• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAYAT JADI PUNTUNG KAYU

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 132-138)

Lama belajar pondok tinggalkan kampung halaman, memang Mat Kanun tidak tahu apa-apa mengenal kejadian yang menimpa

sepupunya Usin Pakau. Sewaktu arwah datuknya Pawang Lamid meninggal dunia pun, dia masih lagi belajar pondok. Berbelas tahun juga dia dihantar ayahnya ke Padang Panjang belajar pondok sampai banyak kampung di sana dijengah.

Gemar sangat Malim Tekih apabila anaknya sebut mengenai tenun kain di Pandai Sikek dengan lereng gunung menghijau tersergam di seberang sawah. Bukan takat jejak kaki di Pandai Sikek ikut kawan-kawan melihat tenun kain, Mat Kanun jengah juga Danau Singkarak dengan airnya mengalir masuk ke Sungai Inderagiri. Tentu air Danau Singkarak membolos masuk ke laut hingga bertemu pantai Semenanjung.

Sebaik sahaja menjengah Danau Singkarak debar dada Mat Kanun amat menusuk kenangkan kampung halaman lama ditinggalkan. Sebab itu sebak sangat hatinya tatkala menerima surat dari ayahnya beritahu mengenai datuknya meninggal dunia. Memang terkilan dia tidak dapat menatap wajah arwah datuknya setelah terbujur tidak bergerak apa-apa. Apa lagi perhubungan memang sukar ketika itu mahu balik ke Semenanjung apabila belajar pondok di Padang Panjang. Bukan takat mahu ke Semenanjung sahaja perhubungan sukar, malah dari Padang Panjang mahu pekan di Padang juga terpaksa melalui jalan berbelok-belok di Lembah Anai ke Lubuk Along. Sebab itu Mat Kanun terpaksa pendamkan perasaan sahaja setelah berminggu-minggu baru menerima surat beritahu mengenai kematian arwah datuknya Pawang Lamid. Sampai bila pun dia tidak lupa tatkala usianya sepuluh tahun, datuknya lindungkan dirinya dari ditanduk kerbau naik minyak. Tiba-tiba sahaja kerbau jantan terlepas ikatan tali, terus menyerbu ke mana-mana. Tatkala Usin Pakau sempat memanjat pokok rambai di tubir, Mat Kanun masih terkiai-kiai mahu mencari tempat berlindung. Ketika ini

130 seisi kampung sudah terjerit-jerit melaung sesiapa sahaja supaya berlindung di mana-mana. Dalam masa kerbau gila semakin hampir menghayunkan hujung tanduknya, Mat Kanun melihat datuknya Pawang Lamid tahankan belakangnya memeluk dia di perdu pokok rambai. Sebaik sahaja hujung tanduk kerbau singgah pada rusuk Pawang Lamid terlambung dia ke udara. Tetapi dia terus berpaut pada tanduk kerbau berkenaan biar cucunya Mat Kanun tidak diserbu berterusan.

"Dah lari cepat ke darat, Cu," segera Pawang Lamid menyuruh Mat Kanun larikan diri balik ke rumah.

"Tolong, atuk kena tanduk kerbau!" sekaligus pula Mat Kanun menjerit kuat diikuti oleh Usin Pakau ketakutan di atas dahan pokok rambai.

"Tak apa, biarkan atuk di sini!" Pawang Lamid menggesa Mat Kanun segera balik sahaja ke rumah.

"Jangan biarkan atuk ditanduk kerbau," Usin Pakau juga ketakutan benar apabila melihat datuknya tersangkut pada hujung tanduk kerbau berkenaan. Tetapi kerbau berkenaan sekadar tergeleng-geleng kepala disebabkan tidak boleh mengangkat kepala.

Terkial-kial kerbau berkenaan seolah-olah menanggung beban yang kuat tersangkut pada tanduk. Mendengus-dengus kerbau ltu akibat hidungnya tertumus pada tanah. Sebaik sahaja diberitahu Mat Kanun pada ayahnya Malim Tekih, cepat-cepat dia mara ke tubir sawah. Bimbang juga Malim Tekih sekiranya bapa mentuanya cedera ditanduk kerbau. Sudah tentu kerbau berkenaan semakin ganas setelah terhidu darah bapa mentuanya akibat ditusuk hujung tanduk. Tatkala Malim Tekih jejak kaki di tubir sawah memang birasnya Maasar sudah menyerbu terlebih dahulu. Maasar sudah bersiap sedia dengan parang terhunus mahu menetak kepala kerbau berkenaan biar jatuh tersungkur menyembam bumi. Beberapa orang jiran juga

memberanikan hati mara ke tubir sawah dengan menggalas tombak dan lembing. Apabila rnereka sampai di bawah pokok rambai kerbau tersebut masih tercegat tidak bergerak dengan kepala tertunduk, Pawang Lamid bergayut pada tanduk kerbau itu laksana harimau tercangkung menindih kepala kerbau berkenaan.

Tersenyum Maasar setelah dapat mengagak tentu kerbau berkenaan tidak boleh bergerak apabila bapa mentuanya tercangkung sama berat dengan harimau panjang tujuh.

Lantas sahaja Malim Tekih sembelih kerbau tersebut kerana bimbang akan mengamuk asal sahaja terlepas. Tidak perlu lagi ditumbangkan ke tanah semasa Malim Tekih menyembelih disebabkan kerbau itu tidak bergerak apa-apa. Memang Mat Kanun melihat séndiri bagaimana arwah datuknya selamatkan dia tatkala kerbau menggila akibat naik minyak.

Setelah balik ke kampung halaman Mat Kanun sekadar diberitahu arwah datuknya tidak mengalami sakit apa-apa. Tatkala balik dari surau selepas solat Maghrib bersama Usin Pakau, tiba-tiba sahaja harimau panjang tujuh melompat tinggi melepasi kepalanya, Tiga kali harimau tersebut melangkahi kepala nya, Pawang Lamid sekadar melambai-lambai tangan sahaja. Balik sahaja ke rumah tidak bercakap apa-apa dia terus berbaring di tempat tidur. Apabila Usin Pakau memanggilnya untuk makan malam kemudian sama-sama solat isyak dia mendapati datuknya tidak bergerak apa-apa. Setelah diberitahu neneknya, tidak bertangguh dia memanggil Malim Tekih. Memang Pawang Lamad dengan Tok Segalah semasa dia masih lagi di Padang Panjang.

Memang dia tinggal bsrsama keluarga Tok Segalah semasa belajar pondok di Padang Panjang, setelah keluarga Malim Tekih di Lubuk Sakaping temukan dia tatkala menghantar ke situ. Manalah Mat Kanun tahu mengenai keluarga di Padang Panjang kalau tidak

131 berurusan dengan keluarga ayahnya terlebih dahulu. Lagi pun ayahnya Malim Tekih tldak ikut sama menghantar ke Lubuk Sakaping apabila dia disuruh belajar pondok sampai ke Padang sudah meninggal dunia sewaktu Malim Tekih menjengah bapa mentuanya. Mengeluh panjang Malim Tekih apabila diberitahu oleh Usin Pakau mengenai harimau panjang tujuh melompati kepala bapa mentuanya. Tahu sangat dia bapa mentuanya sudah mendapat alamat rnengenai ketentuannva setelah harimau panjang tujuh itu menjelma melompati kepalanya tiga kali. "Terkilan saya tak dapat menatap wajah arwah datuk," ujar Mat Kanun apabila kenang datuknya meninggal dunia semasa dia jauh di rantau orang.

"Ah, semuanya sudah ditentukan Allah," sahut ayahnya Malim Tekih memujuk sebaik sahaja Mat Kanun balik jejak kaki ke kampung halaman. Mat Kanun tidak hairan apa-apa tatkala diberitahu arwah datuknya dilintasi harimau panjang tujuh dengan melompati kepalanya tiga kali. Apa sangat kejadian yang dilalui oleh arwah datuknya kalau bandingkan Panjang. Sebab itu Mat Kanun tidak peduli dengan siapa pun dia menumpang asal sahaja kemahuan ayahnya dapat dipenuhi supaya belajar pondok di Padang Panjang.

Lama dia bertumpu di rumah bapa angkatnya Tok Segalah, memang Mat Kanun dengar juga bapa angkatnya sering ditemui bertunggang di belakang harimau, Asal sahaja dijemput orang mengubati sesiapa terkejang sakit, Tok Segalah akan datang menjengah dengan bertunggang di belakang harimau. Tetapi sekelip mata sahaja harimau berkenaan tidak akan kelihatan lagi sekiranya mereka yang melihatnya cepat menegur. Ketika ini mereka sekadar melihat Tok Segalah seolah-olah melayang di udara sama macam tengah menunggang dl belakang kuda. Sewaktu Mat Kanun terkejang di asrama akibat menghidap

sakit kepala, kawan-kawan yang sama belajar menjadi gelabah tidak menentu. Manalah mereka mampu pulihkan Mat Kanun dalam kendaan merengek-rengek menahan sakit kepala.

Tatkala kawannya Akasah bersiap-siap mahu beritahu Tok Segalah, tiba-tiba sahaja melihat orang tua itu di luar bangunan. Tok Segalah seolah-olah tahu apabila Mat Kanun diganggu sakit kepala hingga ditonyoh-tonyoh ke bantal. Kalau takat pening disebabkan cuaca panas, Akasah sudah pupuk dangan pisang kelat. Tetapi sakit kepala Mat Kanun semakin berdenyut kuat bagaikan dihentak dengan batu giling. Setelah diusap-usap Tok Segalah kepalanya baru Mat Kanun dapat mengawal perasaan. Terasa lega kepalanya setelah diusap Tok Segalah dengan membacakan:

A'uzu bi'izatillahhi waqodratihi min-sarrima yajidu wayu-haziru

Tujuh kali diulangi Tok Segalah, sekaligus denyut sakit di kepala Mat Kanun beransur hilang. Sebelum dia turun dari asrama, Tok Segalah ingatkan pada Akasah menyuruh Mat Kanun menjengah ke rumahnya. Lama sangat Mat Kanun tidak jejak kaki ke rumahnya disebabkan habiskan masa di asrama sahaja. Setelah Tok Segalah turun segera Akasah menjengah di jendela, tetapi orang tua itu tidak kelihatan di mana-mana. Tatkala Akasah bersama rakan-rakannya turun ke tanah, mereka melihat bekas tapak kaki harimau merata-rata di situ. Gementar juga mereka disebabkan tidak pernah mangalami kejadian demikian. Manalah mereka tahu mengenai harimau disebabkan tidak terserempak pun binatang berkenaan membolos masuk ke kawasan pondok. Tersenyum Tok Segalah apabila diberitahu oleh Mat Kanun kejadian di kawasan asrama semasa bapa angkatnya itu menjengah datang. Lantas sahaja Mat Kanun mendesak fasal bekas tapak kaki harimau yang ditemui merata-rata di halaman asrama.

132 "Ah, masakan tapak kaki harimau," ujar Tok Segalah tersengih-sengih mengisar cengkih di tapak tangan mahu digulung dengan tembakau.

"Betul pak, kawan-kawan saya bilang begitu," Mat Kanun sengaja mahu mendesak bapa angkatnya membukakan rahsia.

"Budak-budak tu boleh jadi ketakutan," Tok Segalah lantas menghisap rokok selepas tembakau siap digulung.

"Kerana takut, tunggul pun disangka hantu! Katanya mendengus perlahan mengerling Mat Kanun.

"Dengan saya pun bapak nak rahsia?" tersenyum Mat Kanun merapati bapa angkat nya.

"His, tak ada apa yang bapak nak rahsiakan pada kamu," sahut Tok Segalah mencebek bibir.

Tatkala dijemput orang ke Solok, sengaja Tok Segalah mampelawa Mat Kanun ikut sama. Memang Mat Kanun tidak mengelak asal sahaja dipelawa bapa angkatnya ke mana-mana dalam masa dia balik menjengah ke rumah orang tua itu. Apabila diberitahu perjalanan ke Solok jauh melalui tanah sawah hingga ke Singkarak, serba salah juga Mat Kanun sekiranya berjalan kaki ke sana. Tujuh langkah selepas meninggalkan halaman rumah terkejut Mat Kanun apabila melihat seekor harimau belang tercegat melingas-lingas mata. Sebaik sahaja Tok Segalah menghampirinya terus sahaja harimau berkenaan mencangkung.Segara Tok Segalah menarik tangan Mat Kanun naik bertunggang di belakang harimau.

Tiga kali sahaja Mat Kanun sedar harimau tersebut jejak kaki ke tanah apablia menghambur tinggi ke udara, tiba-tiba sahaja mereka sampai di tengah halaman rumah Pak Guntur yang menjemput Tok Segalah. Lantas sahaja Pak Guntur mengajak masuk ke rumah dengan tidak pedulikan bagaimana Tok Segalah jejak kaki ke rumahnya.

"Alhamdullillah, angku sampai juga ke rumah ambo," ujar Pak Guntur terus ke tengah rumah tunjukkan ayahnya terkejang sakit sejak berminggu-minggu.

"Pak Guntur juga ada pengalaman, kenapa nak tunggu ambo juga?" gerutu Tok Segalah merendah diri.

"Angku yang lebih tahu fasal ayah ambo ni,"'sahut Pak Guntur mengakui memang ayahnya sudah lama berkawan dengan Tok Segalah tatkala mereka sama-sama merantau sampai ke Jambi.

"Tak ada yang lebih Maha Mengétahui selain terus mengusap-usap dada kawannya yang terkejang. Terkebil-kebil mata Mat Kanun melihat keadaan lelaki tua yang terkejang itu terlalu kurus akibat menanggung penderitaan lama terkejang sakit. Tenaganya terlalu lemah hingga tidak boleh bergerak langsung; hanya matanya sahaja berkedip merenung tajam ke muka Tok Segalah. Menggeleng-geleng lemah Tok Segalah menatap muka kawannya itu.

Kemudian dia berpaling pada Mat Kanun menyuruhnya bacakan Yasin berterusan. Tatkala Mat Kanun bacakan Yasin suasana di luar rumah tiba-tiba sahaja diserbu rebut kencang hingga memukul dahan-dahan pokok, Sekali-sekala mereka terdengar bunyi dahan sekah disebabkan ribut terlalu kencang menyerbu.

Selesai sahaja Mat Kanun bacakan Yasin perlahan-lahan nafas ayah Pak Guntur menjadi semakin lemah. Beberapa kali dia terbatuk hingga hidungnya meleleh air hitam pekat laksana perlimbahan. Sekaligus pula bau husuk meruap-ruap sampai meloyakan tekak.

"Sabarlah Guntur," bisik Tok Segalah apabila Pak Guntur terharu dengan keadaan yang ditanggung ayahnya ketika itu.

"Insya Allah, saya tetap bersabar Angku," sahut Pak Guntur menahun perasaan yang amat menusuk hatinya.

133 Sebaik sahaja ribut reda ayah Pak Guntur terkaku dengan matanya terbelalak. Tetapi hujan tidak turun mencurah sekali pun rebut kencang menyerbu di dalam kampung berkenaan. Memang menghairankan Mat Kanun sendiri apabila kenang hujan tidak turun setitik pun setelah ribut kencang melanda di tengah kampung.

"Harap Angku tidak baik malam ni," lantas Pak Guntur memujuk setelah ayahnya meninggal dunia. Perlahan-lahan dia bacakan tiga kali Al-Fatihah mengusap pelupuk mata mayat sampai terpejam rapat.

'Tak apalah Guntur, kamu sendiri tahu apa nak buat," ujar Tok Segalah terpaksa juga tinggalkan rumah berkenaan.

datanglah lagi," Pak Guntur memahami jarak kampung mereka bukanlah dekat kalau harapkan Tok Segalah datang menjengah.

"lnsya Allah, tapi jangan kamu harapkan sangat aku ni," Tok Segalah terus mengajak Mat Kanun balik sahaja ke Padang Panjang.

Selepas tujuh langkah meninggalkan halaman rumah, memang Mat Kanun melihat harimau belang tercangkung menunggu mereka. Sebaik sahaja Tok Segalah bertunggang di belakangnya bersama Mat Kanun, tidak bartangguh harimau berkenaan melompat tinggi ke udara. Tiga kali harimau itu cecah kaki ke bumi sekaligus mereka tercegat di tengah halaman rumah Tok Segalah.

Tidak sepatah pun Mat Kanun tanyakan pada Tok Segalah apabila kenang kecut perutnya tatkala bertunggang di belakang harimau. Berderau terasa darah di dada apabila harimau berkenaan menghambur tinggi ke udara seolah-olah cecah ke awan. Semasa melompat cecah kaki ke tanah terasa sayup menjunam

menyebabkan semakin gementar perasaan Mat Kanun.

Berbulan-bulan selepas kematian ayah Pak Guntur beristighfar berulang kali Mat Kanun, apabila diberitahu oleh Tok Segalah mengenai mayat ayah Pak Guntur menjadi hitam laksana puntung terbakar. Perlahan-lahan Tok Segalah mengesat pelupuk mata sebaik sahaja diberitahu mayat kawannya bertukar hitam bagaikan arang puntung kayu terbakar itu. Pagi lagi sewaktu jiran-jiran datang menziarah mereka terkejut apabila melihat bekas tapak kaki gajah merata di tengah halaman. Bagaimana pula gajah liar boleh meranduk masuk ke tengah kampung hingga tidak disedari sesiapa? Memang mereka tidak pernah pun melihat gajah berkeliaran di mana-mana.

Tetapi Pak Guntur tidak bimbang apa-apa dengan bekas tapak gajah merata di tengah halaman. Cam sangat Pak Guntur asal sahaja bekas tapak kaki gajah merata di tengah halaman sekadar tiga sahaja timbul di permukaan.

Memang arwah ayahnya beritahu mengenai gajah tempang itu akan menjelma. Macam mana pun ayahnya tidak mahu jelaskan kepadanya fasal gajah tempang berkenaan setiap kali bekas tapak kakinya merata.

tu, Angku" ujar Pak Guntur tatkala dia jejak kaki ke rumah Tok Segalah.

Tersenyum Tok Segalah apabila diungkit mengenai gajah tempang yang menjelma hingga bekas tapak kakinya merata di tengah halaman tatkala kawannya menghembuskan nafas terakhir. Macam mana dia mahu terangkan kalau jelmaan harimau juga tersergam di depannya setelah tujuh langkah tinggalkan halaman rumah?

134 Tetapi kawannya amalkan jelmaan gajah tempang itu tidak sama dengan jelmaan harimau yang sering mengiringi dia ke mana sahaja. Tok Segalah tidak tahu apa-apa setelah kawannya hilang berbulan-bulan semasa di Jambi disebabbkan bertapa di puncak gunung. Tidak pernah pula Tok Segalah ikut sama bertapa semata-mata mahu menjadi gagah seperti kawannya hingga sanggup memikul beban berguni-guni padi.

Puk Guntur juga mengakui ayahnya mampu memikul lori trelar jatuh ke gaung dibawa naik semula ke tebing. Siapa pun tidak terfikir bagaimana lori trelar yang menjunam ke gaung boleh dipikul naik ke tebing jalan. Tatkala lori trelar jatuh ke gaung pemandunya tidak boleh harapkan kren datang membantu disebabkan jauh di lereng gunung. Sebab itu ayahnya sanggup pikul lori trelar berkenaan kerana dia sama-sama bertanggungjawab dengan pemandu. Tentu dia juga akan dipersalahkan menyebabkan lori berkenaan menjunam ke dalam gaung. Dia desak pemandu lori trelar berkenaan rahsiakan daripada sesiapa pun fasal dia memikul lori trelar ber kenaan.

Tatkala kematiannya memang kawan yang memandu lori trelar itu datang menjengah sama. Dia beritahu Pak Guntur mengenai ayahnya memikul lori trelar tatkala mereka sama-sama bekerja dengan syarikat berkenaan.

Pak Guntur apabila kenang pemandu lori trelar itu beritahu mengenai kegagahan arwoh ayahnya.

"Ayah kamu memilih amalan demikian," sahut Tok Segalah mengangguk perlahan.

"Tapi, itu bukan tenaga ayah!" ujar Pak Guntur mencebek bibir dalam keluhan pendek. Dia tidak bangga apa-apa kalau diungkit mengenai kegagahan ayahnya boleh memikul lori trelar yang menjunam ke dalam gaung.

"Memang bukan tenaga ayah kamu," ulangi Tok Segalah menahan sebak dada disebabkan terharu dengan kematian kawannya.

"Tentunya tenaga syaitan," lantas sahaja Pak Guntur mengisar duduk seolah-olah kecewa dengan amalan ayahnya selama ini.

"ltu urusan Allah, bukan urusan kita," segera Tok Segalah ingatkan Pak Gumur supaya tidak ungkit lagi perkara arwah ayahnya yang sudah berlalu.

Memang Pak Guntur tidak dapat menahan perasaan terharu apabila kenang ayahya berminggu-minggu terkajang. Tubuh ayahnya semakin kurus sekali pun selera makannya tidah berubah apa-apa. Asal sahaja dihidangkan nasi, ayahnya tetap menjamah hingga berulang kali bertambah. Sebab itu dia datang ke Padang Panjang mencari Tok Segalah. Tentu orang tua itu boleh membantu disebabkan Tok Segalah sama-sama menetap di Jambi sewaktu mereka merantau ke sana. Beberapa kali juga ayahnya sebut nama Tok Segalah tatkala dia terkejang tidak boleh bergerak apa-apa. Bukan mudah Tok Segalah mahu jejak kaki ke Solok berpuluh-puluh kilometer jaraknya. Tetapi Pak Guntur tidak bimbang apa-apa sekiranya Tok Segalah

135 mahu datang menjengah. BiIa-bila sahaja orang tua itu akan terjongol, dan cepat sahaja dia mengambil keputusan untuk balik segera.

Setelah Tok Segalah balik bersama Mat Kanun, memang Pak Guntur tidak harapkan sesiapa lagi membantunya bujurkan mayat. Seisi kampung tahu mengenai kemahiran Pak Guntur uruskan pengkebumian jenazah. Dia satu-satunya diharapkan uruskan jenazah apabila berlaku kematian di dalam kampung. Dari mandikan mayat, kafankan dengan kain putih, disembahyangkan hinggakan diusung ke kubur, Pak Guntur sentiasa ikut sama kendalikan urusan. Tatkala mayat disorong ke liang lahad segera Tohat yang berada di bawah menggamitnya. Terkejut juga Pak Guntur digamit oleh anak lelakinya itu.

"Mari ayah turun, tentu ayah lebih faham," ujar Tohat mendesak ayahnya turun ke lubang kubur. Sewaktu Pak Guntur membuka bahagian muka jenazah biar mukanya tercium ke tanah, berdebar hatinya apabila melihat kepala mayat renting seolah-olah terbakar hangus. Cepat-cepat dia meraba bahagian dada, semuanya keras laksana puntung kayu menjadi arang.

"lstighfarullahhul azim..." berulang kali Pak Guntur menutur perlahan lantas menatap muka Tok Segalah dengan linangan air mata. Terharu benar hatinya asal sahaja kenang mayat ayahnya yang disorong ke dalam liang lahad menjadi puntung kayu terbakar hangus.

"Biarkan

Segalah memujuk disebabkan Pak Guntur tidak dapat menahan keharuan yang menusuk perasaannya.

Memang Mat Kanun terconggok sama tatkala Pak Guntur beritahu kejadian tersebut kepada Tok Segalah. Tidak lama selepas kejadian menimpa ayah Pak Guntur itulah dia menerima surat dari ayahnya beritahu mengenai kematian arwah datuknya Pawang Lamid.

Jauh di lipatan hatinya Mat Kanun bersyukur disebabkan tidak akan kejadian ganjil

berlaku semasa arwah datuknya

menghembuskan nafas sama seperti dialami oleh ayah Pak Guntur.

Saya mengangguk kepala perlahan apabila Mat Kanun ceritakan pengalamannya semasa belajar pondok di Padang Panjang itu.

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 132-138)