisis deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai dijalankan. Hasil analisis deskriptif seperti Jadual 6 berikut.

Jadual 6: Min dan sisihan piawai item borang soal selidik

Item Min Sisihan piawai Tahap

1 4.35 0.723 Tinggi 2 4.20 0.617 Tinggi 3 4.47 0.510 Tinggi 4 4.39 0.716 Tinggi 5 4.32 0.637 Tinggi 6 4.48 0.682 Tinggi PURATA 4.37 0.648

Jadual 6 menunjukkan dapatan analisa berkaitan persepsi pelajar IPT terhadap pembelajaran teradun. Purata min yang diperolehi untuk bahagian ini ialah 4.37 dan sisihan piawai pula ialah 0.648. Dapatan kajian dapat membuktikan bahawa kebanyakan pelajar tahu tentang kebaikan dan faedah yang terdapat dalam pembelajaran teradun. Nilai min yang tertinggi adalah 4.48 iaitu item 6 dan sisihan piawainya ialah 0.682. Min terendah pula ialah item 2 dengan skor min 4.20 dan sisihan piawai 0.617. Kesimpulannya, majoriti pelajar IPT dapat menerima pembelajaran teradun seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

5. PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Hasil daripada kajian jelas menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar faham tentang konsep pembelajaran teradun dan dapat menjangkakan impak positif yang akan diperolehi. Pelajar juga tidak perlu risau jika pensyarah tidak dapat masuk ke kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan disebabkan kekangan berkursus atau bertugas di luar kawasan.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

30

Selain itu, kaedah pembelajaran teradun juga mampu memupuk pemikiran kritikal pelajar dan dapat berdikari tanpa perlu sokongan mana-mana pihak. Keseluruhan instrument borang soal selidik menunjukkan tahap yang tinggi dengan purata min (4.37) dan sisihan piawai (0.648) iaitu satu nilai yang sangat memberangsangkan. Aplikasi Pembelajaran Teradun (Stack) yang telah dibangunkan jelas sekali menunjukkan pelajar dapat menerimanya dengan baik. Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar IPT terhadap kaedah pembelajaran teradun adalah sangat positif dan pelajar dapat menerima seadanya walaupun baru setahun jagung menapak di setiap institusi.

5.2 Implikasi Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, penyelidik menyatakan bahawa aplikasi ini memberi impak yang sangat tinggi kepada pelajar IPT di Malaysia, khususnya pelajar Politeknik Malaysia. Ini kerana pembelajaran teradun sangat fleksibel, mudah untuk digunakan, penerimaan yang luas, mudah untuk diakses dan ia juga konsisten apabila digunakan. Dapatan kajian ini juga memberi impak yang besar kepada pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan IPT lain. Kemudahan akses Internet yang disediakan sangat memberi manfaat kepada pelajar terutamanya dan juga kepada pensyarah.

5.3 Limitasi dan Cadangan Kajian Masa Hadapan

Masalah pelajar sekarang adalah capaian akses Internet dalam institusi masih dalam tahap sederhana. Diharapkan kemudahan akses Internet di institusi perlu ditingkatkan di setiap kawasan institusi. Kajian pembelajaran teradun ini amat penting dalam memberi input kepada pentadbiran institusi dan pensyarah sebagai maklumbalas bagi menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Pelajar juga mengharapkan agar aplikasi pembelajaran teradun ini diluaskan kepada beberapa topik lain lagi seperti Linked List, Queue dan Tree. Penyelidik berharap dapat menambahbaik aplikasi ini dengan menambah beberapa topik lain berserta soalan latihan dan soalan kuiz agar kefahaman pelajar mudah untuk diukur.

5.4 Kesimpulan

Berdasarkan cadangan yang telah diberikan oleh responden, penyelidik akan mengkaji topik baru yang akan ditambah dalam Aplikasi Pembelajaran Teradun (Stack). Penyelidik juga cuba mengkaji pendekatan terbaru untuk menyebarluas penggunaan pembelajaran teradun ini. Contohnya pelajar boleh muat turun aplikasi melalui aplikasi Google Play Store. Diharapkan kajian ini dapat membuka mata semua pelajar agar pembelajaran teradun ini boleh digunapakai di mana-mana sahaja dan diaplikasikan untuk subjek-subjek lain juga.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

31

REFERENCES

Eee, A.M. (1997). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (semester II). Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Fontana, Andrea & Frey, James H. (1994). Interviewing. Dalam N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.). The Art of Science. Handbook of Qualitative Research. (Pp. 361-376). London: Sage

Goddard, L., Barnston, A. G., & Mason, S. J. (2005). Evaluation of the IRI’s “net assessment” seasonal climate forecasts: 1997–2001. Bulletin of the American Meteorological Society, 84, 1761–1781.

Kong, S. C., Chan, T.-W., Griffin, P., Hoppe, U., Huang, R., Kinshuk, Yu, S. (2014). Elearning in School Education in the Coming 10 Years for Developing 21st Century Skills: Critical Research Issues and Policy Implications. Education Technology & Society, 17(1), 70–78.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Studies Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass Publications.

Mohamed-Amin, E., Norazah, M. N. & Ebrahim, P. (2014). Overview of Blended Learning. In E. Mohamed Amin (Ed.), Blended & Flipped Learning: Case Studies in Malaysian HEIs. Bangi: Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Balwi, M. K. (2004). Perkembangan, pembangunan dan penerimaan Epembelajaran Di insitusi pengajiaan Tinggi Malaysia. Jurnal Teknologi UTM

Mohd. Yusof Hj. Othman, (2005). Pembinaan Konseptual dalam Pembelajaran di IPT. Dalam Mahasiswa Abad ke 21. Fakulti Pendidikan, UKM, Yayasan Istana Abdul Aziz dan Projek Manara Gading. ISBN 983-2975-25-5. pp. 113-130

Nor Asmihan bt Hamzah, Norhaniza Bt Mohd Noor, Azreen harina bt Azman. (2016) “Kesediaan Politeknik Sultan mizan Zainal Abidin (PSMZA) dalam Menghadapi

Cabaran pembelajaran teradun (Blended Learning). Diges Penyelidikan PSMZA 2016 Bil 1.

Osman, N. & Hamzah, M. I. (2014). Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina dan Program. Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage Publications

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

32

Sarizun, S. M, Nariman, D. (2017). E-Pembelajaran: Perlaksanaannya Sebagai Kaedah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran di Politeknik. NaREC’17, Abstrak.

Said, H. (2015). Tahap Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran secara Blended Learning di Politeknik Merlimau Melaka. Politeknik Merlimau Melaka.

Shiun, T. K. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning)

Vincent, P., Lee, K. W., Tan, C. K., and Shukery, M. (2005). learning Initiatives In E-Ducating Student Teachers. GEMA Online Journal of Language Studies, 5(2), pp. 15-27

Zainal, A. Z. (2014). Garis Panduan Amalan Terbaik Konsep Pembelajaran Teradun Bagi Politeknik-Politeknik Malaysia. Jabatan Pengajian Politeknik.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

33

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 38-42)