• Tidak ada hasil yang ditemukan

DISEMBELIH PUAKA

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 108-117)

Nyok Saedon sudah nekad. Dia tidak akan kembali berdukun sekalipun terpaksa melalui dugaan besar. Keputusan itu dibuatnya setelah merasakan tanggungjawab meniaga pantang larang berdukun ini bukanlah mudah. Setahun sekali terpaksa berjamu besar; setidak-tidaknya menyediakan tujuh dulang hidangan, dengan kepala kambing separuh masak. Perlu juga disediakan ancak untuk diletakkan di muara sungai. Sebab itulah Nyok Saedon tidak mahu lagi memikul beban menjadi dukun. Dia tidak mahu lagi berjamu besar menyediakan ancak di tengah muara sungai.

semasa menyambut kedatangan saya di muka pintu. Isterinya, Yong Majeni, tersengih-sengih

106 berdiri di belakang apabila nampak saya sekeluarga datang.

sahut saya, mengusik.

lantas mengajak saya naik ke rumah.

-ujar saya, sengaja mahu berolok-olok dengan orang tua itu. Nyok Saedon pun tahu, memang saya tidak mahu menemui dia kalau sekadar melihat dia mengubati orang sakit. Kalau saya ke Bagan Datoh, memang singgah juga menjengah dia. Kadangkala merungut juga dia apabila saya lama tidak menjengahnya.

dia mengusik saya lantas menunjukkan buku lalinya yang membengkak. Jalannya terjengkot-jengkot.

galak saya mengusik dia. ketawa terkekeh-kekeh.

Memang dia suka bergurau. Setiap kali bertemu, ada sahaja bahan melucukan dia mengusik saya. Sebab itu saya iuga terikut-ikut untuk mengusiknya.

isteri saya setelah sama-sama duduk di serambi rumah.

besar Nyok Saedon memberikan jawapan, sambil mengusap-usap buku lalinya yang membengkak itu.

beritahu Yong Maieni, mencebik bibir.

ujarnya semacam terkilan dengan penyakit suaminya. Nyok Saedon mengakui, saka keturunan datuknya tidak dipeliharanya setelah

dia membuat keputusan tidak mahu berdukun. Sebab itulah dia terpaksa menanggung beban kesakitan, Biarlah jalannya terjengkot-jengkot, asalkan saka tersebut tidak menghampiri dia. Nyok Saedon memberitahu mengenai arwah ayahnya, yang saban tahun terpaksa berjamu besar. Kadangkala terpaksa bertungkus lumus

kumpulkan duit, semata-mata mahu

mengadakan jamu yang dituntut saka. Tetapi Nyok Saedon tidak mahu lagi meneruskan amalan arwah ayahnya, Tok Deraman. Kalau sudah berjamu, banyak pula pantang larang yang mesti dipatuhi. Tiga hari tidak boleh makan benda berdarah.

Tidak boleh mengecut, yakni merebus sayur atau menggorengnya, serta tidak boleh melaung orang di atas rumah dari tengah halaman. Semua pantang larang ini sudah ditetapkan turun-temurun. Soal pantang larang Nyok Saedon tidak perlu bimbang, tetapi bagaimana dengan belanja mengadakan jumuan? Siapa sanggup membantu kalau terpaksa sediakan nasi sekawah, kambing seekor, ayam masak mentah?

"Kalau Tok Deraman masih hidup, tentu dia marahkan Nyok sebab tak mau pelihara," jelas Nyok Saedon.

Kadangkala dia terasa bersalah kepada arwah ayahnya, kerana membiarkan saka itu tidak dipelihara. Dia sudah berusaha mahu membuangnya, tetapi saka itu tidak mahu berganjak. Setiap kali bertemu saya, Nyok Saedon akan menunjukkan kakinya, tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu membuangkan saka itu jauh daripada diri Nyok Saedon. Sudah beberapa kali juga dia meminta anak muridnya, Mat Jabal, membuangkan tetapi semakin pasang pula bengkak pada buku lalinya. Semasa menemui Mat Jabal di Kampung Nelayan bersamanya, memang Nyok Saedon menyuruh Mat Jabal tengokkan penyakit di kakinya. Mat Jabal memberanikan hati menyeru

107 pengawal Beting Beras Basah di muara Sungai sampai meresap ke tubuhnya. Menggeletar seluruh tubuhnya apabila setiap makhluk yang diseru menjelma dalam tubuhnya. Tangannya berkuak membuka pencak silat hingga matanya merah berair-air. Setiap kali tangan Mat Iabal menjurus ke kaki Nyok Saedon, dia akan sendawa bagaikan mahu termuntah.

Dia menjadi lemas apabila menggagahi mahu menjurus buku lali Nyok Saedon.

apabila Mat jabal mahu melompat tinggi.

Tersentak Mat Jabal setiap kali ditegur oleh Nyok Sae

kesayangannya.

Mat Jabal tidak meneruskan apabila diberi ingatan demikian. Dia hanya menguak-guak tangan sambil memegang hulu keris tua. Hampir satu jam Mat Jabal mendengus-dengus di sebabkan dikuasai makhluk yang diserunya. Suaranya berubah-ubah semasa bercakap dengan Nyok Saedon seolah-olah orang perantaraannya. Nyok Saedon pula sudah bersedia, sekiranya Mat Jabal tidak dapat ujar saya setelah Mar Jabal selesai menurun, "sebab itu dia masih mahu bersama Nyok," kata saya mengingatkan, semasa dia sudah membuat keputusan tidak mahu lagi memelihara saka, dia masih juga ikut sama membantu Mat Jabal menurun. Masakan saka itu boleh menghilang selagi perasaan mahukan amalan berdukun itu diteruskan tetap segar di hati.

Dia mengubah sikap pun selepas seringkali bertemu saya. Berkali-kali dia memberitahu saya:

na

Tetapi bukanlah disebabkan saya sahaja Nyok Saedon mengambil keputusan tidak mahu lagi berdukun. Setiap kali dia ingatkan peristiwa

Sahadan lebih dua puluh tahun dahulu, air matanya akan menitik hiba. Sebab itu lah dia mengambil keputusan secara beransur-ansur

menahan sebak di dada.

Sekalipun Sahadan jauh lebih muda daripadanya, tetapi mereka tetap berkawan disebabkan rumah mereka bertembung halaman. Sahadan masih belum berkahwin, baru berumur dua puluh enam tahun, tetapi Nyok Saedon sudah berkahwin dengan Yong Majeni. Sudah pun beranak lima. Umurya juga sudah lebih empat puluh tahun. Disebabkan Sahadan sering mengikumya mendekut burung ruak-ruak, hubungan mereka memang akrab. Kadangkala sengaja dia membuli Sahadan hingga anak muda itu termengah-mengah memikul jaring. Kalau ke laut mencari kerang pun, Sahadan lebih suka mengikut Nyok Saedon. Biarlah Nyok Saedon membulinya asalkan dia dapat menuntut amalan Tok Deraman. Puas dia meminta jampi mantera daripada Tok Deraman, tetapi orang tua itu sengaja menolak dia kepada Nyok Saedon. Sebab itulah Nyok Saedon suka membuli.

Tetapi ketika hampir menjelang Hari Raya, Sahadan tiba-tiba menjadi moyok. Dia tidak lagi riang kalau diajak mendekut burung ruak-mak. Kegelisahan sentiasa bermain di wajahnya. Perubahan Sahadan ini mudah sahaja dikesan oleh Nyok Saedon.

Nyok Saedon sewaktu menimba air di dalam sampan, menunggu air pasang untuk turun ke laut.

Sahadan, tidak segan-segan menjelaskan masalah dirinya kepada Nyok Saedon.

Nyok Saedon dengan anak muda itu. Kalau dikira hasil mereka menangkap udang atau mencedok kerang di pantai, tidak ada sebab

108 Sahadan mengeluh tidak mempunyai wang.

soalnya semacam tidak percaya dengan penjelasan Sahadan.

Sahadan, pendek.

Memang ayahnya gunakan duit dia. Macam-macam yang diperlukan oleh ayahnya. Kalau tidak dituruti bimbang juga dia kalau-kalau penyakit ayahnya berbalik. Sejak dirawat di Tanjung Rambutan, penyakit ayahnya bertambah baik. Sebab itu Sahadan tidak mahu mengganggu ayahnya. Biarlah ayahnya gunakan duit dia hingga tujuh ratus ringgit. Kalau rezekinya ada, boleh juga dikumpulkan duit jual kerang menjelang Hari Raya.

-sikit untuk belanja Hari Raya, kan. Dia memberi jaminan untuk membantu.

mahu Nyok Saedon mendesak ayahnya supaya membayar wang yang telah digunakan itu. peluh pada dahi setelah air di dalam sampan kering ditimba. Sahadan tidak menyahut. Dia menunduk mengetuk-ngetuk gayung pada bibir sampan. Disebabkan Sahadan tidak mahu dia cakapkan, Nyok Saedon tidaklah campur urusan keluarga mereka. Tetapi, pada tengah malam itu, sementara menunggu sahur, tiba-tiba kampung mereka dikejutkan oleh jerit Seliah, isteri Mat Natar. Termengah-mengah dia lari ke rumah Tok Deraman, sampai terpempam mereka sekeluarga

Tetapi lidah Seliah menjadi kelu. Dia tidak dapat menuturkan apa-apa. Terkial-kial dia membawa anak-anak kecil yang lain meminta perlindungan di rumah Tok Deraman. Memang tidak ada siapa lagi yang boleh Seliah harap selain daripada Tok Deraman.

baw -putus

setelah semangatnya dipulihkan oleh Tok Deraman.

ujarnya, memeluk semua anak kecil yang dibawanya lari bersama.

Nyok Saedon mahu mengetahui punca sebenarnya.

terus tersembam. Dia terkejang tidak sedarkan diri, disambut jerit tangis anak-anaknya. Tok Deraman segera turun ke tanah. Dia menyuluh ke bawah rumah Mat Natar. Memang nampak darah menitis seperti air dicurahkan dari atas, di tempat tidur

Sahadan. Kemudian, dia terdengar Mat Natar ketawa berdekah-dekah tidak menentu. bisik Tok Deraman.

Cepat-cepat dia menyuruh Nyok Saedon memberi tahu orang kampung. Mereka datang berkumpul di rumah Tok Deraman. Bimbang juga mereka kalau Mat Natar mengamuk; parang masih terhunus di tangannya. Sementara menunggu hari siang, Mat Natar perlu juga diawasi. Kalau dia mengamuk sekeliling kampung, tentu ramai yang menjadi mangsa. Latip Dengkot ke balai polis. Usup Katik membakar

kemenyan berikhtiar untuk melemahkan Mat Natar. Sudah sah Mat Natar menyembelih leher anaknya sendiri. Sejak lepas berbuka lagi, Mar Natar sudah merungut-rungut apabila Sahadan meminta sedikit wangnya untuk membeli pakaian Hari Raya. Seliah tahu sangat puncanya, tetapi dia tidak menduga Mat Natar boleh lakukan demikian. Bukan Mat Natar tidak sayang pada Sahadan. Selepas Sahadan terbujur tidak bergerak, Seliah nampak Mat Natar mencium muka anaknya itu. Bagaimanapun dia

109 tidak boleh lama tercegat di situ. Anak-anak yang lain mesti di selamatkan juga. Sehingga pagi mulai terang-terang tanah, Mat Natar masih tidak turun dari rumahnya. Ketika polis sampai, Mat Natar membukakan tingkap apabila namanya dipanggil.

-Natar masih menggenggam parang di tangan. sendiri, apa salahnya? Dia mencemik muka memerhatikan orang ramai di halaman rumah.

s

Terpaksa mereka semua berundur. Polis tidak boleh menembak kalau tidak terdesak. Sebab itu mereka nasihatkan orang-orang kampung supaya berlindung. Mat Natar mengibas-ngibas mata parang yang berbekas darah itu ke udara. Dia seolah-olah mahu mencari mangsanya. Ketika ini, Nyok Saedon melompat ke rumah mencapai senapang laras dua ayahnya. Kalau Mat Natar tidak boleh dikawal, dia tidak peduli apa-apa. Dia akan melepaskan tembakan sekiranya polis masih mahu bertangguh.

Siapa pun tidak berani menjengah mayat Sahadan di atas rumah selagi parang di tangan Mat Natar tidak dirampas. Dia berlegar di tengah halaman memangkas-mangkas parang ke udara. Orang-orang kampung sudah berlindung di rumah Tok Deraman. Hanya Tok Deraman yang menunggu di tengah halaman. Anggota-anggota polis berpakaian preman bertahan di bawah rumah Tok Deraman. Memang siapa pun tidak berani mendekati Mat Natar yang sudah beberapa kali dirawat di Tanjung Rambutan itu. Tetapi Nyok Saedon tidak lari ke mana. Dia nekad bertahan di kaki tangga rumah tidak jauh dari ayahnya, Tok Deraman. Kalau Mat Natar menerkam ayahnya, Nyok Saedon akan

melepaskan tembakan. Apa pun kesalahan yang ditanggungnya, Nyok Saedon tidak peduli. sahaja Tok Deraman memujuk, apabila Mat Natar cuba menghampiri dia.

-sengih Mat Natar merenung muka Tok Deraman. Kemudian, dia menjilat-jilat mata parang yang berbekas darah Sahadan.

Tok Deraman mula mengertap bibir apabila Mat Natar semakin hampir.

manusia tak terbatas katanya lantas mengisar-ngisar tumit ke tanah. Tok Deraman menyedari Mat Natar sudah tidak boleh dipujuk. Syaitan sudah merasuk hingga meresap ke seluruh jiwa raganya. Ketika ini, yang berhadapan dengan dia bukan lagi Mat Natar, tetapi lembaga besar seperti gergasi dengan seluruh tubuhnya berbulu hitam. Cepat-cepat dia membacakan:

Diikuti dengan,

Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Dua puluh satu kali dalam satu nafas. Apabila dia menghentakkan tumitnya ke tanah, tiba-tiba Mat Natar tersentak hingga terhuyung-hayang.

Tok Deraman, menjurus tangan ke muka Mat Natar.

Dia tahu tenaga Mat Natar sama dengan manusia biasa, tetapi bukan tenaga Mat Natar yang menyembelih leher Sahadan di atas rumah. Kalau ditembak pun, mungkin tubuh Mat Natar yang ditembusi peluru, tetapi lembaga besar berbulu hitam di sisi Mat Natar akan tetap berdiri gagah. Sebab itu Tok Deraman tidak benarkan siapa pun menembak Mat Natar. Biarlah dicubanya dulu memujuk. Selagi lembaga besar seperti gergasi itu tidak di

110 nyahkan, sampai bilapun Mat Natar tidak dapat di pujuk. Dia akan memangkas parang ke udara mencari mangsa. Kemudian, menjilat darah yang berladung pada mata parang.

Sebenamya bukan Mat Natar yang menjilat darah di hujung mata parang, tetapi lembaga besar berbulu hitam itu. Dia akan menjilat sepuas-puasnya. Siapa pun tidak menyedari perbuatannya.

Mat Natar,' Tok Deraman memberi amaran. Bulu romanya sudah meremang apabila saka turun-temurun yang dipeliharanya selama ini mula datang berkampir.

sahut Mat Natar, terhuyung-hayang tidak dapat menerkam ke arah Tok Deraman. Kakinya terletak di bumi bagaikan terpasak kuat. , hitam yang merasuk Mat Natar, memang musuh -ngisar rapak tangan.

tersengih-sengih mengejek Tok Deraman, seolah-olah orang tua itu sengaja berbohong. Tidak ada puaka bertubuh besar berbulu hitam di sisinya.

Tok Deraman tidak menyahut. Dia menampar kedua-dua tangannya, dan menguak ke kanan seolah-olah mengilas tangan musuh. Sekaligus tubuh Mat Natar berpusing, bagaikan tangannya dikilas kuat. Terkial-kial Mat Natar mahu melepaskan diri apabila tangannya bagaikan dikilas ke belakang. Parang di Mat Natar tentu boleh lepas sebab aku tak menyindir lembaga besar tubuh berbulu di

kilas tangannya.

Apabila parang di tangan Mat Natar Sudah jatuh ke tanah, anggota-anggota polis segera mencapainya. Sewaktu Mat Natar digari, dia tidak meronta-ronta minta lepas. Selepas Mat Natar dibawa polis, orang-orang kampung segera naik ke rumah. Mayat Sahadan mesti disempurnakan. Semuanya gerun melihat keadaan mayat tersebut. Lehemya hampir putus, seolah-olah binatang ternak yang disembelih. Darah masih lekit pada leher, bekas dikelar dengan parang. Terpaksa pula mereka buangkan darah beku yang banyak membasahi kepala dan belakang jenazah, Sebahagiannya pula tergocoh-gocoh ke kubur menggali lubang, Tok Sidang pula uruskan dengan pihak polis, meminta jenazah itu tidak payah dibawa ke hospital lagi. Mereka tidak boleh duduk diam selagi jenazah tidak dikebumikan. Tetapi, di tengah halaman, Tok Deraman masih belum selesai menentang puaka yang merasuk Mat Natar. Dia tetap mengilas tangan lembaga besar berbulu itu. Segala saka peliharaannya yang menjelma menyerupai nenek moyangnya ikut membantu. Masing-masing memukul lembaga besar itu tanpa belas kasihan. Apabila Tok Deraman masih juga tercegat tidak bergerak di tengah halaman, Nyok Saedon mula berasa bimbang. Ayahnya seolah-olah terkaku sahaja. Mungkin juga ayahnya perlu dipulihkan. Cepat-cepat dia menyuruh adiknya, Tapa Cengkot membakar kemenyan. Perkara Mat Natar menyembelih anak sudah selesai apabila polis menggari lelaki itu dibawa ke balai, tetapi ayahnya pula terkaku di tengah halaman tidak bergerak.

Saedon menegah apabila Usup Karik menampar-nampar bahu Tok Deraman.

Usup Katik dengan keadaan Tok Deraman terkaku di tengah halaman. Matahari sudah naik

111 paras dahi hingga terasa memijar. Kelihatan peluh merenik-renik di dahi Tok Deraman. Cengkot, membawakan pembakar kemenyan di hadapan Nyok Saedon.

dengan ayah, biar

sama-Dia duduk bersila rapat di hadapan pembakar kemenyan, Usup Katik dan Tapa Cengkot membakarkan kemenyan. Mereka memerhatikan Nyok Saedon mengusap-usap asap kemenyan ke muka. Nyok Saedon mula membacakan:

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ya Haiyum ya Qaiyum ya Zaljalal wal Ikram

Kemudian menarik nafasnya hingga kempis perut menahan. Perlahan-lahan dia melepaskan semula nafasnya, dengan membiarkan bulu roma tegak meremang. Usup Katik bersama Tapa Cengkot tidak henti-henti membakarkan kemenyan. Saat demikian mereka perlu saling bantu-membantu. Mereka tidak boleh biarkan Tok Deraman bersendiri, Tidak juga boleh membiarkan Nyok Saedon berseorangan membantu Tok Deraman. Mereka sama-sama mengamalkan berdukun. Soal siapa guru masing-masing tidak penting. Ketika menentang gangguan makhluk halus mestilah sama-sama bersatu. Selepas mengukuhkan duduknya, Nyok Saedon meneruskan membaca:

Assalamualaikum ya rijal ghaib, Assalamualaikum ya ruhul muqqudus,

ya nuqbah ya mujabbar ya akhyar ya autad ya ummudda hasilal murad wa hasilal maksud birahmatikayar ya ar-Rahmanir Rahimin'

Apabila Nyok Saedon merenung jauh ke tubuh ayahnya, dia nampak Tok Deraman mengilas tangan lembaga besar tubuh berbulu hingga makhluk itu terkial-kial. Di sekeliling Tok Deraman, lembaga-lembaga berselimut putih membantunya dengan memukul lembaga tersebut. Masing-masing memegang gada

berceranggah dihentak ke segenap tubuh lembaga yang dikilas oleh Tok Deraman.

Setelah lembaga iru tidak bermaya, semua lembaga berselimut putih yang membantu Tok Deraman itu mengheret musuh mereka. Sedikit pun tidak bergerak lembaga besar berbulu itu, laksana ijuk enau tidak berguna diheret untuk dibuangkan.

Tok Deraman, menepuk-nepuk bahu anaknya. Dia membacakan al-Fatihah dan mengetuk ubun-ubun Nyok Saedon dengan telunjuknya. Nyok

Saedon apabila membuka mata. Dia terpaksa pula menyimpan rahsia apa yang dilihatnya sewaktu ayahnya terkaku di tengah halaman.

macam tu, mudah sangat tergopoh-gapah.' Tapa Cengkot pula mencelah. Kadangkala dia tegur juga abangnya apabila mudah sangat tergocoh-gocoh bertindak.

Deraman,' ujar Usup Katik mengemas-ngemas iuga tengok Tok Deraman tak bergerak-gerak.' Tersengih-sengih dia mengerling Tok Deraman yang mula bergerak ke tangga rumah Seliah.

Tok Deraman sendiri belum lagi menatap jenazah Sahadan. Sebak benar dadanya ketika melihat jenazah Sahadan dengan lehernya hampir putus, Kerongkongnya terlopong akibat dirusuk mata parang. Tok Deraman sekadar mengeluh lemah. Dia dapat membayangkan bagaimana lembaga besar berbulu seperti gergasi itu menerkam ke arah Sahadan. Kakinya memijak dada Sahadan sampai pemuda itu tidak dapat berkuat. Kemudian, dia mengobek kerongkong Sahadan dengan mata parang. Tidak ada jerit langsing Sahadan akibat

112 kerongkongnya sudah ditusuk. Sekaligus pula darah membuak-buak keluar. Tidak bertangguh lembaga besar berbulu itu menghirup darah yang memancut. Dia terus mengelar leher pemuda itu, biar darahnya semakin banyak membuak-buak. Ketawa terkekeh-kekeh dia apabila melihat Sahadan tidak bergerak langsung untuk meronta-ronta.

Deraman, perlahan lantas mengesat pelupuk matanya.

Dia tetap menyimpan rahsia itu. Biarlah seisi kampung menuduh Mat Natar menyembelih anak sendiri menjelang Hari Raya itu, tetapi Tok Deraman dapat melihatnya. Tentu siapa pun tidak percaya kalau dia cuba menerangkan, Bagaimanapun Nyok Saedon percaya dengan penjelasan ayahnya. Memang dia melihat ayahnya mengilas tangan lembaga berkenaan. Tidak berganjak dia tercegat di tengah halaman sekalipun Mat Natar sudah digari polis dibawa ke balai.

Tiga hari selepas Sahadan dikebumikan, Nyok Saedon terkejut apabila melintas tanah perkuburan balik dari menjebak ayam hutan. Tanah kubur Sahadan seolah-olah digali orang, kemudian dikambus semula. Tidak bertangguh dia berlari balik ke rumah memberitahu ayahnya.

orang gunakan untuk memuja kepala orang mati dibu

manusia demikian.

mengertap bibir menahan rasa marahnya.

Apabila diberitahu kepada Tok Sidang, mereka sama-sama membuat aduan ke balai polis. Setelah diberi kebenaran, Tok Sidang sendiri mengepalai orang-orang kampung menggali semula kubur Sahadan. Mengucap panjang masing-masing setelah melihat mayat Sahadan tidak lagi berkepala.

kepala orang mati dibunuh jelasnya, rnengutuk perbuatan manusia yang tidak bertimbang rasa itu.

Tetapi mereka tidak tahu siapa melakukan. Hanya mereka yang tidak beriman sahaja sanggup menyeksa mayat dengan menggali semula kubumya. Apalah yang ada pada tengkorak kepala orang mati dibunuh, selain dipuja untuk perbuatan jahat yang dilaknat

Saedon kepada saya, apabila mengingatkan semula peristiwa tersebut. Sebab itulah dia tidak mahu lagi berdukun selepas beberapa kali menemui saya. Setiap kali dia mahu berdukun, Nyok Saedon teringatkan kepala Sahadan yang dicuri orang.

Apabila saya bersiap-siap untuk balik, Yong Majeni menyuruh isteri saya menunggu dia mencabut ubi kayu terlebih dahulu. Asal sahaja saya singgah di Bagan Sungai Belukang, mereka tidak senang hati kalau tidak membekalkan buah tangan serba sedikit, Yong Majeni terbongkok-bongkok mencabut ubi kayu, Nyok Saedon pula becok mengerah menantunya, Latip Dengkot, mengait kelapa muda. Anak-anak saya suka minum air kelapa muda dengan menyudu isinya. Berebut-rebut mereka kalau menghadap air kelapa muda itu.

Nyok Saedon tahu benar fasal anak-anak saya gemarkan air kelapa muda. Sebab itu bersusah payah dia menyuruh Latip Dengkot mengaitnya. Terkial-kial juga Latip Dengkot mahu mengait disebabkan dia tidak mahir memilih kelapa yang muda.

Dalam masa mereka anak-beranak sibuk melayani saya inilah, Ali Sendeng tergocoh-gocoh mengayuh basikal mendapatkan Nyok

113 Saedon. Belum pun sempat menongkat basikal, Ali Sendeng segera memberitahu fasal anak gadisnya tiba-tiba terbalik mata sewaktu sedang memarut kelapa.

-cepat Nyok Saedon mengelak.

desak Ali Sendeng, tidak peduli apa.

Semasa kejadian itu berlaku, anaknya,

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 108-117)