• Tidak ada hasil yang ditemukan

DENDAM ULAR MENUNGGU SALLEH BAGAK

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 42-50)

Baru tiga hari membuat kerja-kerja mengukur tanah di Segamat, taukenya memberitahu mereka akan berpindah ke Kluang

sebaik saja selesai mengukur tanah di sebidang tanah kepunyaan syarikat Orang Kulit Putih. Inilah kejadian yang mahu diceritakan oleh Salleh Bagak kepada saya berlaku hampir 50 tahun dulu.

Saya memang kenal Salleh Bagak walaupun dia lama merantau meninggalkan kampung halaman kerana bekerja dengan satu syarikat ukur. Kadangkala berbulan-bulan dia tidak balik ke kampong.

Ketika dia mengayuh basikal bersama kawan-kawannya mengikuti sebatang lorong kecil di dalam estate, tiba-tiba melintas seekor ular kemerah-merahan sepanjang 10 kaki. Hampir-hampir dia terjatuh dari basikalnya kerana mahu mengelakkan ular tersebut.

yang sudah lari menyusup ke tepi belukar. nanti." ujarnya mencabar kerana terlalu marah.

Memang Salleh Bagak ini mudah panas baran. Pantang saja dicabar dia akan cepat menyahut cabaran. Sebab itulah lekat gelarannya 'Bagak' bererti terlalu berani. Kawannya Mat Misai mengingatkan dia fasal mencabar ular berkenaan adalah perbuatan yang boleh membahayakan.

bercampur bimbang "Ular alai ni kata orang kuat berjanji. Nahas kau kalau ditunggunya nanti" jelas Mat Misai.

"Diamlah, kau penakut" Salleh Bagak masih guna merantau. Kau ingat aku takut ular-ular di Segamat ni" bentaknya meluahkan perasaan yang terbendung di hatinya.

Sikap Mat Misai mengingatkan dia itu dirasakannya seolah-olah mahu menakutkan dia. Sia-sialah dia belajar bersilat dengan Pak Tua Mahat, tetapi umurnya lebih tua dari saya. Ketika dia berkerja tukang ukur di Segamat, dia

40 sudah pun beristeri. Ketika ini saya masih muda sangat.

Kira-kira pukul 12.00 tengah hari semasa pekerja-pekerja ukur itu balik, Mat Misai nampak ular yang terserempak pada sebelah paginya melingkar di tepi jalan. Ular tersebut tidak bergerak pun apabila mereka melintasinya. Tetapi sebaik saja Salleh Bagak hampir ke tempat itu dia mula melintangkan tubuhnya di lorong kecil tersebut.

Mat Misai di seberang sini memerhatikan kawannya Salleh Bagak tersentak membrake mencari buluh di sekitar kawasan itu. Puas Mat Misai berpusing-pusing mencari tidak berjumpa sekerat pun buluh di situ.

-apa" perintah Salleh diam-diam saja di sana, ini geruh antara aku dengan d

katanya meraba-raba hulu parang di pinggang. Ular berwarna kemerah-merahan itu sebenarnya ular tedung selar yang dipanggil oleh Mat Misai ular alai. Mat Misai nampak ular berkenaan menegakkan kepala dengan leher terkembang. Warnanya yang kemerah-merahan itu bertambah hebat dan menggerunkan.

Tetapi Salleh Bagak tetap tenang menghadapi keadaaan demikian. Dia tahu kesilapan yang terlanjur mencabar. Bagaimanapun dia tidak boleh mengelak lagi, sama ada mara atau undur dia mesti menentang. Sebab itu dia tidak benarkan sesiapa pun membantu "Aku tak cari geruh, tapi belum tahu geruh siapa hari ini" Salleh Bagak menghunus parangnya mengerling kepala ular itu yang terlingguk-lingguk. Jelas kepada kawan-kawannya ular itu tegak berdiri melebihi ketinggian Salleh Bagak sendiri seoah-olah ekonya saja cecah ke tanah.

Tidak tertangguh ular itu menerpa ke arah Salleh Bagak, dengan pantas pula Salleh Bagak mengelak. Sekaligus dia melibaskan mata parang hinggap ke kepala ular tersebut. Kelihatan darah memercik pada mata parang menyebabkan ular itu terpelanting ke dalam belukar.

Belum sempat Salleh Bagak mahu melepaskan lelah tiba-tiba ular tedung selar tadi bangun semula. Tidak ada kesan apa-apa di kepalanya akibat dipangkas oleh Salleh Bagak baru sebentar tadi. Dia kembali bersedia mahu menerkam Salleh Bagak. Ular itu melompat mahu memagut kepala Salleh Bagak, tetapi sempat dielak olehnya.

Tidak ada kesan darah pada bahagian kepala yang disinggahi mata parang. Mat Misai menjadi resah melihat peristiwa di depan matanya itu. Dia mengarah kawan-kawannya mencari buluh supaya boleh membantu Salleh Bagak. Mat Misai memang pernah mendengar petua orang tua-tua bahawa tenaga ular boleh lemah kalau dipukul dengan buluh.

Sebaik saja mereka mahu bergerak mencari bulu atau kayu yang boleh menolong Salleh Bagak, tiba-tiba masing-masing menjadi pucat terkaku melihat berpuluh-puluh ekor ular mengelilingi mereka. Semua ular-ular tedung selar yang mengelilingi kawan-kawan Salleh Bagak menegakkan kepala dengan leher terkembang lebar.

ketakutan melihat ular-ular tedung selar berpuluh-puluh ekor menjongolkan kepala. Salleh Bagak masih berpusing-pusing mahu mengelakkan dari terkaman ular tedung selar yang semakin garang. "Hoi setan! Kalau nak cari geruh dengan aku, dengan aku sajalah.Jangan ganggu kawan-kawan aku tu" Salleh Bagak mengertap bibir sambil memegang hulu parang kukuh-kukuh.

41 Sekonyong-konyongnya ular-ular tedung selar yang terjonggol kepala berpuluh-puluh ekor tidak jauh dari Salleh Bagak bertempur, menyusup semula ke dalam belukar. Semuanya hilang tidak tahu ke mana perginya. Barulah lega hati Mat Misai setelah melihat ular-ular tersebut tidak lagi mengancam.

u, jangan tolong aku" laung Salleh Bagak mengingatkan kawan-kawannya yang dalam kecemasan.

Mereka semua tidak berani lagi mahu membantu Salleh Bagak. Kalau ular-ular tedung selar datang lagi berpuluh-puluh ekor tidak siapa pun berani menentang. Mereka sedar ular-ular tedung selar yang datang mengancam rnereka bukan lagi ular biasa yang pernah mereka temui.

Kalau ular biasa masakan tiba-tiba saja terjongol kepala di situ sebaik saja mereka berniat mahu menolong Salleh Bagak. Sudah tentu mereka semua menjadi mangsa kalau cuba juga melawan. Lainlah halnya dengan Salleh Bagak. Kalau dia tunjuk berani pun bukanlah sekadar berani membabi buta. Mereka percaya Salleh Bagak memang mempunyai cukup persedian.

Nampaknya sungguh kau cari geruh aku ye !" bentak Salleh Bagak memangkas kepala ular. Mata parangnya yang sentiasa tajam dikilir baik-baik berdecap pantas menyinggahi leher ular tersebut. Sekaligus ular itu terpelanting dengan darah memercik. Tetapi sekonyong-konyong bangun semula menjongolkan kepala.

Mat Misai beserta kawan-kawan yang lain tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka tercegat saja tidak jauh dari situ. Mahu bergerak meninggalkan tempat itu untuk meminta pertolongan juga mereka tidak berani. Mana tahu belum sempat mengayuh basikal sudah dihadang ular-ular selar berpuluh-puluh ekor.

Oleh itu terpaksalah mereka berdiri di situ menunggu keputusan bertarungan yang

menggerunkan itu. Setiap kali ular berkenaan terpelanting ke tanah dia bangun semula dengan keadaan semakin garang. Kesan darah yang memercik akibat disinggahi mata parang Salleh Bagak, tiba-tiba saja hilang dari kepalanya, walaupun kesan-kesan itu masih terlekat pada mata parang Salleh Bagak.

Tetapi Salleh Bagak tetap bertahan. Dia masih gagah memencak mengelak setiap serangan ular tedung selar yang ganas itu. Bagaimanapun mereka tahu ular berkenaan tidak mematuk sesuka hati. Dia hanya akan mematuk pada bahagian ubun-ubun kepala, atau pun bahagian pusat, atau pun bahagian lutut.

Bahagian bahagian tersebut memang di kawal keras oleh Salleh Bagak sampai tidak ada ruang langsung untuk membolehkan ular itu menerkam. Mata parangnya akan berdecap-decap pada bahagian tersebut kalau ular itu cuba memagut. Mata parang pekerja ukur seperti Salleh Bagak itu memangkah tajam, maklum saja kerjanya mahu merintis belukar dan anak-anak kayu. Jadi, adalah mustahil setiap kali mata parangnya singgah ke kepala ular itu tidak boleh membunuh mangsanya.

Tetapi inilah keadaan yang dapat dilihat oleh Mat Misai dan rakan-rakannya. Mereka semua hanya melihat saja kejadian tersebut dengan hati berdebar-debar ketakutan. Mahu lari takut diperhambat oleh ular-ular yang menyusup ke dalam belukar tadi, mahu ditunggu keadaan bertambah mengerikan. Sekali sekala ular tedung selar menerkam garang, sekali sekala Salleh Bagak pula mengibaskan mata parangnya.

Hampir-hampir jam 3.00 petang masing-masing mula terasa lapar kerana tidak dapat makan tengah hari. Manakala Salleh Bagak juga sudah kelihatan letih sekalipun masih tangkas memencak mengelakkan dari terkaman ular tedung selar itu. Bajunya habis basah lukus akibat peluh membanjiri seluruh badan.

42 -betul kau nak cari geruh aku!" bentak Salleh Bagak mengertap bibir. Dia sendiri menjadi serba salah kerana setiap kali mata parangnya singgah ke leher ular tersebut sedikit pun tidak memberi bekas.

-betul nak cari geruh aku, ke tanah lalu menundukkan kepalanya meminta ular itu mematuk ubun-ubunnya.

Ular tersebut tidak menerkamnya, sebaliknya berundur jauh sedikit darinya. Kepala ular itu masih meliuk-liuk bagaikan mahu mencari sasaran.

aku apa boleh buat " katanya masih tidak bergerak. Salleh Bagak seolah-olah sudah tidak berupaya lagi mahu berlawan musuhnya yang tidak mengenal kalah itu.

Ular tedung selar itu tidak juga menerkam seperti pada peringkat awal tadi, sebaliknya meliuk-liukan kepalanya macam meminta Salleh Bagak mencapai semula parangnya. Seolah-olah dia tidak mahu menyerang Salleh Bagak yang tidak bersenjata.

Setelah beberapa minit tidak siapa pun yang memulakan langkah bertindak, Salleh Bagak pun duduk melutut. Dia masih menunduk menyerahkan ubun-ubunnya supaya dipatuk oleh ular tedung selar tersebut. Tetapi ular itu tidak juga mahu menerkam walaupun Salleh Bagak sudah tidak mahu lagi mencapai parangnya.

"Kalau begitu. " kata Salleh Bagak perlahan. pada awak" ujarnya masih duduk melutut menundukkan kepalanya. Bagaikan memahami cakap Salleh Bagak ular tedung selar itu menundukkan kepalanya seperti mencium hulu parang yang terlimpar ke tanah Kemudian dia melompat melepasi kepala Salleh Bagak terus menyusup masuk ke dalam belukar. Perlahan-lahan Salleh Bagak mengambil semula

parangnya. Dia melihat mata parangnya sumbing-sumbing bagaikan baru saja di tetak ke batu.

Setelah peristiwa itu mereka semua pun balik ke kongsi tempat menginap Tidak habis-habis mereka memikirkan apakah padah buruk yang menimpa mereka.

Tidak lama selepas itu Salleh Bagak pun berhenti kerja dengan syarikat ukur tersebut. Dia tidak mahu mengikut taukenya meneruskan kerja-kerja di Kluang. Salleh Bagak terus mengambil keputusan balik ke kampong. Lagi pun sejak mengikut taukenya, dia selalu meninggalkan anak isteri. Kadangkala sampai sebulan lebih baru dapat balik, itu pun untuk dua tiga hari saja.

Setelah tidak bekerja dengan syarikat mengukur itu, Salleh Bagak menolong isterinya ke sawah sebagai seorang pesawah. Anak-anaknya yang masih kecil juga masih bermanja dengannya, sebab itulah dia tidak mahu berjauhan dari anak-anaknya.

Salleh Bagak hanya mempunyai dua orang anak saja, seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya Emon baru berumur 4 tahun, sementara anak lelakinya Lajis baru berumur 2 tahun. Rumahnya juga terletak di pinggir sawah.

Bila dia suami isteri turun ke sawah, anak-anaknya bermain di halaman rumah. Dia hanya memerhati dari jauh supaya anak-anaknya tidak bermain sampai ke tepi parit tali air.

Tetapi sikapnya yang panas baran itu tidak pernah berubah. Sejak peristiwa bertempur dengan ular tedung selar sikap Salleh Bagak berubah sekejap saja. Hanya beberapa hari saja dia dapat mengawal perasaannya untuk bersabar kalau menghadapi keadaan atau suasana yang menekan perasaannya. Selepas itu dia kembali kepada perangai lamanya mudah saja panas baran tidak menentu.

43 Ketika di sawah inilah berlaku lagi mala petaka di atas dirinya. Semasa dia merimbas di tengah sawah mata rimbasnya (tajak) terpenggal ular sebesar ibu jari menyebabkan dia terkejut. Akibat terkejut inilah Salleh Bagak tidak dapat menahan perasan marahnya.

mengurut-ngurut dada. "Buat apa datang besar ibu jari ni, kalau sungguh-sungguh nak tunjuk jantan datanglah yang besar paha, senanglah nak berkira..." bentaknya sambil meludah-ludah bangkai ular yang terapung di air.

Tidak lama selepas dia bercakap demikian, tiba-tiba matanya bersilau kena cahaya matahari yang mula tegak di kepala. Rupanya silau matahari itu akibat terkena sisik ular yang melintang di atas permatang sawah. Dia sendiri keheranan bagaimana tiba-tiba saja ular sebesar paha boleh berada di situ. Seolah-olah ular itu menyambut cabarannya yang terluah dari mulutnya secara tidak sengaja.

Disebabkan keadaan panas matahari yang tegak di kepala, di samping kemunculan ular berkenaan semacam mencabar dia, Salleh Bagak menjadi bertambah meradang. Dia berundur sedikit mencari kawasan lopak sawah yang tidak dipenuhi air dan tidak berapa bertempur. Ular berkenaan tetap mengikut kemana saja pergerakannya, Inilah menyebabkan Salleh Bagak bertambah marah.

Dia sendiri tidak tahu apakan jenis ular tersebut. Rupanya kekuning-kuningan sedikit apabila dipenuhi cahaya matahari. Besarnya lebih kurang seperti lilitan batang pinang dara, manakala panjangnya hampir 20 kaki. Kalau menelan bapak kambing memang tidak sukar kepadanya.

Ah, geruh lagi nampaknya" bisik Salleh Bagak melompat ke atas permatang sawah. -anak. Laknat ni nak cari geruh lagi" laung Salleh Bagak pada isterinya

yang tergamam melihat ular besar menghambat suaminya.

Cepat-cepat Mirah, isteri Salleh Bagak berlari ke rumahnya dan menyuruh anak-anaknya naik ke rumah. Ketika ini sempat juga dia memekik meminta tolong dan jiran-jirannya yang sama-sama turun ke sawah. Mendengar jeritan Mirah itu mereka semua pun menyerbu datang. Tetapi mereka datang sekadar membawa rimbas dan parang.

Ketika jiran-jiran sampai, Salleh Bagak sudah pun berguling-guling di tengah sawah. Mereka nampak Salleh Bagak memegang leher ular tersebut, tetapi tubuhnya sudah dapat dibelit. Salleh Bagak tidak lagi memencak menentang ular tersebut, sebaliknya bergumpal hinga habis bergelumang dengan salut lumpur.

Seorang jiran cuba merapati Salleh Bagak untuk membantu, tetapi dilarang oleh Salleh Bagak. Dia tidak mahu sesiapa pun datang membantu di tengah sawah.

"Jangan datang membantu, ini geruh aku. Jauh sikit dari sini, nanti geruh ni kena pada awak semua" pekik Salleh Bagak meronta-ronta mahu lepaskan diri dari belitan ular berkenaan.

Jiran yang mahu datang membantu itu tergamam, kerana sebaik saja dia melangkah ke tengah sawah, dia nampak bayang ular ada pada kepalanya. Bila dia mendongak ke atas ternampak olehnya seperti ada seekor ular melayang-layang di udara. Ini menyebabkan jiran itu jatuh pengsan. Terpaksalah beberapa orang lain yang ada di halaman rumah Salleh Bagak memapahnya naik ke darat.

Bagak mengingatkan jiran-jirannya. Dengan kejadian yang berlaku ke atas jiran tersebut, jiran-jiran yang lain tidaklah berani mahu menolong. Mereka semua memerhati dari jauh Salleh Bagak bergelut dengan ular yang tiba-tiba saja menjelama di situ.

44 gerutu Salleh Bagak memegang leher ular kuat-kuat. Setiap kali dia mencengkamkan tangannya mahu memecahkan kepala ular, cerutan ular itu semakin kuat melilit tubuhnya. Dia merasa nafasnya menjadi payah akibat belitan yang semakin mengecut.

geruh Laknat !" marah benar dia menghadapi keadaan demikian.

Ketika ini dia teringat akan kejadian dia dihadang ular tedung selar sewaktu di Segamat. Dia seolah-olah terancam dimana-mana saja kalau tersilap cakap. Memang dia sedar terlepas cakap semasa mata rimbas terpangkas anak ular tadi. Tetapi tidak pula terfikir di kepalanya akan menghadapi dugaan demikian.

Begitu juga semasa di Segamat. Dia hanya terlepas cakap apabila tiba-tiba tergamang dengan tidak semena-mena. Bukanlah sengaja dia mahu mencabar sesuka hati. Saat ini Salleh Bagak mulai mencari-cari apakah kesalahan dirinya selama ini.

Dalam masa meronta-ronta inilah Salleh Bagak dapat mengingatkan semula bahawa dia tidak mengambil 'pemutus' setelah selesai belajar dari Tok Kadim Sintok. Pemutus adalah sebagai akuan tamat belajar iaitu garam, pisau dan duit tujuh puluh lima sen. Sewaktu dia menuntut dari Tok Kadim Sintok lima tahun sebelumnya, memang telah diingatkan akan 'pemutus' atau 'pengeras' yang mesti dilaksanakan. Disebabkan Salleh Bagak tidak menghiraukan sangat tentang pemutus yang disebut itu, akhirnya dia seakan-akan lupa seakan-akan janji dengan Tok Kadim Sintok.

Keinginan Salleh Bagak mahu menjadi seperti Tok Kadim Sintok sudah lama terpendam di hatinya. Setiap kali Tok Kadim Sintok berjaya mengangkap ular-ular bisa, dia merasakan dirinya juga mahu menangkap ular-ular berkenaan. Kadangkala Tok Kadim Sintok mencari ular-ular yang menangkap kambing

ternakan atau ayam itik sampai ke lubang sarangnya.

la juga akan memanggil ular-ular dengan menggunakan siulan saja. Ular-ular tersebut akan datang mendapatkannya. Tidak seekor pun diantara ular-ular berkenaan berani mengangkat kepala bila berada di hadapan Tok Kadim Sintok. Inilah keinginan yang sentiasa bermain dalam hati Salleh Bagak.

Apa lagi sikap panas barannya yang mudah saja mencabar kalau diganggu. Bukan sekadar terkejut ular saja, kadang kala terkejut tikus melintas di sawah dia akan berteriak kalau nak tunjuk jantan marilah!

Rupa-rupanya setelah belajar ilmu ular dengan tidak melakukan pemutus atau pengeras adalah menjadi pantang mencabar ular-ular ditemui. Perkara ini hanya diketahui oleh Salleh Bagak setelah dia menemui semula Tok Kadim Sintok kemudiannya.

belajar itu dan ini, jadi buat apa lagi ilmu-ilmu macam ni" Tok Kadim Sintok mengingatkan dia semasa Salleh Bagak beriya-iya sangat

untuk bersuka-suka, tetapi untuk

mempertahankan diri." jelas Tok Kadim Sintok selanjutnya.

mempertahankan diri" sahut Salleh Bagak. berdoa selepas sembahyang juga ilmu mempertahankan diri" Tok Kadim Sintok tersengih-sengih macam mahu menguji.

-nambah aje" ujarnya perlahan.

mahu menurunkan ilmunya.

Tetapi Salleh Bagak tetap mendesak. Kerjanya sebagai buruh ukur dengan sebuah syarikat juruukur banyak mengembara di luar

45 dari kampung halaman. Sebagai orang muda dia seharusnya mempunyai cukup persediaan apabila merantau ke tempat orang. Inilah yang menjadi idaman Salleh Bagak.

Mungkin kerana menyangka ilmunya penuh di dadalah menyebabkan dia cepat panas baran. Mudah marah kalau tersinggung sedikit. Hingga kawan-kawannya mengelarkan dia 'bagak'. Namun Salleh Bagak merasa bangga pula dia digelar demikian. Memang siapa pun diantara kawan-kawannya tidak berani menentang kalau dia mencabar. Malah dia juga sanggup melindungkan kawan-kawannya kalau diancam oleh pemuda-pemuda lain di tempat mereka bekerja. Inilah menyebabkan kawan-kawannya terutama Mat Misai sangat menghormati dia.

nnya dengan tidak melanggar pantang larang?" soal Tok Kadim Sintok.

Salleh Bagak berjanji sanggup melakukannya. itu mengujinya. Salleh Bagak tetap mengakui tidak akan menyesal.

Dia betul-betul mahu mendapatkan ajaran dari Tok Kadim Sintok fasal menjinakkan ular. Biarlah semua ular tunduk kepadanya seperti ular-ular tidak berani menentang Tok Kadim Sintok. Alangkah hebatnya dia kalau dapat mempermainkan ular bias. Patukan ular-ular bisa tidak akan memberi bekas kepadanya. Kalau dia menyuakan tubuhnya kepada ular-ular berkenaan nescaya ular-ular itu pun tidak akan berani mematuknya. Kalau ular-ular itu mematuknya tentu mereka sendiri yang menggelupur tertelan bisa sendiri. Inilah kepandaian yang mahu dipelajari oleh Salleh Bagak.

Tetapi Tok Kadim Sintok tidak mahu menurunkan ilmunya dengan mudah sekali. Dia mesti menguji dulu ketabahan serta kesanggupan Salleh Bagak. Kalau sekadar mahu bermain-main atau bersuka-suka

kepandaian-kepandaian yang diturunkan akan menjadi sia-sia. Tok Kadim Sintok tidak mahu kepandaian yang ada padanya semata-mata untuk ditunjuk-tunjukan bagi perhatian orang ramai.

Kalau diturunkan kepada orang yang tidak tahu menjaga nilai kepadaian tersebut, tentunyalah ia menjadi tidak berharga. Sebab itulah Tok Kadim Sintok berhati-hati sangat mahu menurunkan kepandaiannya menangkap ular-ular bisa itu.

Tetapi dia tahu Salleh Bagak sudah banyak menuntut. Dia tahu menghargai ilmu-ilmu yang dituntutnya. Dia tahu tentang apung, tentang peluruh, tentang pelangkah, tentang rijal ghaib. Banyak lagi yang sudah dituntut oleh Salleh Bagak. Sebab itu dia merasakan tentu Salleh Bagak memang mampu menerima kepandaian yang hendak diturunkan kepadanya.

mengalah juga kepada kemahuan Salleh Bagak. jampi serapah. Memang jampi serapah tidak memberi kesan apa-apa kalau dihafalkan sekali pun, kalau tidak tahu petua. Petua inilah kunci segala-galanya..." jelas orang tua itu lagi.

Petua-petua inilah yang sangat dikehendaki oleh Salleh Bagak. Dia menerima dengan segala senang hati segala petua yang ditunjukkan. Kerana azamnya yang kuat, mudah saja bagi Salleh Bagak menempuhi dugaan-dugaan yang perlu dihadapinya.

Dugaan yang terakhir yang diterimanya ialah ketika tidur berseoarangan di hujung serambi rumah, dia merasakan seekor ular sebesar betis menjalar naik masuk ke selimutnya. Dia sedar semua peristiwa yang berlaku ke atasnya, tetapi

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 42-50)