• Tidak ada hasil yang ditemukan

PUNTUNG HANYUT MENJADI ULAR

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 76-82)

Sudah lama tidak bertemu Ucu Sidin, tidak perasan lagi saya disebabkan uban sudah memutih di kepalanya. Kalau tidak diperkenalkan oleh Mat Kanun hampir saya tidak cam lagi dia setelah lama berpindah ke Felda. Apa lagi Ucu Sidin jarang balik ke kampong semenjak bepindah di Felda jauh di Johor. Apabila diberitahu oleh Mat Kanun mengenai kampungnya diganggu jelmaan usungan mayat berkeliaran tengah malam, terpaksa juga Ucu Sidin balik menjengah. Tersenyum Ucu Sidin apabila didesak orang-orang kampung supaya berjamu ancak di batu bertimpuh seperti diamalkan arwah ayahnya Pawang Lamid. Tahu sangai Ucu Sidin ayahnya juga tidak akan berjamu ancak kalau takat jelmaan usungan mayat kelihatan di tengah malam. Lama ayahnya tidak amalkan lagi berjamu ancak disebabkan tidak mahu mematuhi pantang larang yang ditetapkan sejak

turun temurun. Lainlah ketika nenek moyangnya menjadi pawang, memang Pawang Lamid tahu batu bertimpuh itu tempat mereka berjamu ancak. Tetapi dia tidak terpengaruh dengan batu bertimpuh, sekalipun nenek moyangnya beritahu mengenai Moyang Labang yang hilang di sekitar kawasan berkenaan.

-ujar Ucu Sidin perlahan apabila kenang Usin Pakau berkuat juga mahu berjamu ancak di batu bertimpuh berkenaan.

ayahnya sudah membuat keputusan tidak amalkan lagi jamu ancak demikian.

Manalah Usin Pakau tahu mengenai emaknya Ulung Siah terpaksa di pakaikan selendang hijau tatkala beratip setelah Pawang Lamid berjamu ancak. Kadangkala sampai tiga hari berturut-turut Ulung Siah terus beratip tidak berhenti.

Ketika ini orang-orang kampung bertumpu ke rumahnya minta ubatkan sesiapa sahaja menghidap penyakit. Memang sesisi kampung harapkan Ulung Siah akan beratip bagaikan hilang ingatan asal sahaja ayahnya Pawang Lamid berjamu ancak. Mereka tidak peduli mengenai Ulung Siah dipakaikan selendang hijau dengan pakaiannya juga serba hijau, Biarlah berterusan Ulung Siah beratip asal sahaja mereka boleh meminta apa sahaja tatkala perempuan itu beratip demikian. Masakan mereka tidak berasa hairan apabila Mail Lompong bertahun-tahun menghidap benguk pada leher, tiba-tiba sahaja seruh dalam masa tiga hari setelah meneguk air yang dijampi Ulung Siah tatkala dia beratip. Apabila Ulung Siah berhenti beratip sudah tentu ingatannya akan pulih semula. Dia tidak akan menjampi apa-apa lagi disebabkan tidak menyedari fasal beratip sejak berhari-hari itu. Lama benar Mail Lompong menghidap benguk pada leher hingga

74 membengkak sebesar mumbang kelapa. Puas berubat dengan Pawang Lamid benguk berkenaan tidak juga seruh. Sebab itu tidak bertangguh dia meminta Ulung Siah jampikan tatkala perempuan itu beratip selepas Pawang Lamid berjamu ancak di batu berlimpuh. Memang Pawang Lamid tahu setiap kali dia berjamu ancak, anaknya Ulung Siah akan merungut-rungut tidak menentu. Ketika ini Ulung Siah sudah dirasuk Moyang Labang menyebabkan dia mesti dipakaikan selendang hijau. Kalau tidak dikawal oleh Pawang Lamid nescaya anaknya akan berterusan menjadi tidak siuman. Setelah dipakaikan selendang hijau Ulung Siah akan beransur-ansur pulih semula.

Lompong beritahu mengenai benguk yang membengkak pada lehernya.

d menjadi perantaraan apabila bercakap dengan Ulung Siah dalam masa dia beratip. Ketika ini Pawang Lamid seolah-olah tidak berhadapan dengan anaknya, tetapi bertutur dengan Moyang Labang Siah dengan menundukkan kepala lantas menutup muka dengan selendangnya.

merendah diri.

-olah mengejek mereka disebabkan sengaja menunggu peluang dia beratip dalam keadaan tidak sedarkan apa-apa.

Lantas Pawang Lamid hulurkan botol air ke hadapan Ulung Siah dengan memberi isyarat supaya Mail Lompong mara ke hadapan. Sebaik sahaja Mail Lompong terconggok di depannya, Ulung Siah meraba-raba benguk di leher Mail

Lompong, sekalipun dia masih tertunduk menyembunyikan muka di sebalik selendang hijaunya. Lama Ulung Siah meraba-raba benguk berkenaan, dia menyeru perlahan:

Hai si halus hitam hulubalang hitam, hulubalang si raja halus, pergi engkau memotong benguk di leher si anu, jangan kau melanggar perintah aku, jirim namanya aku, api menyala di mulut aku.

Sebaik sahaja Ulung Siah hembuskan pada botol air, mereka melihat seolah-olah asap kemenyan yang dibakar Pawang Lamid melabun berkeliling botol air di hadapan mereka. Berpusar-pusar asap kemenyan di keliling botol air hingga tercium bau harum di tengah rumah. Kemudian Ulung Siah menyuruh Mail Lompong meneguk air di dalam botol terus disapukan kepada benguk yang membengkak sebesar mumbang kelapa di lehernya. Tiga hari selepas meneguk air yang dijampi Ulung Siah memang benguk di leher Mail Lompong seruh tidak bertahan. Semenjak itulah penduduk-penduduk kampung harapkan Pawang Lamid berjamu ancak biar Ulung Siah beratip akibat dirasuk Moyang Labang. Ketika ini memang Ulung Siah akan menjampi bersama jelmaan Moyang Labang hingga penyakit yang mereka hidapi boleh sembuh serta merta. Tetapi Ulung Siah tidak tahu apa-apa sekiranya dia tidak beratip hingga dipakai selendang hijau oleh ayahnya Pawang Lamid. Sebab itu ketika anaknya Usin Pakau mengelepar hingga menjalar laksana ular dia sekadar mengeleng kepala sahaja. Terkaku dia apabila Usin Pakau tiba-tiba sahaja kejang akibat sakit kepala berdenyut-denyut. Sebaik diberitahu pada Pawang Lamid, segera dicekaknya tangan Usin Pakau. Ketika ini dia merasakan tangan cucunya lembik seolah-olah tidak bertulang. Bimbang dia juga mahu berkeras kerana bimbang tangan Usin Pakau akan terkehel. Beberapa kali ditepuknya kepala Usin Pakau, sekaligus cucunya mengeliat terus

75 menjalar dilantai bagaikan ular mahu menerkam mangsa.

Pawang Lamid terus berdiri dengan mengisar tapak tangan.

kalau nak cari geruh aku mari merenung tajam ke arah Usin Pakau.

Namun keadaan Usin Pakau bertambah pasang hingga beberapa kali dia melonjakkan kepala seolah-olah ular tedung selar mahu menerkam. Seminggu Usin Pakau meniarap dengan menjalar berkeliling di atas tikar menyebabkan Pawang Lamid hampir putus asa. Ketika ini seisi kampung gempar apabila terserempak puntung kayu hanyut di sungai akan bertukar menjelma menjadi ular hitam sekiranya tersangkut di mana-mana. Mereka bimbang turun mandi ke sungai sekiranya terserempak puntung hanyut terapung ditengah arus. Manalah tahu puntung kayu berkenaan tersangkut pada badan mereka hingga bertukar menjadi ular hitam.

beritahu Utih Deraoh

tergamam apabila puntung kayu hanyut tersangkut pada joran kailnya.

Tidak bertangguh dia campakkan joran kail ke tengah air sebaik sahaja ular hitam berbelit-belit di situ. Tatkala Pawang Lamid menerpa ke tebing sungai dia sekadar melihat puntung kayu terbakar teroleng-oleng ditolak arus. Masakan Utih Deraoh berbohong apabila dia melihat ular hitam berkenaan berbelit-belit di hujung joran. Bukan Utih Deraoh sahaja terserempak, malah Hasan Debeng juga hampir dipatuk ular hitam semasa turun mandi ke tengah sungai. Sebaik sahaja nampak puntung kayu tersangkut pada ranting aur rebah ke air, sengaja dia kuakkan ke tepi. Tiba-tiba sahaja puntung berkenaan bertukar menjelma menjadi ular hitam. Tidak bertangguh Hasan Debeng melompat naik ke

tebing apabila kepala ular berkenaan mencodak menentang arus. Mujur juga Hasan Debeng sempat menguis kuat ular berkenaan dengan hujung ranting sebelum dapat menerkam ke arahnya. Sebab itu seisi kampong harapkan Pawang Lamid berjamu ancak biar mala petaka tidak menganggu berterusan.

Tetapi bukan mudah Pawang Lamid mahu berjamu ancak, disebabkan hanya beberapa bulan sahaja usung panggang ayam mentah, bertih tujuh piring, pulut kuning sepinggan dengan telur rebus tujuh biji dibawa ke batu bertimpuh. Kalau berjamu ancak nescaya anaknya Ulung Siah akan beratip berturut-turut tiga hari laksana tidak siuman. Masakan dia mahu bebankan anaknya setelah berjamu ancak di batu bertimpuh itu.

perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

an mematuk

budak-kenangkan dia sendiri hampir menerima geruh. -budak mandi ke

-budak bercempera mandi di sungai. Seisi kampong mesti tegah anak masing-masing supaya tidak ke sungai mandi terjun dari atas tebing.

Tetapi puntung kayu bukan takat hanyui di tengah arus sungai sahaja. Mereka juga bimbang akan menguis puntung kayu di atas tungku dapur. Manalah tahu puntung kayu berkenaan menjelma menjadi ular hitam. Tentu ular berkenaan akan mematuk sekiranya tidak sempat mahu mengelak. Malah puntung kayu dicampakan ke tengah halaman pun mereka mudah terkejut apabila tersepak tidak menentu. Apa lagi kalau tersandung waktu malam tatkala balik dari surau, bagaimana mereka mahu mengelak tatkala kepala ular hitam mencodak?

76 Mereka mesti desak juga Pawang Lamid berjamu ancak dalam masa kampung halaman mereka diancam jelmaan ular hitam.

kampung mengenai berjamu ancak hanya dilakukan setidak-tidaknya dalam iempoh setahun. Disebabkan Usin Pakau terus juga menjalar di tikar laksana ular, disamping seisi kampung bimbang puntung kayu menjelma menjadi ular, terpaksa juga Pawang Lamid berjamu ancak. Orang-orang kampung sendiri sediakan ayam selasih disembelih buat panggang mentah. Mereka masak pulut kuning, buat bertih tujuh piring dengan telur rebus tujuh biji. Apa sangat takat sediakan ramuan kelengkapan berjamu ancak, kalau bandingkan dengan usaha Pawang Lamid membantu mereka. Bagaimana kalau ribut kencang melanda kampung tengah malam bersama hantu tinggi merempuh tidak peduli siapa. Manalah hantu tinggi peduli apabila apabila merempuh kampung dengan kepala mendongak ke atas. Siapa sahaja dilangkah hantu tinggi nescaya akan muntah lumut sampai terkejang menggelepar. Satu-satunya yang boleh mereka harapkan memang Pawang Lamid!

Sebaik sahaja Pawang Lamid membakar lada kering dengan garam di atas tungku dapur, sekali gus ribut akan berhenti. Hantu tinggi yang merempuh kampung akan membelok ke persimpangan lain setelah menyedari kampung mereka dijaga keturunan Moyang Labang. Hantu tinggi tidak akan ganggu keturunan Moyang Labang, selagi amalannya diamalkan berterusan. Memang berjamu ancak bukan menyeru hantu tinggi menjelma laksana lembaga tinggi tercegat dengan kepala cecah ke awan. Tetapi berjamu ancak Pawang Lamid sekadar ingatkan mengenai nenek moyangnya Moyang Labang yang hilang di kawasan batu berkenaan. Siapa pun tidak tahu ke mana

Moyang Labang menghilang setelah tidak balik ke rumah sewaktu bersihkan parit musim turun ke sawah. Isterinya Onyeh Tisah melihat Moyang Labang bersandar pada batu bertimpuh sebaik sahaja meneguk air. Penat sangat dia akibat bekerja keras bersihkan parit tali air biar mereka boleh turunkan ke sawah. Apabila matahari tegak di kepala Onyeh Tisah segera mengajak suaminya balik ke rumah. Tetapi ketika ini Moyang Labang tidak Iagi tersandar pada batu bertimpuh tersergam di seberang sawah. Disebabkan menyangka Moyang Labang sudah balik ke rumah, Onyeh Tisah juga balik ke rumah tidak pedulikan apa-apa. Hingga petang dia menunggu di rumah Moyang Labang tidak juga nampak kelibat. Bimbang juga Onyeh Tisah disebabkan tidak pemah suaminya tinggalkan dia dengan tidak memberitahu apa-apa. Tiga hari dia menunggu Moyang Labang tidak juga balik ke rumah, Lantas Onyeh Tisah beritahu jiran-jiran mengenai kehilangan suaminya. Tatkala jiran-jiran menjengah ke batu bertimpuh mereka melihat kesan tempat kemenyan baru sahaja dibakar. Asap kemenyan masih melabuh laksana Moyang Labang tengah membakar kemenyan di situ. Ketika ini anaknya Siak Kamat terdengar suara ayahnya Moyang Labang ingatkan supaya berjamu ancak asal sahaja genap setahun dia hilang di situ.

suara yang bergema di celah batu bertimpuh itu.

-|amanya, mencarinya lagi setelah hilang entah ke mana.

Sebab itu Pawang Lamid tidak iergesa-gesa berjamu ancak kalau belum tiba masanya seperti ditetapkan nenek moyangnya Siak Kamat. Memang Siak Kamat satu-satunya yang bertutur dengan Moyang Labang setelah ayahnya hilang di batu bertimpuh berkenaan. Dia sekadar mematuhi amalan oleh nenek moyangnya sejak

77 turun temurun. Kalau tidak disebabkan seisi kampung mendesak memang Pawang Lamid tidak mahu sangat berjamu ancak. Tetapi orang-orang kampong semakin bimbang dengan puntung kayu yang menjelma menjadi ular hitam mencodak kepala. Sekali pun ular berkenaan tidak pemah lagi mematuk sesiapa, namun mereka tetap bimbang disebabkan bahaya sentiasa mengancam keluarga masing-masing.

Selagi Usin Pakau menjalar di tengah rumah laksana ular, memang seisi kampung diganggu jelmaan puntung kayu menjadi ular itu. Bukan lagi puntung kayu hanyut di tengah arus sungai, malah mana-mana sahaja puntung kayu tergolek tidak boleh dipercayai lagi. Manalah tahu puntung kayu di atas tungku dapur juga boleh menjelma menjadi ular dalam sekelip mata. Sebaik sahaja Pawang Lamid membakar kemenyan, terus sahaja Ulung Siah beratip sepanjang malam. Lantas dipakaikan selendang hijau oleh Pawang Lamid. Ketika inilah Ulung Siah melenggok-lenggok badan beratip tidak berhenti. Terpaksa pula Pawang Lamid bercekang mata menunggu sepanjang malam. Dalam masa Ulung Siah beratip dia terpaksa mengawalnya supaya kemenyan terus dibakar. Kalau asap kemenyan tidak melabun nescaya Ulung Siah tidak dapat dipulihkan lagi. Ketika Ulung Siah beratip ini tidak bertangguh Utih Deraoh bersama Hasan Debeng beritahu mengenai puntung kayu menjelma menjadi ular hiiam mencodak kepala itu.

-sengih Ulung Siah mengejek mereka. Utih Deraoh setelah yakin Ulung Siah diserap jelmaan Moyang Labang.

Lantas Ulung Siah ingatkan mereka supaya tidak pedulikan jelmaan ular hitam berkenaan.

mengalami terserempak jelmaan ular tersebut. u tak ganggu dia tak akan mematuk" jelas Ulung Siah tersengih-sengih menutup muka dengan selendang hijau.

Ketika inilah Pawang Lamid minta sembuhkan keadaan Usin Pakau yang menjalar di tengah rumah bagaikan ular mencodak kepala. Tetapi Ulung Siah mengeleng-ngeleng tidak mahu membantu. Terkejut juga Pawang Lamid dengan jelmaan yang menyerap dalam diri anaknya apabila enggan ubatkan Usin Pakau. Kalau jelmaan Moyang Labang, masakan mengelak ubatkan keturunannya sendiri.

Tetapi Pawang Lamid tidak pernah membentak marah sekali pun cucunya dan anaknya diganggu geruh. Setelah seminggu Ulung Siah beratip tidak pulih semula, Pawang Lamid dapat mengagak anaknya dirasuk jelmaan lain. Dia tahu sekiranya Moyang Labang yang menjelma hanya sekadar tiga hari berturut-turut sahaja.

Apabila Ulung Siah mendesak menyediakan ancak berterusan, lantas Pawang Lamid memberitahu menantunya Malim Tekih supaya ikhtiarkan cara lain. Memang Pawang Lamid akan serahkan pada Malim Tekih kalau mahu solat hajat berjemaah seperti kemahuannya semenjak jejak kaki ke kampung berkenaan.

Tatkala tinggalkan kampng halamannya di Maninjau memang Malim Tekih lama belajar pondok di Padang Panjang. Ketika berpindah ke Pekanbaru hatinya terbuka mahu ikut sama menyeberang ke Semenanjung. Sebab itu dia ingatkan bapa mertuanya supaya tidak mematuhi sangat berjamu ancak setelah dia berkahwin dengan Saedah.

Kadangkala bila Pawang Lamid berjamu ancak, sengaja Malim Tekih tinggalkan rumahnya sampai berhari-hari. Biarlah bapa mertuanya berjamu ancak sampai kakak ipamya

78 Ulung Siah beratip berturut-turut tiga hari. Tetapi Pawang Lamid tetap tidak peduli sangat sama ada Malim Tekih bersetuju atau sebaliknya apabila dia berjamu ancak. Sebaik sahaja bapa mertuanya serahkan kepada Malim Tekih fasal gangguan yang merasuk kakak ipamya Ulung Siah, lantas sahaja dia beritahu Tok Aji. Terpaksa pula dia jemput Tok Aji yang sudah mula dalam keadaan uzur. Sebab itu Tok Aji mengajak saya ikut sama menjengah ke kampung berkenaan. Ketika Tok Aji naik ke rumah bersama Malim Tekih, tidak bertangguh Pawang Lamid persilakan ke sisi Ulung Siah yang masih beratip tidak henti-henti. Semakin galak Ulung Siah beratip apabila melihat Tok Aji duduk di sisinya. Kemudian terus sahaja dia memberi salam, tetapi tidak disahut oleh Tok Aji.

pa beri salam pun tak jawap? -angguk perlahan.

Tok Aji tersengih-sengih sahaja terus mengusap-usap muka. Apabila Tok Aji beristighfar sampai seratus kali, tiba-tiba Ulung Siah terbatuk berulang kali. Mengeleng-ngeleng Ulung Siah lantas membuang selendang hijau yang menutupi mukanya. Sekaligus dia uraikan rambutnya hingga mengerbang tidak menentu, kemudian menghembus kuat ke arah Tok Aji.

Tetapi Tok Aji tidak bergerak apa-apa sekali pun hembusan Ulung Siah menyinggahi ke mukanya. Perlahan-lahan pula Tok Aji membacakan:

Iz-yuhi rabbuka

ilal-pathabbitul lazina a-manu saulqi Ifi--ribu fauqol

Tersentak Ulung Siah lantas merungut-rungut hingga kedengaran suaranya berubah menjadi parau. Sewaktu dia berpaling ke arah saya, memang terasa perut menjadi senak memulas-mulas. Tetapi sengaja saya bertahan

seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku menimpa diri saya.

-pura us

Siah mengejek dengan suara parau yang menggerunkan.

tak sakit

apa-merenung ke arah saya.

Segera Tok Aji menepuk bahu saya menyebabkan terasa angin berpusar menolak saya jauh ke udara. Tatkala saya berjejak di kawasan hutan di celah belukar nibung, beberapa orang lelaki menunggu di situ. Kepala mereka gondol laksana buah kundur dengan tidak ada muka langsung. Mereka memegang puntung kayu masih berbara seolah-olah dicapai dari unggun yang menyala apinya. Apabila lelaki-lelaki berkepala buah kundur ilu mencampakkan puntung kayu di tangan sekaligus pula bertukar menjelma menjadi ular hitam berkepala merah. Saya tidak berundur sewaktu ular berkenaan menerkam garang. Tetapi semua ular hitam berkepala merah itu terpelanting ke belakang menggelepar akibat hangus terbakar, sebaik sahaja saya mendengar Tok Aji berbisik.

Watahsabahum aiqo zauwahum ruqudauwa nuqollibuhum zatalyamini wazatasy syimali

wakalbuhum bisithon zira-

liwath--alaihim lawallaita minhum firarau

Tidak bertangguh lelaki-lelaki yang lercegal di siiu berundur melarikan diri tidak ketahuan. Semuanya ketakutan setelah melihat ular hitam berkepala merah itu hangus terbakar apabila terpelanting tidak bersebab. Setelah semua lelaki berkenaan bercempera lari, tiba-tiba sahaja salah sebatang pokok nibung terbelah dua. Ketika ini seorang perempuan tua rambut mengerbang keluar bercekak pinggang selepas membuang tongkat di tangan.

79 Marah benar perempuan tua itu lantas memberitahu mengenai dirinya ditinggalkan tujuh suaminya yang berkepala laksana buah kundur itu.

Tetapi dia berdekah-dekah ketawa apabila saja mengejek fasal suaminya hingga tujuh orang. perempuan itu berbangga disebabkan mempunyai suami tujuh orang sekaligus.

Ketika itu Ulung Siah yang terkekeh-kekeh ketawa mengejek saya berconggok di depannya. Memang saya tidak peduli apa-apa fasal Ulung Siah, kerana di depan saya hanya perempuan rambut mengerbang di tengah hutan belukar nibung. Hanya Tok Aji sahaja kedengaran berbisik menyuruh saya bacakan doa yang dituturnya, Setiap kali Tok Aji bisikkan doa yang perlu saya tuturkan, perempuan tua rambut mengerbang itu terketar-ketar akibat api membakar kelilingnya.

72. MAYAT BERTUKAR JADI KHINZIR

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 76-82)