• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Lengkap PDF

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul Lengkap PDF"

Copied!
124
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT 1

AKTA PENDIDIKAN 1996

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui tentang Akta Pendidikan 1996.

2. Mengenal pasti secara lebih jelas mengenai Pendidikan Khas menerusi pernyataan Bahagian IV, Bab 8.

PENGENALAN

Di awal sistem Pendidikan Khas dilaksanakan di Malaysia, Akta Pelajaran 1961 digunapakai di mana dalam Akta Pelajaran 1961, sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid kurang upaya. Akta Pelajaran 1961 turut memberi fokus kepada kepada pendidikan kanak-kanak cacat dan kerajaan perlu mengambil alih sepenuhnya pendidikan dari persatuan. Badan-badan sukarela digalakkan bersama-sama untuk memajukan Pendidikan Khas. Akta ini turut menyentuh tentang pengajaran pemulihan, kaedah mengajar, bahan bantu mengajar, bilik darjah serta peruntukan guru pemulihan. Pendidikan Khas telah mendapat tempat dalam Akta Pendidikan 1996 menerusi Bahagian IV, Bab 8. Secara langsung, Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan kepada Akta Pelajaran 1961.

ISI KANDUNGAN

AKTA PENDIDIKAN 1996

Bagi membincangkan bab ini, anda dinasihatkan untuk memuat turun Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kita hanya akan berbincang perkara yang bersangkutan dengan Pendidikan Khas dalam Akta Pendidikan 1996. Oleh yang demikian, didapati bahawa terma Pendidikan Khas hanya terbit sebanyak dua bahagian, iaitu Bahagian I dan IV.

Bahagian 1-Permulaan 2. Tafsiran

Tafsiran Pendidikan Khas dalam Bahagian 1, Akta Pendidikan 1996 bererti pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid.

Bahagian IV-Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 4-Pendidikan Menengah

(2)

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan berikut:

(b) sekolah khas

Sekolah khas boleh ditubuhkan dalam sistem pendidikan kebangsaan mengikut peruntukan pendidikan menengah di bawah institusi pendidikan lain.

Bab 8-Pendidikan Khas

40. Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Khas.

Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat.

41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum Pendidikan Khas.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan-

(a) tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima Pendidikan Khas;

(b) kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan Pendidikan Khas;

(c) kategori murid yang memerlukan Pendidikan Khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan

(d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(3) Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.

Implikasi Akta Pendidikan 1996

Sebagai seorang guru, anda tentu telah mengetahui mengenai perkara ini, malah anda mempunyai pengalaman menguruskan program yang dimaksudkan. Dalam unit pelajaran ini, kita membincangkan perihal intipati Akta Pendidikan 1996 secara ringkas supaya anda mempunyai pengetahuan tentang akta ini dan kesannya terhadap perkhidmatan yang disediakan di sekolah khas dan sekolah-sekolah yang mempunyai program integrasi.

Dalam Bahagian 1, Akta Pendidikan 1996 mentafsirkan Pendidikan Khas sebagai pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid. Dalam Bahagian 4, Bab 4 (34)(1) pula sekolah khas boleh ditubuhkan bagi melaksanakan perkhidmatan Pendidikan Khas di sekolah khas atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh suaimanfaat.

Berdasarkan Bahagian VII, Bab 8 (40), Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengadakan perkhidmatan Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan di bawah Bahagian Pendidikan Khas. Manakala Bahagian VII, Bab 8 (41) pula menetapkan tempoh dan kurikulum Pendidikan

(3)

Khas. Menerusi phrasa ini, melalui peraturan-peraturan tertentu dalam Akta ini menetapkan bahawa:

1. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima Pendidikan Khas.

Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini. Dengan ini kita perhatikan semua kanak-kanak berkeperluan khas yang belajar di sekolah kerajaan mendapat penambahan dua tahun persekolahan yang boleh diambil samada di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah menengah.

2. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan Pendidikan Khas. Dengan ini kita perhatikan bahawa murid-murid bermasalah penglihatan atau

bermasalah pendengaran disarankan mengikuti kurikulum perdana dengan penyesuaian yang difikirkan perlu. Manakala murid-murid bermasalah pembelajaran disarankan untuk mengikuti kurikulum khas yang menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya murid-murid dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat.

3. Kategori murid yang memerlukan Pendidikan Khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.

Dengan ini, didapati bahawa dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubah suai (1) kaedah atau pendekatan pengajaran, (2) masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, (3) mata pelajaran dan (4) bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

Berdasarkan Rajah 1.1, didapati perkhidmatan Pendidikan Khas yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kerajaan disediakan untuk semua murid berkeperluan khas yang boleh dididik, telah melalui proses penilaian dan mereka mengikuti kurikulum tertentu.

(4)

Rajah 1.1

Forum 1:

Dengan merujuk kepada Rajah 1.1, jelaskan mengenai sekolah khas, program integrasi dan program pendidikan inklusif.

Tugasan individu 1:

Sebagaimana yang telah dibincangkan, Akta Pendidikan 1996 menyentuh tentang pengajaran pemulihan, kaedah mengajar dan bahan bantu mengajar. Huraikan secara terperinci ketiga-tiga elemen ini.

RUMUSAN

1. Terma Pendidikan Khas terbit sebanyak dua bahagian, iaitu Bahagian I dan IV dalam Akta Pendidikan 1996.

2. Tafsiran Pendidikan Khas dalam Bahagian 1, Akta Pendidikan 1996 bererti pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid.

3. Bahagian 4, Bab 4 (34)(1), sekolah khas boleh ditubuhkan bagi melaksanakan perkhidmatan Pendidikan Khas di sekolah khas atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh suaimanfaat.

4. Bahagian VII, Bab 8 (40), Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengadakan perkhidmatan Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan di bawah Bahagian Pendidikan Khas.

(5)

5. Bahagian VII, Bab 8 (41) menetapkan tempoh dan kurikulum Pendidikan Khas.

KATA KUNCI

Akta Pendidikan 1996

Perkhidmatan Pendidikan Khas Tempoh belajar

Kurikulum

PENILAIAN KENDIRI

1. Namakan tiga kementerian yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. 2. Huraikan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang menjadi tanggungjawab

tiga buah kementerian yang anda namakan.

3. Nyatakan kategori murid-murid bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut Jabatan Pendidikan Khas (2005).

4. Huraikan berkaitan kurikulum untuk murid-murid berkeperluan khas?

PETA KONSEP

RUJUKAN

Malaysia. 1996. Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) (Akta 550). Warta Kerajaan.

(6)

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas menjadi tanggungjawab tiga buah kementerian, iaitu (1) Kementerian Kesihatan Malaysia, (2) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta (3) Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Perkhidmatan pendidikan bagi golongan ini dikendalikan oleh dua buah kementerian, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pelajaran kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal teruk, rencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan serta kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran serta murid pemulihan khas.

3. Kategori murid-murid bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sindrom down, autisme ringan, gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan, terencat akal minima dan bermasalah pembelajaran spesifik, seperti disleksia (Jabatan Pendidikan Khas 2005).

4. Oleh kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid bermasalah pembelajaran secara am rendah dan peningkatan pencapaian mereka perlahan, maka objektif yang terdapat dalam kurikulum kebangsaan terlalu tinggi untuk dicapai oleh mereka. Justeru, perancangan dan penggubalan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Bahagian II 3(2).

(7)

UNIT 2

RANG UNDANG-UNDANG ORANG KURANG UPAYA 2007

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

3. Mengetahui tentang Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007.

4. Mengenal pasti secara lebih jelas mengenai habilitasi dan rehabilitasi dalam Pendidikan Khas.

PENGENALAN

Bab ini membincangkan tiga bahagian dalam Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007 dan lima bab yang terdapat dalam Bahagian IV Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007, iaitu Bab 1(Kebolehaksesan), Bab 2 (Habilitasi dan rehabilitasi), Bab 3 (Kesihatan), Bab 4 (Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk) dan Bab 5 (Keadaan berisiko dan kecemasan manusia).

ISI KANDUNGAN

Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007 merupakan suatu akta yang mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini mengiktiraf bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007 juga mengikhtiraf sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti serta masyarakat seluruhnya. Selain itu, akta ini juga turut mengiktiraf kepentingan kebolehkesanan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan, kepada kesihatan dan pendidikan serta dari segi maklumat dan komunikasi, bagi membolehkan penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat.

Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007 tidak ketinggalan dalam mengiktiraf orang kurang upaya berhak kepada peluang dan perlindungan, serta mendapat bantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan

(8)

hak, sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan persekutuan. Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007 menekankan kepentingan kerjasama antara sektor kerajaan mahupun swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan penglibatan penuh serta berkesan kepada orang kurang upaya di dalam masyarakat.

BAHAGIAN I: PERMULAAN

Dalam bahagian 1 Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007, beberapa tafsiran tentang konteks makna yang terdapat dalam akta diberi perhatian, di mana bahasa ditafsirkan sebagai bahasa pertuturan dan isyarat. Bahasa isyarat rasmi Malaysia adalah mengikut bahasa isyarat bagi orang pekak di Malaysia. Merujuk kepada seksyen 21, Daftar Kurang Upaya akan disimpan dan diselengarakan di bawah seksyen ini mengikut peraturan-peraturan yang telah digubal di bawah akta tersebut.

Habalitasi merujuk kepada proses bertujuan untuk membolehkan orang yang dilahirkan dengan ketidakupayaan mencapai serta mengekalkan sepenuh keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional dengan penglibatan serta penyertaan penuh mereka dalam aspek kehidupan. Jabatan Pembangunan telah mewujudkan suatu sistem khas agar Orang Kurang Upaya diberi hak dalam pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, perkembangan dan kesejahteraan mereka. Atas dasar itu, pengenalan kad OKU dikeluarkan mengikut seksyen 25.

Komunikasi merupakan bahasa, paparan teks, Braille, bahasa sentuhan, cetak besar, isyarat, multimedia boleh akses dan juga cara dan format komunikasi secara bertulis, audio, bahasa mudah, jurubaca serta kaedah augmentatif dan alternatif, termasuk maklumat boleh akses dan terknologi maklumat.

Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan dalam masyarakat. Penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta adalah suatu penyediaan kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Penyesuaian munasabah adalah pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang atau tidak wajar. Jika diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan Orang Kurang Upaya menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

Rehabilitasi merupakan suatu proses yang bertujuan untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh merek dalam semua aspek kehidupan. Reka bentuk sejagat merupakan reka bentuk produk, persekitaran, program dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua orang, ke tahap sebaik mungkin, tanpa perlu membuat adaptasi atau mereka bentuk yang khusus dan hendaklah termasuk alat bantu bagi kumpulan Orang Kurang Upaya tertentu jika diperlukan. Sektor swasta merupakan mana-mana orang atau badan sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan selain Kerajaan atau Kerajaan Negeri, agensi, badan

(9)

atau pertubuhan Kerajaan, tetapi tidak termasuk apa-apa rujukan kepada penubuhan bukan kerajaan.

BAHAGIAN 2: MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

Suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya hendaklah ditubuhkan. Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

a) Menteri yang menjadi Pengerusi

b) Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungjawabkan bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi

c) Peguam Negara, atau wakilnya

d) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan e) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengangkutan f) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia g) Ketua Pengarah Pendidikan

h) Ketua Pengarah Kesihatan

i) Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan

j) Tidak lebih dari sepuluh orang yang berpengalaman, berpengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam permasalahan dan isu yang berhubungan dengan orang kurang upaya yang dilantik oleh Menteri.

Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (2)(j), melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau perlatikannya terlebih dahulu dibatalkan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula selama tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut.

Fungsi Majlis

a) Untuk menyelia perlaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubung dengan orang kurang upaya.

b) Untuk membuat syor kepada kerajaan mengenai semua aspek orang kurang upaya termasuk perkara-perkara yang berhubung dengan sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kuang upaya.

c) Untuk menyelaras dan memantau perlaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubung dengan orang kurang upaya dengan kementerian, agensi, badan atau badan pertubuhan kerajaan dan sector swasta yang berkaitan.

d) Untuk memantau dan menilai kesan dasar, program dan aktiviti yang dirancang untuk mencapai penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dan dalam berbuat demikian boleh membuat apa-apa perkiraan dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan atausektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang difikirkannya perlu.

e) Untuk mengkaji semula aktiviti semua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam dasar pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubung dengan orang kurang upaya.

(10)

f) Untuk mengesyorkan kepada kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga untuk mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk untuk memudahkan kebolehaksesan.

g) Untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyrakat dan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, termasuk pada peringkat keluarga, berhubung dengan orang kurang upaya termasuk keupayaan dan sumbangan mereka bagi menggalakkan tanggapan positif dan kesedaran sosial yang tinggi serta memupukkan rasa hormat kepada hak dan maruah orang kurang upaya.

h) Untuk menerima pakai langkah yang berkesan dan sesuai bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan orang kurang upaya, dan sumbangan mereka di tempat kerja dan pasaran buruh.

i) Untuk memupuk sikap menghormati hak orang kurang upaya pada semua peringkat system pendidikan, termasuk pada peringkat awal kanak-kanak.

j) Untuk menasihati kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa.

k) Untuk mengumpul danmengumpul semak data dan maklumat, serta menjalankan galakkan penyelidikan yang berhubung dengan orang kurang upaya.

l) Untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi. m) Untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi orang kurang

upaya dalam pasaran buruh, dan juga bantuan dalam mencari atau mendapatkan pekerjaan atas asas keseratan dengan orang kurang upaya.

n) Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebgaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi perlaksanaan sewajarnya bagi Akta ini.

Tanggungjawab Kerajaan

Tanggungjawab dan kewajipan yang hendaklah ditunaikan oleh kerajaan di bawah Akta ini hendaklah bagi menjayakan dasarnya yang berhubung dengan orang kurang upaya dan hendaklah ditunaikan:

a) Dengan mengambil kira sumber manusia dan kewangan yang ada dan apa-apa faktor lain yang berkaitan.

b) Dengan mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis lain yang berkaitan.

Menjadi tanggungjawab dan kewajipan tiap-tiap kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan:

a) Untuk berkerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini.

b) Untuk member pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubung dengan orang kurang upaya.

c) Untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubung dengan orang kurang upaya.

(11)

Menjadi tanggungjawab dan kewajipan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk: a) Berkerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini.

b) Memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubung dengan orang kurang upaya.

c) Mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubung dengan orang kurang upaya.

Laporan tahunan

Majlis hendaklah memberikan suatu laporan tahunan mengenai semua aktivitinya sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporanitu kepada Menteri, da mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yan diarahkan oleh Menteri.

BAHAGIAN 4

PENGGALAKKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA

BAB 1 (KEBOLEHAKSESAN)

1. Akses Kepada Kemudahan, Ameniti, Perkhidmatan dan Bangunan Awam

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti, perkhidmatan, dan bangunan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai atas asas kesetaraan dengan orang kurang upaya, tetapi tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya. Oleh yang demikian, kerajaan dan penyedia mana-mana kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan pembangunan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, eminiti, perkhidmatan da pembangunan awam serta penambahbaikan kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada penggunaan oleh orang kurang upaya.

2. Akses Kepada Kemudahan Pengangkutan Awam

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses menggunakan kemudahan, ameniti, dan perkhidmatan pengangkutan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai atas asas kesetaraan dengan orang kurang upaya. Oleh yang demikian, kerajaan dan penyedia mana-mana kemudahan, imeniti, dan perkhidmatan awam, hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti, dan pengakutan awam itu menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada penggunaan oleh orang kurang upaya.

(12)

3. Akses Kepada Pendidikan

Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan kepada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah, dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat. Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengakapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya. Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya mempelajari kemahiran hidup dan pembangunan social bagi kemudahan penyertaan penuh dan setara mereka dalam pendidikan termasuk seperti yang berikut:

Bagi memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif, kaedah augmentatif dan alternatif, cara dan format komunikasi dan kemahiran orientasi dan moboliti, dan memudahkan sokongan rakan sebaya dan pementoran. Untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia dan penggalakan identiti linguastik komuniti orang pekak manakala untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi individu, dan dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akedemik dan sosial.

4. Akses Kepada Pekerjaan

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada pekerjaan atas dasar kesetaraan dengan orang upaya. Majikan hendaklah melindungi hak orang kurang upaya, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, untuk mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik termasuk peluang sama rata dan saran sama rata bagi kerja yang sama nilai, suasana kerja yang selamat dan sihat, perlindungan daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati. Majikan juga perlu melaksanakan kewajipan sosialnya berusaha untuk menggalakkan pekerjaan yang stabil bagi orang kurang upaya dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya, menyediakan tempat pekerjaan yang sesuai dan menjalankan pengurusan pekerjaan yang sesuai.

Bagi menggalakkan pengambilan kerja orang kurang upaya dalam sektor swasta, merumuskan dasar dan langkah yang sesuai yang boleh termasuk program tindakan afirmatif dan langkah lain, Majlis hendaklah menggalakkan peluang latihan kepada orang kurang upaya dalam pasaran buruh dan juga peluang untuk bekerja sendiri, keusahawanan, pembangunan koperasi, memulakan perniagaan sendiri dan mewujudkan peluang bekerja dari rumah.

(13)

5. Akses Kepada Maklumat, Komunikasi dan Teknologi

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi atas asas kesetaraan dengan orang upaya. Kerajaan dan penyedia maklumat, komunikasi dan teknologi hendaklah, bagi membolehkan orang kurang upaya mempunyai akses sedemikian, menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi dalam format dan teknologi boleh akses bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut cara yang tepat pada masanya dan tanpa kos tambahan. kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentatif dan alternatif, dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses pilihan orang kurang upaya dalam urusan rasmi.

6. Akses Kepada Kehidupan Berbudaya

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan orang upaya. Mereka mempunyai hak untuk menikmati akses seperti:

a) bahan kebudayaan dalam format boleh akses.

b) program televisyen, filem, teater dan aktviti kebudayaan lain, dalam format boleh akses. c) ke tempat persembahan kebudayaan atau perkhidmatan seperti teater, muzium,

panggung wayang, perkhidmatan perpustakaan dan perlancongan, dan seboleh mungkin, ke monument dan tapak yang mempunyai kepentingan kebudayaan kebangsaan.

Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mendapat peluang untuk membangunkan dan menggunakan potensi kreatif, artistik dan intelek mereka, mereka bukan hanya untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi juga untuk memperkaya masyarakat. Orang kurang upaya berhak atas asas kesetaraan dengan orang upaya untuk mendapatkan pengiktirafan dan sokongan terhadap identity khusus kebudayaan dan lingustik mereka, termasuk Bahasa Isyarat Malaysia dan budaya orang pekak.

7. Akses Kepada Rekreasi, Santai dan Sukan

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menyertai aktiviti rekreasi, santai dan sukan atas asas keserataan dengan orang upaya tetapi tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya. Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk:

a) Menggalakkan penyertaan ke tahap setinggi mungkin, orang kurang upaya dalam aktiviti sukan utama pada semua peringkat.

b) Memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai peluang untuk menganjurkan, membangunkan dan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk orang kurang upaya dan, bagi tujuan ini, menggalakkan pengandaan, atas asas keserataan dengan orang upaya, tunjuk ajar, latihan dan sumber yang sesuai.

c) Memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses ke tempat sukan, rekreasi dan pelancongan.

d) Memastikan bahawa kanak kurang upaya mempunyai akses setara dengan kanak-kanak upaya lain kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, rekreasi dan santai seta sukan, termasuk aktiviti dalam sistem persekolahan.

(14)

e) Memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses kepada perkhidmatan daripada mereka yang terlibat dalam penganjuran aktiviti rekreasi, santai, sukan dan perlancongan.

BAB 2 (HABILITASI DAN REHABILITASI)

Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal, mental, social dan vokasional sepenuhnya serta penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan.

Bagi maksud subseksyen (1), Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengajurkan, mengukuhkan dan memperluas perkhidmatan dan program habilitasi dan rehabilitasi yang komprehensif, terutamanya dalam bidang kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan sosial mengikut sedemikian cara perkhidmatan dan program ini bermula pada peringkat seawal mungkin dan berdasarkan penilaian pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan individu.

Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menggalakkan pengandaan, pengetahuan dan penggunaan alat Bantu dan teknologi yang direka bagi orang kurang upaya sebagaimana yang ia berhubungan dengan habilitasi dan rehabilitasi. Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk menyediakan interversi awal, rehabilitasi dan latihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

BAB 3 (KESIHATAN)

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menikmati kesihatan atas asas keserataan dengan orang upaya. Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang peka gender. Kerajaan dan penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah menyediakan perkhidmatan kesihatan yang perlu kepada orang kurang upaya yang hendaklah termasuk yang berikut:

a) pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, imunisasi, pemakanan, perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar dan kaunseling genetic.

b) pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat pada masanya untuk mencegah ketidakupayaan dan rawatan bagi rehabilitasi.

(15)

Dalam mengambil langkah untuk mencegah berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, kerajaan hendaklah:

a) Menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan tinjauan penyiasatan dan penyelidikan berhubung dengan sebab berlakunya ketidakupayaan.

b) Menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran dan menyebarkan atau menyebabkan supaya disebarkan maklumat mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah pencegahan untuk diterima pakai dan mengenai kebersihan, kesihatan dan sanitasi umum.

Mana-mana sektor swasta atau pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya hendaklah mengambil khidmat jurupulih pertuturan, jurupulih anggota dan jurupulih kerja, atau mana-mana personel kesihatan sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Menteri setelah mengambil kira kehendak dan keupayaan institusi swasta itu, kekerapan perkhidmatan dan apa-apa factor lain yang berkaitan. Bagi maksud subseksyen (1), institusi swasta merupakan yang:

a) Mendaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506), hendaklah dalam masa enam bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis bilangan personel itu dalam penggajiannya; atau

b) Memohon untuk didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 hendaklah pada dan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis, sebelum memulakan operasi, bilangan personel itu dalam penggajiannya.

Walau bagaimanapun, Menteri boleh mengecualikan mana-mana sector swasta atau pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya, sebagaimana yang disifatkannya patut dan perlu, daripada mengambil khidmat personel kesihatan dalam institusi dan sebaliknya boleh membenarkan lawatan berkala personel kesihatan itu ke institusi swasta itu.

BAB 4 (PERLINDUNGAN ORANG DENGAN KETIDAKUPAYAAN)

Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial yang perlu termasuk memastikan bahawa kebajikan orang dengan ketidakupayaan teruk tetap tidak terjejas selepas kematian ibu atau bapanya atau pemberi jagaannya bagi membolehkan orang dengan ketidakupayaan teruk itu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang berhasrat untuk menyediakan jagaan institusi bagi orang dengan ketidakupayaan teruk boleh membuat permohonan bagi insentif untuk menyediakan jagaan sedemikian kepada Majlis mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. Majlis boleh, jika ia berpuas hati bahawa permohonan pertubuhan bukan kerajaan atau pemberi penjagaan yang disebut dalam subseksyen (2) patut dipertimbangkan , memberikan apa-apa insentif yang disifatkannya sesuai dengan kelulusan Menteri yang bertanggungjawab bagi kewangan. Orang dengan ketidakupayaan teruk dalam Bab ini bermaksud seseorang yang mengalami satu atau lebih ketidakupayaan yang bergantung pada orang lain bagi aktiviti kehidupan harian yang asas.

(16)

BAB 5 (KEADAAN BERISIKO DAN KECEMASAN KEMANUSIAAN)

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk mendapat bantuan atas asas kesetaraan dan pengiktirafan dengan orang upaya dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan, termasuk konflik bersenjata dan kejadian bencana alam. Kerajaan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan orang kurang upaya mempunyai hak untuk mendapat bantuan dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusian melalui mekanisma perundangan dan juga pentadbiran.

Forum 2:

Jelaskan peranan anda sebagai guru Pendidikan Khas bagi memastikan Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya dilaksanakan dalam merapatkan kerjasama antara sektor kerajaan mahupun swasta serta pertubuhan bukan kerajaan ke arah penyertaan dan penglibatan penuh serta berkesan orang kurang upaya di dalam masyarakat.

Tugasan Individu 2:

Bincangkan mengenai peranan guru dalam merangka aktiviti pelajaran atau aktiviti kemasyarakatan dengan mengambil kira kelima-lima bab dalam Bahagian 4, Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007.

RUMUSAN

1. Bahagian 1, Rang Undang-undang Orang kurang Upaya 2007 menjelaskan tentang permulaan dan tafsiran.

2. Bahagian 2, Rang Undang-undang Orang kurang Upaya 2007 menjelaskan tentang perkara bersangkutan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya dan tanggungjawab kerajaan.

3. Lima bab dalam Bahagian 4, Rang Undang-undang Orang kurang Upaya 2007 dibincangkan, iaitu kebolehaksesan, habilitasi dan rehabilitasi, kesihatan, perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk dan keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan. 4. Bab 1, iaitu kebolehaksesan menjelaskan tentang (1) akses kepada kemudahan, ameniti,

perkhidmatan dan bangunan awam, (2) akses kepada kemudahan pengangkutan awam, (3) akses kepada pendidikan, (4) akses kepada pekerjaan, (5) akses kepada maklumat dan komunikasi, (6) akses kepada kehidupan berbudaya serta (7) akses kepada rekreasi, santai dan sukan.

5. Bab 2, iaitu habilitasi dan rehabilitasi menjelaskan tentang (1) habilitasi dan rehabilitasi serta (2) perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti.

6. Bab 3, iaitu kesihatan menjelaskan tentang (1) akses kepada kesihatan, (2) pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya dan (3) pengadaan personel kesihatan.

(17)

7. Bab 4, iaitu perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk membincangkan tentang perlindungan sepanjang hayat & sistem sokongan sosial

8.

Bab 5, iaitu keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan membincangkan tentang akses kepada bantuan.

KATA KUNCI

1. Kebolehaksesan

2. Habilitasi dan rehabilitasi 3. Kesihatan

4. Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk 5. Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan

PENILAIAN KENDIRI

Nyatakan peranan kerajaan dalam menyediakan perlindungan orang dengan ketidakupayaan.

PETA KONSEP

(18)

RUJUKAN

Malaysia. 2007. Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007. Warta Kerajaan. D.R. 52/2007.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Mengadakan perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial yang perlu termasuk memastikan bahawa kebajikan orang dengan ketidakupayaan teruk tetap tidak terjejas selepas kematian ibu atau bapanya atau pemberi jagaannya.

2. Mempertimbangkan bantuan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan atau pemberi penjagaan jika berpuas hati dengan permohonan yang dibuat.

(19)

UNIT 3

JENIS-JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan badan swasta kepada golongan berkeperluan khas di Malaysia merangkumi peringkat kanak-kanak, murid sekolah sehingga dewasa.

2. Menerangkan contoh badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk murid-murid pendidikan khas serta peranan masing-masing.

PENGENALAN

Pihak kerajaan sama sekali tidak memandang sepi terhadap golongan istimewa di negara kita. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara menjadi sasaran penting dalam agenda pengurusan dan pembangunan negara demi memastikan mereka menjalani kehidupan yang selesa seperti mana individu normal yang lain. Mereka layak menerima pelbagai faedah dan perkhidmatan sesuai dengan keperluan yang dikenalpasti merangkumi semua pihak umur. Dalam bidang Pendidikan Khas terutamanya, perkhidmatan ini merangkumi banyak pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Sumber dan tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta penglibatan secara langsung badan-badan berkanun dan bukan kerajaan. Dalam sebarang aspek kekurangan, setiap individu ini diberi peluang untuk menepati keinginan untuk bersosial, bekerjaya dan berkeluarga. Dengan ini, individu istimewa yang tergolong dalam kategori ini akan mendapat tempat di setiap pelusuk negara dan dunia untuk sama-sama memikul tanggungjawab sebagai peneraju negara.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui Program Pendidikan Khas. Program Sekolah Khas, dilaksanakan bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran di peringkat menengah. Murid-murid yang dipilih ke program iini hanya terhad kepada kekurangan sama ada pendengaran atau penglihatan sahaja. Ini bermakna murid-murid tidak mempunyai kekurangan lain seperti terencat akal dan sebagainya. Selain itu, turut diadakan

(20)

Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Bagi murid-murid yang menujukkan prestasi cemerlang dan mempunyai potensi akademik yang baik, mereka boleh menjadi calon untuk Program Inklusif yang mana-mana merasai suasana pembelajaran bersama-sama murid-murid normal yang lain di bawah pemantauan tertentu. Tidak ketinggalan murid-murid berkeperluan khas ini diperuntukkan elaun RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Jabatan Pendidikan Khas secara rasmi ditubuhkan pada 1hb. Oktober 1995, memikul tanggungjawab dalam merancang dan menguruskan semua sekolah pendidikan khas di peringkat rendah dan menengah. Selain itu, penubuhan Jabatan Pendidikan Khas bermatlamat merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi serta menilai dasar-dasar dari aspek peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi murid pendidikan khas termasuk dasar vokasional. Tambahan pula, jabatan ini memainkan peranan dalam penyelidikan berkaitan bidang Pendidikan Khas seiring keperluan semasa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Seperti individu normal yang lain, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sangat digalakkan bagi murid-murid berkeperluan khas. Untuk itu, kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT), Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi. Tambahan pula institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia memandang serius terhadap penglibatan individu ini melalui penyediaan prasarana dan kemudahan di dewan kuliah dan kampus tempat tinggal yang bersifat mesra OKU. Langkah ini secara tidak langsung memberi keselesaan kepada golongan ini untuk melalui tempoh pembelajaran sehingga digraduasikan.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Jabatan kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan pelbagai bentk kemudahan dan perkhidmatan kepada golongan OKU, murid-murid Pendidikan Khas terutamanya. Ini termasuk pendaftaran dan kad kenal diri OKU, elaun pekerja cacat, perkhidmatan penempatan, geran pelancaran, organisasi penjualan serta program-program pemulihan.

(21)

Jadual 3.1 Kategori OKU

Bil. Kategori Penerangan

1. Kurang Upaya Pendengaran (Kad OKU- Biru)

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat empat (4) tahap yang bolh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu:

Minumum (mild) - (15 - <30 dB) (Kanak-kanak) dan (20 - <30 dB) (Orang Dewasa)

Sederhana (moderate) - (30 - <60 dB)

Teruk (severe) - (60 - <90 dB)

Sengat Teruk (profound) - (>90 dB) 2. Kurang Upaya Penglihatan

(Kad OKU- Ungu)

Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Terdapat dua (2) tahap OKU penglihatan, iaitu:

Buta (blind)

Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation.

Terhad (low vision / partially sighted)

Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.

3. Kurang Upaya Fizikal (Kad OKU- Hijau)

Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunkasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima (5) tahun ke atas. Sekiranya terada kemusykilan, pakar otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

4. Kurang Upaya Pertuturan (Kad OKU- Coklat)

Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunkasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.

(22)

Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima (5) tahun ke atas. Sekiranya terada kemusykilan, pakar otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

5. Masalah Pembelajaran (Kad OKU- Kuning)

Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biogikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, lembap dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Austisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah

pembelajaran spesifik seperti Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia.

6. Kurang Upaya Mental (Kad OKU- Putih)

Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yangg serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.

7. Kurang Upaya Pelbagai (multiple disabilities)

(Kad OKU- Merah)

Mempunyai lebih daripada satu (1) jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam (6).

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Community-Based Rehabilitation (CBR) misalnya, telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat seterusnya

(23)

pada tahun 1984 telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa. Melalui kerjasama dengan KKM, pelbagai perkhidmatan sokongan ditawarkan kepada yang sangat memerlukan termasuk fisioterapi, terapi carakerja, terapi pertuturan-bahasa dan sebagainya.

Jadual 3.2: Data Pemulihan dalam Komuniti

BIL NEGERI

JUMLAH PDK

BILANGAN

PENYELIA PETUGAS PELATIH

1 Perlis 5 5 17 242 2 Kedah 27 27 126 1471 3 Pulau Pinang 20 20 69 647 4 Perak 36 36 114 1286 5 Selangor 39 39 162 2257 6 WP Kuala Lumpur 9 9 45 380 7 Negeri Sembilan 40 40 231 1639 8 Melaka 17 17 77 715 9 Johor 63 63 271 2853 10 Pahang 45 45 131 1424 11 Kelantan 33 33 103 1218 12 Terengganu 40 40 123 1354 13 Sarawak 25 25 150 1932 14 Sabah 27 27 88 1465 15 WP Labuan 2 2 7 60 JUMLAH BESAR 428 428 1,714 18,943

(Kemaskini pada Disember 2010)

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan perkhidmatan institusi merangkumi perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya. Berdasarkan Jadual 3.3, sehingga kini terdapat 11 buah institusi bagi Orang Kurang Upaya.

(24)

Jadual 3.3: Institusi bagi Orang Kurang Upaya

INSTITUSI BILANGAN

Taman Sinar Harapan (TSH) 7

Bengkel Terlindung 2

Pusat Latiahan Perindustrian dan Pemulihan Bangi

1

Pusat harian Bukit Tuanku 1

Dipetik dari laman rasmi JKM 2011

Penubuhan Taman Sinar Harapan pula di bawah agenda JKM, dikhaskan kepada Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi kategori Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Lembam, Austisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Di nstitusi ini peserta akan diberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Bagi peserta di tahap umur menegah, mereka diberi latihan pravokasional supaya mereka boleh hidup berdikari. Disamping itu, penubuhannya telah membuka peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan–kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti–aktiviti sosial dan sebagainya.

Sehingga kini, terdapat tujuh buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi dan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kriteria kemasukan kesemua TSH adalah mengambil kira klasifikasi mengikut umur, jantina, kategori ketidakupayaan, kebolehan dilatih, serta kesesuaian dan kemudahan yang terdapat di TSH.

Bil Nama Pusat Kapasiti Sebenar (April 2010)

1 Taman Sinar Harapan

Tampoi, Johor Bahru (Lelaki) 240 135

2 Taman Sinar Harapan Jubli,

Johor Bahru (Perempuan) 200 162

3 Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan

Najihah, Seremban 100 72

4 Taman Sinar Harapan

Kuala Kubu Bharu, Selangor 240 221

5 Taman Sinar Harapan Bukit Besar,

Kuala Terengganu 100 75

6 Taman Sinar Harapan Cheras, Selangor 100 26

7 Taman Sinar Harapan Jitra,

Kedah 100 46

Jumlah 1080 737

(25)

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi merupakan sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan. Selain itu, program ini memberi manfaat berbebntuk kemudahan perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan. Pihak yang berminat juga di alu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti di pusat latihan ini terutamanya yang melibatkan kajian dan penyelidikan. Peserta diberi peluang percubaan selama enam bulan sebelum melayakkan beliau menruskan pengajian sehingga enam tahun.

Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah–kaedah Workshop Terlindung 1979. Bengkel ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Program seperti ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya dan mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya. Secara tidak langsung peserta mendapat punca untuk mencari sumber pendapatan. Terdapat dua buah bengkel terlindung, iaitu di Klang dan Sungai Petani. Antara agenda yang dilaksanakan termasuk latihan jahitan, mendobi, bakeri, pembungkusan dan semaian.

Seiring dengan kerjasama kemeneterian Kesihatan Malaysia, Pusat Harian Bukit Tuanku telah dibuka secara rasminya untuk menerima kemasukan kes–kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai Johor Bahru, Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Hospital Besar Kuala Lumpur. Pesakit akan menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat Harian Tunku supaya dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat. Penubuhannya bertujuan untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang boleh menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyarakat. Selain itu, pusat ini dengan kepakaran profesion terpilih akan membantu mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap dirinya dan juga orang lain seterusnya membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam kehidupan harian mereka.

Di bawah portfolio JKM juga turut disediakan Perkhidmatan Kaunseling sebagai salah satu pendekatan atau strategi yang digunakan untuk memperkasakan OKU dalam masyarakat. Perkhidmatan ini berlandaskan pada bentuk Kaunseling Pemulihan yang khusus untuk OKU. Perkhidmatan Kaunseling ini memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu kerjaya dan ke arah kehidupan berdikari. Perkhidmatan yang diberikan adalah bersifat menyeluruh yang mana tidak tertumpu kepada OKU sahaja sebagai klien, tetapi melibatkan keluarga, komuniti setempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan sebagai pemangkin dalam membangunkan komuniti OKU.

(26)

KEMENTERIAN KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia seperti mana perkhidmatan sokongan yang lain, memainkan peranan penting dalam memastikan hak mendapatkan rawatan khusus bagi inidividu dengan keperluan khas meliputi semua kategori OKU daripada jenis masalah pendengaran sehingga yang dikelompokkan dengan masalah kurang upaya pelbagai. Antara perkhidmatan yang biasa dikaitkan dengan murid-murid Pendidikan Khas adalah seperti:

1. Pemulihan pendengaran oleh audiologis dan pakar telinga 2. Pemulihan pertuturan oleh jurupulih pertuturan-bahasa 3. Pemulihan carakerja oleh terapis carakerja

4. Pemulihan kesihatan kanak-kanak oleh pakar pediatrik 5. Penilaian awal dari kumpulan pelbagai disiplin

6. Rawatan psikologi dan kaunseling klinikal 7. Rawatan susulan

Selain daripada bentuk rawatan secara terus dan berkala, pihak kementerian kesihatan tidak kurang juga menggembling tenaga secara langsung meningkatkan kesedaran mengenai tentang pengendalian individu dengan keperluan khas ini melalui sesi seminar dan persidangan serta kempen-kempen kemasyarakatan di seluruh pelosok negara.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Terdapat pelbagai bentuk pengiktirafan telah diberikan kepada golongan OKU dari aspek kesukanan. Kementerian Belia dan Sukan bersama berganding bahu memberikan perhatian dan komitmen yang sewajarnya demi memastikan penglibatan individu dengan keperluan khas turut sama berkecimpung dalam bidang ini. Sering diwar-warkan kesungguhan dan ketekunan atlet-atlet negara kita dari kategori keperluan khas tertentu berada di arena sukan kebangsaan dan antarabangsa menerusi paralimpik terutamanya. Kecemerlangan ini dinilai sama seperti sukan-sukan lain yang dipertandingkan apabila atlet-atlet paralimpik dianugerahkan olagragawan dan olahragawati seperti mana atlet terkemuka yang lain. Dari semasa ke semasa pihak Kementerian Belia dan Sukan sentiasa bergerak seiring arus dunia kesukanan bagi meningkatkan kualiti atlet negara dari kategori bekeperluan khas ini sesuai dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

KEMENTERIAN SUMBER DAN TENAGA MANUSIA

Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kemeterian Sumber dan Tenaga Manusia menyediakan perkhidmatan untuk golongan istimewa seperti melaksanakan program promosi atau penggalakan pengajian orang kurang upaya di sector swasta melalui Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat. Jabatan ini juga berperanan membantu mendapatkan pekerjaan untuk golongan OKU di sektor swasta dan institusi bukan kerajaan. Selain itu, golongan OKU boleh menyalurkan aduan berkaitan pekerjaan di bawah tanggungjawab Akta Kerja 1955.

(27)

PERANAN PIHAK NGO

Badan bukan kerajaan atau dikenali sebagai Non-Govermental Organisation (NGO), terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan badan-badan kebajikan di seluruh Malaysia. Badan NGO ini menyokong usaha kerajaan dalam aspek pembangunan dan pengurusan orang kurang upaya demi masa depan yang terjamin. Matlamat individu yang menjadi peserta program dibawah kelolaan badan NGO adalah supaya mereka tidak terlalu bergantung dan mengharapkan belas kasihan yang berpanjangan terutama dalam soal saraan hidup dan kerjaya. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah berbentuk pusat harian dan pusat latihan, pemulihan dalam komuniti, program intervensi awal yang ada sesetengahnya melibatkan professional-profesional terkemuka antarabangsa, pendidikan atau latihan untuk berdikari selain kumpulan sokongan ataupun kumpulan ibu bapa. Badan NGO juga tidak terkecuali meningkatkan mutu perkhidmatan untuk akses golongan ini dari segi bimbingan dan sokongan melalui laman web, khidmat jurubahasa isyarat dan kelas bahasa, kaunseling, kelab sosial, pusat sumber, pusat rujukan serta aspek penguasaan kemahiran komputer dan teknologi maklumat.

Pembiayaan kewangan biasanya diusahakan sendiri oleh persatuan berkenaan melalui tajaan dan sumbangan derma orang ramai terutama pihak swasta selain dijana sendiri melalui program-program khas yang dirancang da dilaksanakan. Misalnya melalu jualan amal dan pameran atau majlis makan malam amal yang biasa kita dengari. Pusat-pusat perkhidmatan NGO ini biasanya tidak terikat dengan mana-mana syarat atau peraturan oleh man-mana pihak tetapi lebih kepada yang menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh klien atau orang ramai yang memerlukan sesuatu perkhidmatan yang disediakan. Namun, masih terdapat persatuan-persatuan tertentu di bawah naungan badan-badan berkanun dibantu secara kewangan oleh peruntukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pihak NGO tidak terkecuali merancang dan mempromosikan perkhidmatan program intervensi awal dan seumpamanya yang mana dirasakan sesuai untuk kumpulan sasaran dibawah pengendalian mereka. Ibu bapa terutamanya, mempunyai pilihan alternatif bagi menempatkan anak-anak mereka mengikut jenis keperluan khas, latar belakang ekonomi dan kesanggupan komitmen yang boleh diberikan.

(28)

Jadual 3.4: Badan Bukan Kerajaan

Badan NGO Penerangan

Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)

MAB bercita-cita untuk mencipta peluang yang sama untuk visual orang cacat bagi membolehkan mereka menikmati kualiti hidup yang sama seperti yang dilihat.Perkhidmatan baru di Kompleks MAB termasuk kemudahan sukan dan rekreasi seperti pusat goalball, gimnasium dan trek joging serta Program Pra Sekolah Kanak-kanak Buta Malaysia (ABC) bermula pada awal tahun 1998 dan Pusat Warga Emas Buta. MAB juga telah berusaha untuk memenuhi keperluan buta dengan segi pendidikan tinggi dan maklumat technologi. Antara lain juga dijalankan program perkhidmatan pekerjaan dan penyelidikan dalam bidang ini.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia

Peranan Persekutuan adalah untuk mewakili yang ahli-ahli gabungan dengan mandat penuh dan itu suara orang pekak dalam berurusan dengan kerajaan dan agensi yang berkaitan mengenai isu-isu yang memberi kesan yang warga pekak di Malaysia, pembangunan akses komunikasi dengan pembangunan yang Bahasa Daftar Malaysia, menubuhkan perkhidmatan mentafsirkan bahasa isyarat, dan berperanan menyelaraskan akar umbi Program Pembangunan, jaringan, sumber dan pengumpulan dana. MFD ditadbir oleh pasukan pengurusan orang pekak dengan integrasi pendengaran pegawai dan penasihat yang memberi peluang kepada orang Pekak yang berkaitan itu sendiri.

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MINDA)

MINDA Malaysia adalah badan sukarela, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di seluruh negara di Malaysia, menawarkan perkhidmatan kepada bercelaru mental dan penjaga mereka. Ia adalah kumpulan sokongan keluarga negara yang dibiayai oleh cara sumbangan daripada orang ramai dan agensi-agensi kerajaan.

Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan

Persatuan Dyslexia ini bermatlamat memajukan pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan lain-lain yang terjejas oleh disleksia dan masalah pembelajaran khusus yang lain. Melalui persatuan ini masyarakat umum dapat diberi kesedaran dan memahami masalah dan keperluan kanak-kanak dengan masalah pembelajaran khusus dan dengan itu untuk membantu mereka untuk mendapatkan diagnosis khusus dan rawatan yang kurang upaya mereka mungkin akan dibaiki seawal mungkin. Selain itu, persatuan meyakinkan pihak yang berkenaan untuk memasukkan kursus latihan guru sebagaimana akan berkhidmat untuk melayakkan guru-guru

(29)

diiktiraf dalam pengendalian yang mungkin melibatkan rawatan khas.

Yayasan Kiwanis Sindrom Down

Yayasan Kiwanis Sindrom Down komited kepada kebajikan kanak-kanak dengan Sindrom Down, tumpuan utama pendidikan kanak-kanak ini berusia enam tahun. Aktiviti-aktiviti yang menjurus ke arah penubuhan dan pengurusan Pusat Pendidikan untuk Kanak-kanak dengan Sindrom Down sehingga enam tahun di mana penekanan adalah pada mengekalkan dan menaik taraf Program Pendidikan Khas, latihan guru-guru dalam Pendidikan Keperluan Khas, Kaunseling keluarga kanak-kanak dengan Down Sindrom, mengekalkan Pusat Sumber yang lengkap dengan maklumat tentang Sindrom Down dan alat-alat bantu Pendidikan khas dan mewujudkan kesedaran awam Sindrom Down.

Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia

Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) adalah satu kebajikan organisasi bukan keuntungan, bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional. Ia telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan sukarela kebangsaan dan bertujuan untuk menyediakan pendidikan, bantuan, jagaan dan perlindungan bagi orang-orang dengan autisme dan ahli keluarga mereka.

Pusat Pertuturan Kiu Pusat Pertuturan Kiu (PPK) ditubuhkan pada tahun 1988 di bawah Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia iaitu sebuah badan NGO yang pada awalnya adalah sebuah pusat pendidikan yang hanya mengajar kaedah Kiu. Sekolah ini juga menyediakan kelas mengaji Al-Quran pada setiap pagi, dan dapat membacanya dengan baik. Di samping itu, pihak sekolah dengan kerjasama JAWI telah mengadakan kelas fardhu ain seminggu sekali, dengan wujudnya kelas ini, murid-murid dapat mendalami lagi ilmu agama dan dapat melakukan secara praktikal seperti solat, tayamum, dan mandi wajib dengan bantuan daripada ustaz dan ustazah daripada pihak JAWI.

Bethany Home The Evangelical Lutheran Church of Malaysia dan Singapura

telah menubuhkan Bethany Home pada tahun 1966. Tempat ini ditubuhkan adalah untuk semua kanak-kanak dari semua agama dan latar belakang. Ia telah dibina untuk memberi latihan dan program pendidikan untuk kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya termasuk epilepsi, hilang upaya intelek, cerebral palsy, autisme dan lain-lain lagi.

(30)

Special Olympics Malaysia Sukan Olimpik Khas adalah sebuah organisasi global yang memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 3.4 juta atlet kurang upaya intelektual yang bekerja dengan beratus-ratus ribu sukarelawan dan jurulatih setiap tahun. Sejak penubuhannya, Sukan Olimpik Khas melibatkansejumlah besar bilangan mereka dengan dan tanpa kurang upaya intelek yang terlibat dengan organisasi telah berkembang, tetapi keperluan yang tidak dipenuhi untuk mencapai lebih ramai orang kurang upaya intelek adalah mengejutkan.

St. Nicholas’ Home, Penang Menawarkan Program Intervensi Awal bagi kanak-kanak dengan masalah penglihatan di seluruh negara. Turut menyediakan program perkhidmatan dan latihan kepada individu dengan maslah penglihatan mengikut setiap lapisan umur.

Di Malaysia, badan NGO bangkit ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila setiap masyarakat memandang serius akan kepentingan berssama memabantu golongan ini. Selain daripada senarai dalam jadual, lebih dari 50 buah persatuan dan majlis tertentu badan NGO yang bergiat aktif menerajui program yang dilaksanakan.

RUMUSAN

1. Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. 2. Kementerian Pengajian Tinggi turut menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi dengan menyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT), Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi.

3. Jabatan kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan pelbagai bentuk kemudahan dan perkhidmatan kepada golongan OKU.

4. Taman Sinar Harapan diurustadbir oleh JKM bagi Orang Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.

5. Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi juga diurustadbir oleh Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

6. Bengkel Terlindung telah ditubuhkan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka.

(31)

Forum 3:

Pilih salah satu daripada badan NGO berikut dan jelaskan peranan mereka kepada masyarakat. Perbincangan ini memerlukan anda melayari portal badan NGO yang dipilih bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

1. Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) 2. Persekutuan Orang Pekak Malaysia

3. Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MINDA) 4. Persatuan Dyslexia Wilayah Persekutuan

5. Yayasan Kiwanis Sindrom Down

6. Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia 7. Pusat Pertuturan Kiu

8. Bethany Home

9. Special Olympics Malaysia 10. St. Nicholas’ Home, Penang

Tugasan individu 3:

Pilih dua daripada tajuk berikut dan huraikan mengenainya secara lengkap.

1. Pemulihan pendengaran oleh audiologis dan pakar telinga 2. Pemulihan pertuturan oleh jurupulih pertuturan-bahasa 3. Pemulihan carakerja oleh terapis carakerja

4. Pemulihan kesihatan kanak-kanak oleh pakar pediatrik 5. Penilaian awal dari kumpulan pelbagai disiplin

6. Rawatan psikologi dan kaunseling klinikal 7. Rawatan susulan

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan agensi-agensi kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada murid pendidikan khas?

2. Terangkan kategori OKU di bawah polisi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

3. Apakah kemudahan yang diberikan kepada murid bermasalah khas pendengaran dalam mengoptimumkan fungsi beliau?

4. Bagaimanakah badan-badan bukan kerajaan menyalurkan kerjasama dalam pengendalian murid pendidikan khas?

(32)

PETA KONSEP

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. -Jabatan Kebajikan Masyarakat -Kementerian Kesihatan

-Kementerian Belia dan Sukan

-Kementerian Sumber dan Tenaga Manusia -Kementerian Kesihatan

2. -Kurang Upaya Pendengaran -kurang Upaya Penglihatan -Kurang Upaya Fizikal -Kurang Upaya Pertuturan -Kurang Upaya Pembelajaran -Kurang Upaya Mental -Kurang Upaya Pelbagai

(33)

3.

Murid-murid akan ditawarkan perkhidmatan saringan dan penialaian awal di bawah kelolaan kumpulan pelbagai displin dari Kementerian Kesihatan. Setelah mendapat laporan, murid-murid akan dirujuk kepada kementerian Pelajaran untuk menyesuaikan penempatan belajar. Dalam masa yang sama, Murid-murid akan berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Pendaftaran OKU bagi mendapatkan faedah dan keistimewaan mengikut keperluan.

4. Kerjasama secara langsung oleh badan bukan kerajaan adalah termasuk dari segi latihan dan penilaian yang melicinkan usaha pihak kerajaan mengendalikan murid-murid pendidikan khas mengikut keprluan individu. Misalnya, mencadangkan pembelajaran di Pusat Pertuturan Kiu sekiranya murid-murid didadapati mempunyai sisa pendengaran dan berpotensi menggunakan komunikasi verbal.

RUJUKAN

Direktori Orang Kurang Upaya susunan Persatuan Audiologis dan Pertuturan-Bahasa Malaysia (PERSAPSI), (2009)

Friend, M. (2005). Special Education: contemporary perspectives for school professionals. New York: Pearson Education Inc.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid-murid berkeperluan khas.

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, kemaskini Disember (2010). Manual of Management Children with Special Needs (2003). Bahagian Pembangunan

Referensi

Dokumen terkait

 Persidangan di Copenhagen pula dihadiri oleh 193 buah negara termasuk Malaysia pula merangka pelan tindakan untuk menangani kesan perubahan iklim dunia. 2 Mengadakan

a) Membuat framework sistem informasi yang fleksibel sehingga dapat diimplementasikan untuk berbagai masalah/kasus. b) Membuat prototipe sistem informasi untuk

– Para Perintis Kurang Upaya yang sekarang ini membuat tuntutan atau menerima bantuan melalui Eldershield, Program Bantuan Sementara untuk Orang Lanjut Usia Kurang Upaya

c) Berdasarkan pengkajian anda terhadap kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah, terangkan iktibar yg boleh Sumbangan kerajaan Bani diambil untuk menjadikan negara &amp;

Juara strategi bertanggungjawab mengenalpasti strategi untuk mencapai hasil Negara dalam Rangka Kerja Wawasan Brunei 2035; menyediakan dan melaksanakan pelan tindakan yang

 Perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti

Mahasiswa dapat Mengerti Ciri dan Konsep Dasar dari Pemrograman Berbasis Objek serta Mampu Menerapkannya Untuk Membuat Berbagai Software.. 6.2 KOMPETENSI DASAR

Bisa lebih pelan pelan saja agar lebih terhandle semua tata cara penggunaan sigilnya; 3 Bagi saya saya merekomendasikan animasi tentang praktikum untuk mempermuda siswa atau siswa yang