• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terminologi Pencahayaan ( Panduan Teknik Mekanikal PTM 1/2009, “Garis Panduan Pematuhan Kepada MS 1525:2007, 2009.”)

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 146-149)

Tinjauan Penggunaan Lampu Pendarflour Secara Cekap Di Bengkel Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kuching Sarawak

Jadual 1: Terminologi Pencahayaan ( Panduan Teknik Mekanikal PTM 1/2009, “Garis Panduan Pematuhan Kepada MS 1525:2007, 2009.”)

2. Kajian Literasi

Beberapa terminologi pencahayaan yang digunakan di dalam kajian dinyatakan dalam Jadual 1;

Jadual 1: Terminologi Pencahayaan (Panduan Teknik Mekanikal PTM 1/2009, “Garis Panduan Pematuhan Kepada MS 1525:2007, 2009.”)

Terminologi Definisi

Keberkesanan lampu

(Efficacy)

Keberkesanan lampu atau “efficacy” merujuk kepada nisbah pancaran cahaya dari lampu dalam unit lumen terhadap kuasa elektrik yang digunakan dalam unit watt. Unit bagi keberkesanan lampu adalah lumen/watt

Pencahayaan (illuminance)

Pencahayaan merujuk kepada kuantiti cahaya di atas sesuatu permukaan dalam unit Lumen per meter persegi. Unit bagi pencahayaan adalah Lux

Lumen Lumen adalah unit bagi cahaya yang ditakrifkan sebagai kuantiti cahaya yang merentasi 1 stradian dari sumber 1 candela (cd) Lux Merujuk kepada unit pengukuran bagi ketumpatan cahaya. 1 lux

bersamaan dengan pencahayaan terhadap 1 m2 permukaan dengan nilai 1 lumen dengan serakan sekata. Unit bagi Lx adalah Lumen/m2

Bagi mendapatkan tahap pencahayaan yang mencukupi di sesebuah bangunan, lampu merupakan sumber terbaik dan berkesan dalam menyediakan tahap pencahayaan yang bersesuaian untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Pencahayaan yang bersesuaian juga amat penting dalam meningkatkan tahap keselamatan semasa melaksanakan sesuatu aktiviti di samping dapat meningkatkan prestasi kerja[9][5]. Berdasarkan garis panduan MS 1525:2007, “Code Of Practise On Energy Efficiency And Use Of Renewable Energy For Non Residential Buildings (First Revision) 2007" menyatakan bahawa nilai piawaian pencahayaan (Lux) diperlukan untuk memperoleh pencahayaan yang bersesuaian bagi lokasi dan kawasan tertentu berdasarkan penggunaan ruang tersebut dan tahap pencahayaan purata yang disyorkan untuk kawasan bengkel dan bilik kuliah adalah di antara 300 – 500 Lux.

Lampu jenis pendarflour juga dikenali sebagai lampu kalimantang atau lampu fluorescence. Lampu pendarflour berupaya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik berbanding lampu pijar malah mampu menghasilkan cahaya yang lebih terang. Untuk

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

138

lampu pendarflour yang baik, jangka hayat penggunaannya mampu bertahan 15000 jam atau setara dengan 10 tahun pemakaian dan harganya juga murah. Antara lampu pendarflour yang banyak digunakan di premis mahupun di industri adalah dengan “fitting” khusus untuk lampu pendarflour yang panjang. Dengan keseimbangan antara harga dan jangka hayat penggunaan yang tinggi, lampu pendarflour sememangnya menjadi antara lampu pilihan bagi ramai pengguna di Malaysia [6].

Kelestarian alam sekitar juga antara aspek yang tidak dapat dipinggirkan apabila melibatkan penggunaan tenaga. Penggunaan tenaga yang berlebihan dan tidak cekap akan menyebabkan pihak berkuasa terpaksa meningkatkan jumlah tenaga yang dijana agar dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat[2][3]. Tetapi peningkatan itu berlaku pada hakikatnya disebabkan oleh kaedah pengurusan yang tidak cekap dan tahap kesedaran yang rendah. Corak penggunaan tenaga elektrik dinilai berdasarkan dua kriteria iaitu penggunaan elektrik secara keseluruhan dan gelagat pengguna elektrik manakala tahap kesedaran dinilai berdasarkan pengetahuan, amalan dan sikap[6]. Muhamad Addin mendapati tahap pemahaman penghuni kolej terhadap penggunaan tenaga secara cekap adalah sederhana. Dapatan kajiannya menunjukkan majoriti penghuni kolej faham tentang perlunya mereka menjimatkan elektrik tetapi mereka tidak ada kesedaran untuk berbuat demikian dan terdapat corak hubungan tertentu di antara amalan penggunaan peralatan elektrik dengan kefahaman terhadap kecekapan tenaga[4].

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian hanya dilakukan dibengkel-bengkel Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak kerana semua bengkel telah dilengkapi dengan lampu pendarflour 36W, keluaran cahaya pada 2500 lm, keberkesanan lampu pada 69 lm/W dan voltan masukan pada 240V, maka kajian tinjauan yang dilaksana memfokuskan kepada keberkesanan lampu pendarflour sebagai sumber pencahayaan dan penggunaan kuasa elektrik yang minimum. Keberkesanan lampu pendarflour sebagai sumber pencahayaan diukur menggunakan meter lux. Meter Lux adalah peranti yang digunakan untuk mengukur kecerahan. Ia secara khusus mengukur keamatan dengan kecerahan yang muncul pada mata manusia. Meter lux yang digunakan adalah jenis analog dengan julat 0-3000 lx. Data diambil dengan meletakkan meter lux di tengah-tengah bengkel di atas meja kerja. Bacaan diambil untuk kesemua bengkel Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak.

“Fluorescent Light Training Unit” merupakan satu projek inovasi yang telah dibangunkan untuk melihat arus, voltan dan arus permulaan yang melalui lampu

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

139

pendarflour. Selain itu, alat ini juga dapat melihat perbezaan arus di antara dua lampu pendarflour. Sembilan sampel lampu pendarflour diuji menggunakan fluorescent training unit untuk melihat jumlah arus dan susut voltan. Sistem lampu pendaflour memerlukan 36 watt kuasa pada tiub, 36 watt kuasa pada ballast manakala pembetulan faktor kuasa pada kapasitor sebanyak 0.88. Maka, sebatang tiub lampu pendarflour akan menggunakan keseluruhan tenaga sebanyak:

PT = (Ptiub pendarflour + Pballast) * faktor kuasa Jumlah Kuasa = (36 + 36) watt * 0.88 = 63 Watt

Nilai keberkesanan atau kecekapan bagi lampu ditakrif sebagai jumlah cahaya yang dipancarkan (lumen) apabila sesuatu sumber lampu itu telah mencapai keluaran cahaya penuh terhadap jumlah tenaga (watt) yang digunakan. Unit bagi keberkesanan/kecekapan adalah lumen/watt dan nilai yang tinggi akan merujuk kepada prestasi yang lebih baik[7]. Dalam kajian ini kecekapan dan keberkesanan lampu pendarflour diuji dengan melihat jumlah arus yang melaluinya dan melihat kadar cahaya menggunakan lux meter.

4. ANALISIS DATA

Melalui tinjauan terhadap penggunaan lampu pendarflour yang sedia ada di Bengkel Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kuching Sarawak, terdapat beberapa siri ujikaji telah dilakukan bagi memperolehi nilai data serta informasi yang tepat untuk tujuan pembuktian dan perbandingan analisa data.

Pada Jadual 2, dipaparkan jumlah bilangan lampu pendarflour yang telah diambil di setiap bengkel JKE. Bilangan lampu yang sedia ada di setiap bengkel JKE tidak sama jumlahnya. Ia bergantung kepada keluasan bengkel tersebut dan kesesuaian peralatan dan suasana aset yang sedia ada di dalam bengkel tersebut. Merujuk kepada Jadual 2, bengkel yang mempunyai keluasan yang lebih besar akan mempunyai lampu pendarflour yang lebih banyak bilangannya. Manakala bengkel yang mempunyai lampu pendarflour yang sedikit adalah bengkel yang berkeluasan lebih kecil. Setiap bengkel JKE mempunyai keluasan dan susunatur aset/peralatan yang berbeza-beza. Corak atau kedudukan pemasangan lampu di dalam setiap bengkel juga berbeza. Oleh yang demikian jumlah bilangan lampu pendarflour juga turut berbeza bagi setiap bengkel.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

140

Jadual 2: Jumlah Bilangan Lampu Pendarflour Setiap Bengkel JKE

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 146-149)