• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAYAT BERTUKAR JADI KHINZIR Memang setiap kali berjamu ancak di batu

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 82-88)

bertimpuh berkenaan, Ucu Sidin tahu kakaknya Ulung Siah akan terketar-ketar badan. Lama terketar-ketar Ulung Siah akan berasa seram sejuk seolah-olah diganggu demam kura. Sekaligus pula perutnya akan senak memulas-mulas hingga tekak loya bagaikan mahu terjeluih muntah.

Apabila Ulung Siah mula beratip, lantas Pawang Lamid menyeru dengan jampi serapah. Ketika ini dia melihat bayangan Moyang Labang bersila rapat di sisi Ulung Siah seolah-olah ikut sama beratip. Tiga hari berturut-turut Moyang Labang beratip bersama Ulung Siah, jelmaannya akan menghilang laksana asap dipuput angin.

Setelah Moyang Labang menghilang nescaya Ulung Siah tidak lagi beratip melenggok-lenggok badan. Siapa pun tidak boleh harapkan dia menjampi serapah lagi kalau menghidap

penyakit bertahun-tahun Memang Pawang Lamid dapat melihat dengan jelas bayangan Moyang Labang berpakaian serba hijau terconggok di sisi Ulung Siah.

Tetapi Ucu Sidin tidak beritahu ayahnya mengenai Ulung Siah menjerit-jerit marah tatkala Pawang Lamid berjamu ancak Ulung Siah merapik hingga menghentak-hentak kaki ke lantai apabila apabila ayahnya berjamu ancak tidak mengikut tempoh yang ditetapkan. Manalah boleh berjamu ancak ikut kemahuan sendiri dengan tidak mematuhi amalan yang diamalkan.

Ulung Siah mengertap bibir seolah-olah kecewa keputusan Pawang Lamid berjamu ancak. berpawang!" dia mencebek bibir melepaskan rasa marah yang mendongkol. Memang Ucu Sidin berasa hairan dengan perubahan pada diri kakaknya yang cepat-cepat membentak. Dia tidak terketar-ketar badan menahan seram sejuk tidak menentu Apabila ayahnya balik dari berjamu ancak di batu bertimpuh, barulah Ulung Siah beratip tersangkut-sangkut.

Sebaik sahaja Pawang Lamid menyuruh ambilkan selendang hijau, Ucu Sidin tidak membantah apa-apa. Hinggalah seminggu Ulung Siah berterusan beratip, Ucu Sidin tidak memahami apa-apa mengenai kejadian yang menimpa kakaknya. Dalam masa Ulung Siah beratip berterusan, Usin Pakau juga semakin liar menjalar hingga kakinya terkotek-kotek bagaikan ekor ular mahu membelit kukuh. Sebab itu Pawang Lamid dicabar, sekalipun dia masih boleh bertahan kalau diganggu geruh puaka. Masakan puaka dimana-mana mampu tewaskan dirinya tatkala terserempak.

Asal sahaja dia hentakkan kaki ke bumi, nescaya puaka yang berkeras mahu melawan akan tenggelam terjerlus bagaikan terpijak di

80 selut. Bila-bila Pawang Lamid sanggup berdepan sekiranya mahu mencari geruh dirinya.

Tetapi perkara anak dan cucunya berhadapan dengan geruh, memang dia tidak boleh bertahan. Apa lagi kalau puaka berkenaan sudah menyerap kukuh laksana garam sudah dibancuh ke dalam air. Bukan mudah mahu saringkan garam terasing daripada air yang larut bersamanya

membantu Kak Siah ni," beritahu Malim Tekih apabila diperkenalkan Tak Aji kepada Pawang Aji," sahut Pawang Lamid merendahkan diri disebabkan kecewa dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Tok Aji apabila mengenangkan Malim Tekih bersusah payah dari jauh semata-mata harapkan dirinya.

Beberapa kali Malim Tekih datang menjengahnya apabila lama menetap bersama Wak Sarmin di Endau. Setiap kali Wak Sarmin mengunjungi Tok Aji memang Malim Tekih ikut sama menjengah. Setelah berpindah ke kampong Pawang Lamid itulah jarang dia menemui Tok Aji Malah ke Endau pun lama dia tidak menjengah muka mengunjungi bapa angkatnya Wak Sarmin.

Kalau tidak disebabkan bapa mentuanya harapkan dia membantu, Malim Tekih tidak terniat langsung mahu mengunjungi Tok Aji. Sekiranya mahu memberi tahu bapa angkatnya Wak Sarmin di Endau, ianya lebih jauh kalau dibandingkan dengan menemui Tok Aji sendiri. Lagi pun belum tentu Wak Sarmin mahu menjengah datang apabila dia mengunjungi ayah angkatnya itu.

Serba salah juga Malim Tekih setelah bapa mentuanya mendesak dia menyuruh jemput Wak Sarmin. Tahu sangat Pawang Lamid mengenai Wak Sarmin akan menjelma menjadi

harimau apabila keadaan kian terdesak. Tentu jelmaan puaka yang merasuk Ulung Siah akan bercempera lari menyelamatkan diri apabila Wak Samiin menjelma menjadi harimau. Tetapi bukan mudah Wak Sarmin mahu melakukan kalau tidak terdesak sangat. Dia tidak mahu sesiapa menuduhnya sengaja menunjuk-nunjuk kepandaian kalau jelmakan diri menjadi harimau Sampai bila pun Wak Sarmin tetap akan kenang kejadian yang menyebabkan dirinya berpisah dengan isterinya Lisun. Kalau tidak terdesak memang dia tidak akan jelmakan dirinya menjadi harimau tatkala Lisun kepingin mahu melihat harimau liar di tengah belukar. Sebab itu dia menyuruh isterinya bersembunyi saja di atas para rumah sekiranya berhasrat melihat harimau hidup di depan mata. Apabila dia menjelma menjadi harimau tersentak Lisun hingga terkejang pengsan tidak sedarkan diri.

Sebaik sahaja dipulihkan Lisun mengambil keputusan tidak mahu lagi balik kepada Wak Sarmin. Dia melihat sendiri Wak Sarmin bertukar menjadi harimau di tengah rumah. Terigau-igau Lisun mengenai dirinya bersuamikan harimau yang terconggok di hadapannya. Sebab itu kerat sepuluh pun dia tidak akan balik semula ke rumah Wak Sarmin Memang Malim Tekih tahu mengenai kejadian yang menimpa ayah angkatnya hingga terpaksa berpindah ke Endau membawa perasaannya yang terluka. Kemana pun dia membawa diri Wak Sarmin tidak pernah putus hubungan dengan Tok Aji Dia akan kunjungi juga Tok Aji setelah sama-sama merantau sejak tinggalkan kampung halaman masing-masing d Bukit Tinggi.

ak angkat saya, Bang Aji," ujar Wak Sarmin tatkala memperkenalkan anak angkatnya kepada Tok Aji sewaktu berkunjung di madrasah.

81 pekat loghat kampung halamannya di tanah Minang

ok Aji" beritahu Malim Tekih Seolah-olah terbayang pohon kelapa yang menghijau di pinggir danau terbentang luas.

dijunjung," lantas Tak Aji ingatkan dia apabila sama-sama jejak kaki di Semenanjung.

Malim Tekih mengangguk perlahan Dia juga tahu mengenai peribahasa yang dipegang kukuh apabila meninggalkan kampung halaman seperti diingatkan oleh nenek mamaknya. Kalau berdagang buatlah resmi ayam betina, jangan ayam jantan, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi! Sengaja Malim Tekih tidak membantah apa-apa tatkala seisi kampung berjamu ancak mematuhi keputusan bapa mentuanya Pawang Lamid. Perkara berjamu ancak bukanlah menghairankan sangat pada Malim Tekih apabila menjejak kaki ke kampung berkenaan. Semenjak dia tinggalkan Maninjau mengaji pondok di Padang Panjang, terus pindah di Lubuk Sakaping, dia sudah mengalami berjamu ancak penduduk-penduduk kampung Memang Lama dia menetap di Lubuk Sakaping sebelum berpindah ke Semenanjung hingga bertemu Wak Sarmin di Endau. Ketika dia di Lubuk Sakaping dia ikut sama berkebun membantu keluarga angkatnya Pak Jalin. Tahu sangat dia mengenai Pak Sabata akan berjamu ancak asal sahaja musim turun ke sawah kerana bimbang diganggu siluman.

Seisi kampung akan ditimpa malang sekiranya siluman menjelma ke tengah sawah hingga anak-anak padi dilunyah habis. Siapa lagi boleh diharap mengusir siluman kalau bukan Pak Sabata. Lainlah selepas berjamu ancak nescaya siluman akan menjelma membantu mereka menajak di tengah sawah Mereka tertegun menjengah di tengah sawah apabila

sejenjang tanah siap dibajak sepanjang malam. Apa salahnya mereka berjamu ancak sekiranya siluman menjelma membantu mereka menajak sawah Sudah lama Pak Sabata satu-satunya yang mahir mengawal siluman apabila seisi kampung bersetuju berjamu ancak setiap kali musim berjamu ancak," jelas Pak Jalin ingatkan Malim Tekih supaya tidak membantah kemahuan penduduk-penduduk kampung Mereka mesti sediakan seekor kerbau siap disembelih di tepi rumpun aur tatkala malam diserkup kegelapan.

Malim Tekih sekadar mengeluh perlahan dengan keputusan bapa angkatnya semasa menetap di Lubuk Sakaping. Masakan dia boleh membantah kalau takat datang berdagang di kampung halaman orang Biarlah masing-masing membuat keputusan demikian, Malim Tekih tidak akan bersuara apa-apa Mereka akan berkongsi sediakan seekor kerbau yang tidak pernah turun membajak ke tengah sawah seperti ditetapkan Pak Sabata. Siluman tidak akan menerima berjamu ancak sekiranya disediakan kerbau pembajak sawah. Setelah disembelih oleh Pak Sabata, dia sendiri akan melapah sampai lapan bahagian Setelah siap dilapah oleh Pak

Sabaa, orang-orang kampung akan

memanggang mentah untuk diusung ke tepi belukar rumpun aur. Daging kerbau dilapah lapan yang sudah dipanggang mentah diletakkan di atas daun pisang Pak Sabata kemudiannya memasang lilin di sekeliling ancak daging kerbau itu, terus membakar setanggi biar asapnya melabun menusuk ke tengah belukar rumpun aur. Selepas Pak Sabata menyeru siluman menjelma, mereka semua berundur jauh memerhati dari belakang sawah. Ketika ini seisi kampung nampak bayang jelmaan siluman bagaikan lelaki hodoh berpakaian compang-camping Berpuluh-puluh lelaki hodoh keluar dari rumpun aur menyerbu ke tempat ancak kerbau di sediakan Berebut-rebut siluman

82 berkenaan meratah panggang kerbau disalai mentah itu.

Ketika ini Pak Sabata sekadar duduk sahaja di tanah dengan beratip perlahan. Habis sahaja daging kerbau dilapah lapan itu, sekaligus siluman bertukar menjadi beberapa ekor babi. Mereka meluru ke tengah sawah menondol-nyondol tidak berhenti menyebabkan sawah mereka seolah-olah dibajak habis.

mereka akan musnah," beritahu Pak Jalin mengenai keputusan penduduk-penduduk kampung bersetuju berjamu ancak seperti ditetapkan oleh Pak Sabata. Bimbang juga dia sekiranya tanah sawahnya mengalami kejadian yang menimpa Fakeh Sibin semata-mata disebabkan tidak ikut sama berjamu ancak.

Habis sejenjang tanah sawah Fakeh Sibin berlubang menjadi lubuk hingga sebesar kawah kesan dilunggah babi. Tidak dapat dia menanam anak benih disebabkan tanah sawah sudah berlubang-lubang menjadi lubuk hingga takat leher air tergenang. Sebak benar Fakeh Sibin menahan keharuan yang menusuk dada akibat tanah sawahnya tidak boleh lagi digunakan menanam anak benih padi.

Tidak terniat langsung Fakeh Sibin mahu membantah ketetapan Pak Sabata kalau takat berjamu ancak. Apa sangat berkongsi membeli seekor kerbau beramai-ramai seisi kampung kalau dibanding kerugian yang dialami akibat tanah sawah dilunggah babi. Bila-bila Fakeh Sibin sanggup bayar wang berkongsi membeli seekor kerbau sekirannya diminta oleh Pak Sahara Tetapi siapa pun tidak beritahu mengenai Pak Sabata mahu berjamu ancak, setelah orang-orang kampung menuduh Fakeh Sibin melarang mereka berjamu ancak. Perkara turun ke sawah tidak sama dengan gangguan siluman yang menentukan seekor kerbau mesti dipanggang mentah. Fakeh Sibin sekadar mengingatkan penduduk-penduduk kampung

supaya tidak bergantung kepada bantuan siluman sahaja membajak sawah. Sebab itu mereka memberitahu Pak Sabata mengenai Fakeh Sibin melarang mereka supaya tidak berjamu ancak. Memang Pak Sabata tidak memaksa sesiapa pun berjamu ancak apabila musim turun ke sawah. Dia hanya amalkan amalan yang diturunkan sejak nenek mamak setiap kali mahu mulakan bersawah padi pada setiap tahun.

sawah akan musnah," sengaja Malim Tekih ungkit juga mengenai kejadian yang menimpa Fakeh Sibin itu.

Pak Jalin mengeluh pendek apabila kenangkan sejenjang tanah sawah Fakeh Sibin musnah berlubang-lubang disondol babi beratus-ratus ekor.

Malim Tekih bertekad mahu mempertahankan tanah sawah bapa angkatnya kalau diganggu babi yang keluar dari celah rumpun buluh aur. Malim," sahut Pak Jalin tidak mahu menentang amalan turun temurun yang ditetapkan oleh Pak Sabata.

Tekih tidak mahu mengalah sekiranya siluman menganggu di tengah kampung.

Disebabkan Pak Jalin tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa, dia memujuk Malim Tekih menerima sahaja keputusan orang kampung berjamu ancak apabila musim turun ke sawah Mereka tetap usung daging kerbau dilapah lapan dengan dipanggang mentah ke perdu rumpun buluh aur di pinggir hutan Sebaik sahaja Pak Sebata memasang lilin tujuh batang berkeliling, dia terus membakar kemenyan dengan menyeru

Bukat kalbu datang baku, datang daripada nenek mamak, aku pun datang dari nenek

83

mamak, tempat permulaan kita, tempat kediaman kita di dalam kalimat, kita bersaksi dengan kalimat, berkat hu...

Setelah selesai menyeru lantas dia memberi isyarat supaya berundur jauh ke seberang sawah. Belum pun mereka jejak kaki di seberang sawah masing-masing sudah melihat lelaki-lelaki hodoh keluar dari rumpun buluh aur menyerbu daging kerbau dipanggang mentah. Berebut-rebut mereka menghunggis daging kerbau dipanggang mentah itu sehingga habis tidak tersisa. Tidak lama seiepas itu lelaki hodoh berkenaan bertukar menjadi babi beratus-ratus ekor terus menyungkur tanah sawah. Orang-orang kampung melihat babi beratus-ratus ekor itu menyondol tanah sawah laksana kerbau membajak sawah Tentu tidak siapa pun membantah disebabkan mereka tidak perlu lagi membajak sepanjang hari di bawah terik matahari memancar.

Dalam masa beratus-ratus ekor babi menyondol tanah, tiba-tiba sahaja semuanya bercempera melarikan diri Tidak ketahuan babi-babi berkenaan merempuh ke sana ke mari seolah-olah diburu pemburu-pemburu di segenap penjuru Tetapi mereka yang tercegat seberang sawah tidak melihat sesiapa pun pemburu menghambat babi-babi berkenaan.

Sabata?" Musid Telong hairan dengan keadaan beratus-ratus ekor babi itu bercempera lari.

tang larang!" gerutu Pak Sabata kecewa dengan kejadian yang berlaku di luar dugannya

-babi tu menyerbu ke sini?" bimbang juga Musid Telong sekiranya beratus-ratus babi yang bertempiaran meluru masuk ke tengah kampung Tentu babi-babi berkenaan akan menyondol siapa saja yang tidak sempat bersembunyi dalam keadaan kelam

bersembunyi," beritahu semua jiran-jiran yang berkumpul di seberang sawah

Musid Telong menggesa mereka semua segera balik ke tengah kampung. Tidak bertangguh mereka semua bersembunyi naik ke atas rumah masing-masing setelah beratus-ratus ekor babi itu bercempera seolah-olah dihambat pemburu. Mereka tidak peduli lagi sama ada Pak Sabata bertahan atau tidak di situ Tetapi masakan Pak Sabata mahu bertahan dalam saat beratus-ratus ekor babi sudah menyerbu tidak ketahuan Satu-satunya yang tahu mengenai kejadian beratus-ratus ekor siluman itu bercempera melarikan diri hanya Fakeh Sibin yang sama-sama solat maghrib bersama Malim Tekih Tatkala mereka berdua tengah solat maghrib Pak Sabata bersama penduduk kampung mengusung daging kerbau dilapah lapan ke rumpun buluh aur Selesai solat maghrib terus mereka berdua solat sunat dua rekaat. Fakeh Sibin membaca Yassin sewaktu Malim Tekih berzikir di anjung surau. Biarlah mereka berdua sahaja terconggok di tengah surau dalam masa penduduk-penduduk kampung mengikut Pak Sabata berjamu ancak. Ketika Malim Tekih membayangkan ranjau buluh dipasang di seluruh lumpur sawah apabila badannya terasa bagaikan dirayap semut takala berzikir kian bergema jauh di sanubari. Terasa tubuhnya bergoncang kuat akibat getar zikir yang mengombak-ombak seluruh urat nadi menyebabkan dia melihat siluman menjelma laksana Ielaki hodoh di selaputi lumpur selut keluar dari buluh rumpun aur. Bangga sangat siluman berkenaan dijamu daging kerbau panggang dilapah lapan. Sampai bila pun seisi kampung akan mematuhi kemahuan mereka kalau mahu sawah padi dijaga baik-baik. Sejak turun temurun mereka mesti dijamu

penduduk-penduduk kampung supaya membantu

membajak tanah masing-masing. Sepanjang malam siluman berkenaan akan menjelma

84 menjadi babi beratus-ratus ekor menyondol tanah sawah bagaikan kerbau membajak Apabila jelmaan babi siluman itu tersondol ranjau berceracak di tengah sawah segera lelaki hodoh melompat ke tengah kumpulan babi-babi berkenaan. Marah benar lelaki hodoh itu diganggu ranjau-ranjau bercerancang seolah-olah mahu menguji kesaktian dirinya.

lelaki hodoh itu sebaik sahaja ternampak Malim Tekih di awang-awangan terapung laksana bunga lalang dipuput angin.

Malim Tekih tidak menyahut apa-apa, tetapi terus azan tujuh kali hingga ranjau tercancang berterbangan ke udara. Babi yang menyondol tanah sawah diterjah ranjau yang berterbangan asal sahaja bertahan di situ Dalam keadaan lelaki hodoh terpinga-pinga, Malim Tekih terus membacakan:

-yasyfi soduro qaumim mukminin.

Lantas Malim Tekih memangkas tangan di udara bagaikan menghayun mata pedang hingga kilaunya memancar menggerunkan. Sekaligus pula lelaki hodoh itu diserbu jelmaan babi siluman beratus-ratus yang bercempera tidak ketahuan. Memang mereka berdua terconggok di atas surau tidak berganjak apa-apa, terdengar jerit pekik di baruh kampung apabila babi-babi beratus ekor dari tengah sawah bercempera ke sana ke mari. Sebaik saja masuk isyak Malim Tekih mengajak Fakeh Sibin mara ke hadapan menjadi imam solat. Memang Fakeh Sibin tidak mengelak disebabkan dia sendiri menjadi imam di surau berkenaan. Apabila seisi kampung mengusung daging kerbau dipanggang mentah berjamu ancak dia tidak berupaya menghalang mereka. Biarlah dia tercegat seorang diri sahaja solat di tengah surau, Fakeh Sibin tidak peduli apa-apa. Tetapi semenjak Malim Tekih menetap di kampung halamannya di Lubuk Sakaping, dia

berbangga disebabkan anak muda berkenaan tetap temankan dia di surau dalam masa seisi kampung berjamu ancak. Sewaktu mereka berdua bersiap-siap mahu balik ke rumah setelah memadamkan api pelita di tengah surau, terkejut Fakeh Sibin apabila Musid Telong termengah-mengah memanggilnya.

Tersengguk-sengguk Musid Telong memberitahu mengenai Pak Sabata cedera parah diserbu beratus-ratus ekor babi yang meluru dari tengah sawah. Sewaktu Fakeh Sibin bersama Malim Tekih menjengah ke rumahnya, jiran-jiran memberitahu mengenai Pak Sabata sudah meninggal dunia.

Disebabkan Pak Sabata tidak dapat diselamatkan segera Fakeh Sibin bujurkan mayat di tengah rumah. Dia sendiri menutup mayat dengan kain batik panjang Sepanjang malam pula Malim Tekih bacakan Yassin bergilir-gilir dengan Fakeh Sibin disebabkan orang-orang kampung masih berjaga-jaga kerana bimbang babi-babi siluman itu menyerbu naik ke rumah.

Sebaik sahaja masuk subuh, Fakeh Sibin menyuruh mereka bersiap-siap untuk kebumikan mayat selepas solat. Ketika ini beberapa orang jiran temasuk Musid Telong ikut sama solat subuh di surau bersama Fakeh Sibin dan Malim Tekih. Kejadian yang menimpa Pak Sabata tetap menjadi ingatan mereka setelah beratus-ratus ekor babi siluman itu menjadikan lelaki itu sasaran.

Selepas sarapan pagi Fakeh Sibin meminta Musid Telong sendiri mengetuai orang-orang kampung menggali kubur. Manakala dia sendiri bersama Malim Tekih akan menguruskan mandi mayat, berkapan hingga sembahyang jenazah. Tatkala mahu mandikan mayat terkejut benar Malim Tekih apabila melihat seekor babi tergolek di bawah kain tutupan mayat.

Aji mengerling pada Pawang Lamid setelah duduk di sisi Ulung Siah.

85 "Di Lubuk Sakaping dulu dia tengok mayat Pak Sabata bertukar menjadi babi," tutur Tok Aji menyebabkan Malim Tekih terpinga-pinga. Tidak pernah dia memberitahu sesiapa pun mengenai kejadian yang menimpa Pak Sabata sekalipun pada Wak Sarmin

Tekih meminta kepastian, tetapi Tok Aji tidak menyahut apa-apa.

Mengeluh pendek Malim Tekih apabila Tak Aji jelaskan demikian, lantas dia berpaling memandang ke arah saya.

73. KERUSANG EMAS JADI PEKUNG

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 82-88)