• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengetahuan responden mengenai kesihatan reproduktif dan sosial selepas mengikuti Program Pekerti@Kolej Komuniti

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 78-82)

ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI

Jadual 2 Pengetahuan responden mengenai kesihatan reproduktif dan sosial selepas mengikuti Program Pekerti@Kolej Komuniti

Sebanyak 13 item telah dikemukakan untuk dijawab oleh setiap responden. Bagi setiap item memerlukan responden menjawab ‘Ya’, ‘Tidak’ atau ‘Tidak Tahu’.

Pengetahuan responden diukur berdasarkan peningkatan mahupun penurunan graf bagi setiap jawapan.

Item yang memerlukan Jawapan ‘Ya’ untuk setiap responden menjawab bagi menandakan mereka faham tentang item tersebut dan mendapat pengetahuan yang sepatutnya adalah item 1, 5, 6, 7, 8, 10, 11, 12 dan 13. Seterusnya, Untuk item 2, 3, 4 dan 9 memerlukan peserta menjawab ‘Tidak’ bagi menentukan mereka faham tentang item-item yang diberikan. Graf analisis peningkatan dan penurunan jawapan item-item berikut dapat dilihat seperti berikut:

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

70

Graf 3: Jawapan ‘Ya’ untuk soalan tertentu sebelum dan selepas program

Graf 4 : Jawapan ‘Tidak’ untuk soalan tertentu sebelum dan selepas program

Berdasarkan graf 3, dapat dilihat peningkatan jumlah responden yang menjawab ‘Ya’ untuk item 1, 5, 6, 7, 8, 10, 11, 12 dan 13. Item 1 ternyata menunjukkan peningkatan tahap pengetahuan yang memberangsangkan iaitu daripada 60.5% kepada 94.7% jumlah responden yang menyatakan ‘Ya’. Hal ini menunjukkan pernyataan pada item 1 mengenai penyakit jangkitan seksual dapat difahami pelajar dengan baik. Item 5 pula, sebelum

Petunjuk nombor item : 2 : item 2 2 : item 3 3 : item 4 4 : item 9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Sebelum Program 60.5 57.9 65.8 15.8 23.7 76.3 68.4 73.7 36.8 Selepas Program 94.7 92.1 92.1 86.8 78.9 89.5 89.5 94.7 86.8 0.0 20.0 40.0 60.0 80.0 100.0 Pe ra tu s re s p o n d e n

Memerlukan jawapan 'Ya' untuk menunjukkan tahap pengetahuan responden Petunjuk nombor item : 1 : item 1 2 : item 5 3 : item 6 4 : item 7 5 : item 8 6 : item 10 7 : item 11 8 : item 12 9 : item 13 1 2 3 4 Sebelum Program 13.2 52.6 68.4 60.5 Selepas Program 34.2 23.7 68.4 71.1 0.0 10.0 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0 80.0 Pe ra tu s re s p o n d e n

Memerlukan jawapan 'Tidak' untuk menunjukkan tahap pengetahuan responden

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

71

program tahap pengetahuan pelajar yang menjawab ‘Ya’ adalah 57.9% dan selepas program meningkat kepada 92.1%. Item 5 menguji pengetahuan pelajar tentang bahasa badan yang boleh digunakan untuk menolak pelawaan seks. Pengkaji berpendapat Sesi 8 (kemahiran teknik penolakan) dan sesi 9 (integrasi teknik kemahiran) dalam program yang dijalankan ini memberi informasi berguna dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai aspek ini. Begitu juga item 8 (Teknik Penangguhan adalah salah satu cara untuk mengelakkan seks sebelum berkahwin.) dan item 13 (Saya tahu cara berkesan untuk menolak secara baik ajakan negatif daripada rakan/pasangan.) jelas peningkatan sebanyak 55.2% bagi item 8 dan peningkatan sebanyak 50% bagi item 13.

Daripada aspek yang lain, ujian pra pada item 6 mengenai perubahan fizikal remaja pesat pada umur pertengahan remaja, menunjukkan 65.8% pelajar menjawab ‘Ya’ dan ujian pasca meningkat kepada 92.1%. Sementara itu, item 7 (Abstinen adalah pilihan yang terbaik dalam mengelakkan kehamilan dan penyakit jangkitan seksual.), item 10, kenyataan tentang jangkitan HIV/AIDS akibat hubungan seks tidak selamat, item 11, (seks rambang adalah kehidupan berisiko tinggi) serta item 12, (remaja yang mempunyai ramai pasangan seksual berisiko tinggi mendapat penyakit jangkitan seksual) menunjukkan peningkatan dalam tahap pengetahuan pelajar iaitu peningkatan peratus pelajar yang menjawab ‘Ya’ pada item 7 sebanyak 71.1%, item 10 sebanyak 13.2% dan item 11 serta 12 sebanyak 21.1%.

Walau bagaimanapun, bagi item 2, 3, 4 dan 9 (lihat Graf 4) yang memerlukan jawapan ‘Tidak’, tidak berlaku perubahan peningkatan yang signifikan kecuali bagi item 2 dan 9 manakala item 3 pula berlaku penurunan dan item 4 tiada perubahan. Item-item tersebut merangkumi aspek onani, gurauan berbaur lucah, seks di bawah umur 16 tahun dan hubungan seks luar nikah. bagi item 2 (Onani atau melancap [merangsang diri secara seksual] adalah sesuatu perkembangan seksual yang normal), sebelum program 26.3% pelajar mengatakan ‘Ya’, 13.2% mengatakan ‘Tidak’ dan 60.5% ‘Tidak Tahu’ dan selepas program 52.6% mengatakan ‘Ya’, 34.2% mengatakan ‘Tidak’ dan 13.2% ‘Tidak Tahu’. Untuk item ini, jelas berlaku penurunan sebanyak 47.3% daripada jumlah responden yang ‘Tidak Tahu’ dan responden yang menjawab ‘Ya’ dan ‘Tidak’ pula masing-masing meningkat sebanyak 26.3% dan 21%. Namun, meskipun berlaku penurunan pada skala tidak tahu, peningkatan pada skala ‘Tidak’ kurang memberangsangkan berbanding skala ‘Ya’ dan menunjukkan tahap pengetahuan pelajar pada item ini tidak berlaku seperti yang diharapkan. Kebanyakan lelaki menganggap perbuatan ini normal malah muncul pernyataan yang mengatakan bahawa perbuatan onani adalah aktiviti sihat dan mengurangkan kanser prostat (Noor Ain, 2018). Hakikatnya, perlakuan merangsang diri

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

72

secara seksual adalah tidak normal dan harus dielakkan dilakukan oleh remaja untuk kesihatan reproduktif diri sendiri (Fatin, 2018).

Selain itu, untuk item 3, bilangan responden yang menjawab ‘Tidak’ sebelum program adalah sebanyak 52.6% dan selepas program bilangan menurun kepada 23.7%. Ini menunjukkan berlaku penurunan kepada jumlah responden yang berpendapat gurauan yang berbaur lucah bukan merupakan satu bentuk gangguan seksual. Lebih membimbangkan, responden yang menjawab ‘Ya’ meningkat daripada 31.6% kepada 63.2% menunjukkan lebih ramai pelajar berpendapat bahawa gurauan berbaur lucah adalah normal dan tidak termasuk sebagai bentuk gangguan seksual. Pemahaman begini adalah tidak tepat dan pengkaji berpendapat Sesi 7 (Menghindari Situasi Berisiko) tidak mencapai objektif yang diharapkan pada aspek yang tertentu dan memerlukan penambahbaikan pada masa akan datang.

Seterusnya, item 4 pula, jumlah responden yang menjawab ‘Tidak’ adalah sama iaitu 68.4% sebelum dan selepas program. Dapat disimpulkan bahawa berkemungkinan responden tidak memahami tentang undang-undang berkaitan seks di bawah umur. Akhir sekali, bagi kenyataan 9, hubungan seks luar nikah boleh menimbulkan keseronokan sementara dan tidak membawa kemudharatan yang berpanjangan, jumlah responden yang menjawab ‘Tidak’ sebelum program meningkat 10.6% selepas program. Bagi kenyataan ini, didapati bahawa kebanyakan responden jelas kesan buruk hubungan seks luar nikah. Secara keseluruhannya, pengkaji merumuskan bahawa semua responden memperoleh pengetahuan tentang penyakit jangkitan seksual, abstinen dan teknik-teknik untuk mengatakan Tidak kepada hubungan seks sebelum berkahwin. Manakala bagi aspek perkembangan seksual, gangguan seksual serta undang-undang berkaitan hubungan seks responden masih tidak dapat memperoleh pengetahuan tersebut dengan baik.

Ujian Pra – Persepsi terhadap perubahan sikap remaja mengenai kesihatan reproduktif dan sosial

Kaji selidik pertama (Ujian Pra) diberikan kepada semua responden sebelum program bermula. Bahagian B ini pula mengandungi 7 item yang menguji persepsi responden terhadap perubahan sikap mengenai kesihatan reproduktif dan sosial. Hasil analisis data untuk Bahagian B (Sikap) adalah seperti berikut:

Proceeding: Research, Innovation, Entrepreneurship and Tourism Conference (RIETC, 2018) Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Kedah, Malaysia

7th October, 2018

73

Graf 5 : Skala persepsi remaja terhadap perubahan sikap mengenai kesihatan reproduktif dan sosial sebelum program

Bil. Kenyataan Skala (%) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju 1. Mengikut apa sahaja kemahuan pasangan

merupakan hubungan cinta yang sihat. 47.4 28.9 15.8 5.3 2.6 2. Saya berpendapat seks patut ditangguhkan

sehingga berkahwin. 0.0 2.6 31.6 39.5 26.3

3. Pendidikan seks perlu diajar di rumah

sahaja. 15.8 23.7 44.7 5.3 10.5

4. Perlakuan yang menggoda adalah salah satu situasi yang boleh membawa kepada hubungan seks.

0.0 2.6 36.8 44.7 15.8 5. Remaja yang melakukan hubungan seks

memang layak didiskriminasikan 0.0 2.6 84.2 13.2 0.0 6. Etika kerahsiaan perlu diamalkan dalam

pengendalian isu seksual. 5.3 0.0 68.4 18.4 7.9

7. Lelaki perlu bertanggungjawab terhadap akibat hubungan seksual yang mereka lakukan dengan pasangan

0.0 2.6 15.8 50.0 31.6

Jadual 3 : Skala persepsi remaja terhadap perubahan sikap mengenai kesihatan

Dalam dokumen PROCEEDING RIETC 2019 (Halaman 78-82)