• Tidak ada hasil yang ditemukan

LEMBU PUTIH MINTA KORBAN Walaupun sudah berjanji dengan Haji

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 27-35)

Sapardi untuk datang ke rumahnya di Lubuk China sebelum maghrib, tetapi saya tidak sempat sampai seperti waktu yang ditetapkan. Kira-kira jam 10.00 malam barulah saya sampai ke rumah Haji Sapardi bersama Manap Jambul.

Manap Jambul memang suka menemani saya, kerana dia seronok mendengar cerita-cerita misted Tetapi sudah berkali-kali saya memberitahu dia sebenarnya tidak ada yang misteri. Cuma man usia saja tidak dapat menjangkau rahsia cerita-cerita tersebut.

Disebabkan kerap kali mengikut saya Manap Jambul juga sudah semakin seronok mahu mengetahui rahsia di sebalik kisah-kisah yang menakjubkan dia selama ini. Dia sudah mula mendekatkan dirinya dengan guru-guru agama. Akhirnya Manap Jambul sudah mula menyimpan janggut sejemput di bawah dagu.

Bagaimana pun saya tidak hiraukan sangat mengenai perubahan pada diri Manap Jambul ini. Saya sendiri tumpang seronok kerana dia sudah dapat memahami bahawa kejadian-kejadian yang dianggap ganjil selama ini, sebenarnya rahsia-rahsia Allah belaka.

25 " ujar saya semasa menghulur tangan kepada Haji Supardi.

"Hah, biasalah tu. Mana pula berjanji nak tepat-tepat betul" sahut Haji Supardi tersenyum. memenuhi janji. Kalau tak datang barulah dikatakan mungkir janji" katanya tersengih-sengih sambil meraba ketayap di kepalanya.

Saya rasa Haji Sapardi tidaklah menyindir saya. Masakan dia mahu menyindir kalau saya tidak memungkiri janji dengannya walaupun terlambat sampai ke situ. Lagi pun saya percaya dia bercakap dengan ikhlas.

Perjalanan ke Lubuk China dari Kuala Lumpur memanglah tidak jauh. Kalau mengikut jalan dari Linggi dan menyimpang masuk ke Ladang Bertam sampailah ke Lubuk China. Dari sana kami menuju ke Berisu terus menyusur jalan kecil tanah merah menuju ke rumah Haji Sapardi ini.

Manap Jambul yang mengajak saya ikut jalan Seliau menuju ke Linggi, kerana dia memang tahu benar jalan ke sana. Kadangkala dia selalu juga sampai keTanjung Bidara kerana berniaga kecil-kecilan. Saya pula memang suka berkawan dengan Manap Jambul ini sebabnya mulutnya becok dan sikapnya ramah tamah.

Dia yang memberitahu saya mengenai Haji Sapardi ini. Dia juga yang menjanjikan pada Haji Sapardi bahawa kami akan sampai sebelum Mgahrib. Haji Sapardi bukanlah anak tempatan di situ, tetapi berasal dari kampung saya. Khabarnya dia merantau sampai ke Berisu dalam masa darurat 1948 dulu.

Apakah sebab dia berpindah saya kurang pasti pula. Sebagaimana yang dia beritahu pada Manap Jambul, dia memang sama seguru dengan Pak Tua Mahat iaitu abang tua emak sava.

Saya juga mendengar cerita Haji Sapardi ini masa muda remajanya suka memikat wanita.

Pernah dia berkahwin sampai tiga orang sekaligus tinggal serumah. Kononnya Manap Jambul juga sering menemui Haji Sapardi ini fasal ilmu pengasih itulah.

Tetapi setelah mendengar nasihat saya, Manap Jambul memberitahu dia sudah tidak mengamalkan lagi ilmu pengasih itu. Buat apalah dengan ilmu pengasih, kerana cara itu lebih mendekatkan diri kepada perbuatan maksiat. Untuk memilih isteri tidak perlu menggunakan ilmu pengasih, kerana isteri yang baik akan mengasihi seorang suami itu semasa-mata kerana Allah.

Setelah berbual barulah saya bertanyakan kepadanya mengenai Pak Akil yang saya hendak tahu sangat ceritanya. Saya dapat tahu Pak Akil mengalami kejadian sedih semasa hendak mengahwinkan anak gadisnya kerana diganggu makhluk halus.

Kejadian ini pernah diceritakan oleh Haji Sapardi kepada Manap Jambul. Kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari situ. Haji Sapardi sendiri cuba menolong keluarga malang ini yang diganggu makhluk halus, sayangnya sudah terlambat. Dia sendiri merasa kesal tidak dapat menolongnya.

dapat ditolong lagi" ujar Haji Sapardi perlahan. tak dapat menyamai ilmu Allah ini tak tahu -ngenang kembali kejadian yang berlaku lebih 20 tahun dulu.

Tidak jauh dari kampung itulah Pak Akil, seorang petani tinggal bersama keluarganya. Pak Akil mempunyai lima orang anak, tiga lelaki dan dua orang perempuan. Anak perempuannya yang tua bersama Lijah sudah bertunang dengan pemuda dari kampung tempat tinggal Haji Sapardi itu.

Lijah gadis sedang remaja ini, sebagai seorang anak petani sentiasa membantu

26 keluarganya bekerja sama ada di sawah, mahu pun di rumah. Dia juga turut mengembala lembu-lembu kepunyaan ayahnya. Ada seekor lembu jantan putih telah 'diakukan' oleh Pak Ali sebagai kepunyaan Lijah.

Oleh itu Pak Akil bercadang mahu menyembelih lembu jantan putih itu apabila majlis persandingan Lijah diadakan. Disebabkan Lijah yang mengembalanya, adalah wajar ianya digunakan semasa kenduri kahwinnya kelak. Inilah yang terbendung dalam jiwa Pak Akil.

Seminggu sebelum perkahwinan Lijah, Pak Akil telah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki berjubah putih. Lelaki itu terlalu tua dengan janggutnya putih sampai ke pusat.

yang lain. Aku harap kau jangan bantah permintaan aku ni..." dia semacam memberi amaran.

Pak Akil merasa heran dengan permintaan a, siapakah anak kau yang aku nak sembelih tu. Lagi pun tak kan aku nak hidangkan daging manusia pada hari perkahwinan Lijah, aku nak hidangkan daging lembu" ujar Pak Akil

tersinggung dengan kata-kata orang tua di depannya.

"Akil, lembu jantan putih itu anak aku, kau tau tak!" suara lelaki itu kuat sedikit. Jangan kau cederakan anak aku tu, ingat Akil hutang darah akan dibalas dengan darah juga. Hutang nyawa akan dibalas dengan nyawa" jerkahnya memberi amaran.

Mengirap darah Pak Akil apabila dia diugut demikian. Hatinya mula mendongkol dengan sikap tetamu yang tidak diundang itu. Ketika ini dia merasakan dirinya semacam diperbodoh-bodohkan.

aku. Dan aku serahkan pada Lijah. Takkanlah manusia macam kau beranakan lembu pula" Pak

ni tubuh kasar, kalau tubuh kasar lembu maka lembulah jadinya, kalau tubuh kasar manusia maka manusialah jadinya" sahut orang tua berjanggut putih itu masih berkeras tidak mahu membenarkan Pak Akil menyembelih lembu jantan putih berkenaan.

pelihara dia" Pak Akil bertambah marah. "Jangan-jangan kau ni pun lembu agaknya. Lembu memang tak ada otak, tak tahu berfikir!" katanya menyindir orang tua itu.

Orang tua berkenaan merapati Pak Akil. Jelas pada Pak Akil paras lelaki tua itu terlalu hodoh. Hidungnya sama seperti hidung lembu, manakala kepalanya juga bertanduk.

menghinakan aku. Kalau kau tak mahu berunding, kau akan tanggung sendiri padahnya. Perkara tubuh kasar dengan tubuh halus tak sama, kau mesti ingat!" dia tersinggung dengan kata-kata Pak Akil kepadanya.

mengganggu aku !" ujar Pak Akil masih mempertahankan kebenarannya.

datang bukan nak mengganggu, aku nak mengingatkan kau. Yang kau nak sembelih tu anak aku. Mahukah kau kalau aku sembelih anak kau pula?" balas orang tua itu menggertap bibir.

Sekali sekala Pak Akil memerhati tepat ke muka orang berjanggut putih itu. Nampak kepadanya bongkol di belakangnya seperti bongkol belakang lembu juga. Teringat juga di hatinya tentu lelaki berkenaan syaitan yang datang mengganggu tidurnya.

Dia cuba membaca ayat-ayat Quran. Ketika ini terasa padanya angin bertiup kencang. Dia hampir-hampir diterbangkan oleh angin kencang itu. Tetapi cepat-cepat dia berpaut pada tiang katil besinya. Dalam angin kencang itulah

27 lelaki berkenaan terapung-apung di udara dibawa angin keras.

berkenaan walaupun dia sudah melayang-layang dibalas nyawa, hutang darah dibalas darah. Ingat

-ulang kali.

Pak Akil tidaklah memberitahu mimpinya itu kepada sesiapa pun, kecuali pada isterinya Mak Yam. Bagaimanapun dia tidaklah menghiraukan sangat fasal mimpi tersebut. Menurut Pak Akil, mimpi hanya satu permainan tidur saja. Oleh yang demikian dia tidaklah memikirkan sangat akibat dari mimpi yang dialamimya itu.

Seperti biasa sehari sebelum hari kenduri sanak saudara sudah berkumpul dirumah Pak Akil. Masing-masing bergotong royong membuat kerja-kerja yang patut. Sesetengahnya membelah kayu api, setengah membuat tunku dan penanggah, setengah memasang khemah, mengopek kelapa dan bermacam-macam lagi. Manakala Lebai Bidin ditugaskan menyembelih lembu jantan putih yang sudah dihajatkan untuk disembelih sempena perkahwinan Lijah.

Lebai Bidin mengajak beberapa orang pemuda menarik lembu berkenaan ke baruh rumah berdekatan dengan paya yang dipenuhi dengan rumpun rembia. Di situlah lembu tersebut ditumbangkan.

Semasa lembu tersebut ditarik ke sebatang pokok kayu manis, di baruh rumah, Lebai Bidin mendapati air mata lembu berkenaan mengalir. Lembu itu seolah-olah meminta belas kesihan supaya ianya tidak disembelih. Berat juga hati Lebai Bidin mahu meneruskan kerja menyembelih. Oleh itu dia memberitahu Pak Akil mengenai kelakuan lembu tersebut semasa ditarik ke tempat penyembelihan.

beritahu Lebai Bidin memerhatikan mata lembu itu digenangi air seperti manusia meminta belas

kesihan. Berdebar-debar ada, belas kesihan ada, gementar pun ada" katanya tercegat di bawah pokok kayu manis tempat lembu itu akan disembelih.

"Hah, awak ni macam tak biasa menyembelih pula" sahut Pak Akil macam memberi semangat. Walaupun dia teringat mimpinya minggu sudah, tetapi dia tetap berkeras mahu menyembelihnya. Dia tidak percaya dengan mimpi yang dianggapnya sebagai permainan tidur saja.

" kata Leai Bidin lemah sambil menyuruh seorang anak muda menggali lubang sedikit tempat mahu menyendal leher lembu berkenaan. "Selalunya saya tak rasa macam ini, hari ini lembu itu macam menangis, cuba awak perhatikan betul-betul" jelasnya memerhatikan lembu jantan putih yang menunduk saja. Sekali-sekali lembu berkenaan merenung ke arah Pak Akil.

Kesan basah di bawah mata lembu itu jelas menampakkan air masih mengalir. Tiba-tiba saja hati Lebai Bidin bagai direnggut-renggut terasa pilu dan hiba. Dia seolah-olah tidak sanggup mahu menyembelih lembu tersebut. Setiap kali dia merenung lembu itu bagaikan Lijah yang berdiri di situ. Bagaimana pun dia enggan memberitahu Pak Akil, kerana bimbangkan Pak Akil akan menuduh dia percaya pada tahyul.

Sebagai orang yang mengajar budak-budak membaca al Quran di kampung itu, tentulah Lebai Bidin tidak mahu dituduh percaya kepada tahyul. Sebaliknya dia tahu membezakan yang mana tahyul, dan yang mana pula kudrat dan iradat Allah yang mesti difahami.

yang mengembalanya sejak kecil lagi lembu ni" ujar Pak Akil tersengih-sengih mengerling Lebai Bidin yang sudah mula menghunus parang. tuannya yang mengembala. Lijah pun macam tu

28 juga, berat sangat hatinya tak beri lembu ni disembelih" dia menjelaskan selanjutnya.

Lebai Bidin mengangguk. Dia juga percaya dengan penerangan Pak Akil itu. Binatang pun memang tahu merasa hiba apabila tiba saat berpisah. Sekalipun lembu itu mengalirkan air mata, namun penyembelihan tidak dapat dibatalkan. Penyembelihan adalah hajat tuan rumah sendiri untuk tujuan qikah.

Setelah itu mereka beramai-ramai menumbangkan lembu jantan putih itu ke tanah. Lehernya disendal ke kayu yang tersedia melintang pada lubang sebesar timba yang siap digali. Ketika Lebai Bidin mahu meletakkan mata parang ke lehernya kedengaran lembu itu melenguh tiga kali. Bunyinya seakan akan suara orang lelaki meminta tolong.

Bagaimanapun Lebai Bidin menguatkan semangatnya. Dia tidak mahu memikirkan perkara-perkara yang tidak munasabah pada akalnya. Dia telah diminta oleh Pak Akil menyembelih lembu, maka tanggong jawabnya mesti menyempurnakan permintaan tersebut. Mungkin apa yang didengarnya lenguhan dari lembu jantan itu hanya hayalan saja setelah hatinya merasa belas melihat air mata lembu berkenaan mengalir.

Dengan tidak bertangguh Lebai Bidin pun mencecahkan mata parangnya ke leher lembu. Sekaligus mata parang terbenam terus sampai ke tulang rahang. Lembu jantan yang sudah terikat kaki tangan itu meronta-ronta tidak berdaya lagi. Lama juga dia menggelupur menahan kesakitan barulah tendangan kakinya menjadi lemah. Apabila melihat pergerakkan lembu itu mulai lemah, Lebai Bidin pun memerintahkan ikatan di kaki dan di tangan cepat-cepat diuraikan.

Sebaik saja tali pengikat kaki dan tangan lembu terurai, tiba-tiba Safar anak Pak Akil yang kedua datang berlari mendapatkan ayahnya. Tergagap-gagap budak itu tidak mahu meneruskan cakapnya. Bagaimana pun Pak Akil

dapat mendengar dengan jelas Safar mengatakan kakaknya Lijah tidak sedarkan diri.

Cepat-cepat pula Pak Akil berkejar balik ke rumah. Orang-orang perempuan sudah berkumpul di bilik Lijah. Mereka memberitahu Pak Akil, Lijah tiba-tiba jatuh dan memegang lehernya meminta tolong. la mengelupur seperti lembu kena sembelih.

Suasana di rumah itu menjadi kelam-kabut. Pak Akil yang sampai termengah sempat juga memangku kepala anaknya. Tetapi dia melihat Lijah menggelupur lemah seperti lembu jantan putih yang disembelih tadi. Kakinya juga menendang-nendang lemah. Lehernya terkulai tidak dapat diangkat langsung. Akhirnya Lijah tidak bergerak lagi.

"Apa kena kau nak, apa kena kau. " Mak Yam memekik-mekik sekuat hati. Orang-orang perempuan disitu cuba mententeramkan dia.

Yam terus mengongoi-ngongoi.

Atas desakan orang kampung Lijah dihantar ke hospital. Bagaimanapun dokter yang merawat mengesahkan sudah meninggal dunia. Penyakitnya adalah akibat lemah jantung.

Sedih juga hati Pak Akil kerana selama ini dia tidak tahu adanya tanda-tanda lemah jantung pada Lijah. Dia sendiri tidak percaya Lijah diserang penyakit jantung. Lagipun anak gadis yang kuat bekerja dan sentiasa mengalirkan peluh, masakan mudah sangat diserang sakit jantung. Walaupun keluarga Pak Akil kelam kabut dengan kematian Lijah secara tiba-tiba, namun lembu yang disembelih itu terus juga dibersihkan. Mereka yang bertugas di penanggah tetap menggulainya seperti yang dirancangkan.

Pada mulanya Pak Akil enggan juga mengkebumikan mayat Lijah. Tetapi dia tidak menceritakan tentang mimpinya kepada sesiapa. Mak Yam itu dalam keadaan kelam kabut itu

29 tidak teringat mahu memberitahu orang ramai mengenai mimpi suaminya. Disebabkan dokter sudah mengesahkan kematian Lijah, orang-orang kampung mendesak Pak Akil supaya jenazah Lijah dikebumikan juga.

Atas desakan orang-orang kampung Pak Akil mengalah juga. Dia terpaksa mengkebumikan Lijah walau pun hatinya berat. Lebai Bidin selaku guru agama yang disegani juga menasihatkan dia supaya dikebumikan juga. Maka di majlis perkahwinan Lijah pun bertukarlah menjadi kenduri aruah pula.

Setelah Lijah selamat dikebumikan, malamnya Pak Akil bermimpi lagi didatangi oleh orang tua berjanggut putih yang menemuinya seminggu sebelum itu. Lelaki berkenaan masih memakai jubah putih, tetapi ada kesan-kesan tompok darah pada bahagian lehemya.

degil. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa" katanya masih tertawa.

bu aku, kami anak beranak yang menternaknya. Pandai-pandai kau mengaku anak kau. Setan keparat..." kata Pak Akil bertambah marah.

tua itu lagi.

Bukan kepalang marahnya Pak Akil melihat muka orang tua hodoh itu. Bencinya bukan disebabkan anaknya Lijah sudah meninggal dunia saja, tetapi hodoh muka orang tua itu menyebabkan dia semakin meluat. Hidungnya sama macam hidung lembu, telinga juga sama macam telinga lembu. Kemudian mengejek-ngejek pula sampai menyakitkan hati.

Tetapi dia tidak berdaya menentang orang tua berkenaan. Kalaulah bertemu secara lahir, bila-bila dia sanggup menentang. Dia tidak

gentar mencabut parang menentang lelaki tua yang biadap itu. Selama ini dia tidak pernah mengganggu sesiapa pun, tetapi lelaki keparat itulah yang mengganggu keluarga dia.

hutang darah juga sudah berbalas..." ketawa orang tua itu memanjang mengejek-ngejek Pak Akil..

"Jadi apa kau mahu sekarang?" pekik Pak Akil.

semula anak aku" ujar orang tua menepuk-nepuk dadanya.

ooiii" dia terus mengejek Pak Akil. "Yang awak sembelih di bawah pokok kayu manis dulu siapa, bukan anak kami " katanya menuding jari ke kepala Pak Akil.

setan tunggu sekarang. A'uzubillahiminas syaitannirajin " Pak Akil merenung tepat-tepat ke muka lelaki berkenaan. Kemudian dia terus membaca Ayatul Kursi berulang kali.

Dia melihat orang tua itu memekik-mekik kesakitan. Sekonyong-konyong api menyala ke seluruh tubuhnya. Orang tua itu tenggelam di dalam api yang marak menyala.

Apabila sedar dari tidur Pak Akil berastaghfar berulang kali. Sampai pagi dia tidak dapat melelapkan mata. Esoknya dia menceritakan mimpinya kepada Lebai Bidin, termasuk juga mimpi seminggu sebelum Lijah meninggal dunia.

Oleh itu kenduri aruah hari ketiga, Lebai Bidin telah memanggil Haji Sapardi serta keluarga tunangan aruah Lijah Lebai Bidin menceritakan tentang mimpi Pak Akil dan hubungannya dengan kematian Lijah secara tiba-tiba itu. Mendengar cerita Lebai Bidin ini, Haji Sapardi merasakan ada sesuatu yang mesti dibuatnya. Malah Lebai Bidin sendiri meminta

30 Haji Sapardi menolong sekiranya masih boleh ditolong.

Malam itu juga Haji Sapardi mengajak semua orang yang hadir mengikutya mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat. Kemudian sama-sama membaca Yassin, menurut khifiatnya sebanyak 41 kali. Selepas itu Haji Sapardi meminta izin untuk tidur sebentar.

Tidak lama selepas Haji Sapardi tidur kedengaranlah bunyi angin kencang bertiup. Dari kejauhan pokok-pokok kayu orang ramai dapat mendengar suara Lijah memanggil emaknya. Suaranya begitu menyayukan merintih-rintih bagaikan mengharap pertolongan. Orang ramai pun menyuluh ke pokok-pokok kayu yang kedengaran suara Lijah, tetapi tidak apa-apa pun yang kelihatan.

Ketika inilah Haji Sapardi yang tidur itu menggunakan 'rawannya' keluar mencari siapakah orang tua yang datang di dalam mimpi Pak Akil. Haji Sapardi dapat melihat bahawa orang tua itu memang sudah lama mendendam Lijah. Ke mana saja Lijah mengembala lembu dia sentiasa mengekorinya.

Sapardi berdiri di depan orang tua berjanggut putih. "Kau datang dari jauh semata-mata nak menganiaya keluarga Akil" jerkah Haji

Sapardi mengancam lembaga puaka yang menjelma sebagai orang tua berjanggut putih. yang menganiaya anaknya" sahut orang tua berjanggut putih.

Sapardi memberi amaran lalu membacakan Ayatul Kursi sambil menghembuskan ke arah orang tua tersebut. Sekali gus api marak menyala membakar tubuhnya. Orang tua itu menjerit-jerit kesakitan.

un Tok Aji, minta ampun jangan bakar kami, jangan bakar kami. Tak tahan panas

-rayu minta belas kesihan.

Tetapi Haji Sapardi tidak peduli. Dia terus membaca Ayatul Kursi itu sehingga 113 kali. Seluruh badan orang tua itu hampir musnah di dalam api bernyala. Namun tenaganya masih ada mahu menyelamatkan diri. Bagaimana pun dia tidak dapat melarikan diri ke mana, kerana sudah dikurung oleh Haji Sapardi.

desak Haji Sapardi.

orang tua itu terketar-ketar.

kau aniaya anak Akil?" Haji Sapardi mengancam. Orang tua itu termengah-mengah mahu melarikan diri, tetapi dia sudah terkurung di dalam sangkar Haji Sapardi. Dia tidak dapat melarikan diri ke mana-mana lagi. Segala peluang hidup matinya tidak lepas dari tangan Haji Sapardi.

Dia tahu Haji sapardi tidak sama dengan Pak Akil. Setiap ayat-ayat Quran yang dihembuskan dari mulut Haji Sapardi semuanya mengancam dia. Orang tua itu berniat juga menyerang Haji Sapardi, tetapi setiap kali dia cuba menyerbu dia ditolak oleh angin kencang seperti rebut. Haji Sapardi dilihatnya berdiri seperti gunung yang tersergam di depannya.

lepaskanlah aku. Aku tak akan melawan kau Tok Aji" kata orang tua itu merintih-rintih.

tak cakap aku akan hancurkan kau dengan lanar jumanakum wala yamansanakum minna azabun

membacanya tiga kali.

Ketika ini panahan api datang bertalu-talu merejam ke tubuh orang tua tersebut. Sekaligus orang tua itu memekik meminta dan merayu pertolongan kepada Haji Sapardi.

31 lagi" rayuannya berulang kali.

Sapardi.

orang tua itu terketar-ketar.

"Pemuda yang meminang Lijah, tetapi pinangannya ditolak oleh Akil. Aku hanya

disuruh Tok A

-rintih menahan siksaan akibat badannya habis terbakar.

Sapardi menghembuskan ayat-ayat Quran ke arah orang tua tersebut.

kebumikan jasadnya, Lijah tak boleh balik lagi" sahutnya dalam ketakutan.

sekarang juga. Jangan kau ganggu lagi keluarga Akil" perintah Haji Sapardi keras.

Orang tua itu membukakan mulutnya luas-luas. Asap keluar berkepul dan mulutnya. Keluarlah Lijah dari mulut itu terapung-apung mencari tempat seperti bunga lalang ditiup angin.

Haji Sapardi melepaskan kurung orang tua itu lalu dihembusnya kuat-kuat dengan Surah Fatihah. Orang itu melayang jauh seperti dipuput angin puting beliung. Ketika ini Haji Sapardi dapat melihat Lijah dengan jelas terisak-isak menangis.

sebenarnya sudah terpisah dari keluarga kau, kerana mereka tidak tahu kedudukan sebenarnya. Tenteramlah kau disisi Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya " ujar Haji Sapardi sambil memimpin tangan Lijah ke satu kawasan lapang.

Sampai di pinggir kawasan lapang itu Haji

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 27-35)