• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 73-76)

ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Gejala sosial remaja yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti seks bebas, keganasan seksual, rogol dan banyak lagi merupakan petanda kepada keruntuhan akhlak dan moral remaja. Statistik Kementerian Kesihatan 2015 menunjukkan 28.8% daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah. Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula melaporkan 93.5% mangsa daripada 12,473 kes rogol adalah remaja berumur 13 sehingga 18 tahun sejak 2011 hingga Jun 2015 dan jumlah pembuangan bayi sejak 2011 hingga Jun 2015 adalah 432 kes (http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-980-remaja-hamil-anak-luar-nikah-1.380841 Oktober 2017). Selain itu, memetik Laporan kesihatan Seksualiti dan Reproduktif Remaja pada tahun 2003 (Harlina & Noralina, 2007), 63% daripada mangsa rogol adalah golongan remaja dan 9.4% daripada jumlah pemangsa juga remaja. Bagi kes pelacuran remaja pula, remaja berusia 15 sehingga 17 tahun paling tinggi melibatkan diri. Maklumat seperti ini hanya sebahagian kecil sahaja yang didedahkan tidak termasuk yang tidak dilaporkan dan tidak dapat didedahkan demi menjaga kepentingan dan reputasi sesetengah pihak. Berikutan daripada itu, gejala sosial seperti ini haruslah dibanteras daripada peringkat akar umbi lagi. Tanpa bimbingan dan pendedahan pengetahuan yang betul, remaja akan mudah tergelincir dalam mencari maklumat daripada sumber yang salah seperti internet dan bahan bacaan yang tidak bersesuaian. Kesannya, mereka terpaksa berhadapan dengan kesan jangka panjang yang mungkin mempengaruhi hidup mereka seumur hidup. Berdasarkan permasalahan ini, golongan remaja khususnya haruslah diberi pengetahuan dan kesedaran tentang pendidikan reproduktif dan sosial

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

65

remaja yang betul dan tepat agar mereka dapat menghindarkan diri daripada perkara yang akan merosakkan diri dan masa depan mereka.

3. KAJIAN LITERATUR

Melalui penelitian dan kajian lepas yang dilakukan pengkaji mendapati bahawa kajian keberkesanan program seperti ini agak sederhana jumlahnya. Muhammad Sapri, Noor Azlin dan Ahmad, Norliza (2011) telah menjalankan Kajian Penilaian Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam Kalangan pelatih PLKN menggunakan kajian Pra dan Pasca Ujian untuk menilai tahap pengetahuan dan persepsi mengenai kesihatan reproduktif sebelum dan selepas pengajaran modul PKRS ini. Metodologi Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2011 secara keratan rentas terhadap Pelatih PLKN yang berumur 17 tahun ke atas di 13 buah Kem Latihan Khidmat Negara terpilih di Malaysia menggunakan pensampelan rawak bebas. Jumlah sampel adalah seramai 1,038 orang. Skop soal selidik merangkumi tiga (3) domain iaitu: Maklumat demografi, Pengetahuan dan sikap terhadap kesihatan reproduktif dan sosial dan Tingkahlaku seksual remaja. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan responden mengenai kesihatan reproduktif dan seksual meningkat selepas menjalani modul PKRS ini dan secara tidak langsung menunjukkan modul ini berupaya membantu responden mengubah sikap ke arah yang lebih positif.

Daripada sudut yang lain, Harlina dan Noralina (2007) pula telah membincangkan aspek kesihatan reproduktif remaja daripada aspek panduan untuk ibu bapa dan guru. Buku ini mengupas persoalan pendidikan reproduktif remaja secara terbuka dan disokong hujah-hujah saintifik. Pendidikan seksual ini dianggap isu sensitif yang jarang dibincangkan oleh ibu bapa dengan anak-anak. Kesannya, konsep ‘faham sendiri’ akan berlaku kepada remaja tanpa proses pembelajaran dan bimbingan yang betul. Sebab-sebab berlakunya gejala seks di luar nikah kepada remaja adalah perasaan ingin tahu yang tinggi di kalangan anak-anak, kurang pengetahuan seks di kalangan anak-anak, pendidikan seks yang mengelirukan, rangsangan seks seharian di rumah dan banyak lagi. Perlaksanaan program Pekerti@Kolej Komuniti ini bertujuan membantu remaja mengenali elemen-elemen seksualiti dalam diri mereka secara tidak langsung menerap sikap jati diri dalam diri mereka untuk terhindar daripada gejala sosial yang buruk.

Selain itu, perbincangan mengenai pendidikan seksual ini turut dilihat daripada aspek agama dan moraliti. Untuk menangani gejala yang berkaitan dengan aspek seksual, maklumat dan pengetahuan yang tepat berkaitan dengan seksualiti dan reproduksi perlulah didedahkan kepada golongan remaja agar mereka memperolehi maklumat yang mampu

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

66

menjadi benteng pertahanan diri daripada perkara yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka (Muhamad Zahiri & Rahimi, 2005). Zahazan & Rohidzir (2007) dalam buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya pula membincangkan bagaimana isu seks ini dianggap lucah oleh masyarakat Malaysia jika dibicarakan dikhalayak ramai dan menyebabkan ramai remaja mencari jawapan sendiri daripada rakan sebaya dan VCD lucah yang berlambak di pasaran. Kesannya, seks bebas dan perbuatan tidak senonoh dipertontonkan remaja di tempat-tempat awam tanpa rasa malu dan segan malah tidak takut akan dosa dan akibatnya kemudian nanti.

Menyedari pelbagai lompong penyebaran ilmu tentang kesihatan reproduktif dan sosial ini kepada golongan remaja telah menarik minat pengkaji menjalankan program Pekerti@Kolej Komuniti ini seterusnya mengkaji tahap keberkesanan program ini kepada remaja khususnya pelajar-pelajar Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi.

4. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk melihat persepsi terhadap keberkesanan Program Pekerti@Kolej Komuniti dalam memberi pengetahuan kesihatan reproduktif dan sosial remaja. Aspek-aspek yang dikaji adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti tahap pengetahuan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan sosial.

b) Mengenalpasti persepsi terhadap perubahan sikap remaja mengenai kesihatan reproduktif dan sosial.

5. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan penyelidikan berbentuk soal selidik. kaedah-kaedah tersebut dijalankan seperti berikut:

a) Menggunakan kaedah kuantitatif iaitu mengumpul data melalui borang kaji selidik. Satu set kenyataan Ujian Pra telah diedarkan kepada 38 orang responden sebelum program bermula merangkumi 20 kenyataan yang terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu maklumat diri serta pengetahuan dan sikap mengenai kesihatan reproduktif dan sosial. Skop kajian bahagian 2 pula terbahagi kepada 2 aspek utama iaitu Bahagian A (Pengetahuan) dan Bahagian B (Sikap). Persepsi terhadap keberkesanan program akan melihat kepada 2 aspek utama tersebut.

b) Set soal selidik yang pertama diedarkan kepada pelajar sebelum program bermula menggunakan Borang Ujian Pra.

c) Set soal selidik yang kedua diedarkan selepas program berakhir menggunakan Borang Ujian Pasca.

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 73-76)