• Tidak ada hasil yang ditemukan

USUNGAN MAYAT DI TENGAH MALAM

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 58-64)

Seisi kampung menjadi gempar setelah beberapa kali orang kampung terserempak usungan mayat menuju ke kawasan tanah perkuburan asal sahaja hujan renyai-renyai turun tengah malam. Memang Usin Pakau melihat beberapa orang lelaki tidak berkepala membawa usungan mayat berkenaan melalu lorong melintasi pokok jejawi. Apabila sampai di kawasan tanah perkuburan orang tidak berkepala itu hilang entah kemana.

Ketika ini usungan mayat itu sahaja bergerak seolah-olah di pikul orang ke merata tempat. Cepat-cepat Usin Pakau bersembunyi di tengah belukar di bawah pokok jejawi sebaik saja usungan mayat itu bergerak semula menuju ke tengah kampong. Tentu siapa pun tuduh dia berbohong sekiranya diberitahu mengenai usungan mayat merayau-rayau tidak menentu. Bukan Usin Pakau saja pernah terserempak. Utih Deraoh juga tergamam tatkala balik memasang lukah di sungai apabila melihat usungan mayat jauh di hadapannya. Segera disuluhnya dengan lampu ubat sambung enam hingga memancar terang benderang. Memang dia melihat beberapa orang lelaki tidak berkepala mengusung usungan mayat itu dengan tidak menghiraukan dia menyuluh di belakang.

Berdebar benar hati Utih Deraoh apabila terserempak kejadian tersebut. Kalau dia melaung memanggil lelaki-lelaki tidak berkepala itu, manalah tahu usungan mayat berkenaan akan memburunya. Tentu dia akan berlari keliling kampung mahu menyelamatkan diri. Bila-bila dia akan terperosok kedalam usungan mayat sekiranya tidak dapat bersembunyi takala diserbu usungan mayat.

Memang Malim Tekih juga terserempak usungan mayat berkenaan melintasi halaman

56 rumahnya hingga berbau busuk. Sebaik saja terdengar bunyi tapak kaki melintasi halaman rumah, segera Malim Tekih membuka pintu hadapan. Tatkala pintu terbuka dia nampak usungan mayat itu diusung cepat oleh beberapa orang lelaki tidak berkepala.

-nakutkan lompat ke tanah mahu menghambat, tetapi segera ditegah oleh anaknya Mat Kanun.

-Kanun mengingatkan ayahnya mengenai bayangan yang mereka lihat bukanlah perkara yang boleh dicekak macam menangkap keli di dalam lubang.

gerutu Malim Tekih menggertap bibir apabila kenang dirinya seolah-olah diperolok-olokkan. meliputi tujuh petala bumi dan tujuh petala

-sengih memujuk ayahnya.

kampung semakin bimbang dengan jelmaan usungan mayat merayau-rayau tatkala malam menjelang.

Dia diberitahu Usin Pakau sudah bersiap-siap membuat ancak untuk menjamu puaka di batu bertimpuh di pinggir hutan. Usin Pakau ingatkan orang-orang kampung, mengenai batu bertimpuh yang tersergam di alur air di kaki bukit seola-olah gadis tengah duduk bertimpuh. Tentu puaka batu bertimpuh itu menjadi berang setelah tidak diberi makan ancak semenjak kematian Pawang Lamid. Satu-satunya yang tahu mengenai memberi makan ancak di tepi batu bertimpuh itu memang Pawang Lamid yang sudah ditugaskan menjaganya sejak bertahun-tahun.

Pawang Lamid tahu mengenai asal usul batu bertimpuh yang tersergam pada alur anak air

berkenaan. Sebab itu dia desak orang-orang kampung berjamu ancak dengan menyediakan ayam panggang mentah seekor, telur rebus tujuh biji, bertih tujuh piring, darah sembelihan ayam satu tempurung dan pulut kuning tiga piring.

Setiap tahun Pawang Lamid akan berjamu ancak biar puaka di batu berkenaan tidak menganggu penduduk. Mereka akan dililit lengan dengan kain kuning sebagai tanda di bawah perlindungan Pawang Lamid biar puaka pada batu bertimpuh itu surut ke belakang. Sudah tentu puaka berkenaan akan gementar sebaik saja melihat kain kuning yang ditangkal Pawang Lamid terikat pada lengan.

Kalau puaka berkenaan gagahi juga mahu menganggu nescaya Pawang Lamid akan menyeru jelmaan Moyang Labang berdiri di depan batu bertimpuh sehingga kepala cecah ke awan. Tapak kakinya sama lebar dengan bukit berkenaan akan memijak puaka yang berlindung pada batu sampai ranap tidak bersisa.

Lainlah kalau puaka itu tidak dijamu ancak, memang menjadi kesalahan Pawang Lamid. Tetapi setelah dijamu ancak puaka tersebut tidak boleh lagi mengganggu mengikut syarat yang ditetapkan oleh Moyang Labang. Memang Moyang Labang akan memarahi Pawang Lamid sekiranya tidak berjamu ancak biar puaka di batu bertimpuh itu tidak mengganggu sesiapa!

Setelah bertahun-tahun Pawang Lamid meninggal dunia, tiada siapa pun yang berjamu ancak. Sebab itu Usin Pakau bersetuju buat jamu ancak asal sahaja jelmaan orang tidak berkepala mengusung usungan mayat merayau di tengah kampung tidak menganggu sesiapa. Tentu Usin Pakau perlu bertanggung jawab meneruskan usaha arwah datuknya Pawang Lamid menjaga puaka yang berkeliaran.

Di batu bertimpuh itu Pawang Lamid menghambat siapa saja puaka yang mengganggu biar senang dikawal. Apabila dikurung disitu semua puaka akan dijamu ancak setiap tahun.

57 Demikian syarat yang ditetapkan oleh Moyang Labang apabila Pawang Lamid menyeru tercegat disisinya.

Ketika jembalang tanah merasuk Anjang Tiamah, memang Pawang Lamid melihat perempuan hodoh dengan tubuh memanjang laksana ular melingkar di sisinya. Kalau berkeras dia menyambar Anjang Tiamah sudah tentu jembalang tanah akan mencerut kuat sampai sesak nafas.

Sebab itu Pawang Lamid sediakan jamu ancak pada batu bertimpuh, biar jembalang tanah menjalar bagaikan ular mencari mangsa. Sebaik saja jembalang tanah menjamah jamu ancak nescaya ia terkurung di situ dengan dikawal ketat oleh Moyang Labang. Cubalah jembalang tanah melawan setelah diberi jamu ancak, bila-bila tubuhnya akan disiat Moyang Labang laksana helang mencengkam tengkok ayam.

ancak, Abang Usin,' lantas Mat Kanun ingatkan sepupunya supaya tidak mematuhi peraturan arwah datuk mereka Pawang Lamid mahu berjamu ancak apabila kampung dilanda mala petaka.

usungan mayat itu!' jelas Usin Pakau merasa tersinggung apabila dibantah oleh Mat Kanun.

bibir macam mengejek sepupunya itu.

Usin Pakau bagaikan merajuk dengan keputusan Mat Kanun tidak mahu berjamu ancak.

Sekiranya orang-orang kampung berterusan gempar dengan jelmaan usungan mayat merayau-rayau di dalam kampung, dia tidak bertanggung jawab apa-apa. Biarlah seisi kampung salahkan Mat Kanun kerana membantah kepurtusan dia. Apalah salahnya mereka berjamu ancak hantarkan seekor ayam panggang mentah, tujuh piring bertih, tiga

piring pulut kuning, tujuh biji telur rebus dan satu tempurung darah ayam.

Selepas dijamu ancak sudah tentu jelmaan usungan mayat diusung lelaki tidak berkepala itu tidak menganggu lagi. Mereka tidak terserempak tatkala berjalan malam hingga termengah-mengah ketakutan. Apa lagi kalau balik dari surau selepas Isya sudah tentu bertambah kecut perut tidak menentu.

Tetapi Mat Kanun tidak mahu mengalah. Semenjak balik mengaji pondok dari tanah seberang, Mat Kanun ingatkan orang-orang kampung supaya tidak meneruskan ketetapan arwah datuknya supaya berjamu ancak pada batu bertimpuh. Biarlah seisai kampung banyak terhutang budi pada arwah datuknya sampai mematuhi segala ketetapan yang dibuatnya sebelum itu.

Asal saja ribut kencang menyerbu ke tengah kampung mereka diingatkan supaya segera membakar lada kering bersama garam. Pawang Lamid sudah tetapkan pengikutnya biar mematuhi peraturan demikian kerana ribut kencang yang menyerbu memang bersama hantu tinggi yang dijaga oleh Moyang Labang.

Sekaligus sahaja ribut kencang berhenti sebaik mereka membakar lada kering dan garam. Siapa pun tidak mematuhi ketetapan demikian sudah tentu akan diganggu hantu tinggi sampai terjeluih muntah lumut. Mangsa akan menggelepar laksana ayam disembelih terus terkejang mati akibat dilangkah hantu tinggi disebabkan tidak memberi isyarat dengan membakar lada kering dan garam itu.

Sekiranya lada kering dan garam dibakar serentak nescaya hantu tinggi itu menyedari rumah berkenaan kepunyaan anak cucu Moyang Labang. Sampai bila pun hantu tinggi tidak akan menganggu anak cucu Moyang Labang setelah bersahabat sejak bertahan-tahun. Memang Pawang Lamid mengakui neneknya Moyang Labang bersahabat dengan hantu tinggi, hingga

58 kadangkala orang-orang kampung melihat dia berdiri sampai kepala cecah ke awan. Tidak ada satu puaka pun berani mengganggu Moyang Labang setelah dia bersahabat dengan hantu tinggi.

au masih terkilan disebabkan Mat Kanun tidak bersetuju amalan arwah datuknya diteruskan oleh sesiapa pun. Manalah Mat Kanun tahu mengenai arwah datuknya Pawang Lamid mengangkat pokok kelapa tumbang menimpa rumah Hassan Debeng, disebabkan Mat Kanun lama mengajar mengaji pondok di tanah seberang. Kalau tidak diangkat batang kelapa tumbang itu oleh Pawang Lamid sudah tentu mereka di dalam rumah ditindih habis.

Tatkala ribut kencang tiba-tiba sahaja pokok kelapa terbongkar akar menimpa rumah Hassan Debeng. Bumbung rumah patah tetapi pokok kelapa berkenaan masih lagi tertampan di situ. Dalam masa angin kencang bertiup kuat, Hassan Debeng sekeluarga tidak berani keluar dari rumah. Kalau terus bertahan di dalam rumah nescaya pokok kelapa tumbuh akan menindih sekiranya bumbung tidak boleh lagi bertahan.

Ketika ini Hassan Debeng nampak Pawang Lamid terjun dari rumahnya terus mengangkat pokok kelapa tumbang laksana mencekak tiang pagar buluh sedepa tercancang. Mudah sahaja diheretnya batang kelapa, malah kerbau tengah naik minyak juga menggelepar apabila dicekak tanduknya oleh Pawang Lamid.

Memang Mat Kanun tidak banyak mengetahui mengenai arwah datuknya Pawang Lamid kalau dibandingkan dengan sepupunya Usin Pakau. Lagipun Mat Kanun tidaklah rapat tidaklah rapat sangat dengan arwah datuknya setelah dihantar ayahnya Malim Tekih belajar agama di tanah seberang sejak berumur belasan tahun lagi. Tatkala arwah datuknya menutup

mata pun memang Mat Kanun tidak dapat menatap sama.

Tetapi sebelum meninggalkan kampung halaman untuk belajar pondok di tanah seberang, memang Mat Kanun terserempak datuknya Pawang Lamid diserbu Jaaman Gila dengan parang terhunus. Tiba-tiba sahaja Jaaman Gila terlepas pasungan terus mencapai parang yang terselit di dinding.

Lantas jiran-jiran memekik memberitahu supaya sesiapa sahaja mencari perlindungan setelah Jasman Gila mengamuk. Siapa lagi boleh diharap memujuk Jaaman Gila kalau bukan Pawang Lamid yang merawatnya sejak beberapa tahun. Tidak pernah Jaaman Gila menjadi berang hingga mengamuk mahu memangkas mangsa.

Mereka tahu Jaaman Gila terlanggar pantang setelah Pawang Lamid berjamu ancak pada batu bertimpuh. Tiga hari berturut-turut tidak dibenarkan menjamah makanan berdarah sebaik sahaja Pawang Lamid menjamu ancak. Tetapi Jaaman Gila berdegil juga mendesak isterinya masakkan gulai semilang asam pedas.

Menyiang ikan semilang sama juga dengan melapah daging memercik darah. Hanyir darah sudah dipantangkan oleh Pawang Lamid setelah berjamu ancak selama tiga hari berturut-turut. Apa salahnya takat menjamah sayur mayur sahaja dalam tempoh tiga hari yang dipantangkan oleh Pawang Lamid.

Tetapi Jaaman Gila seoah-olah mahu menguji pantang larang yang ditetapkan oleh Pawang Lamid. Tidak lama selepas menjamah masak ikan semilang gulai asam pedas itulah Jaaman Gila mengidap sakit kepala berdenyu-denyut. Puas dipupuk pisang muda biar sejuk menyusup ke kepala, namun sakit berdenyut-denyut itu berterusan juga.

Sengaja Jaaman Gila mahu isterinya memberitahu Pawang Lamid, disebabkan sejak bertahun-tahun tidak pernah dia harapkan lelaki

59 itu membantu. Bukan Pawang Lamid sahaja dukun di kampung berkenaan hingga seisi kampung terlalu berharap pada lelaki tersebut. Apabila sakit kepala menyerang, Jaaman Gila sendiri bacakan jampi serapah dan letakkan kapur pada daun sirih Kemudian dia bacakan perlahan Entak-entak ngat-ngat sarang buku buluh, daging jangan merengat urat jangan mengentak, tulang jangan luluh kabul, aku mengubat sakit kepala, berkat hu

Setelah ditampalkan daun sirih bersama kapur pada kepalanya, Jaaman Gila terasa denyut kesakitan beransur hilang. Tetapi sakitnya akan berulang lagi setelah beberapa jam sahaja dia tidak mengalami sakit kepala. Hinggalah tengah malam tatkala dia merasa kepalanya bagaikan ditusuk pahat, barulah isterinya Senah termengah-mengah berkejar ke rumah Pawang Lamid memberitahu keadaan suaminya.

Memang Pawang Lamid tidak berdendam apa-apa, sekalipun dia menyedari Jaaman Gila seringkali mengejeknya. Biarlah Jaaman Gila menuduh dia mematuhi perintah puaka, tetapi bukan mudah mahu menerangkan perkara yang tidak boleh dilihat mata kasar. Manalah Jaaman

Gila tahu mengenai nenek moyang

keturunannya Moyang Labang bersahabat dengan jelmaan puaka hantu tinggi itu!

Kalau Jaaman Gila tidak mahu menerima dia menjadi dukun di kampung berkenaan, Pawang Lamid tidak memaksa apa-apa Dia juga tahu mengenai Jaaman Gila sudah kerap kali dijemput orang untuk mengubati sesiapa sahaja terkejang sakit. Asal sahaja diganggu pelesit mereka akan meminta bantuan Jaaman Gila, biar pelesit yang merasuk cepat-cepat berundur

Cubalah pelesit merasuk penduduk kampung nescaya Jaaman Gila akan tenyeh dengan lada hitam sampai mangsa terjerit-jerit kesakitan Mereka percaya ketika itu bukan mangsa yang dirasuk terjerit-jerit tetapi pelesit

yang merasuk terkial-kial mahu melepaskan diri. Apabila Jaaman Gila menghembuskan ubun-ubun mangsa lantas dia membacakan: Songsang tapak songsang hati patah sendi patah layang patah alih-alih, ambi besi petua akan pemarak hati jantung hempedu rawan engkau; datang engkau terlentang, pulang engkau tertangkup,

Sebak sahaja asal usulnya diungkit nescaya pelesit tidak boleh bertahan. Malu sangat hantu puaka apabila asal usulnya diungkit menyebabkan ia cepat berundur melarikan diri. Tetapi selepas seisi kampung bertumpu pada Jaaman Gila, dia mula mengumpat Pawang Lamid.

Hinggalah dia mengerang-ngerang sakit kepala tengah malam. Pawang Lamid datang juga menjengah setelah diberitahu Senah. Terpaksa Pawang Lamid minta sediakan tujuh geluk air dibubuh bunga tujuh warna. Jaaman Gila mesti diubat dengan menyeru Moyang Labang menjelma serta merta.

Memang Pawang Lamid tidak mampu memulihkan Jaaman Gila, hingga berterusan menjadi tidak siuman. Lama Jaaman Gila tidak siuman, tiba sahaja dia mengamuk sebaik sahaja terlepas pasungan. Dia mencapai parang di dinding terus menyerbu menghambat mangsa yang melintas.

Mujur juga Senah sempat memberitahu jiran-jiran supaya berlindung setelah Jaaman Gila mengamuk tidak ketahuan. Ketika inilah Pawang Lamid menghalang Jaaman Gila supaya campakkan parang ke tanah. Sebaik sahaja melihat kelibat Pawang Lamid tidak bertangguh Jaaman Gila menyerbu mahu memangkas pantas.

Tatkala Jaaman Gila hampir mahu menetakkan mata parang dia tiba-tiba sahaja terkaku tidak boleh bergerak. Jaaman Ghila terketar-ketar dengan mata meliar bagaikan ketakutan tidak menentu. Masakan orang tidak

60 siuman tahu mengalami ketakutan hingga tidak tertangguh membuangkan parang yang tergenggam di tangan!

Setelah dipujuk baik-baik oleh PawangLamid, barulah Jaaman Gila dapat ditenteramkan. Tahu sangat Mat Kanun mengenai keberanian arwah datuknya Pawang Lamid menghalang Jaaman Gilah tengah mengamuk. Tetapi setelah dihantar oleh ayahnya belajar pondok ke tanah seberang, Mat Kanun sekadar diberitahu mengenai kematian datuknya.

Aki ada tentu tak ada mala disebabkan orang-orang bersetuju dengan keputusan Mat Kanun supaya tidak berjamu ancak.

sengaja Hassan Debeng menguji keberanian anak saudara isterinya itu.

salah juga sekiranya seisi kampung desak dia buat berjamu ancak.

Bukan mudah mahu berjamu ancak kalau sekadar mahu terikut-ikut sahaja. Perkara siapkan sedulang jambar perkakas ramuan ancak, tidak sama dengan menyeru jelmaan Moyang Labang. Manalah tahu yang menjelma di depan mereka bukan Moyang Labang tetapi puaka jembalang yang sengaja mencari kesempatan.

Sebab itu Usin Pakau tidak boleh beranikan hati mahu berjamu ancak kalau tidak memahami syarat dan petua aturan. Lainlah Pawang Lamid memang mahir mengenai jelamaan yang tercegat di depannya. Kalau bukan Moyang Labang yang menjelma nescaya akan diserbu Pawang Lamid hingga tengkuk puaka jembalang dicekak sampai tercungap-cungap.

Tahu sangat Pawang Lamid tidak satu pun puaka jembalang mampu bertahan sekiranya berdepan dengan manusia !

ingatkan jiran-jirannya supaya sama-sama solat hajat berjemaah di surau tatkala berhadapan Berilmu, seba

perlahan dia harapkan mereka semua tidak terpengaruh sangat dengan kejadian usungan mayat bergerak tengah malam itu.

Malim Tekih setelah seisi kampung berkumpul di surau.

Terkejut juga saya apabila diberitahu Malim Tekih mengenai kejadian usungan mayat bergerak tengah malam, lantas menjemput saya ke surau mereka. Memang saya tidak menduga apa-apa semasa Mat Kanun meminta jengah ke kampungnya disebabkan lama sangat tidak bersua dengan Malim Tekih.

Apa lagi semasa saya menetap di kampung mereka, memang keluarga Malim Tekih menjadi tempat saya bertumpu.

Seringkali juga Malim Tekih beritahu saya mengenai anaknya Mat Kanun belajar pondok di tanah seberang. Apabila Mat Kanun beritahu mengenai dirinya anak Malim Tekih tatkala menemui saya mengajak ke surau di kampungnya, terasa juga bangga di hati saya. Apa lagi keramahannya serta budi bahasa yang meruntun perasaan.

Sebaik sahaja diberitahu mengenai kejadian usungan mayat bergerak tengah malam mengganggu penduduk kampung, saya sendiri menjadi serba salah. Disebabkan Mat Kanun mengajak dirikan solat hajat berjemaah memohon dihindarkan mala petaka, memang saya bersetuju.

Siapa lagi boleh diharapkan apabila mala petaka demikian mengganggu? Seminggu selepas penduduk kampung buat solat hajat berjemaah, memang tidak pernah lagi mereka terserempak usungan mayat diusung beberapa orang lelaki tidak berkepala itu. Hinggalah

61 sebulan berlalu baru Hassan Gebeng terserempak tatkala balik dari menjala ikan di sungai.

Cepat-cepat dia bersembunyi menyusup di perdu belukar senduduk sebaik saja ternampak kelibat dari jauh usungan mayat itu diusung. Ketika usungan itu melintas didepannya tercium bau busuk menusuk ke hidung hingga terasa meloyakan tekak. Disebabkan gangguan itu berterusan juga, terpaksa Malim Tekih mendesak saya ikhtiarkan supaya jelmaan usungan mayat itu dapat diusir jauh.

Kanun mencemik muka menahan perasaan kecewa dengan kejadian yang menimpa kampungnya.

membantunya sekalipun belum diketahui lagi punca gangguan berkenaan.

Ketika saya bangun solat sunat Maghrib, tiba-tiba sahaja Mat Kanun tidak kelihatan di mana. Malim Tekih juga tidak menyedari bila anaknya turun meninggalkan kami di atas surau setelah sama-sama berjemaah maghrib.

Tetapi saya tidak pedulikan sangat ke mana Mat Kanun menghilang, lantas saya membaca Fatihah tiga kali diikuti dengan Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Tatkala saya merasakan diri saya melambung tinggi ke udara, sekaligus saya melihat Mat Kanun mengekori usungan mayat yang diusung beberapa orang lelaki tidak berkepala.

Tiga kali Mat Kanun hentakkan tumit ke tanah, tiba-tiba sahaja lelaki-lelaki berkenaan tersentak. Cepat-cepat mereka campakkan usungan mayat berkenaan, tetapi usungan mayat itu terapung-apung diudara tidak jatuh terhumban. Lantas Mat Kanun membacakan tiga kali

-ilaha illa huwa kullu syai-in halikun illa wajhahu,

69. PEREMPUAN JANDA BERSUAMI

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 61-80 (Halaman 58-64)