• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kecenderungan Penyelidikan Dalam Kalangan Pensyarah

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 100-103)

Soal selidik kajian dibahagikan kepada lima iaitu:

Jadual 4.7: Faktor-Faktor Mempengaruhi Kecenderungan Penyelidikan Dalam Kalangan Pensyarah

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Skor Min a. Beban Tugas 4.06 – 4.48

b. Fasiliti 2.42 – 3.84

c. Pakar rujuk 2.67 – 2.58

d. Sumber Kewangan 2.61 – 3.24

Daripada Jadual 4.7 ia menerangkan empat faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penyelidikan dalam kalangan pensyarah. Faktor yang pertama adalah beban tugas yang menunjukkan bahawa masa mengajar pensyarah mengajar lebih daripada 10 jam seminggu yang paling mempengaruhi kecenderungan menjalankan penyelidikan (min 4.48) manakala tugas sampingan kurang daripada tiga dan banyak terlibat dalam kerja pengurusan dan pengkeranian menunjukkan skor min sederhana tinggi 4.06 – 4.36. Faktor yang kedua iaitu elemen fasiliti. Skor min bagi fasiliti menunjukkan pada tahap sederhana antara 2.42 – 3.84. Tahap fasiliti yang disediakan dalam menyokong penyelidikan di Kolej Komuniti Selandar, Melaka masih lagi kurang. Ini kurang mengalakkan penyelidikan di kalangan pensyarah. Seterusnya adalah faktor yang ketiga iaitu pakar rujuk dalam penyelidikan. Skor min bagi elemen pakar rujuk ialah antara 2.67 – 2.58. Ini menunjukkan bahawa elemen pakar rujuk di kolej komuniti adalah kurang. Pakar rujuk merupakan elemen penting dalam membantu kecenderungan pensyarah melaksanakan penyelidikan. Faktor yang terakhir pula adalah sumber kewangan. Didapati sumber kewangan sederhana mempengaruhi kecenderungan pensyarah di Kolej Komuniti Selandar dengan nilai min 2.61 – 3.24.

5. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan hasil dapatan, dapat dilihat faktor beban tugas yang mempunyai min yang paling tinggi 4.48 dengan penyataan masa mengajar lebih daripada 10 jam seminggu. Hal ini dibuktikan melalui pensyarah kolej komuniti menghadapi beban tugas dan kekangan masa untuk menjalankan aktiviti penyelidikan. Selain daripada jawatan hakiki sebagai pensyarah yang mempunyai purata masa mengajar seminggu di antara 16 hingga 18 jam seminggu, pensyarah juga mempunyai jadual yang padat dengan aktiviti yang lain. Antaranya adalah aktiviti kokurikulum dan kelab, memeriksa penilaian dan menilai kerja pelajar, melaksanakan tugas-tugas perkeranian, mengendalikan mesyuarat dan program-program kolej serta mengendalikan tugas yang bukan professional. Selain itu, arahan-arahan dalam menghadiri mesyuarat, mengawasi peperiksaan, menghadiri pelbagai kursus

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

92

dan menjadi petugas dalam aktiviti institusi seperti konvokesyen dan khidmat masyarakat (CSR). Maka kesibukan pensyarah menyebabkan kekangan masa dan beban tugas yang banyak dalam menjalankan aktiviti penyelidikan. Bagi faktor yang lain iaitu fasiliti, pakar rujuk, pengetahuan tentang penyelidikan dan sumber kewangan tidak terlalu mempengaruhi kecenderungan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan.

Penyelidikan adalah menjadi agenda penting kepada negara bagi memastikan negara menjadi negara maju yang releven sepanjang masa. Para pensyarah di institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang besar dalam hal ini. Para pensyarah perlu mengubah minda mereka tentang kepentingan penyelidikan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, masyarakat dan negara. Cadangan kajian untuk menggalakkan pensyarah membuat penyelidikan adalah mengadakan bengkel penyelidikan secara terpandu iaitu mengikut proses dan secara berkumpulan. Selain itu pihak pengurusan atasan harus memberikan sokongan dan dorongan dengan menyediakan keperluan-keperluan penyelidikan seperti penyediaan dana, tenaga kepakaran, latihan dan sebagainya.

RUJUKAN

Abu Bakar, B. & Mohamed, Y. (2013). Metodologi Penyelidikan. Universiti Sains Islam Malaysia

Adela GA, Davinia PM (2008) Evaluation of Spanish universities: Efficiency, technology and productivity change. Paper presented in the Prime-Latin America Conference, September 24-26.

Al-Mansor Abu Said (2008), ‘Kaedah Penyelidikan Perniagaan ‘, Kuala Lumpur.

Gorg, W. R. & Gall, M. D. (1989). Educational Research: An Introduction (Fifth ed.). New York: Longman

Idris, R. (2012, April 13). Dicapai pada 24 Julai 2014, daripada

http://razak.wordpress.com/2012/04/13/universiti-penyelidikan-mercukecemerlangan-ilmu/

Ismail, Z. (2010), Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Terhadap Pelaksanaan Program Transformasi Penyelidikan Dan Pembangunan Dalam Sistem Pengajian Politeknik Di Malaysia, Di capai pada Ogos 14, 2014 daripada: http://zullism.blogspot.com/2010/05/faktor-faktor-kritikal-kejayaan.html

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

93

Jantan, N. (2014). Isu-Isu Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Di Politeknik Merlimau Dan Kaedah Untuk Mengatasinya: Politeknik Merlimau Melaka.

Konting, M. M. (2003). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marimuthu, M. (2010). Langkah-Langkah yang boleh diambil untuk Meningkatkan Kualiti Penyelidikan dan Inovasi di Institusi Pendidikan. Politeknik Merlimau Melaka. MASTIC

PSPTN. (2007). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-2010) Fasa 1. Dicapai pada September 17, 2014 daripada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara: www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/psptn.pdf

Prof.Madya Dr.Naimah Abdullah dan Umminajah Salleh (2004), ‘Kajian tentang faktor-faktor yang memberi implikasi terhadap penglibatan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor. http:// www. Eprints.ptar.uitm.edu.my

Rodgers JR, Neri FV (2007) Research productivity of australian academic economist: Human capital and fixed effects. Faculty of Business, University of Wollongong Research Online.

Sabitha, M. (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor Prentice Hall.

Sayin, Baharuddin and Ishak, Amal Hayati and Samuri, Zakiah (2009) ‘Kecenderungan menjalankan penyelidikan di kalangan pensyarah CITU UiTM Shah Alam: satu kajian ‘Technical Report. Institute of Research Development and Commercialization, Universiti Teknologi MARA.

Shah, T, Azida, N & jJusoff, K (2009). Empirical Research: Stimulating Lecturers Innovattive Behaviour in Malaysian Polytechnics, http://www.academicleadership.org/

Sironik, K. & Goodlad, J. (1998). School-university partnerships in action: Concepts, cases and concerns. New York: Teachers College.

Wallis, R. L., Wallis, A. M & Harris, C. M. (2005). “How Universities Sustainable Development through Successful Engagement with their Regional Communities”,

Dicapai pada 4 April 2015 di

http://www.engagingcommunities2005.org/abstracts/Wallis-Robert-final.pdf

Wiersma, W. & Jurs, S. G. (2008). Research methods in education: An introduction. USA: Allyn & Bacon.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

94

TAHAP BURNOUT DAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 100-103)