• Tidak ada hasil yang ditemukan

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar dapat:

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 50-55)

1. Mengetahui berkenaan Program Pendidikan Inklusif. 2. Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif.

PENGENALAN

Unit ini membincangkan tentang Program Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Dalam Akta Pendidikan 1998, seorang kanak-kanak berkeperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan telah disahkan oleh panel terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perjanjian Salamanca memastikan supaya mereka diberi perkhidmatan tambahan dan perlu diinklusifkan.

ISI KANDUNGAN

JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF

Di Malaysia, pendidikan inklusif terbahagi kepada tiga katagori, iaitu inklusif penuh, inklusif separa dan inklusif tempat (Ghani, 2011). Pendidikan inklusif penuh bermaksud murid-murid berpendidikan khas akan mengikuti sesi pembelajaran di dalam aliran arus perdana bersama-sama murid normal yang lain. Pendidikan inklusif separa pula bermaksud murid-murid berpendidikan khas mengikuti sesi pembelajaran di dalam bilik darjah aliran perdana bersama-sama murid normal yang lain pada masa-masa tertentu sahaja. Manakala pendidikan inklusif tempat pula bermaksud murid-murid berpendidikan khas belajar di dalam bilik darjah khas bersama rakan-rakan mereka yang juga murid berpendidikan khas. Inklusif tempat juga dikenal sebagai program integrasi. Matlamat utama pendidikan inklusif yang juga dikenali sebagai mainstreaming ialah supaya murid-murid berpendidikan khas dapat belajar bersama-sama murid normal di sekolah biasa.

1. Program Percantuman

Dalam program ini, murid-murid berpendidikan khas akan belajar di dalam persekitaran sekolah biasa di mana mereka ditempatkan dalam beberapa bilik darjah mengikut keperluan. Mereka borkongsi mengunakan segala kemudahan sekolah dengan murid-murid normal. 2. Program Inklusif Sepenuhnya

Dalam program ini, perkhidmatan pendidikan disediakan kepada murid-murid berpendidikan khas untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid normal di dalam bilik darjah yang sama dan diajar oleh guru biasa. Program ini diadakan supaya murid-murid berpendidikan khas dapat menyesuaikan diri dari aspek berinteraksi dalam komuniti setempat dan mampu berdikari serta menyumbang kepada negara apabila dewasa.

3. Program Pendidikan Separa Inklusif

Pendidikan spara inklusif dilaksanakan dengan matlamat agar murid-murid berpendidikan khas belajar dan menyertai aktiviti-aktiviti di sekolah bersama-sama murid normal. Sesuai dengan terma separa inklusif, murid-murid berpendidikan khas belajar di dalam bilik darjah biasa mengikut jadual waktu mata pelajaran tertentu yang telah ditentukan oleh pihak pentadbiran (setelah berunding dengan penyelaras program). Apabila tidak belajar di bilik darjah biasa, mereka akan megikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan-rakan mereka dalam bilik darjah pendidikan khas.

MODEL PENGAJARAN INKLUSIF

Terdapat banyak model pengajaarn inklusif yang boleh digunakan apabila melaksanakan program pendidikan inklusif di sekolah. Terdapat model consulting teacher, model co-teacher, the co-teaching plan, a co-teaching model dan banyak lagi. Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa model yang biasa digunakan.

Model Co-Teacher

Model ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti One teach, one observe; One teach, one drift; station teaching; parallel teaching; alternative teaching dan team teaching. The one teaching and one assisting model pula misalannya boleh digunakan apabila dua orang guru saling membantu apabila mengajar sekumpulan murid pada masa yang sama. Model ini boleh dilaksanakan dengan salah seorang daripada guru meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sementara seorang guru lagi bertindak menyediakan bahan bantuan dan sokongan serta memantau pengajaran. Ini membolehkan kedua-dua orang guru menilai berkaitan akademik, tingkah laku dan sosial murid-murid.

Parallel Teaching

Pengajaran dirancang antara guru pendidikan khas dan guru perdana. Pengajaran dilaksanakan oleh kedua-dua guru secara selari. Model ini amat sesuai digunakan apabila aktiviti latih tubi atau drill and pactice dan projek dilakukan. Model pengajaran ini boleh dilakukan mengguna tiga cara pengajaran:

1. Mengajar isi kandungan pelajaran yang sama atau yang memerlukan demostrasi.

2. Mengajar isi kandungan pelajaran yang sama tetapi menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza.

3. Mengajar isi kandungan pelajaran yang berbeza.

Model One Lead Teacher and Another Teacher Teaching on Purpose boleh dilaksanakan apabila guru arus perdana dan guru pendidikan khas bekerjasama apabila mengajar. Model One Lead Teacher and One Support Teacher pula melibatkan seorang guru memainkan peranan utama dalam pengajaran manakala seorang guru lagi membantu murid secara individu (atau dalam kumpulan kecil) semasa pengajaran berlaku.

Rajah station teaching

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif 1. Ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan pendidikan anak mereka. Mereka perlu member kebenaran untuk melibatkan anak masing-masing dalam pendidikan inklusif dan memberi kerjasama yang padu kepada guru.

2. Pihak Sekolah

Pihak bertanggungjawab di sekolah perlu mengorganisasi kurikulum dan jadual keluar masuk murid secara terancang. Penilaian dan laporan perkembangan murid-murid wajar dipantau dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.

3. Guru

Guru wajar bekerjasama dan saling membantu bagi memastikan kejayaan program yang dilaksanakan. Pengurusan bilik darjah dan kesediaan menjalankan model inklusif juga perlu diberi perhatian.

Forum 5:

Jelaskan dengan terperinci Program Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan di sekolah anda.

Tugasan individu 5:

Huraikan secara terperinci berkaitan model consulting teacher, model teacher, the co-teaching plan dan a co-co-teaching model.

RUMUSAN

Program Pendidikan Inklusif boleh dilaksanakan jika semua pihak memberi kerjasama dan saling bantu membantu. Bertitik tolak daripada Perjanjian Salamanca, semua murid berpendidikan khas wajar diberi peluang untuk belajar bersama-sama rakan persekolahan. Pelaksanaan program seumpama ini yang terancang membantu perkembangan akademik dan kemahiran sosial murid-murid berpendidikan khas.

KATA KUNCI

Model inklusif Consulting teacher Model co-teacher The co-teaching plan A co-teaching model

PENILAIAN KENDIRI

Nyatakan pendekatan yang terdapat dalam Model Co-teacher.

PETA KONSEP

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. One teach, one observe 2. One teach, one drift 3. Station teaching 4. Parallel teaching 5. Alternative teaching 6. Team teaching

UNIT 6

Model Inklusif Consulting teacher Model co-teacher The co-teaching plan A co-teaching model One teach, one observe One teach, one drift Station teaching Parallel teaching Alternative teaching Team teaching

A

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 50-55)