• Tidak ada hasil yang ditemukan

PESERTA PENDIDIKAN KHAS KANAK-KANAK AUTISME Siti Nazwin Izani Bt Sulaiman, Mohd Azuan Bin Ali, Nurul Izyan Binti Lazam,

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 119-124)

naz_win1011@yahoo.com

Kolej Komuniti Jasin Melaka.

ABSTRAK:

Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak autisme atau berkeperluan khas juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Autisme merupakan kecelaruan perkembangan yang memberi impak terhadap kemampuan komunikasi dan interaksi. Keperluan terhadap tenaga pengajar pendidikan khas yang terlatih untuk mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme sangat diperlukan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengalaman, pengetahuan dan keyakinan tenaga pengajar di Kolej Komuniti Jasin dalam mengajar kursus pendek kepada peserta pendidikan khas autisme. Soal selidik diberikan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin. Dapatan kajian mendapati tahap pengalaman mengajar kanak-kanak autisme dikalangan tenaga pengajar adalah sangat rendah. Manakala tahap pengetahuan responden terhadap ASD berada pada tahap tinggi. Walaubagaimanapun responden masih kurang berkeyakinan untuk mengajar kursus pendek kepada kanak-kanak autisme namun responden bersetuju untuk mendapatkan latihan dan kursus berkaitan autisme. Justeru itu tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin perlu diberi akses kepada latihan dalam perkhidmatan mengenai autisme kerana bidang pendidikan autisme sentiasa berkembang dan pelbagai strategi terkini telah dibuktikan berkesan melalui kajian saintifik.

KEYWORDS: Pengetahuan, Tenaga Pengajar , Autisme

1. PENGENALAN

1.1 Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Kolej Komuniti merupakan salah sebuah institusi hub bagi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pelbagai kursus pendek dijalankan oleh semua kolej komuniti di seluruh Malaysia sejak penubuhannya. Di mana terdapat pelbagai kategori peserta yang mengikuti kursus pendek di Kolej Komuniti antaranya adalah peserta daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Kepuasan pelanggan merupakan perkara penting dalam sesebuah perniagaan di mana kepuasan dalam penerimaan sesebuah perkhidmatan akan dinilai oleh pelanggan itu sendiri (Siti Fatimah, 2009). Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung, kepuasan pelanggan terhadap kualiti pengajaran yang disampaikan oleh tenaga pengajar kepada pelajar seharusnya mencapai suatu tahap yang baik. Justeru itu amat penting bagi pihak Kolej Komuniti menyediakan tenaga pengajar yang komited dan berkeyakinan untuk memberi pembelajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan bagi peserta pendidikan khas yang hadir mengikuti kursus pendek di kolej komuniti.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

111

1.2 Pendidikan Khas

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas didefinasikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Manakala menurut Gargiulo (2003), pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa selain ianya memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah penyampaian yang khusus. Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi menggalakkan perkembangan yang optima kepada seseorang individu yang telah diklasifikasikan dalam golongan orang kelainan upaya (OKU). Mereka akan dilatih menjadi lebih berkemahiran, berhaluan, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.3 Autism Spectrum Disorder (ASD)

Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah sejenis gangguan perkembangan yang melibatkan kesukaran dalam pembelajaran, komunikasi dan interaksi sosial (American Psychiatric Association, 2013). Pada tahun 1990-an kadar prevalens ASD di Amerika Syarikat adalah tiga atau empat kes bagi sepuluh ribu kanak-kanak namun begitu menurut Hood dan Hasnah (2012), kadar ini telah meningkat iaitu satu kes bagi setiap seratus sepuluh kanak-kanak ASD. Peningkatan jumlah ini menyebabkan isu ASD menjadi semakin penting untuk ditangani sebaik mungkin terutama dari aspek pendidikan bagi membantu golongan ini membuat persediaan hidup pada masa hadapan secara lebih normal dan lebih berdikari.

Tiada penawar khusus untuk merawat kecelaruan spektrum ASD, cuma intervensi awal boleh dilakukan sebagai usaha untuk meningkatkan nilai dan kualiti hidup pengidapnya melalui kemahiran-kemahiran tertentu yang diperlukan. Maka dengan itu, keperluan pengetahuan umum tentang ASD dalam kalangan pendidik dan kemahiran latihan untuk menghadapi kanak-kanak ASD harus dilaksanakan. Perkara ini penting agar para pendidik dapat memahami kanak-kanak ASD dengan lebih baik, dalam membantu mereka memberi pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan mereka.

2. PERNYATAAN MASALAH

Stone dan Rosenbaum (1988) yang menjalankan kajian tentang kefahaman mengenai autisme dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru di Amerika Syarikat mendapati para responden mempunyai salah faham mengenai autisme. Ibu bapa dan guru-guru pula mempunyai fahaman yang berbeza yang mungkin mempunyai impak yang negatif ke atas

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

112

usaha koloborasi mereka. Mavropoulou dan Padeliadu (2000) menggunakan borang soal selidik yang dibina oleh Stone dan Rosenbaum (1988) dalam kajian mereka yang membandingkan persepsi guru arus perdana dan guru pendidikan khas di Greek tentang autisme. Keputusan kajian mereka menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan ini keliru tentang beberapa aspek mengenai autisme.

Hasil kajian Kementerian Kesihatan pada tahun 2004 sehingga tahun 2012, dianggarkan seramai 47000 jumlah penduduk Malaysia mengalami masalah ASD (Utusan Malaysia, 19 Jun 2012). Manakala menurut Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) (2014), kajian atau penyelidikan mengenai pengetahuan tentang autisme perlu dipertingkatkan, bagi memastikan tahap pemahaman pada masa kini dalam kalangan guru atau tenaga pengajar tentang Autism Spectrum Disorder (ASD) di Malaysia berada pada tahap yang baik.

Namun begitu adakah tenaga pengajar di Kolej Komuniti Jasin mempunyai tahap pengetahuan, latihan dan keyakinan dalam memberi pembelajaran kepada peserta kursus pendek dikalangan kanak-kanak autisme? Ini kerana terdapat beberapa permintaan bermula awal tahun 2018 daripada persatuan kanak-kanak autisme seperti Gymcademy, Melaka serta sekolah-sekolah pendidikan khas daerah Jasin untuk mejalankan kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti Jasin secara berterusan. Justeru, sekiranya tenaga pengajar mempunyai pengetahuan berkenaan dengan masalah ASD, pengkaji yakin bahawa persepsi dan keyakinan tenaga pengajar akan menjadi lebih baik untuk berinteraksi semasa mengendalikan kanak-kanak yang penghidap ASD.

3. PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah tenaga pengajar mempunyai pengalaman dalam mengajar peserta kursus pendek di kalangan kanak-kanak Autisme?

2. Apakah tahap pengetahuan tenaga pengajar terhadap Autisme?

3. Apakah tenaga pengajar berkeyakinan untuk mengajar kursus pendek kepada kanak-kanak Autisme?

4. OBJEKTIF

Objektif utama kajian ini adalah untuk:

1. Mengetahui pengalaman tenaga pengajar dalam mengajar peserta kursus pendek di kalangan kanak-kanak Autisme.

2. Mengenalpasti tahap pengetahuan tenaga pengajar terhadap Autisme.

3. Mengukur tahap keyakinan tenaga pengajar untuk mengajar kursus pendek kepada kanak-kanak Autisme.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

113

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah bagi memastikan tenaga pengajar kolej

komuniti yang mengajar kursus pendek kepada kanak-kanak autisme mempunyai pengetahuan dan keyakinan yang baik terhadap mereka dan secara tidak langsung tenaga pengajar dapat memberi kursus yang bersesuaian kepada golongan ini. Dengan ini juga ianya dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran tenaga pengajar kepada kanak-kanak autisme. Pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan baik akan memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang untuk menjalankan kursus pendek di Kolej Komuniti.

Scheuermann, Webber, Boutot dan Goodwin (2003) menyatakan bahawa antara masalah utama dalam bidang autisme di Amerika Syarikat adalah kekurangan guru-guru terlatih pada tahap kronik untuk mendidik kanak-kanak autisme. Latihan guru yang kurang mantap juga merupakan satu isu besar yang menghalang penyediaan guru yang cukup dan terlatih dalam bidang autisme (Scheuermann, 2003).

6. METODOLOGI 6.1 Reka Bentuk Kajian

Reka Bentuk Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal

selidik bagi mengukur pengalaman, pengetahuan serta keyakinan dalam kalangan tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin dalam mengajar kursus pendek kepada peserta pendidikan khas kanak-kanak Autisme.

6.2 Alat Kajian

Bagi mengenalpasti tahap pengalaman, pengetahuan dan keyakinan dalam kalangan tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin dalam mengajar kursus pendek kepada peserta pendidikan khas kanak-kanak Autisme, satu set soal selidik telah diadaptasi berdasarkan kepada soal selidik oleh Schwartz dan Drager(2008) dan juga Daugherty (2012), terjemahan soal selidik ke bahasa melayu telah dilakukan bagi memastikan dapat difahami dengan jelas oleh responden yang terlibat dalam kajian ini.

Borang soal selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

Bahagian A: Demografi responden

Bahagian ini mengandungi maklumat diri responden yang terdiri daripada jantina, umur, tahap pendidikan, pengalaman mengajar, latihan pendidikan khas (secara formal),

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

114

pengalaman mengajar kanak-kanak pendidikan khas, pernah mendengar berkenaan dengan ASD dan sedikit soalan tambahan mengenai sumber maklumat didapati berkenaan dengan ASD, soalan tersebut telah disesuaikan daripada kajian Ullah (2015).

Bahagian B : Pengetahuan ASD Tenaga Pengajar

Bahagian ini terdiri daripada 15 pernyataan dengan pilihan jawapan “betul”, “tidak” dan "tidak pasti" mengenai ASD.

Bahagian C : Keyakinan Tenaga Pengajar dalam mengajar kanak-kanak Autisme

Bahagian ini terdiri daripada 6 item, merujuk kepada keyakinan tenaga pengajar dalam mengajar kanak-kanak Autisme, mengandungi sistem skala 5 likert, dari 1 "sangat tidak setuju" hingga 5 "sangat setuju". Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Pada peringkat permulaan, pembersihan data dijalankan untuk mengenalpasti data yang hilang. Seterusnya, analisis deskriptif dijalankan untuk meneliti demografi tenaga pengajar, pengalaman, pengetahuan ASD tenaga pengajar dan keyakinan tenaga Pengajar dalam mengajar kanak-kanak ASD.

6.3 Responden dan lokasi kajian

Subjek kajian adalah terdiri daripada 30 orang tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin

yang mengajar dalam pelbagai bidang bagi kursus sepenuh masa dan juga terlibat dengan kursus pendek PSH.

7. DAPATAN KAJIAN

Pengalaman tenaga pengajar

Seramai 30 responden dikalangan tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin telah terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, 10 responden (33%) ialah lelaki dan 20 responden (67%) ialah perempuan (rajah 1). Seramai 10% responden menyatakan mereka mempunyai latihan bagi pendidikan khas manakala 90% lagi menyatakan tidak mempunyai latihan pendidikan khas (rajah 2).

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

115

Rajah 1: Peratusan Jantina Responden

Rajah 2 : Peratusan Respoden Yang Mempunyai Latihan Pendidikan Khas

Bagi makluman pengalaman mengajar kanak-kanak pendidikan khas pula 33% responden menyatakan pernah mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak khas, manakala 67% tidak pernah mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak pendidikan khas.

Rajah 3: Peratusan Responden Yang Mempunyai Pengalaman Mengajar Kanak-Kanak Khas

Dapatan kajian bagi pengalaman Tenaga Pengajar Kolej Komunit Jasin mengajar kursus pendek kepada kanak-kanak autisme adalah pada tahap rendah dan sangat kurang. Daripada 30 responden yang menjalani kajian soal selidik ini di dapati 27% responden sahaja pernah mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak autisme lebih daripada 1

33% 67%

PENGALAMAN MENGAJAR

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 119-124)