• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHU TENTANG AUTISM SEPCTRUM DISORDER ( ASD)

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 125-133)

Rajah 4: Pengalaman Responden mengajar Kanak-kanak Autism

Respon melalui soal selidik juga mendapati 80% responden menyatakan mereka tahu tentang Autism Spectrum Disorder ( ASD ) manakala 20% yang lain tidak tahu apa itu ASD ( rajah 5). Namun begitu tahap pengetahuan responden secara lebih terperinci dapat dilihat pada bahagian B soal selidik.

Rajah 5: Jumlah responden yang mengetahui tentang ASD

YA

TIDAK 80%

20%

TAHU TENTANG AUTISM SEPCTRUM

DISORDER ( ASD)

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

117

Rajah 6: Sumber Maklumat ASD

Media Cetak 34 % dan rakan sekerja 27% menjadi sumber maklumat responden bagi mendapatkan maklumat berkaitan ASD selain 23% melalui media eletronik, 13% melalui seminar/latihan dan 3% melalui lain-lain medium.

Pengetahuan Tenaga Pengajar tentang ASD

Dapatan kajian berkenaan tahap pengetahuan tenaga pengajar menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang baik tentang beberapa ciri autisme. Bagi menilai tahap pengetahuan responden terhadap ASD, 15 pernyataan telah dikemukakan kepada mereka. 27 responden menyatakan betul bagi pernyataan, seseorang autisme mempunyai kesukaran berinteraksi dengan orang lain manakala seorang responden menyatakan salah dan 2 reponden menyatakan tidak pasti. Manakala bagi pernyataan seseorang autisme boleh mempamerkan tingkah laku ritualistik atau berulang-ulang 27 responden menyatakan betul dan 3 menyatakan salah. Dapatan ini menunjukkan hampir kesemua responden mengetahui bahawa seseorang autisme mempunyai masalah komunikasi dengan orang disekelilingnya dan kerap melakukan perkara yang berulang-ulang seperti mana menurut Bishop (2008), ASD ialah kecelaruan perkembangan neorlogi yang dikenal pasti melalui karektornya yang tersendiri iaitu tidak mampu menjalin hubungan komunikasi dua hala dan mempamerkan pergerakan dan kecenderungan yang berulang-ulang. Menurut Zuraini dan Zuliza (2016) kanak-kanak autisme tidak mampu menjalin persahabatan dengan rakan sebaya selain didapati enggan berkongsi keseronokan dengan orang lain. 14 responden menyatakan betul, 8 menyatakan salah dan 8 menyatakan tidak pasti bagi pernyataan bahawa seseorang autisme tidak mahu berkawan. Menurut Sapp (2007) seseorang autisme boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka mahupun orang lain kerana tantrum kemarahan dan sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

118

gagal mendapatkan apa yang diingini. 22 responden menyatakan betul, 3 menyatakan salah manakala 5 tidak pasti bagi pernyataan seseorang autisme boleh membahayakan diri sendiri. Manakala pernyataan tentang ciri-ciri autisme dapat dikenalpasti sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun menunjukkan mean 1.7333. Menurut Koegel (1982) ASD hanya disedari oleh ketika anak berusia 18 bulan namun kemunculannya sejak lahir dan jelas ketara sebelum berusia 30 bulan kenyataan ini disokong oleh Tilton (2014) kanak-kanak ASD kelihatan normal ketika berusia satu atau dua tahun tetapi kemahiran sosial merosot dan hilang kira berganjak keusia tiga tahun di mana merka mula memasuki ke dalam dunia yang hanya difahami oleh mereka sahaja. Secara kesimpulannya tahap pengetahuan responden terhadap kanak-kanak autisme adalah pada tahap tinggi namun terdapat juga jawapan yang diberikan oleh responden bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh pakar. Sebagai contoh bagi pernyataan seseorang autisme tidak boleh menunjukkan kasih sayang didapati 16 responden menyangkal pernyataan berkenaan, 4 responden bersetuju manakala 10 responden tidak pasti, ianya amat bertentangan dengan pendapat pakar sepertimana menurut Wing (1976), seseorang autisme tidak dapat berhubung dan berkongsi emosi dengan orang lain malah jauh sekali untuk memahaminya serta menunjukakan kasih sayang terhadap orang lain.

Jadual 1: Pengetahuan Responden tentang ASD

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

119

Bagi mengukur tahap keyakinan tenaga pengajar, 6 soalan telah dikemukakan dan diukur dalam skala likert. 19 responden memilih neutral manakala hanya 6 responden yakin berkemampuan bagi menentukan objektif PdP sesuai kepada kanak-kanak autisme. Hampir kesemua responden bersetuju sekiranya mendapat meraka mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada ahli profesional atau pakar autisme untuk membangunkan program yang bersesuaian bagi kanak-kanak yang mengalami autisme. Dapatan kajian juga mendapati 13 responden memilih masih tidak mempunyai latihan yang cukup bagi mengajar kanak-kanak autisme. Namun skor min tahap tinggi sebanyak 4.0333 menunjukan majoriti responden bersetuju dimana kursus dan latihan tambahan dalam bidang autisme dapat mendatangkan faedah kepada mereka. Dan secara keseluruhannya responden seramai 18 orang berminat untuk menjadi tenaga pengajar kursus pendek kepada kanak-kanak autisme walaupun perlu mengikuti kursus dan latihan tambahan. Walaupun responden tidak mendapat latihan pendidikan khas namun tenaga pengajar kolej komuniti Jasin bersetuju untuk menerima latihan dan kursus berkaitan pendidikan khas kanak-kanak autisme.

Jadual 2 : Keyakinan Responden Untuk Mengajar Kursus Pendek Kepada Kanak-Kanak ASD

8. CADANGAN

Sebagai cadangan, pengkaji mendapati bahawa kajian ini adalah sangat penting kerana ia dapat menggalakkan bilangan tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ASD. Kajian ini juga dapat menyediakan data semasa

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

120

dan secara tidak langsung dapat memotivasi pengkaji-pengkaji lain atau masa depan untuk mendapatkan lebih banyak penemuan serta pemahaman yang lebih baik berkenaan dengan ASD.

Menurut See (2011), peningkatan jumlah kanak-kanak ASD mempunyai lebih daripada 60,000 kanak-kanak di Malaysia dan menyebabkan banyak stigma negatif dan sosial yang berkaitan dengan ASD dalam masyarakat pada masa kini, dan semuanya adalah atas sebab kekurangan kesedaran dan pengetahuan mengenai ASD. Dengan penemuan dalam kajian ini, tenaga pengajar boleh bekerjasama dengan pakar atau pertubuhan yang mempunyai pengalaman berkaitan autisme untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan tentang ASD dengan itu secara tidak langsung persepsi dan sikap yang lebih postif dapat diterapkan dalam kalangan tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin.

Kanak-kanak autistik tidak sesuai mengikuti pembelajaran di kelas aliran perdana kerana kandungan pelajarannya tidak memenuhi keperluan mereka serta penggunaan bahasa lisan sebagai dominan dalam arahan (Carnahan 2006). Hal ini disokong oleh kajian- kajian lepas menyatakan kanak-kanak autistik mempunyai kelemahan dalam bahasa lisan (Carnahan 2006). Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif, koperatif, masteri dan pemusatan murid dan bahan boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak ini (Mok Soon Sang 2007). Justeru itu Kajian terperinci tentang kaedah PdP yang sesuai bagi kanak-kanak autisme boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Menurut Barber dan Holdbart (1998), strategi penilaian yang berbeza diperlukan dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dalam menentukan keberkesanan pengajaran. Sebagai seorang pendidik yang peka terhadap keperluan murid, pendidik perlu meneliti pendekatan pengajaran yang sesuai bagi merancang pengajaran.

9. KESIMPULAN

ASD adalah seseorang yang termasuk dalam kategori OKU dan mempunyai simptomnya yang tersendiri. Peningkatan jumlah golongan ini daripada tahun ke tahun di Malaysia menyebabkan keperluan mendidik masyarakat untuk mengenalpasti golongan autisme ini adalah penting bagi memastikan mereka dilayan sama seperti golongan normal yang lain. Tanpa latihan yang mencukupi akan menyebabkan tenaga pengajar kurang berkeyakinan dan tidak dapat melaksanakan tugas dengan efektif. Justeru itu, pengetahuan latihan serta kaedah Pendidikan khas terhadap golongan autisme perlu diperluaskan tidak hanya melibatkan guru-guru yang mengajar pendidikan khas disekolah sahaja malahan ianya perlu diberikan kepada tenaga pengajar daripada agensi-agensi yang menawarkan kursus-kursus pendek seperti Kolej Komuniti. Ini sejajar dengan visi dan misi Kolej Komuniti

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

121

untuk memberi Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada semua komuniti tanpa mengira umur, bangsa mahupun keupayaan. Dengan pengetahuan dan latihan yang mantap dan komprehensif akan meningkatkan keyakinan tenaga pengajar kolej komuniti untuk menjalankan kursus pendek kepada kanak-kanak autisme. Walaupun kanak-kanak autistik mengalami kecacatan mental seumur hidup mereka, namun mereka merupakan individu yang unik dan istimewa. Ibu bapa khasnya amat mengharapkan anak mereka belajar untuk bertutur (Paul, 2009). Di sinilah peranan tenaga pengajar adalah penting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka dengan melaksana strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan dan kebolehan mereka.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

122

RUJUKAN

American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (5th Ed.). USA: APA.

Bishop, S.L., Luyster, R., Richler, J.,Lord, C.(2008). “Diagnostic Assessment” dalam Chawarska, K., Klin, A., Volkmar, F.R. (pnyt), Autism Spectrum Disorders in Infants and Toddlers, hlm. 23-49. New York: The Guilford Press.

Carnahan, C. R. (2006). Photovoice: Engaging Children with Autism and their Teachers. TEACHING Exceptional Children, 39(2), 44–50.

Daugherty,C. (2012). The Knowledge and Awareness of Autism Spectrum Disorders within the Hispanic Community. Undergraduate Honors Theses. Paper 46. http://dc.etsu.edu/honors/46

Gargiulo, R. M. (2003). Special Education in contemporary society: an introduction to exceptionality. Belmont, CA: Wadsworth/Thompson Learning.

Hallahn, D. P., & Kauffman, J. M. (2006). Exceptional learners: An introduction to special education (10th ed.). Boston: Allyn & Bacon

Hood Mohamad Salleh & Hasnah Toran .( 2012). Do You Know Autism. Bangi: UKM. Ives, M. & Munro, N. (2002). Caring for a Child with Autism. London: Jessica Kingsley Publishers

Kliegman, R., Behrman, R., Jenson, H., & Stanton, B. (2007). Nelson Textbook of Pediatrics 18th Edition. PA: Elsevier/Saunders.

Koegel, L., R., Rincover, A., LEgel, A.(1982). Educating and Understanding Autistic Children. California: College Hill Press.

Mavropoulou, S. & Padeliadu, S. 2000. Greek teachers’ perceptions of autism and

implications for educational practice: A preliminary analysis. Autism 4(2): 173-183. Sapp, S.E. (2007). Autisms: Symptoms Causes and Treatments.Thesis Projects.

Tennessee: University Of Tennessee Honors, Tennessee.

Schwartz, H. & Drager, K.D.R. (2008). Training and Knowledge in Autism Among Speech- Language Pathologists: A Survey. Language, Speech & Hearing Services in Schools 39(1): 66-77.

Scheuermann, B., Webber, J., Boutot, A., & Goodwin, m. (2003). Problems with personnel preparation in autism spectrum disorders. Focus on Autism and Other

Developmental Disorders, 18(3), 197-206.

Siti Fatimah Binti Dzulkifli (2009), Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Modular) Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang, Selangor

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

123

Stone, W.L. & Rosenbaum, J. L. (1988). A comparison of teacher and parent views of autism. Journal of Autism and Developmental Disorders 18(3): 403-414

Tilton, A.J. (2014). Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-Kanak dengan ASD. Terj. Zamaliah Mohd Marjan. K. Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Bhd.

Utusan Malaysia. 2012. 19 Jun.

Wing, L(1976). Early Childhood Autism. Oxford: Robert Maxwell.

Zuraini Yaakub, and Zuliza Mohd Kusrin, (2016), Amalan intervensi terhadap perilaku seksual remaja Autistic Spectrum Disorders (ASD) oleh Guru Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) menurut syarak. Islamiyyat: Jurnal Antarabangsa

Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (2). pp. 163-172. ISSN 0216-5636

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

124

HUBUNGKAIT PENCAPAIAN EKONOMI ASAS, MATEMATIK DAN

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 125-133)