• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 56-63)

POLISI DAN PROSEDUR PENEMPATAN MURID KHAS

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS

Rajah 6.1 menunjukkan Evelyn Deno’s cascade of services, satu contoh perkhidmatan Pendidikan Khas dalam sistem persekolahan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran (Henley et al. 2006). Rajah ini dijadikan boleh dijadikan panduan dalam menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid berpendidikan khas kerana sistem Pendidikan Khas di Malaysia melibatkan pengajaran dalam bilik darjah secara separa masa dan sepenuh masa serta belajar di stesen khas. Perbandingan antara ketiga-tiga premis ini dan mengilustrasikan model penempatan yang sesuai digunakan secara alternatif dalam sistem Pendidikan Khas semasa di

Malaysia. Berdasarkan Rajah 6.1, murid-murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran ringan merupakan kanak-kanak yang belajar dalam bilik darjah biasa bersama murid-murid normal dan mereka mengikuti kurikulum biasa. Terma kurang upaya ringan bukan membawa maksud bahawa murid-murid ini tidak mengalami masalah belajar yang teruk tetapi sebaliknya terma ini digunakan kerana mereka memiliki karektor yang bertindan dan ramai daripada mereka boleh dididik di dalam bilik darjah biasa. Murid-murid ini termasuklah murid-murid bermasalah pembelajaran yang menunjukkan ketidakupayaan dalam satu atau lebih proses psikologi asas yang melibatkan ketidakfahaman penggunaan bahasa lisan atau penulisan yang ditunjukkan dalam kemahiran bahasa, pemikiran dan pengiraan (Henley et al. 2006; Meese 2001).

Rajah 6.1 juga menunjukkan murid-murid bermasalah pembelajaran sederhana dan teruk merupakan golongan kanak-kanak yang terangkum dalam Tahap IV. Akta Orang Cacat 2002 (Malaysia 2002) mendefinisikan kurang upaya sebagai penghalangan atau kekurangan upaya, disebabkan kecacatan, untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa. Kecacatan bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi, bentuk atau fungsi badan. Kecacatan juga bererti kesulitan bagi seseorang individu, disebabkan kerosakan atau kecacatan yang menyekat atau menghalang seseorang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, faktor sosial dan budaya. Pengertian orang dengan ketidakupayaan teruk dalam Rang Undang-undang bagi Orang Kurang Upaya 2007 (Malaysia 2007) bermaksud seseorang yang mengalami satu atau lebih ketidakupayaan yang bergantung kepada orang lain bagi aktiviti kehidupan harian yang asas.

Tahap I Kanak-kanak dalam bilik darjah biasa termasuk mereka yang kurang upaya Tahap II Bilik darjah dan perkhidmatan pengajaran tambahan

Program Pesakit Luar (sistem persekolahan) Program Pesakit Dalam (agensi kesihatan dan kebajikan)

Rajah 6.1 Evelyn Deno’s cascade of services Sumber: Henley et al. 2006

Kecacatan emosi atau tingkah laku sukar untuk diberi definisi yang tepat kerana sangat subjektif. Penyebab kepada kecacatan ini boleh disebabkan oleh biologi (sindrom fetal alcohol, sindrom down, autisma), genetik (kemurungan, schizophrenia, gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan), suasana di rumah, komuniti serta sekolah (Hallahan dan Kauffman 1997). Jakobson dan Kikas (2007) telah menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti sama ada kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan turut mengalami kegagalan fungsi kognitif dan kemahiran motor. Seramai 26 orang kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan, 24 orang kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan/bermasalah pembelajaran serta 102 kanak-kanak biasa yang berumur antara tujuh hingga 10 tahun mangambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan mempunyai daya ingatan yang rendah berbanding kumpulan kawalan dan kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan/bermasalah pembelajaran. Kajian mereka selari dengan dapatan kajian (Barkley 1997; McInnes et al. 2003) yang menyatakan bahawa daya ingatan kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan turut dipengaruhi oleh jenis tugasan yang disediakan.

Cuckle dan Wilson (2002) menjalankan satu kajian bertujuan untuk meninjau sikap berkawan, aktiviti dan aktiviti sosial yang bersesuaian untuk murid-murid sindrom down. Peserta kajian terdiri daripada 14 orang murid sindrom down yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Temu bual dijalankan terhadap peserta kajian, Pembantu Pengurusan Murid dan ibu murid. Temu bual dengan murid-murid diadakan di sekolah dengan bantuan orang dewasa kerana percakapan mereka kurang jelas. Pembantu Pengurusan Murid diminta untuk menanda senarai semak tentang rutin dan aktiviti, manakala ibu ditemu bual di rumah, di sekolah atau melalui telefon. Dapatan kajian Cuckle dan Wilson mendapati murid-murid sindrom down menamakan sekurang-kurangnya seorang kawan sebagai rakan dan idea mereka tentang hubungan berkawan sangat konsisten. Mereka juga boleh menamakan aktiviti bersama rakan, seperti bersukan, bermain permainan komputer, menonton televisyen dan video serta mendengar radio. Para ibu

Tahap III Bilik darjah khas separa masa Tahap IV Bilik darjah khas sepenuh masa Tahap V Stesen khas

Tahap VI Rumah

Tahap VII Pengajaran di hospital atau latar kediaman

Perkhidmatan bukan pendidikan (perubatan, kebajikan dan pengawasan)

menyatakan persahabatan hanya di sekolah sahaja dan mereka jarang berhubung dengan keluarga murid lain. Cuckle dan Wilson mencadangkan pihak sekolah melibatkan murid-murid sindrom down secara aktif dalam aktiviti di sekolah. Kajian ini juga selari dengan dapatan kajian Sloper et al. (1990); Cuckle (1997) dan Alton (1998) bahawa hubungan sosial boleh dilakukan melalui program kemahiran sosial secara langsung, eksplorasi emosi dan hubungan dalam kumpulan. Tyler dan Mira (1993); Bergland dan Hoffbauer (1996) serta White (1998) pula mendapati kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak memerlukan pengubahsuaian akademik untuk berjaya dalam kehidupan.

Murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran belajar berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah. Selepas menjalani proses penyaringan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak yang didapati memerlukan perkhidmatan Pendidikan Khas akan ditempatkan ke program yang bersesuaian.

Rajah 6.2 menunjukkan carta alir Rancangan Pendidikan Individu yang memaparkan proses pengumpulan maklumat hingga kepada pelaksanaan dan penilaian semula.

Rajah 6.2 Carta alir Rancangan Pendidikan Individu

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia 2000 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Rujukan pihak yang terlibat

Pengumpulan maklumat Mesyuarat Penulisan Pelaksanaan Penilaian Objektif tercapai Gagal Objektif strategi baru Objektif kemahiran baru

Bilik darjah merupakan tempat di mana berlaku interaksi pengajaran dan pembelajaran (Ornstein 1990). Keselamatan bahan dan peralatan seperti berbucu tajam, gunting dan sebagainya perlu diberi perhatian. Apabila aktiviti lukisan dijalankan, gunakan warna tanpa toxik dan beri perhatian agar murid-murid tidak memasukkan warna atau sebarang benda kecil ke dalam mulut. Dengan itu, pemilihan bahan dan peralatan bersaiz besar digalakkan. Penyusunan sudut pembelajaran melibatkan perancangan aktiviti seperti aktiviti individu, berkumpulan, messy and clean (lukisan, masakan dan sudut air/pasir), senyap dan bising. Kedudukan tingkap dan pintu juga perlu dipertimbangkan apabila menyusun atur sudut pembelajaran (Bredekamp & Coople 1997).

Tujuan dan matlamat pelajaran merupakan kesan terakhir manakala objektif biasa diguna untuk menerangkan langkah mencapai tujuan pengajaran. Tujuan merujuk kepada pernyataan yang luas berkaitan keperluan pendidikan, menerangkan falsafah pendidikan dan keperluan masyarakat dalam polisi pendidikan. Satu tujuan digunapakai untuk peringkat kebangsaan. Matlamat adalah pernyataan yang mewakili keseluruhan program sesebuah sekolah. Matlamat memberi satu hala tuju kepada pendidik (Hayes 2003).

Objektif pula adalah penerangan tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah dan ditulis dalam kenyataan tingkah laku. Objektif di peringkat bilik darjah boleh dibahagi kepada objektif perancangan unit dan objektif perancangan pelajaran. Objektif perancangan pelajaran perlu mengandungi empat perkara iaitu tingkah laku yang diharapkan, isi kandungan, hasil pencapaian dan dalam keadaan apa objektif diharapkan tercapai (Ornstein 1990). Manakala matlamat tidak menetapkan sebarang jangkaan masa untuk dicapai (Oliva 1988).

Bosch turut memberi lima langkah dalam proses pengurusan bilik darjah iaitu (i) guru perlu membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pengalaman mereka dalam bentuk tersurat, (ii) guru perlu menentukan objektif pengajaran seperti mana mereka berharap rakan sejawat lakukan dalam bilik darjah, (iii) menulis pelan pengajaran, (iv) melaksanakan pelan pengajaran dan (v) menjalankan penilaian. Mengorganisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin pembelajaran telah berlaku, melainkan jika guru telah menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju. Atan Long (1980) menyatakan pengurusan bilik darjah perlu berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai. Selain itu, pengurusan bilik darjah juga melibatkan masa, tenaga dan bahan bantu mengajar yang digunakan secara optima untuk mencapai objektif pengajaran.

Tatkala melangkah ke dalam bilik darjah, murid-murid dan pelawat mengharapkan satu persekitaran yang berorientasikan kepentingan literasi. Ogle (2002) memberi satu garis panduan yang cukup jelas untuk meningkatkan persekitaran membaca dalam bilik darjah: 1. Sediakan rak buku, hamparan, bantal, kerusi yang selesa, kerusi malas atau sofa 2. Gantung buku-buku kecil dengan penyepit baju pada tali di paras rendah,

3. Bekas buku kecil ditempatkan di merata tempat dalam bilik darjah. Empat buah meja disusun berhadapan dan diletakkan bekas buku di tengah meja

4. Menggunakan rak boleh berpusing untuk mempamerkan buku

5. Membina rumah pokok di mana murid-murid boleh memanjat dan membaca dengan gembira

mereka baca untuk menimbulkan rasa kepunyaan

7. Membina dan menggantung mobile tentang watak dalam buku cerita yang telah dibaca Sekolah membantu memupuk minat membaca dan perkembangan literasi murid-murid (Kessler 2000). Setiap kali guru membaca, mereka memaparkan satu situasi penghayatan pembacaan (Trealease 2001). Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada pembentukan program secara profesional (WestEd 2000). Potensi perubahan di sekolah bukan hanya terletak kepada kepelbagaian bahan pengajaran, pedagogi, kurikulum dan kepercayaan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tetapi cara guru menangani keperluan emosi murid-murid.

Polisi perubahan sekolah bukan sekadar melihat peningkatan dalam peperiksaan malah menggalakkan perubahan hati nurani berkaitan pendidikan dan cara membantu murid-murid mencapai potensi sebenar mereka (Risko dan Bromley 2001). Pengurusan bilik darjah juga berkait rapat dengan pemilihan bahan dan peralatan. Bilik darjah merupakan tempat di mana berlaku interaksi pengajaran dan pembelajaran (Ornstein 1990). Keselamatan bahan dan peralatan seperti berbucu tajam, gunting dan sebagainya perlu diberi perhatian. Apabila aktiviti lukisan dijalankan, gunakan warna tanpa toxik dan beri perhatian agar murid-murid tidak memasukkan warna atau sebarang benda kecil ke dalam mulut. Dengan itu pemilihan bahan dan peralatan bersaiz besar digalakkan. Penyusunan sudut pembelajaran melibatkan perancangan aktiviti seperti aktiviti individu, berkumpulan, messy and clean (lukisan, masakan dan sudut air/pasir) atau senyap dan bising. Kedudukan tingkap dan pintu juga perlu dipertimbangkan apabila menyusun atur sudut pembelajaran (Bredekamp & Coople 1997). Rutin pembersihan (cleaning routines) perlu difikirkan (Kendrick, Kaufmann & Messenger 1991) dan jadual harian (daily Schedules) mempunyai banyak kebaikan (Koralek et al. 1995).

ISU-ISU BERKAITAN PROGRAM PENDIDIKAN BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Sejak penubuhan program pendidikan khas masalah pembelajaran pada 1988, program ini telah berkembang pesat. Kepesatan pertumbuhan program pendidikan khas masalah pembelajaran menunjukkan bahawa pihak kerajaan dan masyarakat begitu prihatin terhadap masalah kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya kanak-kanak-kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun begitu, sepanjang perlaksanaan program pendidikan khas masalah pembelajaran ini terdapat beberapa isu yang boleh diketengahkan seperti isu berkaitan pentadbiran, guru dan ibu bapa.

Isu berkaitan pentadbiran seperti terdapat pentadbir sekolah biasa yang kurang menghayati perlaksanaan pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah mereka. Justeru, program pendidikan bermasalah pembelajaran (PKBP) kurang diberi perhatian. Keadaan ini disebabkan pentadbir tidak mempunyai latar belakang pendidikan khas, dan pengetahuan mereka tentang kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dalah sangat terhad. Contohnya ada antara guru besar yang tidak mematuhi pekeliling yang dikelurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan mereka juga tidak berminat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas program pendidikan khas bermasalah pembelajaran PKBP di sekolah mereka. Guru besar juga kurang memberi dorongan kepada guru yang mengajar kelas-kelas integrasi atau percantuman

yang tidak pernah mengikuti kursus pendidikan khas untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan atas alas an kekurangan guru.

Isu yang kedua pula ialah berkaitan dengan guru. Isu utama berkaitan guru adalah masalah kekurangan guru terlatih yang mengajar kelas program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP). Bancian Jabatan Pendidikan khas pada tahun 2000 mendapati kira-kira tujuh puluh peratus guru yang mengajar kelas program pendidikan bermasalah pembelajaran (PKBP) adalah tidak terlatih dalam bidang pendidikan khas. Akibatnya, murid-murid khas tidak mendapat bimbingan dan pendidikan yang berkesan. Kini melalui pengambilan guru-guru Kursus Lepasan Ijazah KPLI dan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) masalah kekurangan guru tidak lagi menjadi masalah yang serius.

Isu yang ketiga pula berkaitan dengan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka sangat penting kerana hanya mereka yang lebih mengerti tentang anak-anak mereka. Kerjasama mereka sangat diperlukan oleh guru-guru pendidikan khas bagi memastikan kesinambungan pembelajaran di sekolah dan di rumah. Ada ibu bapa yang tidak memberi kerjasama kepada guru-guru. Bagi mereka sekolah hanya sebagai tempat asuhan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa pelajar normal pula, ada ibu bapa yang memandang serong terhadap murid bermasalah pembelajaran terutamanya apabila murid ini diiklusifkan di dalam kelas bersama-sama anak mereka. Mereka khuatir kehadiran murid ini menyebabkan guru terpaksa merendahkan kandungan pengajarannya dan menjejaskan prestasi anak mereka. Malah, ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka bergaul dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Forum 6:

Jelaskan bagaimana pengurusan bilik darjah dikatakan berkait rapat dengan pemilihan bahan dan peralatan.

Tugasan Individu 6:

Setelah murid mendaftar ke Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, pihak pentadbiran perlu membentuk ahli jawatankuasa bagi merangka Rancangan Pendidikan Individu untuk setiap murid. Huraikan bagaimana proses ini berlaku dalam program anda. Bincangkan juga tentang proses pengumpulan maklumat, pelaksanaan dan penilaian semula.

1. Prosedur kemasukan ke program pendidikan khas bermasalah pembelajaran terletak di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Tempoh belajar bagi kanak-kanak berkeperluan khas adalah sama dengan tempoh belajar kanak-kanak biasa sama ada di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah.

3. Tetapi mereka diberi sedikit kelonggaran dengan tambahan dua tahun jika difikirkan perlu.

4. Murid-murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran ringan merupakan kanak-kanak yang boleh belajar dalam bilik darjah biasa bersama murid-murid normal dan mereka mengikuti kurikulum biasa.

5. Akta Orang Cacat 2002 mendefinisikan kurang upaya sebagai penghalangan atau kekurangan upaya, disebabkan kecacatan, untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa.

6. Kecacatan bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi, bentuk atau fungsi badan. Kecacatan juga bererti kesulitan bagi seseorang individu, disebabkan kerosakan atau kecacatan yang menyekat atau menghalang seseorang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, faktor sosial dan budaya.

7. Pengertian orang dengan ketidakupayaan teruk dalam Rang Undang-undang bagi Orang Kurang Upaya 2007 (Malaysia 2007) bermaksud seseorang yang mengalami satu atau lebih ketidakupayaan yang bergantung kepada orang lain bagi aktiviti kehidupan harian yang asas.

KATA KUNCI

1. Prosedur kemasukan 2. Tempoh belajar 3. Polisi penempatan

PENILAIAN KENDIRI

Jelaskan tentang tempoh atau had umur yang digunapalai dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

PETA KONSEP

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 56-63)